........... Jangan Biarkan Umno Mati Bersama Najib ! - Kadir Jasin (video) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jangan Biarkan Umno Mati Bersama Najib ! - Kadir Jasin (video)

Tuesday, May 17, 20160 comments


Semalam berlangsung majlis Berani Kerana Benar anjuran GKCM Johor di Batu Pahat. Menarik kali ini kerana selain dari Muhyiddin dan Syed Saddiq sebagai tetamu kehormat, turut hadir memberi ucapan adalah Datuk Kadir Jasin.



Ramai yang belum pernah melihat aksi Kadir Jasin, maka saya rakamkan ucapan penuh beliau di bawah serta potongan2 pendek untuk sama2 kita sebarkan melalui FB atau Watsapp.


1 - Bukan 1MDB dan 2.6 B saja Tapi Ekonomi Najib Pun Hancur !



KLiK untuk ke Youtube

- ketika rakyat susah, Najib perkenalkan GST, menarik balik subsidi. Jadi rakyat jadi lebih susah.

- apa yang dilakukan Najib dalam bidang ekonomi tidak lebih daripada Mencukai.

- Dasar fiskal Najib tidak lebih daripada mencukai, memungut hasil untuk menampung perbelanjaan kerajaan termasuklah membayar faedah hutang, belum lagi pokok

- Menurut Gabenor baru Bank Negara, pertumbuhan ekonomi untuk suku tahun pertama ( Januari-Mac ) adalah 4.2%. Itu adalah kadar paling rendah dalam masa 7 tahun ( semasa pemerintahan Najib ). Dan dia meramalkan bahawa untuk suku tahun akan datang, ekonomi kita akan menguncup lagi

- Hutang negara meningkat, hutang isirumah 2010 -72% menjadi 2015 - 89%, simpanan jatuh dari 33% kepada 28%

-Bukan kerana 1MDB, SRC atau 2.6 bilion ... tolak itu sebelah. Najib sudah tidak boleh diterima lagi sebagai PM Malaysia.



2 - Najib Harmless .. Tapi ..



KLiK untuk ke Youtube


-  Najib orang baik .... harmless. Dalam politik Umno kerap diperkotak-katikkan. Perlu diberi perlindungan dari musuh2 politik yang tidak mahu beliau naik.

- Mula jadi kurang baik apabila beliau diangkat menjadi Menteri Pertahanan

- saya memberi satu nasihat kepada Najib - Dalam politik isteri penting, tapi dalam politik juga isteri boleh menjadi beban yang sangat besar !

- Bila naik jadi Timbalan PM, beliau masih berkawan ... tapi sudah mula nampak kerenggangan

- Bila Najib jadi PM, hubungan beliau dengan saya, putus

- Tidak lagi diajak bersama dalam taklimat2 bersama Ketua2 Pengarah kerana saya akan mengatakan apa yang terlintas yang mungkin tidak sedap didengar


3 - Najib Pulangkan Derma Sebab Sumber Haram ?!



KLiK untuk ke Youtube


- saya tidak pernah jumpa satu manusia yang bila orang bagi derma, dia bagi balik. Melainkan Najib setelah menerima derma daripada Raja Saudi Arabia mendapati duit itu haram, duit judi ! Maka dia pulangkan duit itu.

Adakah kita sekarang nak menganggap bahawa wang derma daripada negara Arab itu daripada sumber haram maka PM kita yang begitu baik memulangkannya ?

- Ceritanya tidak pernah ada derma daripada arab yang sebegitu besar. 200-300 juta mungkin ada tapi 2.6 bilion ,,,,,  saya rasa tidak masuk akal. Yang lebih masuk akal ialah wang itu daripada wang 1MDB yang disonglapkan dengan bantuan seorang pemuda cina yang sangat hebat bernama Jho Low.



Jangan Biarkan Umno Mati Bersama Najib !



KLiK untuk ke Youtube

- apakah Umno perlu mati bersama Najib ?

- satu pengkhianatan jika dibiarkan

- Umno akan mati jika Najib terus memimpin parti

- Umno bukan lagi parti orang Melayu, bukan parti kita lagi, ia dah jadi Parti Najib, dan parti konco2nya. Parti pemakan2 dedak.

- calon pilihanraya yang akan datang akan diiktiraf sebagai calon Najib .... yang makan dedak

- pisahkan Umno daripada Najib. Jangan akui Najib sebagai Presiden Umno dan jangan akui lagi sebarang perhubungan antara najib dengan Umno. Insyaallah, Umno boleh diselamatkan.

- kita harus berani menyatakan yang benar !


Video penuh Ucapan Datuk Kadir Jasin



KLiK untuk ke Youtube




Share this article :

Post a Comment