........... Setelah Pelbagai Masalah Didedahkan, Rugi Bilion2, BerRahsia Bagai ... Masih Percaya 1MDB Suci Bersih ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Setelah Pelbagai Masalah Didedahkan, Rugi Bilion2, BerRahsia Bagai ... Masih Percaya 1MDB Suci Bersih ?

Saturday, April 9, 201620comments

Saya rasa ramai yang dah mula serabut dengan pebagai prinskrin dari laporan Pac bila melayan ulasan rakan2 FB. Masing2 dengan ulasan tersendiri maka kita pun terdedah kepada prinskrin yang sama berulangkali.

Sekurang2nya semakin ramai yang tahu dan faham apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB sampai kita semua kecoh.

Sebelum ini cai2 Najib akan melenting tiap kali kita bercakap tentang isu2 1MDB. Nah.... ternyata apa yang kita duk cakap selama ini di iktiraf sebagai benar2 berlaku dalam 1MDB dan penceritaannya juga sama.

Kepada yang duk menuduh FITNAH! FITNAH!  selama ini tak nak minta maaf ke ?

Lepas satu-satu cai2 Najib kantoi, masih perasan mereka mempertahankan Kebenaran Najib. Lepas kena kencing ngan Najib isu RM2.6 bilion yang mana akhirnya Najib mengaku padahal cai2 bermatian menafikan dengan pelbagai hujah, siap tuduh FITNAH! kepada pengkritik yang bertanya ... kemudian kena kencing lagi isu Cash bertukar Unit .... kemudian yang terbaru bila Pac mengesahkan semua cerita itu benar ....  cai2 Najib sedar atau tidak yang mereka sudah berulangkali TERBUKTI BERADA DI PIHAK YANG SALAH ?

Dah minta maaf belum ?

Saya tabik kepada rakan2 FB yang berjaya mengulas dengan baik isu 1MDB @ Pac ini. Saya sering merujuk kepada dua brader ni - FB Yaakob Osman ( KLiK ) dan satD ( KLiK ) . Ramai lagi yang berjaya mengulas dengan baik.

Buat masa ini saya lebih menumpukan komen secara ringan supaya anda tidak tension baca dan mudah ikut serta faham. 

Kali ini saya komen dakwaan beberapa pemimpin termasuk Najib sendiri yang bersungguh kata tidak ada kes songlap atau duit hilang atau yang kata semuanya mengenai 1MDB suci bersih. ( Kepala hotak depa ! )

Cuba baca bagaimana pihak pengurusan BERULANG KALI dengan SENGAJA tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah dalam isu kerjasama 1MDB-Petrosaudi .



Korang tak rasa pelik ke ? Sepertinya ada tangan / kuasa lain yang lebih besar dari pihak pengurusan dan lembaga pengarah yang berkeras mahukan projek itu diteruskan .... walau apapun berlaku.

Tidak ada siapa boleh halang !

Samada Lembaga Pengarah setuju atau tidak - itu tidak penting ! Projek kena jalan juga.






Pelaburan US$1 bilion tuh ...... main redah semacam. Tangan ghaib itu buat macam duit mak bapak dia. 

Pelbagai peraturan atau langkah2 yang perlu diikut - semuanya dilanggar.  KENAPA ? 

MUSTAHIL ceo buat semua pelanggaran itu atas budi bicara sendiri. Kenapa dia begitu berani dan besar kepala ? Sebab di belakangnya ada tangan ghaib yang LEBIH BERKUASA dari lembaga Pengarah !

Kenapa Pac tidak siasat MOTIF kenapa perjanjian 1MDB-Petrosaudi itu DI PAKSA JADI juga walaupun dalam keadaan biasa, perjanjian seumpama itu yang begitu merepek akan terus ditongsampahkan ?

JELAS sekali sudah ada DEAL sebelumnya antara pihak Petrosaudi Cayman dengan tangan ghaib itu di mana transaksi itu SUDAH DIJAMIN AKAN BERLAKU !

Saja-saja ?


Pembayaran US$700 juta kepada akaun milik sebuah syarikat lain yang TIDAK TERLIBAT dengan projek usahasama ini - ayat ini bukan ayat songlap ke ? Bukan hilang ke duit itu ?


Cai2 Najib akan kata akhirnya segala pelaburan berkaitan Petrosaudi dapat kembali siap dengan untung lagi ...... 

Well, jika anda rajin baca laporan Pac itu, anda akan dapati pelbagai masalah timbul berkaitan dana + untung itu. Macam2 alasan diberikan .....

