........... Kalau Derma Bilion2 Najib Boleh Pulangkan, Duit SRC Juta2 Najib Dah Pulangkan Belum ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalau Derma Bilion2 Najib Boleh Pulangkan, Duit SRC Juta2 Najib Dah Pulangkan Belum ?

Sunday, May 15, 201612comments

Mkini
Sehari dua ni banyaklah pulak berita pendedahan baru mengenai siasatan pihak berkuasa LUAR mengenai skandal 1MDB dan ini termasuk juga skandal SRC.

Pasti masyarakat dunia yang mengikuti kes2 ini berasa hairan, kenapa hanya pihak LUAR saja yang menyiasat dan mereka pula bertemu jejak ( money trail ) wang yang terlibat ? Pihak DALAM negara tak jumpa apa2 ke ?

Kenapa tidak ada bunyi tentang siasatan di DALAM negara Malaysia sendiri ?

Di sinilah salah satu kesan negatif sampingan ( collateral damage ) akibat skandal 1MDB ini. Iaitu persepsi negatif terhadap kredibiliti dan integriti pihak berkuasa Malaysia sendiri. Hampir langsung tidak kedengaran suara prihatin dari kepimpinan kerajaan terhadap 1MDB dan Najib yang terpalit dengan skandal ini.

Sebagai rujukan kes SRC yang terbaru di mana siasatan pihak berkuasa Singapura ketemu kaitan antara Nik Faisal - SRC - Jho Low ( 1MDB ) di mana nama2 familiar seperti Tanore Finance, Virgin Island disebut - Mkini.

Kes SRC ini kita bincang lain kali. Artikel ini cuma nak ulangi semula pertanyaan mudah yang pernah ditanya sebelum ini dan dihangatkan kembali oleh Tony Pua dalam artikelnya di Mkini iaitu -

Kenapa Najib tidak kembalikan wang SRC yang telah dibelanjanya kepada SRC atau kerajaan ?

Mudah kan soalannya ..... 

AG semasa membersihkan nama Najib awal tahun ini hanya berikan alasan Najib tidak tahu siapa yang masukkan duit itu ke dalam akaunnya. Najib hanya tahu belanjakannya saja !


Kemudian AG siap tunjukkan kepada media BUKTI wang juta2 masuk akaun peribadi Najib !






Bukan satu kali TERmasuk tapi dekat 4 kali TERmasuk .....  agaknya memang dalam akaun Najib ni sentiasa banyak duit juta2 atau bilion2 sampai beberapa kali ada deposit masuk pun tak pernah Najib nak ambil tahu dari mana datangnya dan siapa yang masukkan .... Najib hanya tahu BELANJA KANNYA saja.

Menurut Tony, sebanyak RM69 juta duit SRC masuk akaun Najib. Ciput jer kot RM69 juta tu.... sebab tu Najib tak ambil kisah nak ambil tahu !

Bab belanja ..... peeergh... tak ingat dunia ! Imej rakyat tengah bergelut dengan banjir besar pun boleh Najib Rosmah tolak tepi dari ingatan ketika mereka berholiday shopping sakan dan bergolf di Hawaii penghujung 2014 lalu.

Dilaporkan .... Najib siap talipon balik tanya hal duit dalam akaun sebab kad kredit sangkut !

Ternyata semua itu tidak menjadi satu isu pun kepada cai2 Najib termasuk kepimpinan kerajaan dan Umno. Menakjubkan !

Apakah mereka semua pun sepesen jer ngan Najib Rosmah ? Mungkin saja ....... kalau tidak begitu, kenapa tidak sorang pun yang bertanya atau menegur ?

Persoalan mudah yang kita tanya sekali lagi adalah - Adakah duit dari SRC itu memang hak Najib untuk memilikinya ? Jika iya - Atas sebab apa ?

Jika bukan hak Najib - Apakah wang itu sudah dipulangkan ?


Kalau USD620 juta dari duit derma boleh dipulangkan dalam tempoh beberapa bulan saja dari tarikh diterima sebab kononnya Najib ni jujur dan amanah, apa citer dengan RM69 juta duit SRC itu ? Ni dah lebih setahun setengah ....

