........... Wahai Najib - Tampil Perjelaskan Benar Atau Palsu Dakwaan Shopping Mega Mewah. JANGAN DIAM ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Wahai Najib - Tampil Perjelaskan Benar Atau Palsu Dakwaan Shopping Mega Mewah. JANGAN DIAM !

Sunday, April 3, 201618comments

Sudah satu minggu berlalu sejak ABC Australia mendedahkan surat dari Putera Arab dan senarai perbelanjaan mewah didakwa dibuat oleh saya dan isteri. Sengaja saya diam untuk beri peluang kepada mereka untuk menarik balik segala dakwaan palsu itu tapi nampaknya mereka degil.

Sepertimana dilaporkan oleh sebuah portal -

Perbelanjaan termasuk:
  • Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
  • Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
  • Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
  • Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
  • Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
  • Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
  • Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
  • Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
  • Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
  • Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan
Begitu juga dengan dakwaan palsu yang dibuat oleh WSJ.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa segala dakwaan oleh ABC Australia dan WSJ itu adalah palsu dan merupakan fitnah yang amat jelik sekali. 

Saya dan isteri tidak pernah membeli belah secara mewah sebagaimana yang didakwa. Begitu juga saya menafikan wujud sebarang transaksi akaun bank peribadi maupun kad kredit saya dengan jumlah yang mereka dakwa. Segala dakwaan mereka tidak disertakan dengan bukti dan ini telah menjejaskan nama baik saya, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Dengan ini saya telah arahkan peguam saya untuk memberi notis supaya pihak ABC dan WSJ memohon maaf secara terbuka kerana telah menfitnah saya serta menarik balik sebarang kenyataan atau siaran yang berkenaan. Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh 7 hari, mereka akan berdepan dengan saman dari saya.

Saya bertindak atas Kebenaran demi menjaga maruah diri dan rakyat Malaysia secara amnya.


Itulah yang ingin disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia baik yang menyokong maupun yang menentang Najib iaitu tindakbalas dari Najib bagi membuktikan segala dakwaan itu adalah TIDAK BENAR.



Mkini

Kenapa Pejabat Perdana Menteri SENYAP ?

Halo ! ?  Ada orang ke takde dalam Pejabat Perdana Menteri ? Punyalah ramai pak Menteri dan Timbalan Menteri dan staf2 lain di situ, takkan benda semudah ini pun takde siapa boleh jawab ? 

Halo Najib ! ?  Kenapa SENYAP  juga ?

Rakyat nak tahu apakah BENAR atau TIDAK BENAR segala dakwaan di atas ? 

Satu dunia sedang memperkatakan tentang kemewahan melampau-lampau Perdana Menteri Malaysia dan isteri dan ia amat memalukan sesiapa saja yang mengaku sebagai rakyat Malaysia.

KENAPA DIAM ? ? ?

Kalaupun benar semua yang didakwa sekalipun, MENGAKU LAH ! Jadilah anak jantan untuk satu kali ni jer ....Janganlah memalukan nama keluarga dan nama negara.

TOLONGLAH JAWAB - BENAR ATAU PALSU ?

Jika BENAR - Perjelaskan kepada rakyat .... 

Jika PALSU - Bertindaklah bersihkan nama 

Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab !

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 10:32 PM

Kalau org kawin.. Diam tanda setuju... Huhuhu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 10:54 PM

Tgh cari idea tu..celah mana nak pusing..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 11:45 PM

Bro din...

Masukkan sekali poin..

saya dan 'suami' tercinta juga ingin menafikan sekeras2nya bahawa wang dalam akaun suami itu adalah tak halal. Itu sebenarnya adalah derma dari sebuah negara afrika.

Begitu juga dengan perkahwinan anak kami..ia tidak diadakan dengan kemewahan melampau. Kami buat ala kadar je..itu pun sebab sponsor dari negara kajaktan..

Berkenaan wang kepada adik saya yg dimasukkan dan diagihkan oleh bank combi...itu sebenarnya derma dari laksamana jepun. Jepun nak mintak maaf sebab serang malaya dahulu.

Pasal anak saya pulak..sebenarnya us70k tu adalah dermasiswa untuk dia melanjutkan pengajian dan skill dalan bidang deejay..

Hehe..peace

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 1:26 AM

Diam dia bukan bisu. Diam dia sebab palsu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 7:12 AM

Din ini jawapan yg sesuai....
Nothing To Hide

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 7:30 AM

Baru baru ni, muka zahid masam je. Mungkin tak larat nak "bela boss" lagi kot?

Atau baru sedar- tak untung - sebab gagal dipilih jadi pm pengganti??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 8:22 AM

kalo tampil pn bukan ko bole terima penjelasan...blog pemakan dedak

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2016 at 8:49 AM

@Anonymous30 juta rakyat Malaysia pun tak leh nak terima ? Hahaha.... kalau begitu baik resign jerlah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 8:57 AM

Tapi...masalahnya tak tampil tampil pon.....tapi tak pela kita tunggu hari Selasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 9:29 AM

Najib jaguh kampung je. Berani kat Malaysia je. Mentang2 AG and PDRM dalam poket dia. Raja2 pun tak boleh harap. Pak Menteri lagilah. Pembodek je semua. Nasib baiklah ada Tun Mahathir dan Datuk Seri Khairuddin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 10:50 AM

