........... Derma RM2.6 B - Kerajaan Arab Saudi Tidak Tahu Menahu Dan Anggap Itu Masalah Dalaman Malaysia ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Derma RM2.6 B - Kerajaan Arab Saudi Tidak Tahu Menahu Dan Anggap Itu Masalah Dalaman Malaysia !

Tuesday, May 17, 201612comments


Hahahaha .....lawak beb nengokkan Nazri menggelabah bila Putera Sultan Abdulaziz yang merupakan anak Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, menjawab soalan wartawan mengenai isu derma Najib.

Cuba perhatikan di awal video ketika Salman mengambil mikrofon dan Nazri juga sedang menghulurkan tangannya untuk mengambil mikrofon yang sama. Ingat, soalan itu ditujukan kepada Salman ....

Kemudian Salman berkata kepada Nazri - That's OK.  seolah mahu menyakinkan Nazri yang beliau mampu jawab soalan itu.

Lihatlah gelagat Nazri ... hahahaha .... gelabah beruk ! Siap raba2 talileher macam reaksi spontan orang yang kepanasan ... 

JELAS bahawa isu derma itu sudahpun mereka bincangkan sebelum PC itu dan JELAS bahawa Salman turut mengetahui isu 'derma' itu adalah satu isu yang panas.

Untuk mengatakan yang Salman baru memegang jawatan kabinet dan tidak tahu apa2 mengenai isu derma adalah tidak logik. Salman sudah pasti terlebih dahulu berbincang dengan mereka yang berkenaan di Arab Saudi sebelum terbang ke sini dan sediakan jawapan yang selamat mewakili kerajaan Arab sebagai persediaan sekiranya ditanya wartawan mengenai isu itu.

Ayat pertama yang dijawap oleh Salman sebelum mikrofon diambil alih oleh Nazri adalah -


"I really have no background on this issue. I'm not saying just to brush you off but we really have no background on this issue. This is an internal issue with Malaysia and I am sure, you guys will work it out"

Maksudnya apa ? Salman sebagai ahli kabinet kerajaan Arab Saudi berkata yang dia/mereka tidak tahu apa2 mengenai isu derma ini ! Beliau bukan tak nak jawab tapi memang dia tidak tahu apa2 ! Isu derma ini adalah satu isu dalaman Malaysia, dia tak nak masuk campur dan berharap rakyat Malaysia mampu selesaikannya.





Respon awal itu penting kerana ia merupakan respon yang jujur. Kerajaan Arab Saudi tidak tahu apa2 dan mereka tidak mahu masuk campur hal dalaman negara Malaysia !

Kemudian giliran Nazri pula bercakap ... errr... tak payah layan la.

oooops ada satu part yang saya nak komen ..... pada minit 1:05, Nazri berkata - I believe that some quarters in Saudi Arabia were interested to see that .. to ensure.. that Malaysia, there will be no turmoil, Malaysia is stable  bla bla bla ....

terjemahan saya - Saya percaya ada pihak di Arab Saudi yang berminat memastikan keadaan di Malaysia stabil, tidak ada huru hara ...

Apakah Nazri cuba beritahu kita yang ada pihak Arab yang mahu campurtangan dalam hal ehwal negara lain seperti Malaysia  ..... makanya ada yang sanggup beri derma dalam jumlah yang tidak masuk akal bagi memastikan keadaan di Malaysia stabil ?

Nazri bersungguh kata yang ianya bukan satu kesalahan disisi undang untuk beri dan terima derma.


Kemudian Salman bercakap lagi dan mengulangi ayat - Not commenting particularly on this very issue which concerns Malaysia, because we have no background on it and not wish to be in the middle of it .....

Terjemahan saya - Bukan nak komen mengenai isu berkaitan Malaysia ini ( isu derma ) kerana kita memang tidak tahu apa2 dan tidak mahu terlibat ....

Tu dia .... dua kali Salman ulang yang kerajaan Arab Saudi tidak tahu apa2 mengenai kes derma ini dan mereka tidak mahu masuk campur kerana ini adalah isu dalaman Malaysia !

