........... Kementerian Kewangan Ambil Alih Aset 1MDB ..... Hutang 1MDB ? Lebih Baik Isytihar Bangkrap Je .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kementerian Kewangan Ambil Alih Aset 1MDB ..... Hutang 1MDB ? Lebih Baik Isytihar Bangkrap Je ....

Thursday, May 5, 20167comments




Mkini




Berita yang hangat ketika ini di laman2 yang intellingent sikit adalah menganalisa pengumuman Kementerian Kewangan yang bersetuju melaksanakan semua cadangan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas firma pelaburan negara itu.

Untuk permulaan, saya suka berkongsi ulasan saudara Yaakob Osman ( YO ) yang saya copy dari FB beliau ( KLiK ) yang bagi saya agak menyeluruh.


Bahagian 1 : Keputusan MOF

MOF akur dengan cadangan PAC untuk menggugurkan kuasa artikel 117. Ini adalah kuasa mutlak yg di beri kepada PM sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat untuk menjadi kuasa tunggal dalam membuat keputusan2 besar dalam 1MDB.

MOF bersetuju menerima perletakan jawatan kesemua Ahli Lembaga Pengarah effective 31/5/2016.

MOF memindahkan semua hakmilik di dalam 4 syarikat daripada 1MDB kepada MOF inc.

Syarikat2 ini sajalah yang mempunyai real estate (hartanah) di dalam 1MDB. 

Sekali pandang keputusan MOF ini semuanya baik dan saya setuju.

Bahagian 2 : Ulasan saya

1. Pemansuhan Artikel 117

Seperti yang saya telah ulas sebelum ini segala keputusan yg dibuat oleh 1MDB tidak boleh di persalahkan kepada ex CEO Shahrol. 

Walaupun dia melanggar arahan BOD, ianya masih lagi secara amnya tidak menyalahi Artikel syarikat kerana telah diluluskan oleh Perdana Menteri yg mempunyai kuasa melalui Artikel 117 untuk membuat keputusan2 besar seperti antaranya:

i. Issuance of IMTN RM5 billion oleh TIA

ii. JV bersama PetroSaudi USD 1.83 billion. Bayaran kepad Good Star yg juga bukan anak syarikat PetroSaudi sebanyak USD 700 million mengikut laporan PAC .

iii. USD 3.5 billion bonds yg akhir nya dibayar kepada Aabar BVI yg bukan milik IPIC. juga PAC tidak dapat sahkan Aabar BVI.

iv. Keputusan untuk melabur dalam 1MDB GLI sebanyak USD 1.56 billion yg tidak dapat di sahkan oleh PAC.

Harus diingat keputusan2 di atas adalah dibolehkan oleh Artikel 117.

Dengan penghapusan 117, ianya adalah satu langkah bijak supaya PM tidak berkuasa sepenuhnya dalam hal anak syarikat MOF inc.

Ini adalah SOP biasa utk semua anak2 sysrikat MOF. Cuma 1MDB mendapat pelepasan khas dan agak luarbiasa dengan adanya Artikel 117.

2. Menerima perletakan BOD. 

This is long overdue. Malah pada saya siasatan polis haruslah merangkumi kesemua ahli2 BOD bukan Ex CEO Shahrol sahaja.

3. Memindahkan hak milik dalam 4 syarikat. Sekali lalu ini adalah keputusan yang baik. Namun mari kita lihat kenapa ianya dilakukan.

i. Berpandukan Audited Accts 31/3/2014, Assets 1MDB keseluruhan nya ialah 51 billion. Di dalam nya terdapat assets hartanah 17.8 billion.

ii. Keputusan memindahkan hakmilik kepada MOF adalah IMHO untuk memelihara assets ini daripada sebarang creditors action terhadap 1MDB di masa hadapan. 

iii. Assets yg tinggal di dalam 1MDB hanyalah assets investments semasa lebih kurang 33 billion yg saya telah ulas dlm posting terdahulu yg kemungkinan besar berdasarkan laporan PAC sudah tidak dapat dipastikan ada di mana , atau pun bernilai lagi.

iv . 1MDB juga sperti yg saya sebut dulu akan berada dalam keadaan bankrap apabila hutang 50 billion mereka tidak lagi diimbangi oleh assets dengan nilai yg sama.

v. Pada pendapat saya langkah ini adalah permulaan untuk menutup 1MDB sepenuhnya apabila Syarikat tersebut are no longer a going concern business.
.
.

KESIMPULAN 

Apakah maksud semua ini ? Ini makna nya at the end of the day MOF terpaksa menanggung kesemua hutang 1MDB apabila tiada lagi assets di dalam 1MDB , sebahagian nya assets hartanah yg akan dipindahkan kepad MOF dan sebahagian besar lagi adalah assets investment yg barangkali tidak bernilai lagi .

Net impact nya kurang lebih sebanyak 33 billion liability 1MDB terpaksa di tanggung oleh MOF. 

YES, MOF bermakna ianya adalah impact direct kepada kita sebagai taxpayers dan rakyat.

Malah dalan keadaan ekonomi suram berserta pendapatan Petronas yg berkurangan, 33 billion adalah jumlah yg agak besar utk di bayar akhirnya.

Akhir kalam, adalah wajib pihak berkuasa membawa ke muka pengadilan hasil siasatan yg sedang dibuat terhadap salah laku di dalam 1MDB without fear or favour.

itu sajalah yg akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan urus tadbir serta corporate governance yg telus .


                                           ***********************************

MOF akan ambil alih semua asset TRX, Bandar Malaysia, Tanah Air Itam dan tanah Pulau Indah.

