........... Deklarasi Rakyat Bertemu Pengunjung Festival Makanan Shah Alam - Tahniah Team Mahathirisma ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Deklarasi Rakyat Bertemu Pengunjung Festival Makanan Shah Alam - Tahniah Team Mahathirisma !

Monday, May 2, 20164comments


Ini satu lagi contoh kekentalan semangat pendukung Deklarasi Rakyat yang sanggup turun bertemu rakyat dalam misi memberi penjelasan dan mendapatkan tandatangan seramai mungkin. Kumpulan anak muda dari Shah Alam yang menamakan kumpulan mereka 'Mahathirisma' telah mengadakan booth Deklarasi Rakyat di Uptown Shah Alam pada hari Sabtu lalu.


Dan semalam tanpa mengenal penat lelah, 'Team Mahathirisma' sekali lagi turun padang. Kali ini mengambil kesempatan pengunjung yang ramai di Selangor Food Mega Festival di Shah Alam, operasi bermula selepas Maghrib sehingga tengah malam.

Saya ikut sama untuk merakamkan usaha gigih mereka dan ternyata sambutan dari pengunjung pesta begitu hangat !



Mereka berjaya mengumpulkan hampir 2 ribu tandatangan Deklarasi Rakyat ! TAHNIAH !

Team Mahathirisma terdiri dari -

Md Shaiful, Zulkifli Ahmad, Amir Zaquan, ABY, Shah Jehan, Md Arif dan  Sharifah

PS - Dari pemerhatian, saya dapati masih ramai di kalangan rakyat yang tidak tahu akan Deklarasi Rakyat. Ramai juga yang walaupun pernah dengar dan berminat untuk beri sokongan tapi mereka tidak tahu di mana untuk mendapatkan borang apatahlagi mengetahui kewujudan laman web Deklarasi Rakyat

Makanya, kita perlu lebih ramai dan lebih kerap turun bertemu rakyat di seluruh negara supaya mesej Deklarasi Rakyat ini dapat disampaikan dan mendapatkan sokongan tandatangan seberapa ramai mungkin.

Dan satu lagi perkara menarik yang saya temui semalam hasil bertemu dengan pengunjung pesta  ...... RAMAI yang tidak suka Najib !



KLiK untuk ke Youtube

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 2, 2016 at 10:04 AM

Tahniah dan Syabas kepada team Mahathirisma di atas usaha yang berterusan untuk mendapatkan sejuta tanda tangan deklarasi rakyat,,insya'allah target kita semua pasti tercapai malahan lebih dari itu kami harapkan.....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2016 at 12:28 PM

Tahniah anak2 muda....awak adalah penentu masadepan negara tercinta ini. Ayuh....lipatgandakan usaha utk mendapatkan lebih banyak tandatangan utk Deklarasi Rakyat ini....

....................
Reply To This Comment ...................
May 2, 2016 at 7:25 PM

Terima kasih Tuan Din. Usaha Tuan Din selama ini amat dihargai. Gambar gambar menarik begitu merangsang. Syabas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2016 at 12:16 AM

Tahniah dan Syabas buat Anak2 Muda..Masa Depan Negara menjadi Tanggung Jawab Anda semua...Teruskan Perjuangan yg Belum Selesai...

Post a Comment