Yang kita tahu, keseluruhan dana itu tidak kembali. 

Akaun bank 1MDB diluarnegara tidak diserahkan kepada Ketua Audit dan Pac untuk disemak. Ada saja .......

Earlier in a statement, the Petaling Jaya Utara MP demanded 1MDB explain why it refused to hand over its foreign bank account statements and that of its subsidiaries to the Auditor-General and the PAC. ( FMT

Kalau seorang itu songlap duit yang diamanahkan orang lain kepadanya tapi beliau tidak mengaku, dan bila ditanya atau diminta tunjuk bukti ..... agak2lah, bagaimana reaksi atau jawapan orang itu ?

Sama tak dengan cara 1MDB ?

Di bawah pula mengenai deposit dan bayaran tebus Option kepada IPIC.









Ini pun satu lagi yang pelik ..... Kenapa isu2 yang kita tanya dan minta kesahihan atau penjelasan dari 1MDB, KEBETULAN semuanya banyak masalah ? Semuanya jenis main redah samada sengaja langgar arahan lembaga pengarah atau dengan cara yang jelas berniat jahat iaitu, tidak beritahu langsung lembaga pengarah !


Ni syarikat jenis apa ni yang gila2 dipertahankan oleh cai2 Najib ni ? 

Syarikat jika diuruskan secara jujur dan amanah serta tulus TIDAK AKAN berperangai macam 1MDB ! Serius cakap ni ..... 


“We have already established that at least USD5.5 billion of 1MDB’s cash and assets could not be verified by the Auditor-General after a year of investigations,” said Pua in a press conference at the DAP headquarters here, today.

Tu dia .... US$5.5 bilion duit dan aset 1MDB tidak dapat disahkan oleh Ketua Audit walaupun setahun menyiasat. 

Bukannya banyak pun aktiviti niaga 1MDB ni. Tapi dalam tak banyak tu pun pelbagai masalah boleh timbul. 

Oya, kenapa laporan Ketua Audit itu masih dikategorikan sebagai RAHSIA di bawah OSA ? Katanya selepas pembentangan Pac, benda itu tidak lagi rahsia ? Bila nak dilepaskan supaya rakyat boleh lihat dan kaji sendiri ?

Dah lah banyak masalah, pelanggaran prosedur, main redah jer, rugi bilion2, hutang keliling pinggang, jual aset negara sebab nak bayar hutang, berRAHSIA bagai ..... secara jujurlah saya nak tanya, anda masih percaya ke 1MDB itu suci bersih ?

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 5:26 AM

setakat yang aku baca, fakta2 blog anti Najib adalah agak tepat juga walaupun hanya info terhad dari portal berita dan sumber sumber anda sendiri. Bagi yang menuduh fitnah tak ada bukti itu lah yang fitnah. Dalam banyak point PAC hanya satu saja yang depa ambik.

Kenyataan dari Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw orang DAP. hehehe. Padahal ... biar tergantung disitu

bacaan belum habis :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2016 at 6:54 AM

Ketika Abdullah Badawi mengambil alih sebagai Penasihat Petronas, Tun M kata jawatan penasihat itu tak ada apa kuasa pun setakat beri nasihat, Lembaga Pengarah bukan dengar sangat. Sama lah dgn 1MDB, PM adalah penasihat yg jalankan aktiviti adalah Lembaga Pengarah. Jadi tak perlulah nak tabur cerita pasal Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 7:03 AM

"Tidak semua pihak dipanggil memberi keterangan kepada PAC. Kita ingin memanggil wakil Bank Negara dan seorang lagi bekas CEO 1MDB, Mohd Hazeem Abdul Rahman, tetapi Pengerusi PAC, Hasan Ariffin enggan berbuat demikian.


Kan saya dah persoalkan...percaya lagi kat pac cari makan tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 7:10 AM

isu IMDB adalah masalah pengurusan dan tadbir urus yg kurang cekap.

Bukan sebab penyalahgunaan kuasa, rasuah atau jenayah..

ada faham ka???

Ini berlaku dalam semua organisasi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 9:04 AM

Baik suka atau tidak, kehadiran Perdana Menteri dalam struktur itu adalah satu kehadiran besar yang dihayati oleh pengurusan dan anggota-anggota Lembaga Pengarah. Nasihat dari sebuah badan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri adalah satu nasihat yang tidak boleh dipandang ringan, apalagi jika nasihat itu datangnya langsung daripada beliau. Budaya korporat menuntut CEO agar memilih satu daripada dua pilihan apabila menghadapi nasihat begitu: akur atau berhenti. Tetapi realiti dalam membuat pilihan antara kedua itu bukanlah senang. Ia melibatkan periuk nasi.

