........... Kalau Jawapan Menteri Luar Arab Dulu Berebut Cai2 Komen, Tapi Kenapa Kenyataan Putera Sultan Ni Semua Senyap ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalau Jawapan Menteri Luar Arab Dulu Berebut Cai2 Komen, Tapi Kenapa Kenyataan Putera Sultan Ni Semua Senyap ?

Thursday, May 19, 201613comments



Pasti ramai yang akan tersenyum bila kita sebut kembali kisah Nazri menggelabah semasa PC bersama Putera Sultan 4 hari lepas. ( KLiK )

Bukan takde isu baru yang boleh saya tulis, tapi jika anda perasanlah, ada tak mana2 pemimpin kerajaan atau Umno yang komen mengenai kenyataan Putera Sultan itu yang boleh kita rumuskan sebagai berkata -

Kerajaan Arab Saudi TIDAK TAHU APA2 mengenai derma 2.6 Bilion dan menganggap itu sebagai satu isu dalaman Malaysia. Mereka tidak mahu masuk campur.

Sudah 4 hari berlalu namun tidak ada sorang pun cai Najib yang komen apa2. Itu sendiri adalah satu berita !

Cuba ingat kembali sebulan yang lepas ketika Menteri Luar Arab beri jawapan spontan ketika disergah wartawan  ... apakah anda sedar mengenai isu 2.6 bilion .... dan dijawab Menteri Luar Arab itu  - Ya, kami sedar mengenai isu  bla bla

Jawapan sontan itu di spin sehabisnya oleh cai2 Najib PADA HARI YANG SAMA sebagai satu pengesahan bahawa derma itu diakui oleh Menteri Luar Arab datang dari Arab Saudi ! 

Antara mereka yang komen PADA HARI YANG SAMA adalah Tg Saripudin, Setiausaha Akhbar Najib dan abam Azalina dan disambut oleh cai2 Najib sekaliannya ..... riuhlah beberapa hari selepas itu meraikan 'kemenangan' Najib dalam isu 2.6 bil.....

Tapi kali ini, selepas 4 hari berlalu, jawapan yang diberi secara resmi dan dalam majlis sidang akhbar, kenapa semuanya senyap sepi sunyi jer dari kem Najib ? Malah Nazri sendiri pun senyap !

Hahahahaha ...... mereka tak berani nak komen sebab sebarang komen akan hanya menjerat leher Najib ! Makanya mereka diam ... Sebarang komen akan dibuat follow up oleh wartawan kepada pihak Arab Saudi untuk pengesahan lanjut dan itu harus dielakkan.

Kerajaan Arab Saudi tidak tahu menahu mengenai derma 2.6 bilion !

Kita harap perkara ini akan dibangkitkan oleh mana2 ahli parlimen dalam sesi soal jawab ketika parlimen bersidang ini. Kita dah boleh agak dah yang Speaker akan segera mencelah untuk menolak soalan sebegitu dari dijawab. Takper... tanya jer.. biar rakyat tahu.

Cuba perhatikan tajuk artikel Utusan mengenai kenyataan Putera Sultan itu -

Utusan 17/5
Pandaikan Utusan spin .... sekali baca tajuk itu - Sumbangan bukan untuk jatuhkan negara, macam Sultan Salman merujuk kepada 2.6 bilion, seolah mengesahkan 2.6 bilion itu sebagai sumbangan dari Arab padahal putera Arab itu merujuk kepada sumbangan secara UMUM.

Soal 2.6 bilion itu Arab Saudi TIDAK TAHU APA2 PUN !

                                                   ******************************

Satu lagi perkara yang mahu diulas adalah jawapan bertulis Najib diParlimen dua hari lepas di mana Najib berkata Adalah masih terlalu awal untuk merumuskan bahawa terdapat penipuan dalam transaksi atau urusniaga berkaitan 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC),


Mkini
Sejak Najib kantoi menipu dalam Parlimen tahun lepas dalam isu dana 1MDB di BSI Singapura, Najib tidak lagi teruja untuk menjawab sebarang persoalan mengenai 1MDB. Najib akan menunggu Arul Kanda untuk keluarkan kenyataan terlebih dulu dan Najib akan ulang kenyataan sama beberapa hari selepas itu.

Jawapan Najib di atas sama dengan jawapan Arul sebelum ini bila ditanya apakah 1MDB akan kantoi membayar interest pinjaman/bon Goldman Sachs sebelum ini. Tapi sebab Najib yang jawab, kita layan juga !

"Justeru, pihak 1MDB sedang mengkaji dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuktikan bahawa pihak IPIC dan Aabar Investment PJS bertanggungjawab ke atas dana yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI berjumlah AS$3.5 bilion,”


Nak buktikan IPIC bertanggungjawab ke atas kealpaan 1MDB kerana telah bayar RM14 bilion kepada syarikat palsu ? !!

