........... Hutang 1MDB - Rakyat Jangan Marah2 .... Najib Dah Janji Tidak Akan Guna Duit Rakyat Untuk Selesaikan Masalah 1MDB ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hutang 1MDB - Rakyat Jangan Marah2 .... Najib Dah Janji Tidak Akan Guna Duit Rakyat Untuk Selesaikan Masalah 1MDB !

Thursday, May 12, 201612comments

Gabenor baru Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim yakin kerajaan akan menjelaskan semua hutangnya berhubungan dengan 1MDB.

"Saya yakin kerajaan akan membayar semua hutangnya,"

Pendek jer ayat dari Gabenor baru Bank Negara Malaysia tapi ternyata telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Apa maksud sebenar Datuk Muhammad ?


Mkini
Ramai yang dah mula marah2 dan memaki hamun Najib dan kerajaannya  .... sebab semua orang pun tahu bahawa kerajaan itu adalah rakyat. Kalau kerajaan yang bayar itu sama juga maksudnya rakyat yang bayar.

Actually benda ni dari dulu lagi rakyat dah boleh agak dah. 1MDB memang hampeh. Rugi Besar dan merugikan, tiada yang lain selain Rugi Besar. Bila dah rugi, maknanya, kenalah bawa masuk duit dari luar syarikat untuk tampung kerugian itu .... barulah balance. Bila dah balance, baru boleh tutup buku,

So, dari mana lagi datangnya duit luar itu kalau bukan dari kerajaan ? Walaupun dah boleh agak kerajaan / rakyat yang bakal tanggung beban 1MDB, tapi bila ianya disebut secara terbuka, kenyataan itu tetap beri impak yang besar.

Baru ni katanya Kementerian Kewangan ambil alih aset 1MDB .... nah, macamana 1MDB nak bayar hutang ?

Sinar 11 Januari 2016
"Isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh enam bulan sudah pun nampak penyelesaian."

Benarkah sudah nampak penyelesaian ? Dari apa yang kita tahu berlaku akhir2 ini, negara bertambah malu bila 1MDB yang membawa nama Malaysia telah disebut dalam media antarabangsa sebagai telah GAGAL BAYAR HUTANG sebanyak 3 kali sebagaimana didedahkan oleh IPIC di London Stock Exchange.

Apakah Najib sudah MUNGKIR JANJI ?

"Yang kita banggakan penyelesaiannya dalam bentuk bukan MoU (Memorandum Persefahaman) tetapi dalam 'agreement' (persetujuan) yang ditandatangani dan lebih mustahak ia tidak guna dana rakyat sama sekali. Ini perlu saya jelaskan,"


Yang kita BANGGAKAN ..... ?  Tidak ada satupun mengenai 1MDB yang boleh rakyat banggakan ! Rakyat kalau boleh, berharap 1MDB ini adalah satu mimpi ngeri, yang bila kita bangun semuanya tidak pernah berlaku pun.

Satu sen pun tak guna .... Takde faedah langsung walaupun berbilion2 ringgit hangus .... 

Berapa ramai pekerja 1MDB yang telah ditanggung selama ini dengan perbelanjaan sebegitu besar ? Apa monumen atau bangunan yang boleh kita nampak hasil pelaburan bilion2 ringgit 1MDB ?

APA YANG RAKYAT DAPAT UNTUK DIBEBANKAN DENGAN HUTANG 1MDB ?


Lapuran PAC sudah pun dibentangkan ..... apakah semua persoalan mengenai 1MDB sudah dijawab ? Kenapa masih banyak tandatanya yang belum terjawab ?

Kenapa lapuran Ketua Audit Negara masih menjadi rahsia di bawah OSA ? Apa yang nak disorokkan ?

Adilkah kepada rakyat untuk menanggung beban 1MDB tanpa didedahkan sepenuhnya mengenai 1MDB ?

Kalau di negara lain sudah lama pemimpin mereka meletak jawatan jika berlaku skandal seperti 1MDB, waima dengan nilai yang jauh lebih kecil berbanding 1MDB tapi pemimpin kita .... langsung tidak faham apakah itu AKAUNTABILITI.

PS - Mohon Gabenor Bank Negara tampil dengan penjelasan apakah maksud beliau dengan - "Saya yakin kerajaan akan membayar semua hutangnya,"

- Apakah keadaan kewangan dan hutang terkini 1MDB ?

- Kenapa Laporan Ketua Audit Negara masih di bawah OSA ?

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 6:18 PM

Janji tinggal janji aje. Hanya boleh simpan celah ketiak aje…he he he

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 8:31 PM

Orang nganu kate...nok kerik seng celoh mane? Jawapangnye...jangang susoh, GST kang ade orp.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 8:32 PM

Janji munafik nak di pakai? Pulak dah! Dah berapa kali tipu,bacul dan menyorok di belakang kaki ampu?
Rasanya puas dah berlembut dgn najib ni....cuba main kasar sikit tengok. Beliau ni seorang yg penakut,berani buat tak berani tanggung. Tu pasal membohong,menyalahkan orang lain dan mcm2 lagi. Tapi power lagi jho lo nik faisal dan subuh yasin....sampai pihak berkuasa tak mampu buat apa2....
KERAJAAN ITU ADALAH RAKYAT. OLEH ITU DUIT KERAJAAN ITU AMANAH DARI RAKYAT. Maka bila duit tu disalah gunakan,masihkah kita membisu dan hanya memekak di dlm blog? Cukup2 la....KITA dikhianati. Harap melayu je badan ketul2 tapi dgn pondan pun takut!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 8:40 PM

'Saya yakin kerajaan akan membayar kesemua hutangnya'.