Satu lagi .... kita terbayang apakah dalam kepala Najib Rosmah semasa mereka berholiday shopping sakan waktu itu .... mereka tahu ada BANYAK WANG BERJUTA2 DALAM AKAUN yang menjadi milik mereka .... DARI MANA DATANGNYA ?

Duit beratus juta yang Reza Aziz, anak Rosmah terima untuk modal buat filem lucah itu pula datang dari mana ?

Kenapa semua ini tak berjawab ?

Prk Sg Besar dengan Kuala Kangsar dah nak mula ni ....

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 5:02 PM

Masalah politik org2 melayu adalah terlalu bersifat feudal...mcm org kg dulu...anak penghulu buat onar satu kampung tak berani nak kata apa sebab takut penghulu marah. Penghulu pulak bodek2 org2 Sultan supaya dapat kekal jadi penghulu. Sikap tunduk keterlaluan nie terbawak2 sampai ke zaman moden nie...asalkan org setempat yg kita angkat jadi YB, kita mula terhegeh2 tunduk hormat walhal asal2 si polan tu silap2 cuma tukang cuci jamban. YB sebagai title terus menjadi "Yang Berhormat" walhal sepatutnya "Yang Berkhidmat"...menjadi cuma wakil kepada kita utk kebajikan hal ehwal setempat...boleh dinaikkan dan boleh jugak diturunkan. Tapi umum tau yg cash speaks louder than anything...kuasa di tangan rakyat utk menurunkan YB khianat nie boleh dibeli dgn wang...punya la singkat pemikiran kebanyakan org melayu sehingga cuma menjangkau 5-10 minit nikmat membelanjakan duit kopi drp 5 tahun ke hadapan apa undi itu boleh buat utk memastikan anak cucu kita terbela. MT UMNO yg telah dibeli oleh PM, ketua2 bahagian dan cawangan sebenarnya boleh dilucutkan jawatan dgn mudah kalau org2 melayu tidak terlalu "UMNO centric tapi bersifat feudal" tapi lebih kepada practicality menaikkan mana2 calon yg bersih, cekap dan amanah, masih melalui UMNO sebagai platform tapi piawaian calon bersifat transparent.

....................
Reply To This Comment ...................
May 15, 2016 at 5:06 PM

PM haramjadah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 5:06 PM

Mungkin kad kredit tu syer bersama. Tu yg tak bunyi. Dah makan, perut kenyang, mata tutup, mulut pun tak bunyi melainkan dengkuran

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 5:56 PM

Dia cakap TAK TAHU...mana bukti dia tak tahu? Sepatutnya dia dan apandir kena buktikan dia memang tak tahu!

Apandir takde bagitau pun bahawa duit itu telah dipulangkan. Jadi kita anggaplah duit itu telah dibelanjakan.

Jika betul2 tak tahu...kenapa dibelanjakan duit tak tahu itu? Kenapa dibelanjakan sedangkan kau tak tahu duit siapa tu? Kenapa belanjakan duit yang kau tahu bukan duit kau? Kenapa pula kau tahu bershopping menggunakan duit yang kau tak tahu dari mana asalnya?

Jika tak belanja.. Mana bukti bahawa duit itu tidak di belanjakan?

Memang kau bangang la najeeb!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 6:45 PM

Tepat sekali. Mana la perginya melayu yg berani mcm dulu2? Takkan murah sangat nilai maruah....
Najib tu takde istimewa langsung,tapi di pertahankan mengalah nabi pulak. Suci bersih...suci hampeh mcm tu adalah. Bangkitlah melayu! Anda sedang lena panjang....buta ke lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 8:13 PM

Derma takde,mcm mana nak pulangkan? Tu cuma cerita hikayat....yg tak ada bukti langsung. Duit tu semua satu je punca nya....dan satu dunia pun tahu. Cuma pihak berwajib negara kita je buat2 tak tahu. Maaf cakap la. Duit SRC tu pun sama jugak.....
Jika anda benar najib,MANA BUKTI NYA? Tak sedarkah dunia sedang mengeluarkan bukti2 yg anda rahsia dan sorokkan? Tak malu ke? Mana nak malu sbb maruah takde lepas tu bercakap bohong. Hidup pulak keliling pengampu....macam tu la jadinya.
Anda bodoh najib!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 8:57 PM

