........... Skandal Wolf of Wall Street - Orang Hollywood Pun Ketawakan Alasan Derma Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Skandal Wolf of Wall Street - Orang Hollywood Pun Ketawakan Alasan Derma Najib !

Sunday, April 3, 201612comments


Tu dia ..... Glamer lagi keluarga Najib Rosmah. Terkini, tengah trending artikel terbaru dari majalah Hollywood Vanity Fair cerita mengenai siasatan FBI ke atas dana filem The Wolf of Wall Street. 

Kat situ keluarlah nama2 1MDB, Malaysian Prime Minister Najib Razak, anak tirinya Reza Aziz ... Jho Low ...

Jadi bukan saja masyarakat dunia yang mengikuti cerita2 politik atau perkembangan semasa saja tahu tentang skandal Najib, malah mereka yang hanya layan berita hiburan dan gossip Hollywood pun tahu juga !


VanityFair

Tak lama lagi pasti keluar Filem Hollywood tentang 1MDB ini ... bab sebagai case study di Universiti dan akademi2 badan penyiasat dunia sudah tentunya. Maksud saya, dunia akan kaji bagaimana skandal sebegitu besar boleh lolos dan sudah pasti badan2 penyiasat dunia akan keluarkan satu garis panduan bagaimana perkara sama dapat dielakkan dari berulang. 

Pendek kata - Tidak ada negara di dunia mahu kes 1MDB berlaku di negara mereka !

1MDB, Najib dan nama Malaysia akan kekal termaktub dalam sejarah dunia !


Oya ni satu lagi keratan dari paper Turki yang rakan FB saya terjemahkan sebagai Pasangan Gorjes Malaysia ! Peeeeerrgh ........

Mungkin anda boleh terjemahkan ikut suka anda, apapun boleh. Yang pasti - Najib Rosmah GLAMER satu dunia !




                                              *********************************

Ada satu perenggan dari artikel Vanity Fair di atas yang menarik perhatian saya -

When pressed for comment, Razak offered the explanation that the gargantuan sum had come in the form of a private donation from a Middle Eastern country he did not care to name, which is like the macroeconomics equivalent of claiming your dog ate it. Malaysia’s former attorney general (who, it’s worth mentioning, had been aligned with the UNMO since his appointment in 2002) cleared Razak with the explanation that the $681 million had been a gift from former Saudi Arabian King Abdullah bin Abdulaziz. But then, a week later, Razak himself attributed the sum to an unnamed Saudi businessman.


Riza anak Rosmah pun turut beri alasan DERMA kepada dana filem Wolf of Wall Street ! ? Taaak ... sebenarnya Vanity Fair merujuk kepada alasan Derma yang diberikan oleh bapa tiri Reza iaitu Najib.  

Dan apa komen Vanity Fair kepada alasan DERMA itu ?  Ia disamakan dengan alasan yang sering diberikan oleh anak2 kecil bila ditanya oleh guru sekolah mereka, dimana kerja rumah yang diberikan semalam ? Anjing saya makan, jawab kanak2 itu .

Orang Hollywood pun ketawa dengan alasan DERMA yang disifatkan sebagai keanak2an ! 

Tapi di Malaysia ...... alasan DERMA itu dipertahankan oleh KERAJAAN dan UMNO .... adeh ..... anda boleh bayangkan bagaimana reaksi masyarakat dunia terhadap rakyat Malaysia bila Najib dibersihkan oleh AG dengan alasan DERMA.

MACAM ALASAN BUDAK2 KECIL ! 

                                                ******************************

Skandal Red Granite, syarikat milik bersama Reza anak Rosmah yang menerbitkan Wolf of Wall Street heboh diperkatakan semalam bila WSJ menerbitkan artikel yang mendakwa dana filem itu juga berASAL dari skandal 1MDB.

"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan sepina kepada beberapa pekerja dan bekas kakitangan Red Granite dan kepada sebuah bank serta sebuah firma perakaunan yang digunakan oleh syarikat itu," kata laporan WSJ itu. ( Mkini )

"Para penyiasat percaya wang AS$155 juta itu kemudian mengalir ke Red Granite Capital, sebuah firma yang ditubuhkan oleh (Riza) Aziz untuk membiayai syarikat filem itu."

Nama Al-Husseiny dan Aabar Investments PJS Ltd timbul lagi.