Lihat komentar Tan Sri A Kadir Matan Pengerusi Senat dan Ahli Kabinet

Najib tidak boleh melepasjan dirinya selepas najis 1MDB ciptaannya membusukan nama negara Malaysia yang tercinta ini dengan meletakan semua kesalahan pada seorang CEO sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 9:29 AM

1MDB adalsh Syarikat GALI GALI GALI LOBANG. GALI LOBANG TUTUP LOBANG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 9:42 AM

Bubar jeelah 1MDB itu sebelum pihak negara Asing bail-out syarikat ini sambil jajah ekonomi negara ini. Perjanjian TPPA itu sendiri pun menjurus ke arah membiarkan Negara ini dijajah secara tidak langsung. Tok Pa Kelantan yang dahulu aku respect pun dah luntur imannya akibat terlalu asyik dengan bau dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 11:00 AM

Lepas di dunia tidak berarti lepas di akhirat. Lepas di dunia ni tempohnya sekejap saja.....tambahan pulak umur dah di penghujung....tapi di akhirat masanya amat panjang beribu kali ganda dari masa di dunia.....dan neraka jahanam itu adalah tempat pembakaran yg kekal.....

Allahuakbar takutlah kita kpd Allah Taala. Harta wang ringgit dan kuasa tak boleh menyelamatkan kita di akhirat. Malah harta wang ringgit dan kuasa itulah yg banyak menjerumuskan manusia ke neraka jahanam.....Subhanallah Tuhan yg kekal....Dialah Hakim segala hakim, Dialah Raja segala raja.....tunduklah kita kpdNya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 11:09 AM

Betullah kata Tun M. Bukan 42b dah hilang.. lebih dari 50b duit kita dah hilang tanpa apa2 manfaat untuk rakyat Msia. Yang gembira ketawa and njoy the money... Jho Low, the bankers, the unta fellas, Hollywood party goers, Tanjong, Genting, owner tanah kat Penang tu and of course the hippo's family. How sad that poor people pay gst to finance the excess of rich crooks!

....................
Reply To This Comment ...................
Kembang setaman
April 9, 2016 at 11:34 AM

Lagi menghairankan ialah tak dengar pun yang duit berbilion 1MDB yang hilang tu ada (ter)masuk dalam akaun bank peribadi Shahrol.
Follow the money! Dalam lapuran PAC, Jabatan Audit Negara (JAN) jelas menyatakan penyaluran wang 1MDB kepada Good Star, Brazen Sky dan Aabar Ltd mencurigakan. Soalannya, kenapa penyiasat JAN tidak mendapat pengesahan terus dari PetroSaudi dan IPIC samada mereka menerima pembayaran seperti yang didakwa oleh pengurusan 1MDB? Ini prosedur asas pengauditan. Atau, tak nak tanya terus sebab tak mahu dapat pengesahan bertulis yang sahih yang sudah tentu tak boleh di"spin"?

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2016 at 11:39 AM

Salam Bro

Satu soalan : Percayakah anda bahwa PAC telus?...dan telah menjalankan tugas bersungguh sungguh?...Mana kata-kata "We will leave no stone unturned"?

1. Meneliti laporan PAC tersebut, saya dapati banyak perkara hanya disebut dipermukaan sahaja tanpa diselidiki dengan lebih mendalam. Apakah peranan Lembaga Penasihat?..langsung tidak di ulas cuma ada satu perenggan yang mana jelas Lembaga Penasihat ini mempunyai kuasa dan peranan mutlak dalam membuat keputusan seperti yang disebut dalam Artikel 117.

(contoh ms 32 : "Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral
memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset
syarikat usaha sama tersebut kerana Pengerusi Lembaga Penasihat
tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga
Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai
pemilikan syarikat usaha sama."

2. Apa sebenarnya masaalah 1MDB? DUIT...DUIT...DUIT...RM...USD...RM..USD..RM..USD..
Tak de duit pinjam duit...dapat duit lebor....tak cukup duit pinjam lagi...dapat duit lebor lagi...
Duit tanpa kawalan dan berterabor sana sini...BOD dan pengurusan tertinggi buat apa saje rancangan pelaburan dsb...tapi kalau duit tak keluar tak jadi masaalah. Seperti yang saya sebut sebelum ini...siapakah "Authorised Signatories" semua akaun bank 1MDB sama ada didalam negara atau diluar negara. Tanpa tandatangan mereka duit tak boleh bergerak.

