........... WOW ! Rahman Dahlan Puji Tun Mahathir Sambil Sindir Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

WOW ! Rahman Dahlan Puji Tun Mahathir Sambil Sindir Najib !

Monday, April 4, 20169comments

Mkini

Macam tak percaya jer bila baca tajuk artikel ni kan ..... well, saya sendiri pun macam tak percaya jer lepas baca artikel Mkini di atas. Tapi mengikut pemahaman saya dan berdasarkan BUKTI yang diberikan oleh Rahman sendiri, rasanya betul dah ...... Rahman menyindir Najib !

Mesej twitter Rahman sendiri mengesahkan perkara ini -



Malaysia's Dr Mahathir takes on the Wall Street Journal's lies. 

Nak tak tak kita terasa juga satu macam perasaan bangga yang tersirat disebalik mesej Rahman itu. Bandingkan kalau Rahman nak hantar satu mesej twitter menyentuh cara Najib menangani WSJ, pasti ia akan berbunyi lebihkurang macam ni -

Malaysia's Najib maintains SILENCE on the Wall Street Journal's lies !

Nampak apa yang saya maksudkan ?  Nampak kenapa saya katakan yang Rahman menyindir Najib ?

'takes on' membawa maksud Tun Mahathir TAMPIL BERDEPAN / BERTINDAK MENJAWAB dengan segala dakwaan WSJ. Tun Mahathir tidak berDIAM DIRI, tidak LARI dan tidak buat BLUR tapi Tun TAKES ON mereka yang melemparkan fitnah secara berdepan di pentas antarabangsa !


Tapi bagaimana pula cara Najib berdepan dengan segala dakwaan oleh WSJ dari tahun lepas ? Lepas satu2 tuduhan dilemparkan sehingga segala dakwaan itu turut disambut oleh pelbagai media lain diseluruh dunia sehingga yang terbaru sejumlah 53 media antarabangsa turut memainkan dakwaan yang sama terhadap Najib ( Chedet #2035 )

Kenapa sampai begitu teruk Najib diperlekehkan ? Sebab Najib suka DIAM, ELAK, LARI dari berdepan atau seperti kata Rahman dia atas, tidak mahu TAKES ON para pengkritiknya !

Kita dapat rasakan dalam hati Rahman Dahlan betapa tingginya harapan serta keinginan beliau sekiranya dapat Najib pun ikut sama berani sepertimana contoh yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir.

Pemimpin kena berani ...... berani kerana benar. Bila pemimpin berani, barulah orang lain respek. Tapi bila pemimpin tak berani, orang akan anggap kerana dia itu tidak benar, dan orang lain akan hilang respek.

TerimaKasih Rahman Dahlan, saya duk tercari2 contoh untuk dibuat perbandingan cara menangani dakwaan media asing seperti WSJ, antara Tun Mahathir dan Najib.

Artikel yang dimaksudkan Rahman itu - KLiK

Ayat pertama dari artikel itu berbunyi -  Malaysian Prime Minister Datuk Sri Mahathir Mohamad bearded the lions in their den Oct 1 and 2, when he said in New York City .......  Peeeergh !

 " bearded the lions in their den " maksud - attack someone on their own ground or subject ....



                                      ********************************

Dari chedet - Antara Bukti Dan Pengakuan

1.​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib. Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. 

Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.

