........... Interview Khas Mukhriz - Kenapa Saya Saman Tg Sariffudin / Najib Tumpang Glamer KM Sarawak ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Interview Khas Mukhriz - Kenapa Saya Saman Tg Sariffudin / Najib Tumpang Glamer KM Sarawak !

Tuesday, May 3, 20165comments



Tadi saya berpelung untuk interview DS Mukhriz secara santai dan kebetulan awal pagi tadi Mukhriz telah menfailkan saman tuntutan gantirugiterhadap Setiausaha Akhbar Najib iaitu Tg Sariffudin sepertimana yang dijanjikan sebelum ini, jadi saya bertanya komen beliau ....

Cakap Serupa Bikin !  Bagus ......

Sekurang2nya adalah juga orang yang berani untuk saman pada hari Selasa ...


Video 1 - Kenapa Mukhriz Saman Tg Sariffudin SUA Najib



KLiK untuk ke Youtube

- tugas mengeluarkan kenyataan sudah diambilalih oleh Setiausaha Akhbar PM

- menuduh sembrono dan rekaan semata2 ...kononnya uasaha Deklarasi Selamatkan Malaysia bawah Tun Mahathir adalah untuk mengangkat Muhyiddin jadi PM dan seterusnya menyediakan jawatan PM itu untuk Mukhriz

- Dengan keadaan rakyat tengah marah ni, saya tak yakinlah kita boleh kekalkan kedudukan begitu ( Umno/BN majoriti di Parlimen )

- kenyataan Tg Sariffudin bersifat kebudak2an

- 4 kenyataan Tg Sarifuddin yang tidak betul


Video 2 - Najib Tumpang Populariti KM Sarawak !



KLiK untuk ke Youtube.

- BN Sarawak berbeza dengan BN Semenanjung

- Kepimpinan BN Sarawak lebih tahu apa yang baik untuk membela nasib rakyat di Sarawak

- Saya tidak nampak bahawa kemenangan BN di Sarawak itu adalah bukti bahawa sokongan rakyat terhadap DS Najib itu masih pada tahap yang tinggi.

- Yang saya nampak ialah DS Najib sendiri ambil kesempatan populariti Ketua Menteri Sarawak dan momentum BN di Sarawak untuk mencapai kemenangan untuk kepentingan dirinya.

- Kalaupun BN menang di Sarawak, itu bukannya boleh diterjemahkan sebagai kemenangan bagi Najib



Video 3 - Bukan team A atau B Tapi Umno Najib Dengan Umno Perjuangan




KLiK untuk ke Youtube.

- ... seolah ada dua Umno, bukan Team A Team B tapi Umno Najib dan Umno Perjuangan .. iaitu Umno asal yang perjuangkan alif ba ta... itu semua sudah ditinggalkan, tidak diberi keutamaan lagi dah.

- Sekarang ni yang menjadi keutamaan adalah pertahankan Presiden parti, tak kira apa. Dia buat salah pun tidak apa. Tuduh orang lain semua bersekongkol dengan pembangkang untuk menghalalkan kemungkaran yang berlaku oleh kepimpinan dalam parti.

- .... clear kita ni disebelah mana.

- Dilema orang Melayu Umno ialah, dia sayang kepada parti, dia jentera parti tapi macamana kalau dia buat kerja untuk menangkan parti dan yang dapat nama ialah DS Najib. Walhal mereka ini pejuang2 yang setia dan ikhlas kepada parti ini tidak menyokong dia sebagai Presiden

- Mukhriz merujuk kepada ucapan Tun Mahathir di Stargate Kedah baru ni yang masih bercakap tentang Umno walaupun sudah keluar parti. Dia sayangkan parti, saya pun begitu jugalah.

- Nazri dah umumkan dia sendiri yang akan mencadangkan perkara ini ( pecat Mukhriz dari parti ), macam dialah lembaga disiplin ... jadi dia boleh cadangkan, kita tengok apa reaksi ... yang saya hairankan, ada tidak mereka fikirkan tindakan2 ini akan memberi kekuatan atau akan melemahkan lagi parti kita menjelang PRU nanti.


                                                         ***********************

.
KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR

----------------------------------

1. Pada hari ini, Selasa 3 Mei, 2016, saya telah menyaman dan membuat tuntutan gantirugi terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri atas beberapa kenyataannya yang bersifat fitnah terhadap Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya.

2. Melalui empat kenyataan, Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan Rakyat, sanggup bersubahat dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri supaya saya sendiri boleh mengambilalih jawatan tersebut, dan bahawa setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden UMNO yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri.

3. Saya dengan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tidak berasas dan fitnah Tengku Sariffuddin tersebut. Tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengan saya untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib untuk tujuan menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Tan Sri membimbing saya untuk mengganti beliau di jawatan tersebut kemudian.


SETERUSNYA ..... KLiK.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2016 at 6:49 PM

Bravo and well done mukhriz

Would you also kindly lodge a police report on JASA who have been making misrepresentations viz its 1MDB book? Bring this guy called Puad Zakar to his knees.....i am waiting in anticipation

....................
Reply To This Comment ...................
May 3, 2016 at 7:49 PM

Claim byk sikit,20-30 juta ke,berbaloi sikit.biar panas bontot dia.

....................
Reply To This Comment ...................
May 3, 2016 at 11:13 PM

Saman kerana benar Mukriz,,
Kena saman kerana fitnah Tengku,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2016 at 1:53 AM

welcome to kelab badut tengku saripdol. hmmm...dah ramai orang dalam kelab ni tapi tak pa. errr..kamu duduk sebelah puhhattt tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2016 at 4:50 AM

Plsss saman jasa yg kluarkan buku 1mdb tue plsss. Bro din plss bgtau ds mukhriz utk saman jasa. Lg berbaloi

Post a Comment