........... 1MDB Vs IPIC Bakal Memalukan Negara Lagi - Mohon Kerajaan Tukar Nama 1MDB Kepada 1NDB Supaya Nama Malaysia Tidak Terpalit Lagi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Vs IPIC Bakal Memalukan Negara Lagi - Mohon Kerajaan Tukar Nama 1MDB Kepada 1NDB Supaya Nama Malaysia Tidak Terpalit Lagi !

Monday, May 9, 20167comments

Mkini
1MDB memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat susulan keingkaran ke atas nota AS$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat).

Dalam kenyataan media hari ini, 1MDB berkata ia telah melantik Alvarez & Marsal Asia Ltd (A & M) sebagai penasihat kewangannya untuk menyelia dan menguruskan proses tersebut.

1MDB turut melantik DF King Ltd, 'Orient Capital Company' (DF King), atau "Ejen Pengenalan dan Maklumat", untuk terus melaksanakan proses pendaftaran dan pengenalan pemegang bon.

"1MDB kini aktif berunding dengan semua pemegang untuk menggariskan langkah-langkah seterusnya untuk proses itu, menjelaskan latar belakang pertikaian tersebut, dan menerangkan sebab 1MDB mengambil pendirian untuk tidak membuat bayaran faedah ke atas Nota Langat," katanya.

Ia menegaskan bahawa ia mempunyai pelan rasionalisasi yang membolehkan syarikat memenuhi obligasi hutang sedia ada.- Mkini.

Baca juga kenyataan akhbar oleh 1MDB -

1MDB

Itu untuk kes kantoi pinjaman pertama yang berbunga 5.75%. 

Lusa yakni pada 11 Mei, ahlong akan mengetuk pintu 1MDB sekali lagi dengan notis kutip bunga bernilai USD52.4 juta pula, kali ini untuk pinjaman kedua yang berbunga 5.99%.


KLiK

So .... nampaknya 1MDB tidak akan bayar juga ..... dan berkeras itu adalah tanggungjawab IPIC selepas menandatangani perjanjian Aset Swap tahun lepas.

Maka akan bertegang uratlah 1MDB dengan IPIC dalam soal siapa yang kena bayar hutang 1MDB .... pelik kan bunyinya ? 1MDB yang berhutang tapi nak bertekak dengan 'penjamin' kenapa tak bayarkan hutang 1MDB.

KLiK

Whatever lah perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu, pokoknya hutang itu adalah hutang 1MDB. IPIC telah tampil untuk bantu 1MDB settlekan hutang 1MDB dengan Deustch Bank dan 1MDB sepatutnya bayar balik 'bantuan' itu pada penghujung tahun lepas tapi 1MDB gagal. Menurut kata Arul semasa ditemuramah oleh TheEdge bulan lepas ( KLiK ) -

There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: "actually, we were in default since December".


Sekarang 1MDB nak 'pekenakan' IPIC pulak ? Yang pakai duit pinjaman Goldman Sachs dan Deustch Bank itu siapa .... 1MDB atau IPIC ?

Secara logiknya, siapa pun akan melihat 1MDB sebagai pihak yang tak tahu malu ! Menyusahkan dan memalukan nama negara !

Pinjaman asal kononnya nak buat beli IPP, tapi IPP semua tu dah kena jual TAPI isu hutang dengan Goldman Sachs masih belum selesai. Ini bermakna segala hutang yang masih tertunggak dek sebab pinjaman nak beli IPP yang sudah tidak lagi dimiliki 1MDB boleh dilihat sebagai RUGI.

Nak bayar dengan apa ? Kalau IPIC tolong bayarkan, ia tetap juga merupakan hutang 1MDB yang perlu dijelaskan oleh 1MDB akhirnya. Kerajaan atau rakyat juga yang kena selesaikan !

Apakah IPIC akan berdiam diri ? Tidak mustahil isu di atas akan dibincangkan di pentas ekonomi dunia ..... MEMALUKAN !