IPIC sudah keluarkan kenyataan resmi di London Stock Exchange yang syarikat Aabar BVI tidak ada kaitan dengan IPIC dan oleh sebab itu, IPIC tidak akan menanggung apa2 liabiliti ke atas apa2 transaksi yang dilakukan oleh syarikat palsu itu. Standard la tuh . 

Kalau ada penipu yang menyamar sebagai wakil dari sebuah syarikat mengutip duit konon atas nama syarikat itu, apakah syarikat itu kena bertanggungjawab ? Apahal pulak .... Namanya pun PENIPU. Syarikat tidak terbabit. Yang terbabit adalah PENIPU DENGAN YANG KENA TIPU.

Najib kata masih terlalu awal untuk merumuskan wujud satu penipuan ? Suka kita tanya balik Najib, apakah tindakan segera telah diambil untuk siasat perkara ini ?

Pendedahan sudah dilakukan oleh WSJ tahun lepas lagi bila melaporkan bahawa 1MDB telah bayar kepada sebuah syarikat penipu. Apakah pihak 1MDB dan kerajaan bertindak untuk siasat ? Apakah 1MDB dan kerajaan terlintas untuk bertanya kepada IPIC minta pengesahan ketika itu ? 

Rakyat hairan kenapa 1MDB dan kerajaan bersikap tidak acuh padahal dakwaan itu melibatkan duit rakyat berbilion ringgit. Bukannya susah pun nak minta pengesahan. Tak masuk akal langsung ! Sepertinya tidak kesungguhan atau urgency dipiahk 1MDB dan kerajaan untuk siasat.

Contohnya bila dilaporkan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif ‘Aabar Investments PJS Ltd’ 1MDB (Aabar), Mohamed Al Husseiny telah ditahan dan dikatakan dalam proses ekstradisi ke Amerika Syarikat. ( FMT ) apakah ada sebarang reaksi dari 1MDB dan kerajaan ? Padahal Al Husseiny merupakan salah sorang eksekutif yang dirujuk oleh 1MDB sebagai wakil kepada syarikat palsu Aabar BVI yang telah menerima pembayaran dari 1MDB. 

Cuba ingat kembali semasa dilaporkan Xavier Justo ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand tahun lepas atas dakwaan memeras ugut Petrosaudi .... begitu cepat sekali pihak Polis kita menghantar wakil ke Thailand untuk menyoal Justo tapi terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana ditolak oleh pihak berkuasa Thailand kerana kes belum dibicarakan lagi. 

Akhirnya pihak Polis berjaya juga bertemu Justo pada 15 Disember lalu .... apa hasil siasatannya ? Apakah terbukti bahawa segala dakwaan Sarawak Report telah diubahsuai ? Itu pun rakyat nak tahu juga.

Apa yang rakyat nampak adalah - sekiranya ada maklumat samada sahih atau belum sahih, asal saja maklumat itu mampu menyokong kes Najib dan 1MDB, dengan kadar segera cai2 Najib akan menyalak sakan menghebahkannya. Tapi kalau maklumat itu tidak menyokong Najib dan 1MDB, semua akan buat tak tahu jer ....

Ni satu lagi berita - dua hari lepas Zahid mengesahkan yang Polis belum panggil lagi bekas CEO 1MDB Shahrol Halmi untuk disoal siasat. ( Mkini )

Bagaimana dengan dua pengarah SRC yang lari sampai ke hari ini tidak ketahuan cerita mereka ? 

Semua ini hanya menimbulkan satu persoalan - Apakah kerajaan SERIUS mahu menyiasat skandal 1MDB ?

Berbalik kepada kenyataan Najib di atas - Masih terlalu awal untuk merumuskan terdapat penipuan ...... kalau siasatan tak serius mana, memanglah JAUH TERLALU AWAL untuk buktikan penipuan itu. 

Semuanya nak lengah2kan masa....

                                              *********************************

Ni satu lagi jawapan bertulis Najib di Parlimen hari ini -

Mkini
"1MDB mempunyai dana sejumlah RM2.3 bilion dan mampu membayar semula faedah AS$50.3 juta. Bagaimanapun, 1MDB tidak berbuat demikian kerana pertikaian dengan IPIC,"

Kan ... sebiji macam kenyataan Arul sebelum ini. Ada saya komen di SINI. Saya ada copy dari Sinar yang mana Arul kata - .... ia setakat ini belum melakukannya lagi. Menurut 1MDB, ia disebabkan pertikaian antaranya dengan IPIC ketika ini.


Akhirnya 1MDB dan kerajaan sebagai penjamin juga yang kena bayar ! Perjanjian dengan IPIC hanya melengahkan pembayaran oleh 1MDB. Kenapa nak bertelagah dengan IPIC, sebuah syarikat bertaraf dunia sedangkan faktanya tidak memihak kepada 1MDB.

