........... Tun Mahathir Walkabout Jalan TAR @ Cakap Menteri Luar Arab Tidak Boleh DiTerima ! Kita Mahu Bukti. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Walkabout Jalan TAR @ Cakap Menteri Luar Arab Tidak Boleh DiTerima ! Kita Mahu Bukti.

Sunday, April 17, 201615comments


Semalam jam 8:30 malam Tun Mahathir turun bertemu rakyat di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman sambil menyampaikan mesej Deklarasi Rakyat dan menyeru orangramai supaya tampil menyokong serta menandatangani Deklarasi itu.




Mesej Tertera Di Sebuah Kedai Buku Di Jalan TAR

Hampir 2 jam Tun dikerumuni orang ramai yang berasak2 mahu bersalam, mengambil gambar dan menyatakan sokongan kepada perjuangan Selamatkan Malaysia menerusi Deklarasi Rakyat.

Memang hebat Tun yang sudah berumur 91 tahun itu yang ternyata masih punya tenaga dan semangat yang amat tinggi dalam perjuangannya. Di mana saja, majlis siapapun ... Tun Mahathir akan redah !

Yang pasti, semalam membuktikan Tun Mahathir masih disayangi rakyat tanpa mengenal bangsa dan umur.




KLiK untuk ke Youtube.


Menariknya dalam ucapan singkatnya, Tun turut beri komen terhadap kenyataan Menteri Luar Arab yang kononnya mengesahkan dana 2.6 itu sebagai derma. Tun berkata -




KLiK untuk ke Youtube.

- .... kalau kita nak tahu banyak mana 42 bilion ringgit, kalau kita beli sebuah rumah dengan harga 42 ribu ringgit, 42 bilion ringgit boleh beli satu million (juta) rumah ! Inilah banyaknya wang yang dipinjam. Dan sekarang ni dia tak mampu bayar, jadi dia kena cukai macam2 kepada rakyat untuk nak bayar hutang.

- ... Menteri Luar Arab, setelah berjumpa dengan Najib, mengaku bahawa duit itu datang daripada negara Arab. Tetapi pengakuan olehnya sahaja setelah berjumpa dengan Najib tidak boleh diterima. Kita nak bukti2 yang duit ini datang daripada negara Arab.

Siapakah yang ada duitnya yang begitu banyak ? Tunjuk kepada kita ! Bank mana yang digunakan untuk simpan duit itu ? Perniagaan apa yang memberi dia keuntungan begitu besar sampai boleh bagi kepada Najib 861 million dolar Amerika ataupun 2.6 bilion ringgit ? ( sebenarnya 681 million )

- Kononnya dia dah bagi balik .... Apa bukti dia bagi balik ? Takdak bukti langsung. Cuma cakapnya saja.....

Bila ditanya apa buat dengan duit ini, oooh, saya tak salah guna duit. Tetapi itu cakap saja, kita nak tahu daripada surat2, dokumen2 bahawa dia dah bagi balik. Mustahil setelah dapat 2.6 bilion ringgit, dia bagi balik 2.3 ringgit. ( sebenarnya 2.03 bilion )

... haaaa orang gila pun tak bagi ...

.. Najib merosakkan negara.

Ucapan Azmin juga menarik untuk kita layan. Sekejap jer tapi padat.




KLiK untuk ke Youtube


PS - Kepada yang masih belum sain Deklarasi Rakyat, anda boleh KLiK untuk sain secara online.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2016 at 9:05 AM

Contoh money laundering / rasuah:

1mbodoh --> company A --> company pulau C --> company B --> kononnya derma ke akaun peribadi mr.X --> mr.x pulangkan sebahagian derma sebab kononnya tak habis guna...padahal itu sebagai balasan utk cover pasal derma --> pemakan dedak haram melompat gembira..

Nampak tak? Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2016 at 9:22 AM

Terharu apabila DS Azmin bersama menemani Tun. Syabas DS Azmin.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2016 at 12:12 PM

Hidup Tun Mahathir..!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2016 at 12:59 PM

Salam Bro

Sebak dan menitis air mata melihat Tun Mahathir begitu gigih memperjuangkan keadilan demi negara kita Malaysia...Seorang tua yang telah berumur 91 tahun....masih tajam dan fokus...
Semangat juang Tun tak pernah luntur...Sememangnya perjuangan Tun belum selesai!...Saya padu dibelakang Tun...

Salute!..Tun
Ya Allah!.. limpahkanlah Tun Mahathir kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan murni demi agama, bangsa dan tanah air....Ameen.

Bro

Pagi ini dan semalam kita disajikan dengan kegembiraan macai Najib..Salleh Kruk, Nuar Mosa, Azalena dll...bergembiralah korang semua....semakin seronok kamu semakin jelas betapa pendeknya akal kamu semua.... In the first place...KAMU ADA AKAL KE?...

Malas aku nak cakap pasal duit yang masuk akaun Najib...semua orang tau...Korang je yang memang tau tapi tak ambik tau dari mana dan logiknya. Kamu semua sebok kesana kemari mengusung teloq Najib yang keciciran....Telor yang di luar kerandut tu lama lama busuk oi...korang jilat dan cium selama ni....tapi rakyat dah tak tahan mencium bau busuknya...cukup meloyakan dan mencemar nama Malaysia...

Najib!...Teloq ko mana?....dah busuk tau ko?...
Membisu je...Bisu betul baru ko tau!...

Paloi!...Tuyuk!...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2016 at 4:04 PM

Tun Mahathir mentadbir Msia selama 22 tahun.  22 tahun tu bukan masa yg singkat.

