........... Bang, Takkan Tanya Najib Pasal Keadaan Semasa Duit SRC Pun Dikira Subjudis juga ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bang, Takkan Tanya Najib Pasal Keadaan Semasa Duit SRC Pun Dikira Subjudis juga ?

Thursday, May 26, 20169comments

Mkini

Kerajaan sekali lagi menggunakan alasan subjudis dalam keengganannya menjawab sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu mengenai deposit dalam akaun bank peribadinya.

Ini berikutan kerajaan menolak soalan diberikan ahli parlimen pembangkang yang bertanya mengenai status RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang masuk ke akaun Najib.

"Untuk makluman ahli yang berhormat, pertanyaan ini tidak dapat dijawab pada masa ini kerana perkara ini dalam timbangan mahkamah (subjudis) selaras dengan nota Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh Khamis, 31 Mac 2016," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Subjudis lagi ..... Tanya pasal RM42 juta SRC yang masuk akaun Najib pun subjudis juga ? Jom kita tengok apakah soalan yang dikatakan subjudis itu -

- Ko bertanya sama ada Najib mempunyai pengetahuan tentang wang dalam akaun bank peribadinya dan sama ada perlu memberitahu Bank Negara untuk memastikan tiada unsur-unsur pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah.

"Minta Perdana Menteri menyatakan sama ada beliau mempunyai dokumen sokongan untuk menunjukkan semua pergerakan wang tersebut adalah sah," soal Ko.

 - Mahfuz pula bertanya apakah status RM42 juta wang berkenaan dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri tanpa disedari oleh perdana menteri dan tanpa diketahui SRC International.

"Adakah wang tersebut telah dikembalikan kepada SRC atau telah dibelanjakan oleh perdana menteri," soalnya.


 Apa yang subjudisnya ? ? ?

Kalau dikatakan kes berkaitan RM42 juta SRC ini sudah difailkan di mahkamah dan sedang atau menanti untuk dibicarakan, cuba namakan kes yang mana ? Siapa yang failkan saman ?

Setahu saya, kes saman yang ada adalah yang difailkan oleh Tun Mahathir bersama Khairuddin dan Anina tapi itu berkaitan salahlaku perjawatanan di mana Najib menganggu siasatan ... tidak ada kaitan dengan meminta penjelasan dari Najib mengenai duit RM42 juta SRC yang masuk akaunnya.

Kes ang difailkan oleh Khairuddin, Majlis Peguam dan Zaid pula berkaitan keputusan AG yang bertindak menutup kes siasatan RM2.6 bil dan SRC. Ia merujuk kepada TINDAKAN AG , tidak ada kaitan dengan bertanya Najib mengenai status duit RM42 juta yang masuk akaunnya,

KETIKA ITU, AG kata Najib tidak tahu menahu tentang deposit itu ( yang mana alasan dangkal ini ditertawakan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk secara senyap oleh cai2 Najib sendiri ! )... itu pada KETIKA ITU ...... bagaimana dengan SEKARANG ?

Setelah heboh diperkatakan, apakah SEKARANG Najib masih nak kata yang beliau tidak tahu menahu tentang deposit itu ?

Setelah berbulan berlalu sejak sidang akhbar oleh AG dulu, apakah Najib langsung tidak ambil sebarang langkah untuk kenal pasti dari mana datngnya duit berpuluh juta ringgit yang telah beliau belanjakan dulu ?

Paling tidak sebagai seorang yang berAMANAH, Najib bertindak untuk ambil tahu dari mana sumber duit yang beliau belanjakan ! Kalau benar beliau berhak atas duit itu, maka perjelaskan kenapa. Kalau beliau tidak berhak, maka pulangkan. Payah sangat ke formula ini ?

Bila sejumlah wang yang besar RM42 juta dari akaun GLC masuk akaun peribadi Perdana Menteri secara senyap2 dan telah habis dibelanjakan, rakyat berhak untuk dapatkan penjelasan. 

Kalau DULU Najib kata dia tak tahu apa2 mengenai deposit itu, apakah SEKARANG Najib masih nak kata yang dia tak tahu ? Memang Najib amat tidak bertanggungjawab jika itulah jawapannya !


Soalan2 yang ditanya kepada Najib adalah untuk masa SEKARANG, apakah SEKARANG Najib sudah tahu dan mampu beri penjelasan ?

Saman2 yang dikemukakan terhadap AG adalah merujuk kepada keputusan yang AG ambil DULU mengambilkira keadaan DULU.

Itu secara logiknya tidak punya kesan kepada soalan berkaitan keadaan SEKARANG. Kerajaan tidak harus berselindung disebalik alasan subjudis semata2 untuk mempertahankan Najib. 

