........... Tindakan Hasan PAC Berunsurkan Sabotaj dan Tidak Bermoral ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tindakan Hasan PAC Berunsurkan Sabotaj dan Tidak Bermoral !

Wednesday, April 20, 201615comments

“Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan," - Mkini.

Itu respon Hasan Arifin kepada dakwaan aggota Pac yang beliau telah menyunting (potong) beberapa ayat dalam laporan PAC yang dibentangkan.

Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.

Mkini
Dan ini pula respon balas Tony Pua -

"Hasan sepatutnya memaklumkan kepada Parlimen dan semua yang terlibat, apa sebenarnya yang tidak jelas mengenai penemuan Bank Negara yang menyebut “penerima faedah utama Good Star Limited adalah individu tidak berkaitan dengan Petrosaudi International Ltd”?

"Penemuan itu penting kepada seluruh siasatan 1MDB kerana syarikat dan para eksekutifnya telah memberi keterangan kepada PAC bahawa Good Star adalah anak syarikat Petrosaudi,"
Walau bagaimanapun, syarikat tidak dapat menyediakan bukti kukuh, seperti carian syarikat atau sijil penubuhan dari pihak berkuasa berkaitan, walaupun selepas diminta berkali-kali, untuk menyokong dakwaan Peguam Negara dan PAC, ujarnya.

Apa yang 1MDB dapat sediakan ialah surat tahun 2015 dari Petrosaudi kepada 1MDB mengatakan Good Star Limited adalah sebahagian daripada kumpulan Petrosaudi, jelasnya lagi sambil menekankan PAC tidak boleh mengiktiraf dokumen seperti itu.

"Oleh itu, apakah Pengerusi PAC mahu mempersoal dan mencabar penemuan dan siasatan Bank Negara Malaysia,"

Ayat berkenaan, katanya diluluskan oleh semua anggota PAC dalam draf kerja mereka, namun ia a tidak muncul dalam laporan akhir yang diterbitkan.

Pua berkata ayat yang dikeluarkan berbunyi: "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group".


Saya rasa lapuran di atas sudah cukup jelas menunjukkan wujud unsur2 SABOTAJ di pihak Hasan selaku Pengerusi PAC sendiri ke atas laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen ! Setelah diluluskan oleh kesemua ahli, sekiranya Hasan mahu padamkan, beliau harus maklumkan kepada kesemua ahli juga .... itu baru dinamakan KONSENSUS.

Kalau dah memandai2 padam sesuatu yang dipersetujui ramai, bagi saya itu namanya SABOTAJ.

Sekarang kita tahu apa yang dipadamkan itu setelah baca apa yang dilapurkan seperti di atas, tapi bagaimana setelah beberapa lama nanti, tahun depan contohnya, bilamana lapuran PAC itu dirujuk kembali tanpa ayat yang telah dipadamkan Hasan itu ?

Kita tidak akan tahu maklumat penting itu dan cai2 Najib akan kata - Nah, tunjukkan di mana yang ada menyatakan Good Star Limited itu tidak ada kaitan dengan Petrosaudi ?

Apa yang tidak jelas atau dalam risikan maklumat sepenting itu ? Bukankah maklumat itu diberikan oleh Bank Negara Malaysia ? 

Tidak disebut BILAKAH TARIKH Bank Negara menerima maklumat itu kerana ia boleh dijadikan bukti selama mana perkara penting ini disorokkan dari pengetahuan umum.

Kita masih ingat bila isu GoodStar dan Petrosaudi ini ditimbulkan tahun lepas, bagaimana 1MDB bersungguh2 mempertahankan syarikat itu milik Petrosaudi. Adakah maklumat di atas diterima sebelum itu ? 

Dan jika maklumat itu diketahui lebih awal, kenapa tidak ada tindakan di pihak 1MDB untuk menyiasat lebih lanjut ? Ia melibatkan hampir 4 bilion ringgit duit 1MDB yang dipinjam !

Hasan Arifin telah bertindak secara TIDAK BERMORAL  !  Tindakannya yang dibuat secara diam2 tanpa makluman kepada ahli2 yang lain boleh menjurus kepada niat mahu sabotaj.

Ada baiknya Hasan dilucutkan keahlian serta jawatan sebagai Pengerusi PAC. PAC tidak boleh dikaitkan dengan orang seperti Hasan kerana ia mampu menjejaskan kredibiliti badan yang bertanggungjawab soal ketelusan dan integriti dalam menyiasat sesuatu kes bagi pihak Parlimen.

Hasan, Hasan .... nak cari makan pun susah, kan ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2016 at 3:35 PM

Saya mintak tolong orang2 di malaya agar buat lapuran polis ke atas Hassan kerana "misrepresent" PAC's report. Kalau ada siasatan, confirm hassan kena.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2016 at 4:01 PM

Hassan suka jaga lembu,
Hari2 curi jambu;
Kalau nampak tok penghulu,
Tentu engkau kena palu.

Hassan cuba cari makan,
Tipu lapuran parlimen;
Telan dedak yg diberikan,
Sekarang hidup kau tertekan.

~ Ismail Mu Kassim & Nona Asiah.

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2016 at 7:32 PM

Clear case of obstruction of justice by deleting the contents of a Parliament Report. That deleted sentence carries as much weight, if not more than, the the replies from the CEO in relation to 'as far as we are aware', the original sentence can be authenticated by the maker which is from the Central Bank.

This fella should be referred to the Parliament for diciplinary actions.

