........... 1MDB - Pihak Luar Sudah Bertindak, Di Sini Najib Masih Nak Berdalih2 .... Waktu Sama Laporan Audit Masih OSA | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Pihak Luar Sudah Bertindak, Di Sini Najib Masih Nak Berdalih2 .... Waktu Sama Laporan Audit Masih OSA

Tuesday, May 24, 20168comments

Mkini

OK, jom layan beberapa perkembangan 1MDB sejak akhir2 ini -

Paling menarik bagi saya adalah laporan Mkini semalam di mana Najib dalam Jawapan Bertulis Parlimennya berkata -


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan bahawa kerajaan tidak terikat di sisi undang-undang untuk mengambil balik bon-bon 1MDB sebanyak AS$3.5 bilion.

"(Ini) memandangkan tiada jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan diberikan ke atas bon tersebut,”
Betul, kerajaan tidak menjamin bon2 Goldman Sachs itu. Yang jadi penjamin adalah IPIC. So IPIClah yang kena bertanggungjawab bayar balik sekiranya 1MDB kantoi tak dapat bayar balik komitmen itu. 

Yang dapat duit pinjaman bon dan belanja sakan siapa ? - 1MDB. Kalau 1MDB kantoi, siapa bayar ? - IPIC.  Cantiiiik ......

Yalah, 1MDB nak bayar macamana kalau semua aset2 bernilai bakal dipindahmilik kepada kerajaan penghujung bulan ini ? 1MDB bakal jadi 'shell company' yang kosong tanpa aktiviti perniagaan dan aset. Staf2 1MDB masih dibayar gaji ke ? Kalau diberhentikan, berapa pula imbuhan / pampasan yang mereka terima ? Mesti banyak kan .....

Memang hebat 1MDB yang Najib lahirkan ini !

Tapi macamana dengan kenyataan Gabenor BNM baru ni yang kata beliau yakin kerajaan akan menjelaskan semua hutangnya berhubungan dengan 1MDB.
"Saya yakin kerajaan akan membayar semua hutangnya,"


Mungkin kenyakinan di atas tidak termasuk bon2 dalam US Dollar ...  yang itu kerajaan tak terikat, yang terikat cuma 1MDB dengan IPIC.

Ok..... tapi macamana dengan perjanjian Rasionalisasi 1MDB - IPIC di mana IPIC dengan jelas menyata

1MDB and MOF have agreed to perform the obligations contemplated in the binding term sheet and to indemnify IPIC and Aabar for any non-performance, and vice versa. ( KLiK )


Kalau kita baca balik jawapan bertulis Najib di Parlimen - "(Ini) memandangkan tiada jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan diberikan ke atas bon tersebut,”


Memanglah betul tidak ada jaminan dari kerajaan ke atas bon secara direct, tapi bagaimana dengan jaminan kerajaan kepada IPIC ke atas hutang2 yang IPIC tolong bayarkan bagi pihak 1MDB dan ini termasuk bon2 yang sama ? Ini ahli2 parlimen kena minta Najib perjelaskan....


Dilaporkan juga 1MDB memulakan komunikasi pertama untuk memberi makluman terkini berkenaan bon dalam denominasi dolar AS kepada pemegang bon tersebut. ( Mkini ) , antara lain memaklumkan pemegang bon tentang perkembangan terkini status bon, menerangkan langkah-langkah proses seterusnya dan juga menjelaskan mengenai pelan rasionalisasinya.

Jangan lupa untuk beritahu pemegang2 bon tersebut akan jawapan bertulis Najib di Parlimen di atas !

IPIC pun pasti teruja dengan kenyataan Najib ini.

                                           **************************************
Ini satu lagi berita menarik dari Parlimen, juga melalui Jawapan Bertulis Najib -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayangkan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemindahan AS$3.5 bilion daripada 1MDB kepada entiti di British Virgin Island yang dipercayai adalah anak syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi.

Ini kerana, katanya, tandatangan beliau sebagai perdana menteri di bawah Artikel 117 Memorandum dan Artikel (M&A) 1MDB tidak diperlukan dalam transaksi tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, 1MDB telah membuat beberapa pembayaran berjumlah AS$3.5 bilion kepada Aabar Investments PJS Limited.

"Semua pembayaran tersebut telah dibuat berdasarkan beberapa perjanjian yang dimeterai dan segala tindakan pengurusan dalam konteks tersebut adalah mengikut kelulusan atau arahan lembaga pengarah...," katanya.