Duit yg "najib tak tau siapa deposit" dia dah belanja kata nya.
Budah perempuan kat Australia tu pun macam tu jugak kes nya. Dia dah kena dakawa di Australian court. Australia kan ajar Malaysia tu.
Perdana Menteri Malaysia jawab dia tak tau. Sebahagian besar MP BN yang rakyat wakilkan ke persidangan Parlimen boleh terima bulat bulat perangai perdana menteri mereka ni.
Ini macam MP MP BN tahap pemikiran masing masing macam orang tak pernah pergi sekolah menengah.
Dalam bank kita ada duit. Kita tak tau siapa bagi. Banyak berketurunan belanja tak habis pulak tu ! Kita takkan tak mau langsung tau mana datang nya duit berjuta juta ni. Kita manusia beragama. Toksah cakap agama la..etika.. orang macam ni perangai nya boleh ke kita nak kekalkan jadi perdana menteri Malaysia ?

MP MP BN takkan la tak pergi sekolah menengah..tapi tahap akal masing masing kita memang boleh rumuskan macam mereka tak pergi sekolah menengah !
Tak ada seorang pun yang keluar suara menentang kemungkaran yang memang bukan fitnah tetapi jelas dubuktikan penyiasat negara negara lain.

Eh Perdana Menteri Malaysia yang paling berjaya pun tak percaya la. Kalau dia MP hari ni, Tony Pua dan Rafizi boleh duduk diam diam la..nampak apa dia buat..dalam 2 bulan boleh dapat 1,271,000 tandatangan deklarasi rakyat. Kita ada minggu yang menarik untuk lihatjurucakap jurucakap dedak overdose pm ni mengelupor dan akan berbohong lagi minggu depan.

Siapa nak percaya najib tak tau ?
Siapa nak percaya ada orang nak derma 2,600,000,000 ringgit kepada najib ? bukan kerajaan Malaysia tau..bukan UMNO tau..tapi najib.
Mula mula tak mengaku..lepas tu kata derma..kes lain dia cakap dia tak tau tapi dah habis belanja..dia berbelanja macam keluarga Marcos..
Sekarang..dia bukan penjawat awam ? Technically, memang la di MP. Ini percubaan mengelak..dia mesti masuk perangkap. Perdana menteri negara lain tak akan memalukan diri nya sebegini dan dah resign lama dah..

....................
Reply To This Comment ...................
May 15, 2016 at 11:38 PM

Paksa Najib mengaku sudah sebab Kerajaan Singapura dah habis siasat confirm Najib cekek duit rakyat dan Negara,, bangun orang orang Melayu jangan buat buat bodoh saja.....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 1:04 AM

model politik UMNO sedang mereput dengan pantas dan malangnya pemimpin UMNO masih tegar dengan sindrom penafian yang kronik..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 1:06 AM

Begitu kuatnya pengaruh wang yang menjadi anai2 sedang membaham jasad umno dari kepalanya...

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
May 16, 2016 at 7:58 AM

Salam Sdr. Din,

Kalau ditanya kepada cai-cai Bijan, pastinya mereka akan menggunakan isu kaum dan agama dengan menyatakan:
"Siasatan dari luar tu adalah siasatan org kafir harbi, yang menjadi ejen Yahudi untuk menjatuhkan Negara Islam"

Itu aje la modal yang mereka ada. Apabila kita tanya pasal fakta.... Berbuih-buih mulut nak cuba spin.

....................
Reply To This Comment ...................
May 16, 2016 at 8:14 AM

Kenapa Najib takut sangat untuk dedahkan semua ini dirancang olih Jho Lo. Ada kah Jho Lo pernah menyediakan Paris Hilton atau Lindsay Lohan untuk dinikmati olih Najib dan ada menyimpan gambar gambar mereka.

Post a Comment