Asset jer .... hutang 1MDB kenapa tak sebut yang kerajaan juga terpaksa ambilalih ? Kenapa tidak ambilalih jer 1MDB terus ? Kena jelaskan juga bagaimana 1MDB atau kerajaan mahu jelaskan kesemua hutang2 1MDB yang masih tertunggak ?

Kena ingat, bila Edra sudah dijual sepenuhnya, 1MDB sudah tidak ada sumber yang menjana pendapatan. Hutang mahu dibayar melalui penjualan aset. Kalau aset diambilalih oleh kerajaan, apa citer hutang ?

Hmmmm .... kenyataan media ini agak playsafe, mengelak dari sebut sebarang perkara negatif yang boleh menaikkan darah rakyat. Tapi lambat laun kena sebut juga ......  mungkin lepas PRN Sarawak.

Apakata isytihar je 1MDB sebagai MUFLIS / BANGKRAP ! ?

PS - IPIC pandai kan ..... berkat usaha Arul Kanda yang menghasilkan Aset Swap, kerajaan telah menjamin kesemua hutang IPIC. 

Apapun, lakukanlah yang terbaik untuk tutup buku akaun 1MDB dengan kos terminimum mungkin kepada rakyat. Tapi jangan lupa untuk heret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Memang sial siapa yang mulakan 1MDB ini .... bukan saja dari segi nilai harta yang rakyat kena tanggung tapi juga collateral damage atau kesan sampingan 1MDB ini juga amat besar. Kenyakinan rakyat kepada agensi2 kerajaan terhakis, Polis, Peguam Negara ... tak termasuk kesan negatif kepada ekonomi negara dan imej negara tercemar di peringkat dunia !

Semuanya kerana 1MDB ...... malangnya pemimpin2 kerajaan dan Umno BN masih akur mempertahankan 1MDB. Akal letak mana entah ...


Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2016 at 5:57 AM

Selepas jual aset sana sini..akhirnya mof ambilalih? Guna apa nak bayar hutang2 semua tu? Duit pembayar cukai kan? GST kan?

Mana dia pembohong2 penyokong najib yang kata 1mdb ok? Skrg jilat balik taik korang la!!

Laporan pac pun dah kena edit..sepatutnya tindakan mst dikenakan kepada en. Cari makan tu.

Peruntukan kementerian dipotong..subsidi ditarik..GST..biasiswa pelajar dikurangkan..kononnya mesti berjimat cermat..tapi di sarawak...tabur duit sana sini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2016 at 10:18 AM

Din.. bla sebut diambil alih bermakna semuanya akan di'settle'kan oleh MOF.. MOF nk korek duit mn..? well..dari kitalaa... tggu sajalah GST naik 10%, xpun penjualan senyap2 aset negara. saya mmg akan slahkn pengundi2 di sarawak klu BN menang disana nnti(saya yakin mereka akn menang juga sbb tgkla mcm mn mereka skat pemimpin parti pembangkang dri msuk ke sarawaj) & hidup kita makin merana, juga pilihan raya 2018 nnti.. org2 pedalaman, pak cik makcik, pemakan dedak..yg mngundi BN nnti ak hrap hidup korg lebih sush dri kami yg mahukn perubahan ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 5, 2016 at 12:33 PM

Salam bro Din...

Liabiliti 1MDB kesemuanya dibawah jaminan MOF. Buat macam mana sekali pon, memang MOF yang kena tanggung. Kalau 1MDB kata 2x5, MOF pula kata 5x2. Bunyi lain tapi hasil tetap sama.

PAC wajib untuk pantau hala tuju setiap sen wang GST yang telah dan akan dikumpul kerajaan. Sesen pon tidak boleh dibenarkan kegunaannya untuk tampung liabiliti yang ditanggung 1MDB dan dijamin oleh MOF. PM Sarawak yang janji duit tu akan dipulangkan semula kepada rakyat (dalam bentuk pembangunan dan bantuan). PAC wajib ada ases penuh kepada akaun GST. PAC wajib hapuskan segala kuasa PM Sarawak @ mesin ATM Sarawak keatas dana kutipan GST. Tak ada sesen pon boleh dipinjam oleh sesiapa sekali pon. PAC mesti bertindak sekarang sebelum terlambat. Hanya aset-aset 1MDB (konon-kononnya bernilai lebih dari RM 50 billion) yang MOF ambil alih boleh digunakan untuk tampung liabiliti 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2016 at 1:59 PM

In the first place, dear Din, the parties concerned have it all orchestrated - the kind of PAC report to be issued and in particular the recommendations made at the end of the report. The PAC inviting people to come to answer questions, the long time period taken to complete everything, etc. are all charades (wayang). Do we still want to buy this wayang of theirs? We all know what the answer is. Hence, at least two things that need to take place now - all money plus the return "they" made out of that money returned to us ASAP and fair and equal punishment for the crime committed by the parties concerned. Are we all up to it?

....................
Reply To This Comment ...................
May 5, 2016 at 10:25 PM

Najib wajib bertanggungjawab. Semua ini SALAH Najib. Harta Najib dan isteri dan semua keluarganya wajib di bekukan. Harta itu digunakan untuk bayar hutang 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
May 5, 2016 at 11:16 PM

MOF pikul biawak hidup
Habis madu di makan sepah di beri kepada MOF

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2016 at 2:45 AM

Pak Din, tidak lain betulmu cakap ... 1MDB telah bankrap!!! Melibatkan MOF bererti Ahjibgor berniat menarik rakyat jatuh dengannya ke lembah penghinaan.

Post a Comment