........... Dua Insan Paling Bertuah Di Dunia - Christine Dan Najib, Tapi Malangnya Impian Christine Menjadi Nyata Di Ostrolia | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dua Insan Paling Bertuah Di Dunia - Christine Dan Najib, Tapi Malangnya Impian Christine Menjadi Nyata Di Ostrolia

Sunday, May 8, 201610comments

astroawani
Menarik sekali berita dari Australia mengenai seorang pelajar Malaysia di sana yang dituduh menggunakan AS$3.4 juta yang diberikan kepadanya secara tidak sengaja oleh banknya.

AFP melaporkan wanita berusia 21 tahun itu telah membelanjakan wang itu untuk membayar sewa pangsapuri, membeli beg tangan berjenama dan barangan mewah lain selepas akaun bank Australia miliknya memberi overdraf tidak terhad kepadanya.

“Begitu banyak beg tangan” kata majistret, Lisa Stapleton pada Khamis menurut Daily Telegraph Sydney.


Nakal tajuk yang diberi oleh astroawani di atas ! Takkanlah sebab beli beg tangan mewah jutaan dolar merupakan satu kesalahan ? Lantak dialah nak beli apapun.... kalau dia beli jam tangan Grosigono berharga jutaan dolar ... tak salah ?

Sebenarnya kesalahan pelajar itu, Christine Jiaxin Lee, 21, adalah kerana telah membelanjakan wang AS$3.4 juta  yang diterima secara tidak sengaja dari pihak bank.


abc
Pihak bank telah tersilap beri kemudahan overdraf kepada Christine dan ahmoi itu pun apalagi, shopping sakan lah !

Malah Majistret Lisa Stapleton sendiri kata, ia bukan hasil jenayah, ia adalah dana yang kita semua hanya mampu mimpikan saja .....

"It's not proceeds of crime, it's money we all dream about," Ms Stapleton said.

Mungkin hanya dua orang insan bertuah saja di dunia ini yang dikurniakan mimpi sebegitu. Selain Christine, sorang lagi adalah Najib. Kedua2nya adalah rakyat Malaysia.

Christine bangun satu pagi, dia pi bank nak keluarkan duit tetiba dia dapat durian runtuh .... AS$3.4 juta tersedia kepada beliau untuk dibelanjakan. Najib juga sama, bangun satu pagi, dia pi bank nak keluarkan duit tetiba dia pun dapat durian runtuh ..... Berpuluh juta ringgit ada dalam akaun.

Menariknya dalam kes Najib yang tidak mungkin berlaku kepada sesiapapun di dunia ini sampai kiamat adalah, mimpi indah beliau berlaku beberapa kali ! Peeeergh .......

So ,,,Christine pun apalagi ..... enjoy sakanlah. Begitu juga Najib, apalagi, enjoy sakanlah ,,,, berulang kali.

Cuma yang malangnya buat Christine, mimpinya menjadi kenyataan di Australia sementara mimpi Najib menjadi kenyataan di Malaysia ! 

Di Malaysia jika perkara seumpama itu berlaku, cukup sekadar menyatakan yang kita tidak tahu siapa yang masukkan duit itu, alasan sebegitu sudah cukup buat Peguam Negara Malaysia buang kes. Selain dari dibuang kes, duit yang sudah dibelanjakan tak perlu dipulangkan. 

Maknanya, pihak yang masukkan duit itu akan rugi lah. Sememangnya satu mimpi indah yang menjadi impian semua orang, telah menjadi kenyataan berulangkali kepada Najib yang secara kebetulan juga merupakan Perdana Menteri Malaysia !

Sementara di Australia, membelanjakan wang seumpama itu merupakan satu jenayah.

Sydney City Police Detective Inspector Sean Heaney said if members of the public found money in their accounts that should not be there, or they had an ability to overdraw on an account that they should not have, they should not spend the money.

