........... Kenapa Fakta Bahawa GoodStar Milik Jho Low Menjadi Satu Rahsia DiBawah OSA ? Bala Apa Bakal Menimpa Negara Jika Bocor ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenapa Fakta Bahawa GoodStar Milik Jho Low Menjadi Satu Rahsia DiBawah OSA ? Bala Apa Bakal Menimpa Negara Jika Bocor ?

Friday, May 27, 201614comments

Tu dia .... Najib dah bertindak terhadap WSJ !  Apalagi korang nak cakap, hah ! ? ? 

Agaknya itulah respon cai2 Najib yang jenis suka tengok tajuk dan gambar sepintas lalu tanpa membaca apa yang ditulis. 

Panas hari ni dengan cerita pendedahan oleh WSJ surat Bank Negara kepada Hasan Cari Makan yang menyebabkan Hasan memotong sebaris ayat dari draf laporan PAC tanpa memberitahu ahli2 PAC yang lain. Rakyat tertanya2 apakebendanya yang rahsia sangat tentang surat BNM itu ?

Apakah benar seperti didakwa ramai yang surat itu mengandungi pengesahan dan Bank Negara bahawa syarikat Goodstar yang menerima USD700 juta dari 1MDB  ( sebahagian dari jumlah 1 bilion yang sepatutnya dibayar ke dalam akaun 1MDB-Petrosaudi sebagai modal pelaburan ) adalah bukan milik Petrosaudi ?  Bahawa Goodstar itu sebenarnya milik Jho Low ?

Yang tambah buat panas isu ini adalah reaksi dari cai2 Najib ! Begitu cepat mereka beri respon dan begitu hebat mereka menyerang WSJ hari ini ...... tengoklah artikel Mkini di atas, kali pertama satu tindakan dibuat terhadap WSJ ! Peeeeergh ......

"Ini sangat serius, menerbitkan dokumen OSA (yang) sulit. Mereka harus menjawab,” kata Najib  ...... ooooooh, Bank Negara yang buat report Polis, bukannya Najib. 

Repot pula berkaitan kebocoran maklumat yakni surat itu yang telah dijadikan bahan rahsia di bawah OSA. Tapi apa yang rakyat nak tahu adalah - APAKAH SURAT ITU BENAR ATAU PALSU ?

Yang itu tidak dijawab. Yang mereka sibuk adalah masalah kebocoran maklumat rahsia.

Sorang lagi yang melenting2 adalah Setiausaha Akhbar Najib -


Laporan WSJ satu penipuan ! tempik Sariffuddin. 

Hah ? Jadi terjawablah bahawa surat Bank Negara yang didedahkan itu adalah palsu ? 

Tak juga ...... hehehehe .... gempak jer lebih depa ni. Setiausaha Akhbar Perdana Menteri itu merujuk kepada tuduhan oleh WSJ yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak disoal siasat oleh penyiasat Malaysia.

 Laaa...... Point UTAMA artikel WSJ adalah pendedahan surat Bank Negara Malaysia yang mengesahkan Goodyear bukan milik Petrosaudi tapi milik Jho Low ! Tapi kenapa cai2 Najib melalak tentang isu2 sampingan ? 

RAKYAT NAK TAHU APAKAH SURAT BNM YANG DIDEDAHKAN ITU BENAR ATAU PALSU ?

Kalau nak layan dakwaan SUA Najib tu memang boleh tapi ........ lain kalilah kalau ada masa. 

Saya takut nak siarkan surat yang masih dibawah OSA itu ..... hehehe ... saya sentiasa patuh kepada undang2 negara.  Namun saya percaya ramai yang dah copy. Kalau tak silap, surat BNM yang didedahkan WSJ itu dengan jelas merujuk kepada pengesahan dari dua pihak berkuasa luar negara bahawa Goodstar Ltd adalah dimiliki oleh Jho Low.

Pendek kata - duit USD700 juta yang 1MDB bayar kononnya sebagai modal syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi sebenarnya dibayar kepada Jho Low ! 

Siapa Jho Low ni ek ? Kenapa bersusah payah cai2 Najib cuba mengalih tumpuan rakyat dengan membising mengenai isu2 sampingan tapi mengelak dari menyentuh mengenai isi kandungan surat itu sendiri ?

Bukanlah nak kata yang isu kebocoran maklumat rahsia itu tidak penting ...... penting ooooo ... dan seharusnya BNM buat laporan Polis. Tapi pengesahan dari Bank Negara (dah alang2 mereka bersuara ) tentang kesahihan surat yang didedahkan oleh WSJ itu juga SAMA PENTING.


Satu lagi yang buat rakyat tertanya2 ..... Kenapa fakta bahawa Goodstar itu milik Jho Low begitu penting kepada keselamatan negara sehingga kerajaan menjadikannya satu maklumat rahsia di bawah OSA ? Apakah balanya kepada negara jika maklumat itu bocor ?

Haaa..... itu dua soalan cepumas yang perlu Bank Negara dan Najib jawab .....


1 - Apakah surat yang didedahkan WSJ itu surat yang BENAR atau PALSU ?

2 - Jika benar, kenapa fakta Goodstar milik Jho Low menjadi satu rahsia kerajaan ?

PS - Actually repot Polis BNM itu sendiri sudah mengesahkan bahawa surat BNM itu adalah surat yang sah. Takkan BNM nak buat repot Polis kerana WSJ mendedahkan satu surat palsu ? Kan ?  