DS Najib dalam politik bukan kerana darah perjuangan UMno tetapi sekadar perkudakan Parti untuk kesenangan dan kemewahan keluarga juga kroni. Tun Mahathir yang bijaksana juga tidak dapat mengenali hati budi si Najib ini sepenuhnya. Malaysia sudah jadi negara mewah yang jadi lubuk emas buat mereka yang mengejar dunia. KIta bukan pada zaman perit perjuangan capai kemerdekaan lagi, maka para pemimpin yang ada kini majoritinya ialah mereka yang bernafsu besar kepada dunia semata-mata dan bukannya untuk membantu rakyat membangun dan keluar daripada belenggu kemiskinan. Kalau kita congakkan apa yang ditabur oleh kerajaan melalui BRIM itu sebenarnya lebih rendah daripada bahagian yang kita bayar kepada kerajaan melalui GST dalam perbelanjaan hidup seharian. BEgitu bijak tapi kejam si Najib dalam mempergunakan rakyat demi kepentingan diri sendiri dan kerajaan korup yang diterajuinya., Mereka sangat berbangga dengan kutipan GST yang telah dikaut demi menampung kerugian !MDB dan kejatuhan ekonomi Malaysia. RAkyat makin tertindas dan terhimpit, jenayah makin berleluasa akibat ramai rakyat Malaysia yang telah terpengaruh dengan gaya hidup mewah pasangan NO. 1 Negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 11:20 AM

kadang pelik gak tengok fitnah orang melayu ni, bila dengar khabaran yang tak tau kebenaran nya terima bulat bulat. kadang2 kita sendiri boleh tengok senarai dia belanja betul atau tidak contoh beli kereta tak pernah tengok najib pandu pun, beli kain di jakel 55 juta baik dia beli kedai jakel terus 55 juta, jakel nilai pun tak sampai banyak tu, itu yang kata baral, bangang orang melayu ni langsung tak boleh pikir. boleh beli kain untuk satu kampung logik ke tidak. tun m dah tua makan pencen je datang demonstrasi naik cayeenne tak lah kita tanya, berapa banyak pendapatan bulanan tun m hasil jadi pengerusi tal lak kita pertikai. itu yang kata fitnah mati besok mata terbeliak tak sempat minta maaf.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2016 at 12:24 PM

Halo... Halo....Halo....
Ini PMO ke?....la dia hang up pulak...

Halo... Halo....Halo....
Ini Pejabat AG ke?....la.. hang up jugak...

Halo... Halo....Halo....
Ini pejabat Annuar Mosa ke?....tak dak jawap

Halo... Halo....Halo....
Ini PAC ke?....dia kata salah nombor...tak patut ini nombor pejabat gomen....bila pulak tukar nombor...

Halo... Halo....Halo...
Ini pejabat Nazri ke?...Nazri tak dak ...dia pegi utan dibawak oleh tuannya pegi berburu...
La aku tanya YB Nazri Aziz...bukan anjing dia...Oooo YB Nazri pon takde dia ikut sama...
OK lah..Ok lah...lain kali je...

Halo... Halo....Halo....
Ini YB Salleh Krooak ke....tel angkat tapi takde orang jawab..

Halo... Halo....Halo....
Ini YB Rahman Dahlan ke?...dia takdak...katanya dia ngan Nuar Mosa gi Proton...nak tengok Proton yang dah rosak oleh Tun M..
Ura-ura nak jual Proton agaknya...

Halo... Halo....Halo....
Kunan ade...takde...dia dah 3 ari tak balik...pegi Aceh katanya....jengok kerabat...

Halo...Halo...Halo...
La..ape semua tak jawab ni....Orang nak tanya sikit je pon susah...

Bukan ape..ni, nak tanya nombor credit card Najibke..Rosmahke...
Kami ade jual Handbag Kulit Biawak...direka khas untuk Rosmah....cam ne ni?...

Aaaa!...cuba nombor YB Tajudin lak...

Halo...Halo...Halo...
aaaa...ade dering...tentu ade dia ni...
Halau...Halau....Halau....

La lom ape ape dah kena halau pulak...
Hawau betul....

Heh!...semua paloi...tuyuk...

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2016 at 12:43 PM

@AnonymousHakikatnya pebagai media dunia yang dihormati dan punya kredibiliti dibidang masing2 telah melemparkan pelbagai tuduhan kepada Najib. Kenapa Najib diam ?

Paling tidak, cabar mereka kemukakan bukti atau berdepan dengan saman !

Takkan itupun tak boleh buat ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2016 at 12:51 PM

Tuan din, biasanya kalau diam setuju la tu.kalau dah setuju apa lagi langsungkan la tindakan seterusnya. Kita tunggu aje samaada cepat atau lambat hanya masa menentukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 12:56 PM

bos, u tuk mesti miak sarawak.

i mmg setuju dengan you

sdra din,

sidetrack a bit...

1. 1MDB kata the company DID NOT DIRECTLY OR THROUGH INTERMEDIARIES fund to Red Granite

--- boleh kah AWSJ atau mana2 pihak tunjuk kan the flow of funds COMPLETE WITH AKAUN NUMBERS of 1MDB thru network of receiving aqccounts before the fund reach Red Granite???

2. Saya heran apabila isu 1MDB mula di exposed dalam media, parts of MH370 surfaced pointing to possibilities of debris wreckage from illfated flight mh370!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 1:51 PM

Ala kalau Najib tu tak salah, dah lama dia cakap See You In Court kat WSJ. Ini tak. Ding dong ding dong depan penyokong dia aje berani. At least siNuar dulu berani jugak berdebat. Najib? Hampeh.. Nasib ko Msia dapat penyamun dayus..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2016 at 9:08 AM

Ini bukan lagi boleh diklasifikasikan dalam kategori Tahap SABAR tapi ianya lebih terarah Kepada Tahap DAYUS yg Melampau....

Post a Comment