Lagipun, APA MASALAHNYA KALAU NAJIB JAWAB JIKA NAJIB TIDAK ADA MELAKUKAN SEBARANG KESALAHAN ?


Soalan lebih bersifat peribadi kepada Najib. Duit masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Najib belanja pun untuk tujuan peribadi ( kecuali Najib boleh buktikan sebaliknya ). Jadi kenapa kerajaan harus masuk campur untuk menghalang Najib dari menjawab soalan peribadinya ?

SRC juga ... kenapa sehingga sekarang pihak SRC juga tidak tampil menjawab benarkah wang itu dari akaun mereka dan jika benar, untuk apa dimasukkan kedalam akaun Najib ( setelah melalui dua akaun syarikat lain ). Siapa yang luluskan ?

Takkan tanya SRC pun Subjudis ?

Cuba kita fikirkan .... SELEPAS sidang akhbar AG pada penghujung Januari dan SEBELUM sebarang tindakan mahkamah diambil oleh mana2 pihak terhadap AG .... adalah 1-2 bulan tempoh masa. Kenapa masa itu Najib dan kerajaan atau SRC sendiri tidak tampil beri penjelasan ?

Kenapa bila ditanya sekarang baru nak guna alasan subjudis ? 

Apakah alasan Najib tidak tahu menahu itu terpakai untuk selamanya ? Giler .......

Yang rakyat nampak ketika ini adalah - Apajua persoalan mengenai Najib, 1MDB dan RM2.6 bilion begitu payah untuk mendapat jawapan yang memuaskan. Semuanya pelik ..... KENAPA ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2016 at 11:11 PM

satu perkara yang amat penting dan dilupakan ialah pendedahan ini telah mengurangkan usaha2 pihak tertentu untuk menyamun wang melalui cara yang tidak sah tapi nampak sah jika tak guna kepala otak. 1mdb telah samun wang dan aset negara. duit hilang beribu juta, aset juga hilang ke tangan asing. duit src berjuta ringgit dengan mudahnya mengalir masuk ke dalam akaun peribadi pm, orang nombor satu dan dua dalam src hingga kini makan gaji buta tak buat kerja, hilang hingga sekarang. memang patut kalu percaya kepada cikgubard, maka kena percaya kisah cincin rosmah harga berjuta tu kerana cikgubard juga yang bawa cerita

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2016 at 1:54 AM

Subjudis kebabai Lu

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2016 at 8:21 AM

Selain dari pemakan dedak rasanya semua yg lain dapat lihat dengan jelas yg najib masih cuba melarikan diri dari memberi jawapan padahal soalan yg ditanya cukup mudah untuk dijawab sekiranya Najib "has nothing to hide" !Persoalannya sekarang berapa lama Najib akan berusaha untuk terus lari dan berbohong ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2016 at 9:44 AM

Ni kat kedai mamak....
P1: Mamak,tlg kira berapa najib ni makan.
Mamak: Tak boleh la bang...itu worang cakap subjudis...apa itu, saya pun tarak paham!
P1:Pulak dah! Saya mau bayar la mamak...
Seorang jantina (jantan+betina)ni pemahaman dia ttg hidup agak celaru,seperti mana penampilan beliau. Tu nak kena paham asas hidup. Takde ilmu tak nampak tu!Porsche beliau tu takkan buat tukun je kan? Sama2 penyamun mesti backing boss,nnt dapat upah tambahan. Tahap daya pikir beliau amat lemah hingga menjadi bahan lawak masyarakat dunia.
KENAPA TAKUT DGN KENYATAAN SEBENAR? Melarikan diri dgn jawaban songsang bukan penyelesaian masalah,malah menghancurkan kredibiliti seseorang. Tapi itu semua mana ada dah...kan?
TDM adalah seorang yg hebat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2016 at 11:54 AM

Kerana menipu itu sebab subjudis?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2016 at 7:43 PM

NAJIB MENUBUHKAN 1MDB

1 Malaysia Di Bangsatkan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2016 at 1:47 PM

Menteri Tomboy sudah menjadi Menteri Subjudis ....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2016 at 8:44 PM

Ooo dia refer pada kes bicara mahkamah saman najib vs ling lion sik berkenaan duit 42 juta src

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2016 at 11:20 AM

Halo bang aku tau la duit tu buat beli dedak yang kau mentedarah sampai beku otak.Tu duit rakyat jadi rakyat berhak ambil kesah pasai duit tu.
Beli dedak berapa gembala pakai untuk peribadi berapa Bini pula pakai berapa itu pun payah sangat ka.
Tuan ampunya duit tak tak boleh ambil tau kemana duit dia dibelanjakan.
Bang jangan makan duit yang tak pasti halal haramnya tak berkat.

Post a Comment