........... TAHNIAH Kepada HERO2 Sebenar Deklarasi Rakyat ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TAHNIAH Kepada HERO2 Sebenar Deklarasi Rakyat !

Monday, April 25, 20165comments

Blog ini ingin merakamkan Tabik Hormat kepada beberapa individu yang terbukti punya semangat dan keberanian untuk tampil atas inisiatif sendiri mempromosikan kempen menandatangani Deklarasi Rakyat di tempat masing2.

Mereka buat semua ini atas dasar kesedaran dan semangat mahu menyelamatkan negara ... tanpa sedikitpun mengharapkan sebarang pengiktirafan atau balasan. TABIK !

Saudara Nizam di bawah memang punya hati kering ..... tidak hanya sekadar menjadi Watsapp Warrior tapi turut merealisasikan kata2nya dengan tindakan.

Beliau yang juga merupakan ahli GKCM Selangor telah buka 'booth' Deklarasi Rakyat ( meja + banner jer ) di kawasan berdekatan kediamannya dan begitu giat sekali menyeru  dan memberi penerangan kepada rakyat sekitar untuk sama2 sain borang Deklarasi Rakyat... dari petang sampai ke malam !




Ini seorang lagi ahli GKCM di Kedah, saudara Saheme Hashim bersama rakan2 seperjuangan yang sanggup berdepan dengan pihak berkuasa semasa membuka 'booth' Deklarasi Rakyat di perkarangan Stadium Darulaman Sabtu lepas.


Baca pengalaman beliau di SINI

Ternyata masih ramai di luar sana yang tidak tahu banyak mengenai Deklarasi Rakyat ini. Mereka juga tidak tahu akan kewujudan laman web Deklarasi Rakyat ( KLiK ) di mana mereka boleh sain secara online. 

Rata2 rakyat memang ramai yang menolak Najib. Ramai di antara kita juga dah biasa dengar kata2 sindiran setiap kali muka Najib Rosmah keluar di TV, malah tidak kurang juga yang akan tukar channel.

Beberapa orang guru pernah menceritakan bagaimana murid2 mereka juga sudah pandai memperlekehkan Najib dan Rosmah serta mengaitkan mereka dengan rasuah.

Tarikh akhir 9 Mei untuk sain Deklarasi semakin hampir sebelum kesemuanya yang sudah disain termasuk melalui online akan diserahkan oleh Tun Mahathir dan sekretariat Deklarasi kepada  Yang DiPertuan Agong sempena persidangan majlis Raja2 yang akan datang.

Ayuh kita ramai2 terus berikan sokongan ! Anda boleh hubungi atau hantar mesej pm ke FB GKCM ( Pusat KLiK dan Johor KLiK dan Kedah KLiK ) jika ingin dapatkan banner dan borang untuk buka booth anda sendiri !


                                     ******************

Yang di bawah ini memang tak boleh blah !

KLiK

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2016 at 8:45 AM

Semangat sebegini yang terbaik,,beri penerangan jangan putus insya'allah matlamat kita akan tercapai segera...!!!
Dah tak boleh tahan lagi.....!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 8:46 AM

Tabik3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 9:06 AM

Dedak dah tak jalan bro .. rakyat paham dan mampu berfikir. Najib adalah seperti binatang perosak .. hanya racun ubatnya.

saya dah tandatangan.

Jangan takut tuan2 dan puan2 ini kita buat untuk negara kita Malaysia. Kita sayang negara kita. Najib hilang dari Malaysia tidak sedikit pun merugikan anak bangsa dan cucu2 kita.

Tanah ini kita kongsi hasil dari perjugan keringat dan darah. Atuk nenek kita tak dapat raya apa yang kita rasa, keamanan dan kekayaan.

Sayang seorang manusia telah menggadaikan segalanya semata2 untuk berkuasa dan kesenangan diri sendiri.

Jangan biarkan anak cucu kita merana kerana kesilapan seorang pemimpin yang bodoh dan penipu.

Selamatkan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2016 at 2:38 PM

nape dia org (pihak stadium) tak mahu tulis surat trs kpd IGP minta segerakan siasatan teehadap Najib:..kena tangkap beliau t
negara akan pilih seperi sedia ada

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 10:52 PM

@Zainal Abd Aziz

Ya Allah Ya Rabbi!

Apa ke benda nya yg ko cuba sampai kan ni?? Pening la aku nak faham!

Kalau ye pun, cuba taip perkataan tuu betul2.. Adoi!

Post a Comment