Salman bercakap lagi , ( sebagai menjawab komen Nazri di atas ? ) - ... my point is that Saudi Arabia never, never, never been a country that has put money anywhere to cause anything internal ....... ( saya tak berapa dengar ) .... or anything that will not support a country to become what it is as a country as a nation.

Saya copy ulasan dari Mkini - the kingdom would never give money to upset any existing political regimes even if they do not agree with them. 

"Arab Saudi tidak pernah memberikan wang untuk menyusahkan regim politik semasa walaupun jika kita tidak bersetuju dengan mereka," - Mkini.


Maknanya, Salman menolak dakwaan Nazri bahawa wujud pihak yang mahu memastikan kestabilan di Malaysia .... kerana seperti kata Salman, Arab Saudi tidak akan masuk campur. Kerajaan Arab Saudi tidak akan menaja atau bayar wang atau beri derma untuk tujuan politik negara lain. Sunni ke, syiah ke, diktator ke, demokrasi ke .... Arab tak campur.

Point penting di sini - Apa citernya dengan alasan yang diberikan oleh Najib dan cai2nya tentang dana itu sebagai satu dana politik ? Konon nak pastikan Umno menang bagi mengelak pengaruh syiah la, pengaruh ikhwanul Muslimin la, IS la ....  KANTOI !

Arab akan bantu ( beri duit ) untuk pembangunan ekonomi bukannya politik.


Satu lagi perkara penting dari PC di atas - Salman tidak menjawab secara direct apakah dana atau derma RM2.6 bilion itu datang dari Arab.

Nak jawab macamana sebab mereka tidak tahu apa2 !


Apapun terserah kepada anda untuk buat tafsiran sendiri kenyataan anak raja Arab di atas. Kenyataan di atas rasanya lebih resmi berbanding kenyataan dari Menteri Luar sebab ia berbentuk sidang akhbar berbanding jawapan spontan ketika diterjah wartawan.

Bagi saya, Salman mengesahkan kerajaan Arab Saudi TIDAK TAHU APA2 mengenai derma dan tidak mahu masuk campur hal dalaman Malaysia.

Mungkin ada yang akan berkata - Macamana boleh tak masuk campur ? Kan penderma itu dari Arab ?

Dan saya boleh bayangkan Salam jawab sekali lagi - Kami tidak tahu apa2 pun dan kami tidak mahu masuk campur hal dalaman Malaysia.

Nampak macam penderma itu tidak wujud ! 

PS -  Actually senang jer nak buktikan dan tidak perlu pun libatkan orang luar. Tunjukkan bukti penyata akaun Najib dan slip transaksi samada ketika wang itu masuk dan ketika dikatakan wang itu dikembalikan. Maksud saya, Najib sendiri yang izinkan dokumen itu ditunjukkan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Senang kan.... tapi payah sangat nak buat. Begitu juga dengan dokumen2 bukti berkaitan transaksi 1MDB yang melibatkan duit yang lesap .... tidak ada bukti yang dikemukakan juga. Kenapa ek ?

Oya, yang cakap wang itu dikembalikan adalah AG dan cai2 .... pernah tak kita dengar Najib sendiri yang sebut ?

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 6:06 AM

Najib tak payah sebut apa-apa sebab dia dah bayar pada cai-cai dia - jadi sudah jadi tanggungjawab chai mempertahankan Najib sampai ke lubang tandas...
A.k.a Najib berak tengah jalan orang lain pergi bersihkannya...
Najib nampak bersih tukang cuci bergelumang tahi!
Fikir-fikirkanlah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 7:38 AM

Senang aje, tanya dia siapa dia si Putera Majed bin Abdullah bin Abdulaziz Al Saud yg tertera namanya pada surat derma itu.

Wujud kah makhluk itu? Takkan beliau tak kenal adik-beradik dan saudara rapat beliau?

Ini kah gerangan si perderma RM2.6B itu?

Ia itu Putera Majed bin Abdullah bin Abdulaziz Al Saud yang gemar khadam2 lelaki melancapkan nya dan kentut dimuka nya..

"When they did finally encounter the prince again, he was, say the women, being masturbated by another man who was 'stroking his penis'. But when they attempted to leave the room, the 29-year-old spotted them and ordered them to stay and watch.