 Jadi, soalan pertama sudah terjawab .... soalan kedua ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 12:00 AM

Hai Najib report polis ke tidak bukan soal penting lagi....wang dah terlepas ke biawak gemuk. Yang penting ialah bagaimana PM perihatin untuk menagih wang yang ditipu agar dapat dihantar pulang ke Malaysia. Takkan PM tak tahu bezakan apa yang lebih penting dan harus diberi keutamaan. Hai malangnya rakyat Mslaysia dapat PM yang sebegini terlajak pandai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 12:20 AM

1. sah la betul .. kalau bukan surat dibawah OSA.. Master of dedakian tak akan suruh BNM ambik tindakan. tak ada lah sebab nak ambik tindakan. :)

2. Mmg pelik. sapa jho low ni sebenarnya. adakah dia agen rahsia kerajaan malaysia macam james bond.

3. Aku rasa mmg kisah 1mdb ni nanti akan jadi sebuah filem.

Kah kah kah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 12:35 AM

fakta yang diberi membuatkan cai projibo terkasima untuk mencari fakta menjawab fakta lawan. akibatnya terpaksalah percaya cakap cikgubard bahawa rosmah mansur telah beli cincin berharga juta juta dan deklarasi rakyat kumpul tandatangan daripada sumber dibeli. amboi rosmah beli cincin berjuta juta, tapi duit laki tak banyak lagu tu. kalu ikut gaji la. ini kena main balik isu ni

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2016 at 12:38 AM

Sebab tu kena buat repot polis untuk mengetahui ketulinan surat tersebut. Najib bukan anggota PAC pun. Dalam surat tu sendiri ada gag order utk tidak melebihi lingkungan PAC.

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2016 at 1:30 AM

Tak payah tengok Surat apa pun,,Rakyat tetap tak percayakan dengan manusia bernama Najib Razak...!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 3:38 AM

Mungkin sebab itulah diOSAkan..Nak cover di jo low tu..

Tapi surat BNM dah tersebar..

Lagi bukti pendedahan wsj dan sr benar belaka..

Si pemakan dedak ditanya betul atau tidak surat itu? Dia jawab jika dokumen keep on leaking..tak boleh percaya institusi itu...eh? Bangang ke apa? Lain ditanya..lain yg dia jawab.

Paling menyakitkan hati isu hasan cari makan yg edit report pac tu..apsal takde tindakan?

Pasal BSI yg dah tutup tu pulak...apa jadi dengan JUST UNIT berbilion kat dalam tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 8:22 AM

Mungkin Unit2 tu dah hancur akibat digerit lipas kut?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 9:51 AM

Agak ironik jugak berita WSJ itu spt buku bertemu ruas diterbitkan sama timing dgn jawapan MOF diParlimen ttg pemilikan Goodstar, pengakuan Pengerusi PAC padam secara unilateral fakta BNM ttg pemilikan Goodstar dari deraf akhir Laporan PAC yg disetuju termasuk ahli2 pembangkang dan disclosure IPIC kpd LSE mengenai 1MDB bayar syarikat bogus bukan kepunyaan mereka diBVI.

Nak jadi gempak yalah lagi kalau Swiss dan Spore AG atau badan2 otoriti kewangan negara masing2 menyiasat locus standi mereka kes money laundering 1MDB dan kelibat Jho Low yang guna pakai sistem perbankan mereka turut cfm kandongan surat BNM itu mengenai pemilikan sebenar Goodstar atau ada pengakuan terbuka dari kes-kes remand mereka.

Dahlah timing taktik usul RUU dibawa lagak siCina buta Hadi tak berapa menjadi gara2 nawaitu nak sebut saja tapi tangguh baca, bahas dan undi Okt jadi bahan rujukan semua kerana nampak dramatik tapi tak kesampaian benda yg baik dicampur aduk dgn politik kuasa self-serving malah karma keras datang dari reaksi negatif komponen2 bukan-Islam BN.

Walhasilnya karma nak harapkan RUU jadi smoking gun boomerang pulak dengan isu material pemilikan sebenar Goodstar dan pelaburan 1MDB.

Tajuk berita Utusan Dan TV3 nak buildup momentum RPK menjadi celaru sikit ni walaupun dramatik hari akhir dan PC susulan diParlimen.. hmmm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 12:47 PM

"Pirates of Putrajaya".. hahaha ada international appeal ni coz banyak nationalities involved! Bank berusia 140 years pun kena tutup.. Kalah scandal Enron dulu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 3:29 PM

Kalau tak tulen siang2 lagi dah melompat kera2 membedil. Dengan mengatakan surat itu tidak tulen dari nama yang menanda tangan surat itu habis cerita. Logiknya begitukan??? Takkan buat2 tak faham....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 9:02 PM

OSA kaa ISA kaa itu law hanya sah di malaysia saja wsj tidak terikat dgn law tersebut lagi pun wsj mendedahkan berita berfakta dengan di sokong oleh bukti berdokumen setakat buat report polis malaysia sikit pun tak jejaskan wsj malah hanya buat dunia gelak saja kat malaysia, apa polis malaysia boleh buat jika berani saman lah wsj

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2016 at 2:04 AM

@Anonymous

hah.. sekuel wolf of the wall street ke. ? boleh juga letak tajuk "pig of the 1mdb"

kah kah kah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2016 at 6:36 AM

Coverla macam mana pon tapi kalau Allah nak bukakan pekong sape yang boleh halang?? Tak tahulah kalau ada orang yang perasan dia tu above Allah.

Yang perasan dia above the law tu tak kesahlah. Tu kita memang maklum sebab kiblat dia dah terpesong ke $$$.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2016 at 4:16 PM

Atau ia brkaitan dgn suatu benda yg prnh 'hilang' suatu ketika dlu, khilangan yg mgempkkn 1dunia. Andaian sy shj, sorry

Post a Comment