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2016 at 7:39 PM

Salam Bro

Apa yang dapat diharapkan dengan Hassan Curi Makan ni?...dari awal lagi beliau mengaku curi makan...Curiga?...kalau dulu munkin aku ada sikit bagi "benifit of the doubt"...tapi setelah laporan PAC keluar ternyata "benifit" tu salah tempat. Kini timbul pula suntingan ayat penting dalam laporan tu...

Heh!...kalau bapak dia si Najib tu berbohong di Parlimen...inikan pula anak dia...yang sah mengaku curi makan...Ayat yang disunting keluar dari laporan itu memberi impak yang berat dalam kes 1MDB ni...itu dia kata tak memberi kesan?...Bongok!...Bahalol!...punya Hassan.

Hassan!...ko tak perlu resign dari PAC...Ko diPECAT!!!..itu yang semestinya. Kalau dulu aku sangsi dengan PAC...kini langsung tak percaya...Langsut lu!..

Hancus!...

Tahniah pada Tony kerana berani cakap benar dan mempertahankan prinsip...Salute you man!...Kenapa tak dedahkan terus segala kepincangan perjalanan siasatan PAC ni. Dalam hansard banyak perkara yang tidak di catit (bila orang bercakap tak guna microphone) tentu Sdra Tony buat catatan...Demi menyelamatkan Malaysia...Dedahkan semua...tak ade yang sepatutnya rahsia...

Hassan...ape ko sengih sengih lagi?...pengkhianat!...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2016 at 7:57 PM

saya CARI MAKAN tuaaaannnnn...

hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2016 at 11:55 PM

Kan dari awal lagi aku dah cakap..jangan percaya lagi dengan pac sejak tiba2 semua ditukar hari tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2016 at 2:24 AM

Truely cari makan.Aku pelik, ahli keluarga ank, bini xckp apa2 ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2016 at 2:25 AM

Nak tanya KJ pergi mana knp dia xamik pot?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2016 at 4:18 AM

Ini bukan sekadar tindakan sabotaj terhadap ahli pac malah tindakan merubah atau menyunting bahagian daripada laporan asal pac adalah satu perbuatan berniat untuk menipu dan hasan cari makan juga dengan jelas telah berbohong di parlimen, tindakan undang2 keatas manusia penipu ini perlu diambil, jangan biarkan pembohong ini terlepas begitu saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2016 at 8:17 AM

Din,

Hanya mereka yang gagal menggunakan akal dianugerah Allah akan terus berada dalam keadaan "denial" atas sebab2 yang kita sedia maklum.

Saya rumuskan psndangan saya seperti berikut:

1. Penulisan yang membuktikan 1MDB adalah a SCAM oleh SR, AWSJ, The Age dan lain2 adalah FAKTA bukan FITNAH

2. Tuduhan yang mensabitkan najib sebagai CORRUPT adalah berasas seperti dibuktikan oleh penulisan dari SR, AWSJ dan lain adalah FAKTA bukan FITNAH.

3. Najib sememangnya menggunakan institusi kerajaan untuk "melindungi" beliau dari didakwa dan dihukum

4. Realitinya yang menjadi mangsa adalah pengkritik2 beliau dan rakyat jelata yang akhirnya akan memikul bebanan untuk melangsaikan hutang2 1MDB...no two way about it.

5. InsyaAllah....siasatan US Justice Dept, Swiss AG, Luxemburg AG dan Singapore AG akan buktikan BEYOND REASONABLE DOUBT that Najib is CORRUPT TO THE CORE......berita ini dijangka keluar dalam seminggu dua ini.

6. Untuk rakyat malaysia, jangan harap problem resolved by malaysians ourselves.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2016 at 9:19 AM

inilah bangang nya pemimpin pembangkang dan sebahagian pemimpin umno didalam kebinet. bila diberi peluang untuk melakukan sesuatu untuk menegakkan kebenaran semasa berada di dalam tak mahu buat. bila dah diluar melalak, mengilai, menjerit macam keladai. semasa diberi kuasa duduk diam makan gaji dan elaun, kerja tak nak buat sibuk menjatuhkan orang lain. itu kekadang respect gak abang anuar, bila tanya ugama ape kata islam, pemimpin islam mane letak nya iman, bila dah ditendang keluar baru lah nak bising, kata rezeki allah bagi, baru kena gempak dengan najib dah terkencing dalam seluar, patut nya lawan habisan tegakkan kebenaran, tang ni respect pas lak, susah tak pe asalkan kebenaran tertegak. maki si hassan buat ape kan dia dah kata kalau tak setuju jgn tandatangan, tandatangan gak sume pun cari makan je, jaga anak tekak masing masing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2016 at 10:05 AM

"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah kepada seorang yang jahil, kerana yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu."
- Imam Syafie

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2016 at 11:00 AM

@AnonymousNak fitnah ya ? Pemimpin2 Umno yang bersuara lantang di luar itu sudah lama bersuara di dalam kabinet, sebab itulah mereka ditendang keluar !

Isu Laporan PAC, Hasan pi ubah apa yang sudah dipersetujui dan ditandatangani semua. Dan dia buat senyap2 .... tanpa beritahu yang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2016 at 12:47 PM

Anom April 21, 2016 at 9:19 AM

Yang ditandatangan oleh semua ahli pac adalah pada kertas laporan pada helaian muka surat akhir kena faham kesemua kertas laporan ada 108 helaian mukasurat, macamni citer senang mau faham kulit buku ok pass tapi isinya lain dari yang dipersetujui ianya sudah di ubah oleh hasan cari makan hasan pun ada mengaku dia ada ubah, boleh cuba lagi anom kalau mau backup hasan cari makan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2016 at 10:12 PM

Hassan nama mulia sangat sangat tetapi Hassan yang satu ini agak ganjil sikit kelakuannya .....!!!!

Post a Comment