........... Shafie Apdal - BN Sarawak Akan Menang Atas Isu Kenegerian .... Bukan Kerana Faktor Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Shafie Apdal - BN Sarawak Akan Menang Atas Isu Kenegerian .... Bukan Kerana Faktor Najib !

Saturday, April 9, 20163comments




Di bawah beberapa segmen video pendek yang saya potong dari ucapan penuh DS Shafie Apdal di Gurun Kedah ( KLiK ) supaya senang untuk disebarkan sesama rakan.


Kesetiaan Kepada Parti Bukan Hanya Kesetiaan kepada Presiden dan Pemimpin Lain




KLiK untuk ke Youtube

Masalah utama Umno adalah berdepan dengan KEYAKINAN RAKYAT terhadap parti yang semakin terhakis. Umno tidak boleh terus berpegang kepada sejarah untuk kekal berkuasa.

Kesetiaan kepada parti bukan semata2 hanya terletak kepada memberi sokongan kepada Presiden Parti atau mana2 pemimpin. Tapi ia terletak dengan AMALAN ahli parti bagaimana kita menguatkan parti. Melakukan yang terbaik agar parti ini pilihan rakyat, agar parti ini berbakti kepada rakyat.

Kerana yang menentukan siapa yang berkuasa di negara ini bila menjelang Pilihanraya bukan seorang Presiden. Kita boleh taat tapi apa jaminan dia ketaatan kita itu boleh mengekalkan kita kekal berkuasa ?

Kerana 12 juta ahli bukannya ahli Umno ! Bukan semuanya 12 juta pengundi itu ahli Umno.

Jadi perlu pastikan setiap tindak tanduk kita akan beri keyakinan kepada rakyat bahawa Umno masih menjadi pilihan utama.

Saya dah maklum banyak kali dengan Ahmad Maslan, masa dulu dia pegang, nak jelaskan tentang GST - Maaaaat, jangan sebut tentang harga barang tak naik....... Naik Mat !

Kita kena jelaskan kebenarannya, tentang akan berlaku sesuatu yang menyebabkan harga barang akan naik.


Isu 1MDB 




KLiK untuk ke Youtube


- Banyak isu saya tegur dengan baik. Bukan saya kata letak jawatan ...

- Keadaan ini perlu diatasi, perlu penjelasan tentang perkara2 yang ada keraguan

- Selesaikan secepat mungkin jika tidak akan merebak

- Asalnya yang tak yakin sedikit saja tapi kini pelabur luar pun sudah turut bimbang

- Hal 1MDB - .... bila kita tegur, bila kita bagi pandangan ... tindakan diambil ( terhadap yang menegur ). Yang melakukan kesalahan tak pernah ditanya pun, yang belanja duit ni kenapa tak ditanya .... MANA DIA ? SIAPA DIA ?


- Orang kata Tun Mahathir pun buat, dia bela MAS, belanja duit dalam bursa saham berapa bilion duit .... tapi Tun Mahathir bila dia bela MAS .... 20 ribu anak2 kita yang bekerja di bawah MAS, kapalterbang ada, lapangan terbang ada ....

- Proton ... la ni kereta Proton banyak, 30 ribu anak2 kita yang kerja dengan Proton, vendor dia ..... tak boleh nak disamakan dengan 1MDB ! Belanja 42 bilion, mana dia bangunan ? Kereta mana ? Tak nampak .....

- Tun Mahathir belanja ... bukan masuk poket dia. .... nak stabilise kan matawang. Itu kebenaran.

- Jasa Tun sampai ke Sabah. Tun yang panjangkan sayap Umno ke Sabah.



Isu Penggantungan Muhyiddin




KLiK untuk ke Youtube

- Jawatan Timbalan PM itu hak dia... tapi ini jawatan Timbalan Presiden Parti, perlu ada lunas2 dan cara2nya. Tak ikut disiplin parti.

- Laporan kena ada, siasatan, laporan jawatankuasa disiplin, pengurusan .... bela diri ... TAPI ini tak, gantung terus !

- Budaya Umno yang nak kita suburkan dengan amalan ...

- Umno perlu perubahan dari segi budaya. .. supaya penerimaan masyarakat terhadap Umno dapat diteruskan. Amalan seumpama ini yang tak ikut peraturan perlu diubah.


BN Sarawak Akan Menang Kerana Main Isu Kenegerian





KLiK untuk ke Youtube


BN Sarawak akan menang Pilihanraya Negeri akan datang ini bukan pasal pembangunan, dia menang bukan pasal Datok Najib, dia menang pasal Ketua Menteri Sarawak ni dendangkan lagu2 Sarawak Untuk Orang Sarawak !

Dia nak autonomi, dia nak 40% minyak royalti. Dia macam Kelantan lah..... kenegerian dia menebal, semangat negeri dia tebal.

- ... pasal tu dia akan menang. Bukan pasal lain.



PS -Secara jujur lah, kalau kita ditempat KM Sarawak pun, berdepan dengan Pilihanraya Negeri .... takkan nak main isu Pilih Najib = Pilih BN ? Hancur lah .....

Tapi cai2 Najib patut teruskan kempen menggunakan modal Najib sebagai membuktikan rakyat Sarawak memilih BN kerana mereka mahukan Najib ! 