"Bagi tujuan transaksi tersebut, tiada keperluan untuk mendapat kelulusan bertulis daripada perdana menteri di bawah Artikel 117 M & A," kata Najib dalam jawapan bertulis di parlimen kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara). ( KLiK )


Seingat sayalah, ada disebut dalam laporan PAC, dokumen2 berkaitan dengan transaksi2 pelik seperti di atas tidak dikemukakan kepada PAC maupun Ketua Audit negara, jadi payah nak komen benda ni. 

Dan yang paling penting, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih dirahsiakan di bawah OSA tanpa sebarang alasan diberikan. KENAPA ? Tak pernah berlaku sebelum ini laporan audit dirahsiakan ..... kenapa bila melibatkan 1MDB, ia menjadi rahsia kerajaan ?

Tambah meragukan bila Ketua Audit Negara sendiri kata laporan pihaknya sudah cukup untuk menjadi asas kepada siasatan selanjutnya..... maknanya ADA benda pelik mengenai 1MDB yang masih belum diperjelaskan sepenuhnya sehingga memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis !

"I think our report is sufficient as a basis for further investigation, we have done our job. The next step as recommended by PAC, they want investigation on certain personality in the company, let the police do their work, we will assist anyone who wants (to) investigate," said Mr Ambrin.


Yang ini Najib tak nak komen ke ? Najib boleh jawab apa saja dan rakyat dipaksa menerima jawapannya bulat2 tanpa boleh soal banyak kerana rakyat tidak mendapat maklumat sepenuhnya mengenai 1MDB bilamana laporan audit menjadi rahsia kerajaan. Mana aci macam tu !

                                             *******************************

Satu lagi Jawapan Bertulis Parlimen dari Najib -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata lembaga penasihat 1MDB yang diketuainya  tidak mempunyai fungsi pentadbiran dan hanya bertindak sebagai penasihat kepada firma pelaburan milik negara itu.

"Semua keputusan dan urusniaga 1MDB dibuat oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," katanya. ( KLiK )


Semua orang pun tahu lembaga penasihat 1MDB cuma tunjuk eksyen jer, mereka tak pernah bermesyuarat pun ! Tapi apakah Pengerusi Lembaga Penasihat tidak mempunyai fungsi atau pengaruh ?

Kepada mereka yang dah baca Hansard PAC mengenai 1MDB, anda juga dapat rasakan lembaga pengarah 1MDB juga tidak punya banyak kuasa. Pengurusan, dalam kes ini CEO 1MDB boleh bertindak sewenang2nya melanggar arahan lembaga pengarah dan sering tidak memaklumkan langsung kepada lembaga pengarah sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Dan bekas CEO terbabit, sendiri pernah merujuk kepada Artikel 117 di mana Najib menjadi kata pemutus, sebagai justifikasi tindakan2nya membelakangi lembaga pengarah.

Jangan lupa, antara cadangan PAC dan telah diterima oleh kerajaan adalah -

4. Lembaga Penasihat perlu dimansuhkan, bersama Artikel 117 di dalam memorandum dan artikel syarikat. Segala rujukan kepada YAB Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD.

                                          *******************************

Berita terkini yang diterima berkaitan dengan kes 1MDB dan sedang hangat diperkatakan dalam media sosial adalah ini -

Mkini
Tidak dinyatakan secara direct arahan penutupan bank BSI itu ada kaitan dengan kes 1MDB tapi tanyalah siapapun di dunia ini, semua orang akan kaitkan !

Begitulah ketegasan pihak berkuasa Singapura yang seharusnya dicontohi oleh kerajaan kita dalam memastikan imej serta integriti sistem kewangan negara tidak tercemar.

Takkan sampai ke tahap serius begitu Singapura mahu bertindak jika mereka tidak punya bukti yang cukup kuat ?

“The Monetary Authority of Singapore (MAS) announced today that it has served BSI Bank Limited (BSI Bank) notice of intention to withdraw its status as a merchant bank in Singapore for serious breaches of anti-money laundering requirements, poor management oversight of the bank’s operations, and gross misconduct by some of the bank’s staff,” - Thestar.


Sementara di Switzerland pula, prosiding jenayah sudah dimulakan hari ini terhadap Bank BSI .... juga berkaitan dengan urusniaga 1MDB -

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan dengan 1MDB.