The first woman was also ordered to stop and watch as a different aide passed wind in Al Saud's face - again after stumbling upon the prince and his retainers in a room at the mansion, the documents say."

http://www.dailymail.co.uk/news/article-3281354/I-prince-want-Saudi-royal-Prince-Majed-bin-Abdullah-bin-Abdulaziz-Al-Saud-accused-cocaine-fueled-rage-threatened-kill-Los-Angeles-mansion-staff-watched-pleasured-male-aide.html#ixzz48pNv9Wzw

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 8:26 AM

Arab Saudi tidak pernah memberikan wang untuk menyusahkan regim politik semasa walaupun jika kita tidak bersetuju dengan mereka," - adakah membawa maksud arab tidak pernah bagi duit atau maksudnya "aku bagi hangpa duit (mana2 pihak atau negara) bukan nak suruh hangpa jadikan issue atau bergaduh"..... come-on lah brader.. takyah nak bodohkan orang.Ingat tok Arab ni bleh terima Najib kesana atau dia suka turun ke sini ker kalau Najib memperguakan nma baik keturunan Raja Saudi neh?.....

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
May 17, 2016 at 8:39 AM

woooooo....PANAS ...PANAS...keluar dr mulut "ORG BESAR" Arab Saudi sendiri...apa lg DSN, sila kerahkan si "DIA" utk menggunakan hubungannya dgn Arab Saudi utk menJERNIHkan keadaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 9:37 AM

Harap sangat semua isu ni dibangkitkan dalam prk. Nak dengar apa jawapan cai, menteri dan penyokong bn. Tersedak atau alih tiang gol. Yang pasti igp pun tersedak bila tdm kata mereka rasuah kerana melindungi penjenayah. Apa ulasan cai hal ini? Mungkin masih guna kepala lutut untuk berfikir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 9:42 AM

Kantoi habis macai regim najib dengan penangan anak raja arab saudi bila sudah kantoi wang 2.6 biliyun bukan derma dari arab macai regim najib mula swing kasi jawapan lain 'tak kisah lah apa pun duit tu bukan nya duit 1mdb' hahahaha

Nazri memang gelabah beruk muka pun macam tahan nak berak saja tersengih sengih repair tali leher serba tak kena huhuhu

Baki duit 2.03 biliyun konon sudah dikembalikan kepala hotak dia jika wsj boleh dedahkan secara perincian transaksi beserta money trail bagaimana duit masuk kedalam akaun peribadi najib kenapa najib tak boleh pula buktikan dgn perincian dokumen bagaimana duit baki 2.03 biliyun transaksinya dibuat kalau sekadar sembang baki sudah di pulangkan mat pit pun boleh kata macam tu hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 11:43 AM

cuba baca utusan punya spin..cara pemberitaan...

....................
Reply To This Comment ...................
May 17, 2016 at 1:54 PM

Tak ada masa nak baca Utusan dan tengok TV3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 3:57 PM

Itu belom cerita apa Singapura katakan mengenai scandal 1MDB lagi!!!

Najib... Najib... dah la tu cepat lah step down Bahlol!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 17, 2016 at 4:10 PM

Cai najib kalau nak komen, mohon jangan alihkan isu daripada kenyataan Putera Salman di atas ya. Alih2 isu saya tak layan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 5:50 PM

Bro din... Dah tugas macai alihkan isu dan spin segala fakta mengenai kebobrokan najib. Dah bayar kena lah buat kerja. Walaupun jawapan merapu sebab bos dia pahlawan palsu.

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2016 at 1:38 PM

Salam,

Sebenarnya, melalui sidang akhbar ini putera Raja Arab ini secara diplomatik memberi mesej khusus kepada DSN (atau sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan kedudukan DSN). Mesejnya lebih kurang begini:

"Wahai DSN! Ini adalah masalah engkau. Jangan cuba kau gunakan nama baik keluarga aku mahupun nama negara aku sebagai justifikasi tindakan engkau yang lepas. Jangan sesekali kau cuba ungkitkan lagi nama kami atau negara kami selepas ini. Jika berterusan, buruk padahnya!"

Harap DSN dan konco-konconya faham.

Sekian.


Yang menulis,
Shahrizal Kamal

Post a Comment