Kalu tak betul cara mentadbir dlm 10 tahun pun Msia ni dah boleh muflis dan dlm masa 22 tahun boleh jadi PAPA KEDANA terus.

Tapi kenapa dlm masa 22 tahun Msia terus naju membangun dan berjaya KELUAR dari negara pertanian menjadi negara perindustrian?

Tun bina infrastruktur Msia dari lebuhraya, KLIA, universiti2, bina Putrajaya yg sekarang dinikmati oleh pemimpin yg ada dan banyak lagi JASA Tun. Bila ada infrastruktur yg baik barulah pelaburan asing YAKIN dgn kita.

Dlm zaman Tun saya ingat lagi, sekitar 80an, ramai pelajar2 Melayu dihantar ke luar negara dlm kumpulan yg besar sebab Tun percaya hanya dgn pelajaran org Melayu boleh KELUAR dari kepompong KEMISKINAN. Hasilnya sekarang ramai anak2 Melayu memegang jawatan PROFESSIONAL.

Dlm 22 tahun zaman Tun M, Msia dihormati dan dipandang tinggi oleh negara luar. Kita tak pernah DIPERLEKEHKAN oleh dunia luar malah kita DISEGANI mereka.

Dlm masa Tun kita tak ada isu perkauman dan tak ada isu agama yg disentuh. Perpaduan kaum dan agama berjalan dgn baik, tak ada hina-menghina antara agama atau kaum berlaku dgn serius.

Walaupun Tun M bersikap tegas dgn wartawan dari negara2 luar khususnya barat tapi mereka tak pernah pernah buat apa2 dokumentari, video2 atau laporan2 kata Tun ada skandal rasuah berbilion2 dan berkait dgn macam2 kejadian ganjil. Sampai sekarang pun dunia barat tak kecam Tun.

Masa kejatuhan RM di zaman Tun M, Tun dapat kembalikan nilai RM kita dgn tak payah buat GST dan tak ambik pinjaman IMF bank dunia pun sebab Tun tak nak bila kita terhutang budi kita terpaksa tunduk dgn kuasa asing.

Negara Jepun hormat pada Msia hingga sekarang masih jemput Tun M utk ceramah2 bengkel dan sebagainya.

Isteri Tun Mahathir, TUN SITI HASMAH tak pernah dicemuh, diejek2, digelar itu ini dgn berbagai panggilan oleh org sama ada dlm Msia ataupun negara luar. Hingga sekarang pun Tun Siti Hasmah TAK PERNAH dikecam oleh sesiapa.

Penelitian, penjelasan dan fikiran Tun Mahathir tak boleh kita pandang remeh. Beliau seorang yg berpandangan jauh.

Terima kasih Ayahanda Tun Mahathir.
Jasamu tetap dikenang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2016 at 6:52 PM

Hihi...perenggan last tu kelakar....terrbaekk bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2016 at 7:58 PM

kami satu family lama dahhhh sign deklarasi rakyat, cuma tidak tahu jumlah penandatangan yang sudah terkumpul. Dah ramai ke brother Din, dengar dari cai Najibul kata tak dapat sambutan. Kerana itukah Tun Mahathir terpaksa turun ke lapangan..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2016 at 8:20 PM

dulu si Jibby baru2 jadi PM selalu juga buat walkabout..sekarang cuba lah turun bandar2 KL jln..takut kena boo mcm Rosmah nanti...kah..kah..kah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2016 at 11:28 PM

Salam kepada semua, dengan izin, a quote in english to protect the nation or protect a leader ,this question we should ask the citizen of malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2016 at 9:47 AM

Xda cara lain ke rsnye najib xterkesan dgn cara ni atau himpunan atau debat atau kena boo rakyat hatta media luar negara kutuk najib pun dia xda kesan apa mcm pekak badak ajer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2016 at 11:06 AM

Kalau inilah sikap Raja-Raja Melayu yang diam membisu macam batu dan tunggul,apakah maknanya kewujudan institusi ini?Sekiranya Majlis Raja-Raja tidak ada peranan dalam membetulkan parti pemerintah yang pecah amanah dan durjana,maka apa perlunya lagi rakyat mempunyai raja?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2016 at 12:21 PM

Sudah tanda tangan secara online.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2016 at 12:29 PM

Din Pakcik tak faham lah.. kata 1MDB dah bamyak bayar hutang.. tapi kenapa hutang meningkat dep RM42B ke RM50+B?

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2016 at 4:37 PM

Bolih pakai cakap menteri luar arab tu untuk membela Najib dalam perbicaraan saman nanti. Tapi bila Najib nak SAMAN WSJ. Esok hari Selasa.

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2016 at 9:07 PM

Duit loan RM42 bilyon dialir keluar entah ke mana. Ya Allah, tersentak jantung bila dengar kita kena bayar duit bunga saja RM190 juta kpd pihak bank. Itu belum pinjaman pokok lagi. Busines jenis apa yg Najib/1mdb buat, takkan nak gadai semua tanah rezab Melayu? Power station yg digembar gembur sebagai asset pun dah tahap putus darah (monopause), tak laku lagi kalau dilelong. Temasek Holdings Spore ditubuhkan tak pinjam duit bank. Rezab simpanan Spura terlalu banyak. Najib nak ikut orang tapi tak ukur diri sendiri. Ada kah masuk akal dgn RM1juta hendak buat business real estate berbilyon-bilyon. Kesudahan Reza Aziz anak Rosmah yg beli aset/harta2 di Beverly Hills & New York, bukan 1mdb. Kejadah apa nie Najib.......??????

Post a Comment