"OAG mengesyaki sesuatu dalam organisasi dalaman Bank BSI SA.

"Adalah dipercayai bahawa kerana kekurangan ini, bank itu tidak dapat mencegah kesalahan yang kini disiasat mengikut prosiding jenayah berhubungan dengan 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Prosiding jenayah dimulakan pada 23 Mei terhadap BSI SA adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB dan mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) pada 23 Mei.

"Maklumat ini menunjukkan bahawa kesalahan pengubahan wang haram dan rasuah oleh  pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB boleh dielakkan jika  BSI SA diuruskan sewajarnya," katanya. ( Mkini )


HEBAT siasatan yang diikuti tindakan tegas oleh pihak berkuasa luar mengenai 1MDB .... tapi di Malaysia di mana 1MDB dilahirkan dan bertapak, kerajaan dan pemimpin2 Umno pula masih mempertahankan 1MDB !

Menyiasat dan terus menyiasat dan terus menyiasat dan terus menyiasat ...... tak sudah2 menyiasat. Najib dan Arul Kanda pula tak habis2 dengan alasan2 mereka .....konon semuanya OK. Tapi laporan mengenai 1MDB menjadi rahsia kerajaan ! ? ?

Memang pelik 1MDB ini .... langsung tak berguna satu sen pun !

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2016 at 6:59 PM

Memang pelik 1mdb ni....langsung tak berguna satu sen pun.
Salah tu che din! Sbb 1mdb di khabarkan 4.2 bil masuk dlm poket sendiri,sbb 1mdb jho lo mabuk sakan dgn paris hilton,sbb 1mdb subuh dgn faisal cabut lari,sbb 1mdb terpaksa pakai private jet,sbb 1mdb buat filem lucah,sbb 1mdb beli aset luar negara beratus juta serta yg lain2...JADI KAN BANYAK FAEDAHNYA TU. TAPI UTK SAPA?
Paling best...hutang tu rakyat tanggung...banyak cantik?
Tu 1mdb je terkait dgn jibby,yg lain2 tu? Masakan pokok bergoyang che din kalau takde beruk bergayut kat atas tu.......
Negara luar bagai nak rak siasat,negara yg melahirkan penyakit 1mdb ni boleh buat tak tahu? Tu betul pelik!
Paling pelik sekali mcm mana orang BODOH boleh tipu org yg bijak2 ni? Dah la bodoh penakut pulak. Tu yg keluar statement, tu rakan arwah Tun Razak yg sempat berbicara dgn saya....bayangkan tu..
Sebenarnya banyak lagi yg tersembunyi dan cuba di sorokkan dari rakyat che din,percayalah. Bila sampai satu masa beliau tak mampu lagi menangkis kenyataan ini, maka beliau PASTI tersungkur penuh HINA.

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2016 at 10:12 PM

Sikap KPN dan Peguam Negara menjadikan 1MDB lebih pelik

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2016 at 10:45 PM

1MBD
1--satu
M--Malaysia
D--Di
B--Bodohkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2016 at 11:39 PM

ahli2 parlimen nak minta Najib perjelaskan....setahu aku ahli2 parlimen semua tak ada telur..berani ke mereka ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2016 at 12:44 AM

ehwah...tersalah salurkan ke akaun syarikat yang salah konon?
jadi tak payah berusha cari dan siasat sampai dapat? cantik muka
kau jib? atau memang sengajakan tersalah masuk...lepas tu cepat2 tutup
dan terus ghaib.

AG Switzerland sedang siasat di-Singapura...Bank BSI dah di-arahkan tutup...4 billion dollar wang IMDB di-dapati hilang. 6 pegawai di-remand. Memang tak lama lagi kes 1MDB akan selesai. Dan penyangak akan
di-tangkap...paling lama 8 bulan lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2016 at 10:31 AM

Dalam keyataan Akhbar Singapura semasa siasatan dan bicara memang ada kaitan dgn 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2016 at 11:03 AM

setuju Che Din. Saya tuntut di akhirat saja termasuk dgn macai2 nya sekali. Dosa dgn Allah bolih minta ampun tapi kalau tipu rakyat jawab saja lah di sana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2016 at 11:05 AM

Bestnya jadi sahabat subahat macam Shahrol Halmi. Masih dapat enjoy gaji dan elaun hampir seratus ribu sebulan sebagai pengarah di Pemandu dan dan ahli lembaga pengarah 1MDB, tanpa apa2 tindakan.

Post a Comment