........... Walau Berapa Banyak Pun Denda BNM Ke Atas 1MDB, Yang Bayar Tetap Rakyat Juga ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Walau Berapa Banyak Pun Denda BNM Ke Atas 1MDB, Yang Bayar Tetap Rakyat Juga ...

Friday, April 29, 20165comments

Mkini

Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana tidak mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

"Ini termasuk keperluan untuk 1MDB untuk membawa pulang wang yang diremitkan di luar negara berikutan pembatalan tiga kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

"1MDB juga telah gagal mengemukakan bukti dan dokumentasi yang ditetapkan oleh Bank Negara untuk mewajarkan kegagalan untuk mematuhi sepenuhnya dengan arahan membawa pulang wang itu.

“1MDB telah diberikan sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat itu hari.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja pembayaran kompaun diselesaikan oleh 1MDB, ia menandakan tamatnya siasatan oleh Bank Negara berhubung pelbagai insiden yang menyaksikan firma pelaburan negara itu melanggar kaedah dan peraturan bank pusat.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB.


Itu berita semalam dan 1MDB pula jawab -

"1MDB menghormati sepenuhnya kuasa dan keputusan BNM dalam perkara ini. Pembayaran kompaun itu akan dibuat pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan," kata syarikat milik kerajaan itu dalam satu kenyataan semalam. - Mkini.


Dah .... settle ? Begitu jer ?  1MDB bayar denda pakai duit siapa ?  Tak disebut amaun denda tapi bukannya susah pun, kalau tak cukup duit 1MDB boleh saja minta standby kredit dari kerajaan ... kan ? 

Pusing2 pun, duit rakyat juga yang dimainkan. 

Bila dah kena kompaun atau denda, bermakna telah berlaku kesalahan. Kalau kita kena kompaun contohnya kompaun trafik, sakit juga dibuatnya sebab kompaun itu bakal makan bajet kita. Kesannya akan ada sedikit perubahan kepada apa yang mahu kita belanjakan dengan duit yang terpaksa dikorbankan untuk bayar kompaun. Point saya - Kita Terasa Kesannya dan dari situ kita akan belajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Tapi dalam kes kompaun Bank Negara kepada 1MDB, siapa yang TERASA Kesannya ?

Apakah mereka yang terbabit dalam melakukan kesalahan itu terasa perit ? Tidak ..... Langsung tidak ada tindakan ke atas mereka secara peribadi. Syarikat yang bayar kompaun, maknanya rakyat juga yang tanggung.

AG sendiri dah kata tidak ada kes. So tidak akan ada sebarang dakwaan....

Apakah akan ada tindakan disiplin di pihak dalaman 1MDB ?

Hahahahaha ..... dari awal 1MDB 'berniaga', pelbagai kesalahan telah dilakukan oleh pihak pengurusan, arahan dari lembaga pengarah pun pihak pengurusan tak ambil pot dan berlaku pelbagai kesalahan BERULANG KALI SELAMA MANA 1MDB BEROPERASI ..... ( sepertimana yang didedahkan dalam lapuran PAC ) Langsung tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas mereka yang bersalah malahan CEO lama yang banyak melakukan kesalahan2 itu dijadikan ahli lembaga pengarah pula dan ditawarkan lagi kerja dengan PMO.

Pendek kata - 1MDB didenda tapi tidak ada siapa pun yang terkesan dengan denda itu.


                                                  *******************

Teringat artikel tahun lepas ketika isu BNM vs 1MDB ini hangat - KLiK.

Semuanya berkaitan kerjasama 1MDB-Petrosaudi di mana 1MDB telah kemukakan alasan2 PALSU akan tujuan dana itu mahu dibawa keluar dari negara.





Tidak dapat dipastikan apakah penipuan di atas merupakan kesalahan yang dimaksudkan oleh Bank Negara. Perkara ini tidak disebut dalam lapuran PAC kerana Zeti tidak dipanggil untuk disoal.

Alasan AG ketika melepaskan 1MDB adalah meletakkan kesalahan ke atas Bank Negara kerana tidak membuat pertanyaan lanjut pada masa tersebut.... - KLiK.

