........... 1NDB Ada Duitlah Cuma Kita Tak Mahu Bayar Jer ... Biar IPIC Bayarkan Hutang Itu - SUDAH-SUDAHLAH 1NDB ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1NDB Ada Duitlah Cuma Kita Tak Mahu Bayar Jer ... Biar IPIC Bayarkan Hutang Itu - SUDAH-SUDAHLAH 1NDB !

Wednesday, May 11, 20168comments

Mkini




Syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC) milik Abu Dhabi hari ini berkata bahawa mereka telah membayar faedah sebanyak AS$52.4 juta bagi bon yang matang yang dijaminnya selepas firma pelaburan negara, 1MDB ingkar lagi hari ini.

IPIC berkata ini kali ketiga kemungkiran oleh 1MDB. Menurut syarikat Abu Dhabi itu, mereka ini akan memperhebatkan tuntutan bayaran itu kepada 1MDB dan kerajaan Malaysia sebagai bayaran pampasan.

Katanya, 1MDB kini berhutang AS$1.2 bilion dengan tambahan faedah terkumpul.

Perkara ini disahkan oleh IPIC melalui satu surat pemberitahuan di London Stock Exchange hari ini -

Scheduled Interest Payment Under Certain 1MDB Notes

·     IPIC pays interest following 1MDB's third default
·     IPIC will increase its written demand of 1MDB and MoF to U.S.$1.2 billion plus accrued interest 

Following the latest default by 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) on the payment of interest due to its noteholders, International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC) has today made full payment of the interest due and payable by 1MDB Energy Limited and 1MDB in respect of the U.S.$1,750,000,000 fixed rate 5.99 per cent. notes due 2022 issued by 1MDB Energy Limited and unconditionally and irrevocably guaranteed by 1MDB (the Notes).  IPIC has made the interest payment of U.S.$52,412,500 out of existing liquidity and pursuant to its obligations under the guarantee of the Notes (the Guarantee Payment).

Following this third 1MDB default, IPIC will increase its written demand for 1MDB and Minister of Finance, Inc., Malaysia (MoF) to fully indemnify IPIC in respect of the Guarantee Payment, the interest payment made by IPIC on 29 April 2016 and the outstanding sum that was due to be paid to IPIC by 31 December 2015.  The current total amount due to IPIC from 1MDB and MoF pursuant to the terms of the Binding Term Sheet is U.S.$1,205,450,000 plus accrued interest (as further described in previous announcements issued by IPIC GMTN Limited: RNS Number 7064P, RNS Number 4672V and RNS Number 1844W).


KLiK

IPIC hebahkan kepada dunia bahawa -

1 - 1MDB telah gagal kali ketiga untuk bayar hutang
2 - IPIC terpkasa bayarkan selaku penjamin
3 - IPIC akan tuntut semuanya daripada 1MDB dan Kerajaan Malaysia


1MDB pula komen apa ?


1MDB tahu Ipic yang bayarkan tapi bukan 1MDB takde duit nak bayar, cuma ia setakat ini belum melakukannya lagi. Menurut 1MDB, ia disebabkan pertikaian antaranya dengan IPIC ketika ini.  - Sinar.

Hahahaha ......  terserah anda nak percaya atau tidak yang 1MDB ada duit nak bayar. Saya tidak percaya.

Kalau mengikut rekod yang sudah2, memang 1MDB selalu kantoi bab bayar hutang apatah lagi bunga. 1MDB hanya bayar bila dapat buat hutang baru, atau bila 1MDB jual aset.

Mungkin ada yang agak keliru ..... macamana boleh kata 1MDB default / gagal bayar kalau IPIC dah tolong bayarkan ?

Ipic dahulukan pembayaran itu bagi pihak 1MDB sebab IPIC menjadi penjamin kepada pinjaman bon itu. Kalau tak bayar, IPIC terpaksa juga tanggung akibatnya. Macam yang selalu terjadi disini, ramai yang terpaksa menanggung malu menjadi muflis hanya kerana terpaksa menanggung hutang yang mereka jadi penjamin,

Apa pandangan kita terhadap orang yang buat hutang itu tapi tak bayar dan membiarkan penjamin pula yang menanggung beban ?

Makanya IPIC bertindak menghebahkan kepada dunia apa yang berlaku ! 

Malu tak ? 

1MDB berkeras dengan perjanjian awal dengan IPIC bla bla bla ..... tapi  bukankah Arul sendiri mengaku yang 1MDB sudah kantoi tak dapat bayar balik hutang sebagaimana perjanjian kepada IPIC pada 31/12/2015 lalu ?

There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: "actually, we were in default since December". 

Apapun perjanjiannya, bukankah akhirnya 1MDB juga yang kena bayar ? Samada ditukar dengan aset yang sama nilai atau dengan tunai atau gadai apa2 yang patut ..... AKHIRNYA 1MDB JUGA KENA BAYAR. Deal dengan IPIC hanya MENANGGUHKAN pembayaran yang sepatutnya dibuat oleh 1MDB. 

Jadi mengambil kira perkara itu, jika benar 1MDB ada duit sebagaimana didakwa, kenapa tidak bayar saja ? 

Jika ada aset2 ( termasuk Just Unit ) yang KONONNYA punya nilai untuk ditukar ganti kepada IPIC, kenapa tidak tebus saja dan gunakan duit itu untuk bayar hutang. Kan sama saja ?