Bukankah itu yang sering kita dengar ketika ini - jika mahukan perubahan PM, maka tunggulah PRU ! Makanya, buktikanlah di Sarawak dulu.

Jangan nanti SELEPAS MENANG baru nak heboh kononnya rakyat Sarawak sokong Najib sebab itulah BN menang. Padahal masa kempen langsung tidak disebut nama Najib pun....

KM Sarawak terdesak ...... terpaksa main isu kenegerian jika mahu terus menang.







          

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2016 at 7:00 PM

Salam Bro

Saya pengundi Sarawak. Jangan buat penilaian mengenai Sarawak dan rakyat Sarawak kalau bukan dari Sarawak. Kalau hanya hadir di Sarawak sekali sekala atau kerap datang setiap kali nak PRU...toksah nak menilai orang Sarawak. Hanya orang Sarawak dan mereka yang sebati dengan Sarawak je yang paham...

Kami di Sarawak jauh berbeza dengan Semenanjung (Malaya kata orang Sarawak)...

1. Komposisi kaum dan juga agama. Tiada satu kaum yang dengan sendirinya mempunyai majoriti. Keseimbangan dan keharmonian dapat dicapai dengan kerjasama dan jalinan silaturahim yang tulen. Tidak seperti di Malaya - Melayu kaum majoriti. Di Sabah walaupun komposisi kaum lebih kurang macam di Sarawak...tapi Sabah dah jadi macam Malaya kerana UMNO menular kesana....UMNO sakit Sabah turut sakit.

2. Tidak wujud politik sempit perkauman mahupun ketaksuban idologi. "Allah" dilaungkan di Masjid dan di sebut juga di Gereja...sedikit pun tidak mejadi isu sensitif seperti di Malaya. Orang melayu Malaya begitu takut dengan salib...kerana ianya mencabar akidah mereka...Kami di Sarawak bergaul tanpa mengira anutan masing-masing. Bagi yang muslim tidak merasa janggal untuk masuk gereja menghadiri upacara perkahwinan atau memberi penghormatan terakhir atas kematian sahabat dan taulan mahupun ahli keluarga. Jangan ko heran dibawah satu bumbung ahli keluarga berbagai anutan agama hidup dengan harmoni...ikatan kekeluargaan mengatasi akidah masing-masing.
Itulah indahnya Sarawak.

3. Tapi jangan sesekali ko gugat dengan hasutan dan ancaman. KM Adenan jauh berbeza...kalau dikatakan beliau opurtunis...memang sepatutnya begitu...kerana itu lebih menguntungkan Sarawak pada masa kini...Maksud saya beliau seolah-olah menyokong Najib...Semua orang tau pasal Najib...toksah nak cerita dengan kami..kami tau menilai mana satu bangkai mana satu daging yang baik. Kalau ko amat amati ucapan KM Adenan...ko pasti tau apa isi hatinya...KM Adenan biasanya akan berucap dalam bahasa melayu lokal atau iban...Orang Malaya banyak tak paham...media dari Malaya cuma sebut yang memuji Najib...tapi tak paham sindiran dan sarkasme yang beliau suarakan...kami selalu ketawa dan kasihan dengan Najib dan lain-lain menteri dari Malaya...

4. YB Shafei memang betul...BN Sarawak akan menang PRU Negeri akan datang atas kewibawaan KM Adenan dan tiada langsung kaitan dengan BN Pimpinan Najib....Ini PRU Negeri...takde kena mengena dengan pentadbiran BN pusat. Bahkan PKR dan PAS sejauh ini gagal menembusi kerusi DUN Sarawak..cuma DAP saje...itu memang kita jangka kerana pengundi bandar...sama seperti di Malaya.

5. Najib...Jangan ko terlalu kerap menjengok Sarawak dan tumpang " The good feelings" BN Sarawak...Tahu tak kedatangan Najib ke Sarawak tidak disenangi...kerana apa?...Najib terlalu pemos...dan kami tak mau terkait dengan auranya...Itu kenyataan ikhlas dari kami orang Sarawak...Biarlah KM Adenan menerajui Sarawak tanpa ganggu gugat dari pusat...Kami tau apa yang baik untuk kami...Apa yang kami perlukan ialah...pusat memenuhi tanggung jawab terhadap Sarawak...

6. Kalau PRU Parlimen...belum tau lagi...Kalau Najib masih menjadi nakhoda...pujuk rayu pon tak guna...Kami tau sape nak pilih....

Kalau Najib benar anak jantan...Bercakap benar...itu je yang kami nak dengar....setidak tidaknya yakinkan kami macam ko yakinkan orang UMNO...kalau kami boleh terima..Ok lah..tapi kalau tak...tentu orang UMNO tak pandai menilai atau telah termakan dedak....

Paloi!...Tuyuk!...
School High High Stupid Never Finish!...

And now the end is near....
Jangan ko marah Najib....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 10:18 PM

Negeri2 lain esp Sabah bila mau mansuhkan cukai tanah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2016 at 1:44 PM

Putrakraken,

Tul kata you....you you.

Never allow umno masuk sarawak

Padah ngan denan jangan suruh najib datang ke sarawak lagik especially masa nok election. Banyak gilak orang sik sukanya.

We love our adenan and the state government albeit kotoran ditinggal taib.

Najib....do not come to sarawak. Kelak spoil chance denan menang

Post a Comment