Seperti yang saya katakan di artikel2 sebelum ini, kunci kepada mematahkan segala dakwaan oleh WSJ ini MUDAH saja iaitu 1MDB tampil dengan bukti2 yang menunjukkan pembayaran kepada Aabar Investments PJS Ltd itu adalah SAH dan ia turut diterima/disahkan oleh IPIC.

Keseluruhan dakwaan WSJ adalah bersandarkan pembayaran yang kononnya dibuat oleh 1MDB sebagai deposit dan bayaran bagi melupuskan Option IPIC sebenarnya tidak diterima oleh IPIC sebaliknya telah dibayar kepada sebuah syarikat Aabar Investments PJS Ltd iaitu sebuah syarikat yang namanya MIRIP syarikat yang dimiliki oleh IPIC iaitu Aabar Investments PJS ( tanpa perkataan Ltd )

Acu baca balik - KLiK.

Apa yang payah sangat untuk Arul Kanda dan Najib keluarkan bukti itu ? Begitu besar kesan negatifnya kepada rakyat dan negara dan begitu besar belanja Najib keluarkan untuk menyerang Tun Mahathir untuk mengalih tumpuan rakyat ... padahal untuk membuktikan kesahihan transaksi 1MDB-IPIC itu langsung tidak melibatkan satu sen pun kos !

Bahagian akaun 1MDB mungkin boleh kaotim la tapi mungkin masalah di bahagian IPIC kerana IPIC adalah syarikat global yang berdaftar di London Stock Exchange. Bukan boleh sebarang adjust2 .....

Boleh cai2 Najib jawab ? Bukankah mudah sebenarnya nak patahkan segala serangan terhadap 1MDB, Najib dan isu deposit RM2.6 bilion ?

Bila dah settle yang bilion2, baru senang kita nak tumpukan pada yang million2 pulak ...... isu SRC dan yang terbaru isu deposit US$375 juta yang didedahkan oleh ABC Australia.

Huh ?  Yalah .... pembayaran kepada IPIC itu adalah pada tahun 2013 ( untuk kes RM2.6 bilion ) sementara surat pak Arab yang didedahkan itu adalah untuk deposit tahun 2011 ! Adoyai ........

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 4:03 PM

Ahli umno lawan perlembagaan negara. Sesungguhnya mp umno, kbu dan ahli umno lebih teruk daripada orang yang buat demo. Ini sudah terang lagi bersuluh salah guna kuasa ke atas siasatan. Derma tu rasuah kalu masuk akaun peribadi. Kena bicara di mahkamah kalu nak bersihkan derma tu. Biar hakim kata itu tidak bersalah. Tapi ahli umno serang sprm kata tak adil kerana lambat siasat lge. Pengarah lhdn kata tak perlu cukai, tapi derma tu diguna untuk tujuan peribadi. Polis kata tunggu audit kerana fail ada pada audit. Pac tak bentang lagi di parlimen mungkin dok cari makan lagi. Hebat fitnah yang berfakta ni, sampai najib tak boleh jawab dengan tepat bagi menjawab fitnah tersebut sampai berputar keliling dunia. BANGGAnya mt umno, kb umno kp umno, ahli umno kerana presiden umno gah di mata dunia kerana 1mdb dan dermanya. Patut la mereka mempertahan najib lebih daripada negara, agama dan bangsa. Kerana kehebatan najib guna duit derma tanpa pengetahuan ahli umno. Fuhh memang patut ahli umno guna lidah untuk mempertahankan presiden.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 4:37 PM

Saya masih ingat lagi...awal awal dulu..sewaktu wolf of wall street baru ditayangkan...apabila produser dan lain2 termasuk reza ajis ditanya oleh wartawan...dari mana sumber buat filem...jawapan mereka ialah dapat suntikan modal from a sovereign wealth fund. Tetapi setakat itu je la. Tiada lagi pertanyaan.

Apabila skandal 1mdb terdedah...barulah saya faham...bukan ke 1mdb pun a sovereign wealth fund?

