........... Sumpah Taat Setia Ahli Umno - Pas Semakin Liberal, Umno Pula Semakin Taksub ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sumpah Taat Setia Ahli Umno - Pas Semakin Liberal, Umno Pula Semakin Taksub !

Monday, April 4, 20167comments

Teringat saya semasa kempen PRU13 , 3 tahun lalu di mana antara isu yang hangat diperkatakan adalah sumpah Baiah Pas. Tak perlu diulangsebut, cukup sekadar menyatakan di sini, perkara baiah ini hanya dilakukan jika pemimpin sudah tidak lagi percaya penuh kepada pengikut2nya. 

Baiah diharap dapat mengIKAT ahli dan pemimpin dari keluar parti atau dari tidak lagi beri sokongan kepada pucuk pimpinan dan parti. Supaya ahli dipaksa akur kepada baiah walaupun hati sudah tidak lagi kepada parti atau pemimpin.

Waktu itu ramailah orang2 Umno mengkritik perbuatan Baiah Pas walau apapun alasan diberikan oleh pemimpin2 Pas.

Rupa2nya perbuatan Baiah atau yang hampir mirip kepada Baiah Pas itu kini turut dianuti oleh ahli2 Umno ! Adoyai ....... 

Kini ahli2 Umno diminta supaya mengadakan ikrar sumpah taat setia kepada Najib dan pemimpin Bahagian ! Baca blogger Shahbudin - KLiK.





KLiK untuk ke Youtube

Kalau Baiah Pas dikatakan sebagai kepimpinan Pas yang tidak punya kepercayaan penuh kepada sokongan ahli, apa pula ikrar sumpah taat setia ahli Umno ?

Mungkin ada yang akan kata di atas itu belum sampai tahap Baiah lagi sebab tak didahului lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi  ...... tapi bagaimana pula dengan Deklarasi Putrajaya yang ahli2 cawangan di Selangor diminta sain ini -





Teruk dah Umno Najib ni ......Takut kepada bayang2 sehingga kena bersumpah ikrar bagai. Katanya 3 juta ahli beri sokongan penuh ? 

Lebih teruk dari Pas lagi ! Sekurang2nya Pas hanya mewajibkan calon2 pilihanraya saja yang berbaiah bagi menghalang kerusi2 yang dimenangi berpindah parti. Umno pula sampai ahli2 pun diminta bersumpah.....

Suka saya copy kembali beberapa perenggan dari artikel lama masa kempen PRU13 dulu ( KLiK ). Kalau dulu saya tujukan kepada ahli2 Pas, kini saya tujukan perkara sama kepada ahli2 Umno.

 Andai seorang murid yang sudah berbai'ah mendapati gurunya sudah menyeleweng, apakah wajar murid itu tetap setia ? Menurut para ulama muktabar, Baiah itu tidak sah lagi, kerana guru yang berkenaan sudah terkeluar dari ajaran Islam.
 .............. mematuhi selain daripada Allah swt dan RasulNya hanya dibolehkan jikalau mereka itu mematuhi Allah swt dan RasulNya saja.

Sudah menjadi kewajiban kita untuk sentiasa meneliti guru kita demi memastikan ajaran dan pekertinya tidak bertentangan dengan lunas-lunas Islam. Seseorang murid tarikat atau sesuatu gerakan hendaklah berani kerana benar - sanggup bertanya tentang ajaran-ajaran yang diterimanya agar tidak menyalahi ajaran Islam.


Dan komen Tun Mahathir ketika itu ( yang ditujukan kepada Pas tapi saya copy untuk ditujukan kepada Umno ) -


Kemudian diulas oleh Tun Mahathir keesokannya. 22/2 -  manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia. "Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini,"

Selain itu, Mahathir berkata, bai'ah yang dibuat oleh Pas bertujuan untuk mengongkong pemikiran ahlinya agar tidak menerima pendapat yang berlainan daripada matlamat parti itu. "Bai'ah ialah kita bersumpah setia pada pemimpin. Mereka manusia dan buat salah. Malah banyak pemimpin Pas yang buat salah dari segi agama,"


PS - Saya percaya rakan2 bloggers pro Najib yang dulu sama2 kritik Baiah Pas kini akan beri pelbagai alasan untuk menjustifikasikan perbuatan yang hampir sama dilakukan oleh Umno Najib.  Entahlah Labu .....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 3:21 PM

Ilmu tu najib dapat apabila dia memenuhi syarat sanggup berpakaian sedondon dengan pemimpin pas.Kalau tak jalan juga najib ada satu lagi tempat untuk menuntut ilmu iaitu penjara sungai buluh.Dia akan berjumpa anuar Ibrahim untuk menuntut ilmu bagaimana nak mempengaruhi rakyat agar menyokong dia.
Kalau itu terjadi bagus juga sebab nak menuntut ilmu dengan anuar memakan masa yang lama jadi kena la duduk dengan anuar satu atau dia tahun baru boleh khatam .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 3:31 PM

Entahlah labi.. semakin merepek dan merapu UMNO ni. The members are just too weak. Nak remove presiden yg dah sah korup pun tak boleh. Macam lembu cucuk hidung je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 4:59 PM

Apa? Mahu berfikir kembali apa yang baik buat najib? Jika ikrar itu kukuh najib, cai akan buat. Jika jilat itu berjaya membersihkan najib meteka akan buat. Jika memfitnah tdm dapat kukuhkan najib mereka akan lakukan. Sekarang ialah kekalkan najib biarpun fakta berterusan mengiakan kesalahan najib. Jelas derma masuk akaun peribadi itu satu jenayah rasuah, mereka tetap kata najib tidak bersalah. Fikiran mereka dah kena menderam dedak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 5:28 PM

Si penzalim mati dan perintahnya terus pupus. Si syahid mati dan perintahnya baru bermula.

-Soren Kierkegaard, ahli falsafah

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2016 at 6:22 PM

Terlebih dahulu

UCAPAN SETINGGI TAHNIAH kepada KHAIRUL IDHAM PAWI kerana memenangi Moto3 di Argentina. Juga kepada Adam Noroddin walau pun terjatuh diselekoh terakhir..kalau tidak dua pelumba Malaysia berada di atas podium.

Sebak mendengar lagu NEGARAKU berkumandang di benua Amerika Selatan. TAHNIAH SEKALI LAGI!...kamu berdua mengharumkan nama Malaysia...

Najib ape ko buat?....makan lagi?....Heh!....

....................
Reply To This Comment ...................
April 5, 2016 at 9:16 AM

Najib ikut nasihat hadi la kut..bangang punya manusia.sendiri tak blh fikir baik buruk..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 11:06 PM

UMNO semakin BERKUBUR...Hilang Arah & PEDOMAN Perjuangan.. Berjuang utk Menegakkan Hukum yg tak mungkin menjadi HALAL..Ingatlah wahai kepimpinan umat Melayu Islam, anda skg bukan berusaha utk MENGUBAH Hukum manusia tapi anda Semua sekarang sedang berusaha utk MENGUBAH Hukum yg Allah swt telah TETAPKAN...HARAM TETAP HARAM....

Post a Comment