"Speak to your financial institution, have the matter rectified, if you fall into the temptation of spending other people's money, you may be committing criminal offences," Detective Inspector Heaney said.

Di Australia, jika anda dapati dalam akaun ada wang yang bukan milik anda, anda kena tanya pihak bank dan dapatkan penjelasan. Sekiranya anda belanja wang yang bukan kepunyaan anda, itu merupakan satu kesalahan jenayah.

He said exploiting an error made by the bank amounted to stealing.

Mengambil kesempatan di atas kesilapan pihak bank boleh disamakan dengan MENCURI !

MUNGKIN SAJA Christine ingat undang2 di Malaysia ( mengikut tafsiran Peguam Negara ) sama saja dengan undang2 di Australia. Minta maaf lah amoi, walaupun Australia itu negara kafir, tapi dari segi moralnya, pengamal undang2 mereka nampaknya lebih Islamik dari pengamal undang2 di Malaysia yang kononnya sebuah negara Islam.

Nilai2 murni seperti kejujuran, tidak menyalahguna hak orang lain, integriti, tidak mencuri .... semua itu adalah nilai2 sejagat yang turut dituntut oleh Islam. Yang penting adalah AMALAN bukan setakat LABEL saja. 

Apakah undang2 Malaysia sama seperti undang2 di Australia dalam kes di atas atau ianya tampak berbeza kerana mengikut tafsiran Peguam Negara saja ... atau ianya tampak berbeza kerana melibatkan Najib ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2016 at 11:32 AM

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Adakah epispod ini sebagai landasan utk menentukan nasib Najib?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
May 8, 2016 at 12:48 PM

Malang si Cristine sbb dia BUKAN FIRST LADY of certain country...kalau...KALAUlah dia 1st lady, mesti tak jadi mcm ni...nasib ko la Cristine....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 3:28 PM

Ikut kata ustaz politik pas, umno, pkr semua tu bukan islam melainkan pelaksanaan hudud sahaja. Hudud itu islam, cakap bohong tak apa tapi tolak hudud jadi kafir. Guna duit orang tak salah kerana rezeki terpijak, hudud itu lebih penting daripada amalan. Tapi lima puluh hinggit pun bank tepon minta masuk balik kerana salah bank. Apa cer nak joli berjuta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 4:31 PM

jangan buat kenyataanya mengkhinzir buta Din..... tak habis lagi fitnah kau yek...... duit yg Najib dapat tu kau tau Dari mana..... Dan untuk Apa...... jangan munafik. kau pun kalau dapat duit Banyak hasil sumbangan sure kau tukar proton waja kau tu kan..kan..kan..

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2016 at 7:31 PM

@AnonymousSaudara juga jangan menfitnah, masa bila saya pakai waja ??

Oya, mana saudara tahu deposit dalam akaun Najib itu satu bentuk sumbangan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 9:02 PM

Kalau hang bahlol juga tak payah nak kemukakan komenlah. Oi bahlol jholow, mu pegi maki hamun pihak siasatan USA, UK, Switzerland, Singapore, HK, apatah lagi pasal jibby punya hal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 9:24 PM

4.31pm
Mana bukti derma? Mana bukti derma dah dipulangkan? Jangan jadi munafik ya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 9:51 PM

Marah betoi macai najib pasai taksub sama hasil sumbangan sampai buta tak tau nak beza oh ya lupa sebahagian sumbangan dah di pulangkan balik pada tuan dia pulang balik duit derma sebab rakyat semua takda yang miskin takda yang melarat rakyat semua dah kayaraya katun punya cerita boleh buat filem joke of the year hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 9:40 AM

Setuju dgn pandangan anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 9:56 AM

Cai.. Dari mana najip dpt duit tu cai... Cer citer sket nak tau ni tak kan asik kata fitnah fitnah aje...bagi laa bukti cai supaya aku bleh pecaya yg najip ni suci bersih...lama tunggu ni

Post a Comment