APAPUN, bila Bank Negara kenakan kompaun kepada 1MDB, itu bermakna telah berlaku kesalahan di bawah undang2 seliaan Bank Negara. Apa tujuannya semua undang2 itu dibuat ?

Pelik sungguhlah 1MDB ni ..... SEMUANYA BERMASALAH !

Tambah pelik adalah sikap kerajaan dan kepimpinan Umno yang mengambil sikap lepas tangan, langsung tidak ada sebarang teguran dibuat. Kenapa ek ?

Terlalu istimewa sekali status 1MDB ini waima telah menghilangkan wang rakyat sebanyak RM14 bilion pun masih tidak ada sebarang reaksi dari kerajaan maupun pemimpin2 Umno.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2016 at 6:17 PM

Betul din....denda tu sume duit rakyat yg bayar. Bukan duit yg kena rembat tu meka guna utk bayar denda. Duit yg lesap tu dah hilang tak tau ke mana. Macam magic pulak.....hilang kat sini pastu tetiba jatuh berdebuk dalam kantung pihak lain.....pandai ahli silap mata tu....

....................
Reply To This Comment ...................
April 29, 2016 at 7:07 PM

Najib & Rosmah apa kisah pasal denda...bukan dia laki bini bayar...selama ini dia makan tanggung, shopping tanggung, makan angin tanggung, buat filem hollywood tanggung, barang kemas intan berlian tanggung, akaun peribadi tanggung..... perghh...memang menganiaya & menyayat hati rakyat.

Namun, ada iktibar & hikmah di sebalik denda yg dikenakan oleh Bank Negara kerana ianya telah membuktikan pentabiran & perniagaan 1MDB menyalahi undang2 & juga moral. Tak sia-sia kita semua berjuang siang malam dan bersyukur doa kita dimakmulkan Allah SWT. Saya pasti berita ini tersebar luas merata dunia, tapi sayang tv3 suku, rtm & semua media kerajaan buat derkkk aje.

Kita harus terus berjuang sampai semua yg terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2016 at 7:12 PM

Saya tak boleh bayangkan kalau 1mdb tu ialah produk kerajaan PR di Selangor atau produk kerajaan PAS di Kelantan atau produk kerajaan DAP di P.Pinang.

Pasti gegak gempita UMNO berkokok.. menyalak...
Pasti sebaik ajer skandal tu didedahkan oleh media, bertali-arus individu2 terlibat akan diheret ke mahkamah.

Malangnya 1mdb ialah produk Najib and the gang.

Siapa yang berani bersuara?
Pembangkang pun pengecut...
Majlis Raja-Raja sekadar keluar statement suruh siasat jer.. pastu senyap...

Sekarang saya rasa semakin kagum dengan semangat jati diri nenek-moyang kita yang bangkit melawan British menentang penubuhan Malayan Union dulu.

Dan saya malu dgn jati diri melayu hari ini. Nak sign Deklarasi Rakyat pun takut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2016 at 1:41 AM

Waktu mula2 BNM nyatakan akan kesalahan 1mdb dengan kegagalan memperincikan kedudukan pelaburan luar negara bukan main pengurusan 1mdb bertindak menyalahkan BNM seolah olah 1mdb tidak melakukan sebarang kesalahan dalam pelaburan di luar negara.

Kenapa apabila BNM mengenakan denda kompoun diatas kesalahan tersebut 1mdb akur serta bersedia untuk membayar denda kompaun.

Secara jelasnya 1mdb sudah mengakui telah melakukan kasalahan persoalan nya jika ianya satu kesalahan dalam pelaburan mengakibatkan denda kenapa AG kata tiada kes salah laku dalam 1mdb?.

Makin lama semakin terserlah AG telah menyalah guna kuasa & sumpah amanah yang diberikan oleh DYMM YDP Agong tak kala mengangkat sumpah dengan memegang Al Quran.

Tunggu lah balasan dari Allah sesungguhnya Allah Maha Adil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2016 at 6:55 AM

Itulah sebab 1MDB AhJibGor ini sebenarnya adalah:
"Satu Malaysia Di Bangangkan"

Post a Comment