2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

3.​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 8:49 PM

Kena banyak ulang agar cai tahu yang fokus utama bab wang derma masuk personal akaun najib. Najib juga cakap wang masuk personal akaun salah. Undang2 pun tulis macam tu. Pegawai sprm pun kata gitu juga. Hanya mahkamah ajer yang boleh kata tidak bersalah, bukannya ag, walaupun ag tu bekas hakim mahkamah persekutuan. Yang mereka dok melalut kenapa? Bab lain keluar la sikit-sikit. Tu pun jawab ke laut. Sekarang nak cakap wsj tak betul kerana tdm pernah kata wsj buat fitnah. Apasal lu tak jawab seawal mungkin sebelum artikel lain keluar. Diam maknanya betul. Najib ingat dia diam isu akan terus hilang. Ini bukan cerita najib kentut. Ini cerita najib rasuah pasal wang derma masuk personal akaun. Ramai yang kata perkara ini salah, bukan tdm sorang aje.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2016 at 11:25 PM

Najib hanya menunggu di ambang sore..!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 12:49 AM

Bercakap santun kepada seorang bangang, dia tetap akan mendakwa awak bodoh."
- Euripides

....................
Reply To This Comment ...................
April 5, 2016 at 1:24 AM

Wow!...Biar betul bro...Saya dah baca artikel EIR tersebut...Bangga sekali bila PM kita berani bersuara mempertahankan MARUAH negara!...

Rahman...ko cakap biar betul...atau jari ko terseliuh masa tekan kekunci telepon ko...ko nak cakap yang WSJ bohong...dah tu ABC, Swiss AG, The Edge, Sarawak Report, NYT semua cakap benda yang sama...semuanya "bohong"....

Ape ape pon "Perdana Menteri" sepatutnya menyanggah "pembohongan" tersebut....macam yang Tun M buat masatu...cakap direct je...dengan hujah yang mantap...dia orang pasti kecut...jangan main-main...

"Malaysian Prime Minister Datuk Sri Mahathir Mohamad bearded the lions in their den". "We are a small country, but we bow to no one," Macam tu lah baru ada oomph...

Apa Najib cakap...

"Kalau saya ambil duit, tak kan saya bawa balik ke Malaysia, masuk akaun peribadi...."

Mat Maslan tambah pulak..."Perdana Menteri tak kan sebodoh tu..."

Pastu Najib suruh loyar dia tulis surat kat WSJ...Nak saman hari Selasa tak sampai sampai...

Apa yang Najib buat untuk mempertahankan Maruah dirinya dan Malaysia?...Tunggu hari Selasa lagi?...

Wahai YB Rahman....pakai lah otak kalau nak cakap...kalau cakap macam burung tiong....kenalah kerok lidah tu lagi...biar petah lagi...taklah tersasul tergagap macam ni...

Paloi...tuyuk....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 5:58 AM

Kalau baca artikel tu wsj tulis pasal polisi atau tindakan kerajaan/menteri yg dia tak setuju masa tdm, bkn peribadi. Tak pulak dia tulis ada menteri sapu duit rakyat mcm sekarang ni, jenayah tu. Jauh benor bezanya tu rahman oi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 7:49 AM

Pok Ngan,

Najib ya nang di bodohkan oleh man dahlan and salleh keruak. duak2 sidak ya tuyuk and paloi.

i kesian naggar denan. nya ya best. dah ngenang najib, banyak urang madah sidak sik mok turun ngundi kerana sak ati gilak ngan najib.

pok.doa jak najib masuk jel macan nuar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 8:07 AM

Orang asibg duk kutuk macam2 kita duk diam bangang punya pemimpin masa kecik tak mau go bila besar nyusahkan orang lain

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
April 5, 2016 at 12:28 PM

Satu pertanyaan. Siapa kah yang ingin kita lihat mengikut Jibby berambus. (Senarai saya yang pendek dibawah)

1. Zahid Komidi
2. Saleh Ketiak
3. Abg. Azalina
4. Kunan
5. Man Dahlan
6. Mat Maslan
7. Nazri
8. Khalid Tweet
9. Idris Jalang
10. Pandi
11. Sami Vellu
12. Semua ketua bahagian
13. Semua MT (empty vessel MT)
14. Irwan Serigala
15. Hassan Cari makan PAC
Sila sambung. Sila guna kertas tambahan jika tidak mencukupi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 10:56 PM

Kasi BUANG semua lah senang Bohh..

Post a Comment