Kemaluan besar dapat dielakkan, hubungan dengan Abu Dhabi dijaga, malahan perintah Bank Negara supaya duit yang dilabur dengan Petrosaudi dulu ( JUST UNIT ) itu dibawa pulang pun dapat dipenuhi !

Melainkan ........

1MDB ini terlalu banyak alasan la ....... orang pun dah tak percaya dah. 

Kemudian ni apa citer pulak tetiba Gabenor baru Bank Negara boleh keluarkan kenyataan -

Gabenor baru Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim yakin kerajaan akan menjelaskan semua hutangnya berhubungan dengan 1MDB.

"Saya yakin kerajaan akan membayar semua hutangnya,"
Mkini

Ginilah Arul, apakata 1MDB lupakan saja perjanjian dengan IPIC tu. Buat malu rakyat jer terhegeh2 menuntut si PENJAMIN pula yang tolong bayarkan hutang 1MDB. Lagipun IPIC pun kata mereka telah batalkan perjanjian.

Bukannya perjanjian perniagaan pun, tapi perjanjian Aset Swap. Apa kerugian yang bakal ditanggung jika perjanjian batal ? Kan 1MDB ADA DUIT NAK BAYAR ?

Bawa balik segala aset yang kononnya direzabkan untuk Aset Swap itu. Kita pun nak tengok apakebendanya JUST UNIT itu ..... ada berapa kaki ? Kepala dua ke ? Ada 3 lubang hidung ke ?

Begitu juga dengan pelaburan di GIL Funds .... BAWA BALIK SEMUANYA dan TEBUS supaya dapat  dibuktikan yang semuanya itu wujud dan punya nilai sebagaimana didakwa.


Tindakan berkeras di pihak 1MDB ini agak pelik dan mengundang pelbagai spekulasi.

Sudah2lah beri alasan tu. Bawa balik semuanya. tebus apa yang patut. Settlekan mana yang boleh dan TUTUP BUKU 1MDB. Lagi lama dibiarkan beroperasi, lagi banyak masalah dan hutang yang dibuat.

Last sekali, kita siasat dan cari siapa yang harus bertanggungjawab di sebalik skandal 1Najib Development Berhad ini.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 11:02 PM

Kerajaan bayar???
Duit dari mana???
Siapa yg buat hutang??
Apasal plk kerajaan kena bayar??
Bukan ke najib yg buat hutang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 11:34 PM

Dok keja temberang rakyat jelah...

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2016 at 12:52 AM

Sebab dia tahu sangat sangat rakyat paling senang dibodoh-bodohkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 1:37 AM

Pertikaian 1MDB dengan IPIC yakni IPIC declare tak terima duit dan 1MDB bayar kpd syarikat bogus nama seakan sama diBVI.

Soalnya berani ke 1MDB atau penasihat AKA Mr 117 nak pergi court atau arbitration nanti abis terburai jika IPIC bawak saksi 2 ekor Arab NAL selamatkan bontot sendiri kata semua scam atau fraud dengan collobrasi dalaman 1MDB spt telahan Arul sendiri.

Saya ingat kes ni akan hanging mcm rancangan saman WSJ hari selasa atau bodoh lawyer Kidex tulis surat kat WSJ atau kes saman malu kat Liong Sik awal2 lagi Hakim suruh mediasi maknanya Long Sik yg kena saman boleh letak harga pau supaya tak terburai cerite kat mahkamah terbuka.. Baik punya cilok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 5:49 AM

Kerajaan akan bayar semua hutang dengan apa? Duit jual beg birkin? Atau caj ke kad kredit najip?

1 company yang tidak membawa apa2 manfaat pun kepada rakyat akhirnya ditanggung oleh kerajaan? Selepas menjual aset2 strategik?

H@r@mj@d@h punya manusia!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 9:05 AM

1mdb ada duit ke? Semua bod dah letak jawatan. Semua harta dah ada kat mof, hanya ada arul jer kat 1mdb tu. Niaga hutang jer. Tu gabnor bnm kata kerajaan bayar hutang. Jhlow joli, kita bayar, riza buat filem kita bayar, mereka beli hartanah beratus juta kita bayar. Kita dapat bayar hutang. Najib pulak buat fitnah kata bro din and the gang rosakkan rancangan mudah 1mdb untuk jual ipo busuk untuk dapatkan duit mudah. Nasib baik rancangan bocor. Bayangkanlah berapa banyak duit hilang jika ipo busuk berjaya dijual. Tapi kepala kat lutut digunakan untuk berfikir, susah la nak faham.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 11:06 AM

Duit kalau hutang dibuat joli sakan pas tu melabur tah apa apa bila xboleh bayar marahkan penjamin...berbohong sana sini.eh sedap je kerajaan plak yg kena bayar...pala bana niaga mcm ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 2:34 PM

NAJIB sudah melampau! Satu haram jadah tak buleh pakai cakap dia. Kerajaan tu bukan ke dari rakyat? Jadi dia seronok dgn billion2 dia,kita nak tanggung hutang pulak? Kalau masih nak bagi muka jugak,mmg RAKYAT MALAYSIA TERLALU BODOH. Itu saja...

Post a Comment