Hmmmmm....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 6:10 PM

Sebak sgt rasa hati mengenangkan musibah demi musibah yg tidak pernah terfikir dek akal boleh menimpa negara kita.... yg seolah2 tiada penghujungnya.... betapa keadilan dan ketelusan sudah hancur di tgn2 mrk yg berkuasa..... mrk yg konon2nya mengaku memperjuangkan agama, bangsa & tanahair..... Terasa betapa lemah dan hinanya kita di mata dunia.... seolah2 hanya mampu melihat dan membiarkan pengkhianatan ini berleluasa tanpa upaya berbuat apa2..... Hanya pada ALLAH SWT jua tpt kita letakkan harapan agar kebenaran akan mengatasi kebatilan..... Aamiin....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 6:49 PM

Tertanya2.....di manakah Agung dan Sultan2 kita???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 6:53 PM

Din tak payahla kabinet kayu duk heboh cari salah org lain...Tun la....Guan Eng la.....aku tengok lagi dia org heboh cari salah org lagi Allah bukakan AIB sendiri. Tak malu ke??

Tak sedar rumah sendiri berlubang2...heboh nak check rumah org. Pegi betulkan rumah sendiri dulu la.

Satu dunia duk bercakap tapi dia sibuk duk SPIN n TWIST. Macam mana buat pun org nampak jugak apa yg disembunyikan.

Pasal duk heboh cari koyak baju org....tak sedar koyak baju sendiri makin besar terbolos.

Makin meluat jadinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 7:02 PM

Org cina kata... Bikin paiseyyy (malu) jerr...

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2016 at 8:34 PM

Bila nak tukar Rukun Negara;-
Kesetiaan kepada Raja dan Negara jadI
Kesetiaan kepada Najib dan Kerajaan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 8:43 PM

Much of the system in Malaysia was and is CORRUPT lead by No. 1 CORRUPTED Bugis-Pirate......but ohhh! All is good because these CORRUPTED minds can simply spin....,

-Would be a STUPID THIEF to bring money into the country and into PERSONAL ACCOUNT!

-I am not a THIEF and would never BETRAY the COUNTRY

-I have NEVER USED STATE MONIES for PERSONAL GAIN!

-Its a POLITICAL DONATION then TRANSFORMED into many many DONATION REASONS/EXCUSES

-First its 2.6 Billion

-Now 42 Million CONFIRMED with the 2.6 Billion that went into PERSONAL ACCOUNT

-LATEST news 4.2 BILLION????

-UPDATES SHOPPINGS Expenditures SPENT from ill-Gotten gained monies.....

-1MDB still a HANGING ISSUE with DEBT and LOSSES

-many other Credibility & Integrity Issues

but all these men with the No. 1 Bugis-Pirate can still walk around without looking GUILTY.....how has MALAYSIA came down to such LOW!

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2016 at 8:45 PM

Kebawah Duli Yang DiPertuan Agong Malaysia.

Daulat Tuanku.Sembah patik harap diampun.

Hamba merafak sembah kebawah Duli Tuanku, apalah kiranya Duli Tuanku dapat menasihati memanda Perdana Menteri Malaysia yang telah membuat onar dan menconteng arang dimuka Rakyat Malaysia.

Ampun Tuanku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 9:41 PM

@Anonymous
Pertayaan yang teramat baik. Mungkin agong dan sultan dah jadi tunggul ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 9:44 PM

Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Mohd Najib bin Abdul Razak adalah Perdana Menteri yang paling bodoh dan BAGHAL dalam sejarah Malaysia.


....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2016 at 1:26 AM

Bro Din...
Sekarang dah bulan April lepas tu Mei dan lepas tu Jun. Sebab utama macha Arul Kanda nak angkat kaki lambung pasal FBI & DOJ Amerika dah mula buat tangkapan. Yang kena tangkap tu pulak walaupun orang arab tapi dah jadi warga USA, orang penting atau boleh jadi saksi penting pulak tu. Cuba ingat balik apa peristiwa penting bakal jadi pada bulan Jun nanti....

Perjanjian tukar aset dah pun cukup setahun antara 1MDB dengan IPIC. Jumlah sebenar nilai aset tu kita semua pun dah tak boleh nak agak dah pasal banyak sangat statement konpius yang 1MDB bagi tapi tadak satu pun yang betul2 berfakta. Tertanya tanya dengan aset apa pulak 1MDB nak bagi kat IPIC dan berapa banyak.??? Lepas dah bagi, apa yang tinggal lagi dan berapa pulak baki hutang 1MDB yang perlu dibayar lagi.???

Memang logik akal la kalau macha Arul Kanda nak angkat kaki lambung sebelum FBI, DOJ & Jun mai nanti....

Post a Comment