'HUTANGNYA' Kerajaan yang kena tanggung hutang maknanya rakyat lah yang terbeban apakah hasil terbesar kerajaan lain tak bukan 'cukai' siapakah pembayar cukai kepada kerajaan lain tak bukan 'rakyat'.

Macai yang bermati matian membela najib otak letak kat kepala lutut kesian kat mak pak depa.

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2016 at 1:07 AM

Cakap siapa pun boleh,,tapi pada hakikatnya tetap rakyat yang akan lunaskan hutang Najib,,muka dia saja aje macam tak ada apa apa berlaku,,PM cartoon

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2016 at 6:17 AM

1sen pun wang cukai yg saya bayar pergi kepada bayar hutang 1ndb tu...saya tidak redha dan haramkan!

Ingat tu wahai pemimpin kerajaan..saya pembayar cukai highest bracket. Jadi jangan pandang rendah dengan cukai yang saya bayar. Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2016 at 6:55 AM

Itulah pemimpin politik malaysia. Orang luar siasat dah ramai yg di dakwa. Kt malaysia punca sgala malapetaka semuanya beres!!...Dah tu Pilihanraya negeri sarawak BN manang basar lagi!!!....Bravo BN!!...Rakyat Sar sekongkol mngiyakan tindak tanduk kamu dari sudut politik....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2016 at 7:21 AM

Cakap pasal janji2 mengenai 1MDB ni.. Rasenya dah jadi plot Cinetron Indonesia, tak bole paka kena kencing tiap kali diucapkan:-
0.5. Mula2 pasal tebusan tunai Cayman kata dah tengok penyata bank ada cash, lepas tu cash jadi unit, bila ditanya apa unit tu, jawapannya yalah unit apa2.
1. Nak saman WSJ, loyar Kidex wat2 bengong anto surat bodoh dan paka alasan frivolous mcm mengaku salah.. freedom of speech, nak saman kat mana dsb.
2. Saman Liong Sik, awal2 Hakim suruh mediasi..bacanya tak payah bukak cerite kat mahkamah terbukalah.. Apa lagi sikena saman boleh pau baik punya.. Hehe
3. Laporan Akauntan Negara akan menghukumkan yg bersalah.. Tup tup Laporan diOSAkan. Yg kita dengar bukan saja Swiss AG kata USD 4 bilion duit 1MDB disonglap, Akauntan Negara Malaysia pun bila siasat rumus yg sama jumlah yg lebih besar hilang
4. PAC telus tapi Pengerusi cari makan secara sengaja buang kenyataan material BNM pasal tuan punya syarikat Goodstar tiada kaitan dgn Petrosaudi kaut duit pelaburan 1MDB. Pengerusi PAC buat kenyataan luar mesyuarat dgn Bernama clear bagi sijil halal disanggah oleh 5 ahli PAC termaduk Seng Giaw DAP dari pembangkang kerana Pengerusi buat kenyataan tidak mewakili consensus

Jadi kalau janji tak pakai duit rakyat dan bila situasi dah cross default ..MOF dah ambil alih.. Tak payah jadi roket saintislah nak duga terkam duit mana dulu nak setel cepat2. Kalu nak pergi arbitrasi pasal BVI, nati abis terburai cerite kat tribunal spt telahan Arul mgkin ada scam dalaman.

Pasal MOF ambik alih ni, dulu MOF pun ambil alih SRC lepas projek gagal dan pelaburan lebur. Tiba2 kat mahkamah Singapura dlm kes yg dikatakan berkait dgn 1MDB, Pendakwaraya telah kemukakan caj baru surat palsu kpd SRC International berpengkalan diNew York. Dari Mongolia ke New York duit pencen pusing tapi bau modus operandi macam Aabar BVI nama seakan2 sama tapi tak sama.. yang satu masyuk baik satu lagi terkankang.

Janji manis semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2016 at 8:30 AM

Warkah dari SINGAPORE: Former private banker Yeo Jiawei, who has been accused of money laundering and cheating offences allegedly linked to a probe into Malaysia's troubled state fund 1MDB, had another charge tendered against him on Thursday (May 12).

Yeo's latest charge is for forgery. He allegedly fraudulently signed a reference letter to the anti-money laundering branch of Citibank to facilitate the transfer of US$11.95 million (S$16.3 million) to Affinity Equity International Partners.

This is the third week in a row that new charges have been levelled aginst Yeo. He now faces a total of seven counts, including charges of money laundering and cheating involving millions of dollars, and for perverting the course of justice.

The prosecution, led by Second Solicitor General Kwek Mean Luck said investigations had reached a "significant" point, urging the court to allow Yeo's continued remand.

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2016 at 1:49 PM

Najib ada 2 pilihan.1 pergi mati je..2 msk jel utk 100 thn..pastu mampos je la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2016 at 8:08 PM

Sejak krisis 1MDB jadi sensasi perkataan pertama yg keluar dr mulut si polan pun dah benda menipu maka sampai kesudah kenyataan si polan pasti la tipu semuanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2016 at 8:10 PM

Jap pilihan ketiga yg wajib didulukan. najib kena serahkan semula duit bilion2 yg dia buat main saidina tu baru dia boleh pilih pilihan 1@2.

Post a Comment