Saya sebagai rakyat Malaysia ingin mencadangkan agar kerajaan melalui Kementerian Kewangan ( yang baru ini telah mengumumkan akan mengambilalih aset2 1MDB ) untuk MENUKAR NAMA SYARIKAT 1MDB kepada 1NDB iaitu ringkasan kepada 1Najib Development Berhad agar nama Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan skandal berterusan ini.

Semua ini angkara Najib dan terbukti oleh lapuran PAC bahawa Najib yang meluluskan semua transaksi, maka sewajarnya kita 'honour' nama Najib kepada syarikat ini dengan menjadikannya 1NDB.

Rakyat Malaysia tidak tahu apa2 dan tidak seharusnya dipaksa untuk memikul kemaluan yang dicetuskan oleh Najib ini hanya kerana syarikat ini membawa nama negara Malaysia pada namanya.  

Sekurang2nya selepas ini, nama negara kita tidak lagi disebut2 dalam skandal 1MDB yang memalukan ini ! Tak pasal2 rakyat pula yang menanggung malu angkara Najib dan Jho Low.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 5:50 PM

Sokong. Kena buat deklarasi tak? Cai najib tercirit2 nak jawab 1najib nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 5:59 PM

Sudah terang lagi bersuluh yang berlaku penipuan dan jenayah terancang secara besar-besaran di dalam 1MDB, tetapi apakan daya, kerana CASH IS KING lebih besar kedudukannya dari undang-undang dan Perlembagaan Malaysia, tiada tindakan diambil terhadap pelaku jenayah berkenaan, malahan mereka dilindungi oleh pihak berkuasa pula.

Inilah yang dikatakan 'harapkan pegar, pegar makan padi', pemimpin diharap untuk membangunkan negara dan rakyat tapi merompak harta negara, penguatkuasa yang diamanahkan untuk melaksanakan undang-undang, tetapi mencabul undang-undang sampaikan sanggup bersubahat dengan suspek penjenayah.

Amat memalukan apa yang berlaku sekarang ini, seluruh dunia mentertawakan Malaysia, tetapi penyamun yang bertopengkan Perdana Menteri masih ketawa riang macam tak ada apa yang berlaku, jenis tak tahu malu dan jenis muka tembok, nak buat macam mana.

Marilah beramai-ramai tandatangani Deklarasi Rakyat sebagai daya usaha kita semua bagi menyelamatkan negara ini, pertahankan negara kita, pertahankan hak kita sebagai rakyat.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 7:54 PM

at the end of the day Malaysia and rakyat Malaysia yg menderita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 9:26 PM

IPIC tak nak terima "just units" sebagai bayaran. Aset 1MDB yang masih ada cuma tanah. Pak Arab ni reject juga nampaknya. Depa ikut cakapPeeEm. Cash is king, brader. Atau nilai aset tersebut tak cukup untuk langsaikan hutang bon sepenuhnya.
Mungkin sebab itu baru-baru ini 1MDB transfer TRX, Bandar Malaysia dan tanah di Penang dan Pulau Indah kepada MOF. Tak pulak cakap nilai transaksi ni, tapi tak menghairankan kalau duit yang 1MDB terima dari MOF cukup untuk langsaikan bon berjumlah RM24 bilion.
Kena lagi kita...

Kembang setaman

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 9:42 PM

I guess they are going to handover precious lands or islands all over Malaysia to the Arabs? Get ready Malaysians!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2016 at 1:14 AM

Memudahkan cerita 1mdb beli kereta finanance dengan bank minta ipic jadi penjamin 1mdb guna kereta sampai kroyok sparuh jemm tapi satu sen haram tak mau bayar duit ansuran bank dah lah tu dengan muka tak tau malu dia suroh ipic sebagai penjamin bayarkan untuk dia pulak 1mdb ni sudah gila ke haper kalau nak menipu pun jangan lah sampai nampak bangang sangat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2016 at 10:34 AM

Hukuman mati utk. cina tembun tu,dan juga pengkhianat sekelian.

Post a Comment