Satu lagi, kalau betul banyak duit, kenapa tidak langsaikan hutang dengan IPIC yang 1MDB kantoi bayar pada 31 Disember 2015 sebanyak USD1.15 bilion sebagaimana perjanjian ? Disebabkan kekantoian itulah maka IPIC bertindak untuk membatal perjanjian Aset Swap dengan 1MDB.  Ni Arul Kanda yang cakap -

There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: "actually, we were in default since December"


Janganlah Najib dan 1MDB terus memalukan nama negara !

Seperti yang berulangkali saya sebutkan - Apasaja berkaitan 1MDB dan 2.6 bilion, mesti pelik2 kenyataan dan tindakan yang dibuat.

PS - Ini terbaru dari channelnewsasia -

"I think our report is sufficient as a basis for further investigation, we have done our job. The next step as recommended by PAC, they want investigation on certain personality in the company, let the police do their work, we will assist anyone who wants (to) investigate," said Mr Ambrin.

Kata Ketua Audit Negara - Siasatan audit oleh Ketua Audit Negara mendapati CUKUP BUKTI untuk dilakukan siasatan seterusnya ....

Apakah yang bukti berjaya dijumpai oleh Ketua Audit Negara itu ? Apakah kerana itu makanya Lapuran Ketua Audit Negara itu terus menjadi dokumen rahsia di bawah OSA ?

Apasaja berkaitan 1MDB mesti pelik .....

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2016 at 9:01 PM

Apa pun ceritanya,,semuanya tipu belaka..!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2016 at 9:23 PM

Mana ada tipu Din wei....auta je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2016 at 9:37 PM

naik letih dah..si Jibby tak berani nak suruh polis siasat..puuihh...

....................
Reply To This Comment ...................
jj
May 20, 2016 at 12:55 AM

Terbangsat lah lmdb..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 6:43 AM

Sebab depa semua dah tersedak dedak haram!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 8:11 AM

bosan mcm xde cite laen..org nk cite prk sg besar...kuala kangsar...blog ni xabes ngan cite 2.6b 1mdb la...nmpk sgt agenda blog ni sebenarnya utk ape

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 8:35 AM

Mungkin inilah matlamat Mangkuk2 hayun UMNO...iaitu bagi kita letih dan jemu. Whatever it is, don't even blink! Not even for a second!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 8:42 AM

Sudah menjadi HUKUM ALAM, hanya orang yg SALAH akan TAKUT untuk mempertahankan Dirinya..Lari dan MENIPU akan menjadi Resam hidupnya sehingga Agama pun akan digadainya..
Semoga Allah swt Membuka PINTU hati PEMIMPIN2 ini supaya KEMBALI mengenal erti KEBENARAN sahaja lah yg PASTI...

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2016 at 12:03 PM

@AnonymousLaaa.... memang agenda saya nak jatuhkan Najib. Baru sedar ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 12:29 PM

Mappadulung Jibby sudah di perdayakan oleh penipuannya sendiri yang berlapis-lapisan. Sebenarnya dunia hayalan individu ini hanya bersesuaian dalam institusi mental. Hari2 dia dapat membohongkan pokok rambutan tanpa mengacau ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 12:50 PM

Sekelian yg di hormati,

Jika menolak kebenaran bermakna anda memilih utk menghina kan diri anda,menghina mak bapak anda yg kononnya anda sayangi serta menghina seluruh keturunan anda. Saya berhujah pun mmg nak menjatuhkan najib kerana saya tidak akan sekali kali di pimpin oleh seorang yg penipu, perasuah, pembelit yg bersekongkol dgn puak2nya utk menjahanamkan negara yg saya sayangi, kerana disini darah saya tertumpah.FAKTA
Maruah negara yg digadai najib itu sesungguhnya adalah maruah kita. Jadi adakah salah kita mempertahankannya? Negara kita hak kita! Berjuanglah tanpa lelah dan tanpa sempadan,walau sebaris ayat, anda tetap wira kpd diri anda. Saya tidak dibayar oleh TDM mahu pun dinturtle namun saya tetap berjuang demi bangsa yg berdaulat,demi agama yg benar serta demi negara tercinta.

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2016 at 7:08 PM

Diceritakan berulang kali pasal 2.6b dan 1mdb..itu sebenarnya sgt2 bersangkut paut dgn prk sg besar dan k kangsar...kalo ko nak tau..itu la kempen..intipati kempen..jadi cerita 2.6b dan 1mdb ni adalah jugak cerita pasal 2 prk tadi la anon..betul tak??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 8:12 PM

Macam mana Surat pengesahan mengenai duit derma yang ditayang kepada rakyat tu.Betul ka dari Arab Saudi atau dari kampung Arab di Pahang sana

Post a Comment