Umpamanya bayaran kepada Good Star.
"Semakan JAN juga mendapati tiada kelulusan Lembaga Pengarah
1MDB untuk pemindahan wang ini ke dalam dua akaun yang
berasingan."

Macam mana boleh bayaran dibuat. Tak kan Sharol sorang je sign pembayaran ni.

Jangan keliru disini diantara "Kelulusan Pembayaran" dengan "Authorised Signatories - Manusia yang menandatangani arahan kepada bank". Yang buat duit bergerak ialah Authorised Signatories. Siapa mereka ini?...pergi semak kat banklah...cari arahan bank yang ori...tak kan bank suka suka buat money transfer ikut air liur je? bukan macam tu orang bekerja...Kalau tak dapat dari bank tentu 1MDB ada simpan salinan dalam accounting rekodnya!

Tak kan benda simple ni pon PAC tak leh nk buat?...


3. PAC buat keputusan BOD dan pemain utama Sharol bersalah dalam pengurusan 1MDB.

"Para 7. TADBIR URUS KORPORAT DAN KAWALAN DALAMAN ms 82 dan seterusnya..." panjang lebar ceritanya....

Sekali lagi dimanakah peranan LEMBAGA PENASIHAT?...banyak perkara yang melibatkan perkara 117...tak kan BOD dan Sharol begitu berani dan sembrono....mereka orang kecik je!...

4. PAC mengatakan 1MDB tak ada buat apa apa bayaran kepada Najib...MEMANG TAK DE!...Najib tak sebodoh tu!....dia impot expot dulu duit tu keliling dunia...ong putih cakap "Laundering Money"...bayar kat Good Star contohnya...tup tup jadi "DERMA" masuk RM 2.6 bil dalam akaun peribadi beliau...

PAC tak berkemampuan dan memang tak nak nak siasat sejauh tu...cari makan!...Cuma tumpu kat 1MDB je...edit sana edit sini ambik yang cerita bagus buat laporan. Itu pon banyak yang terdedah...dah memang tak de yang baik punya...terpaksa dedah dan tumpukan kesalahan kepada BOD dan Sharol.

BOD dan Sharol memang bersalah!!!....Tapi siapa yang lebih bersalah dan punca segala permasaalahan ini?...Bak kata Tun Mahathir...BOD dan Sharol bukan pencipta 1MDB!....

Paloi!...Tuyuk!...

WE DEMAND THE WHOLE TRUTH NOTHING BUT THE TRUTH!

....................
Reply To This Comment ...................
Kembang setaman
April 9, 2016 at 11:59 AM

@Anonymous
Anon 7:10am
Macamana lu boleh kata tak de salah guna kuasa?
Lembaga pengarah 1MDB tak de telor, sebab banyak kali kena kelentong dan berbagai arahan tak diendahkan oleh Shahrol. Bukan depa tak tahu sebab minit mesyuarat jelas. Pasal apa depa tak ambik tindakan ke atas Shahrol?
Pasal lembaga tak boleh buang dia kerana mengikut Artikel 117 syarikat, Pee Emm je yang ada kuasa. Kalah tak de backing, takkan Shahrol berani? Tengok gambar, tak Macho pun mamat ni. Sapa yang dapat untung? Tak pernah dengar pulak duit 1MDB masuk akaun bank Shahrol...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 12:33 PM

@PutraKraken

Terbaik bro!
Ini macam kes Sirul Azhar, yang pada satu hari secara tiba-tiba dan dengan sendirinya terfikir untuk membunuh seorang wanita Monggolia yang beliau tidak kenali. Pendakwaraya kata tidak ada orang lain terlibat.
Deja vu! Dalam kes 1MDB, lapuran PAC kata Shahrol je yang bertanggungjawab, dan takde orang lagi atas terlibat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 12:54 PM

@Johan

Jangan pusing ceritalah, dalam isu Penasihat Petronas dengan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah berbeza sebenarnya.

Pengerusi Petronas hanyalah sekadar memberi nasihat, tak ada kuasa khas yang boleh memecat dan memilih untuk melantik individu itu atau ini menjadi Pengarah atau Lembaga Pengarah atau CEO Petronas.

Tetapi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ni ada kuasa besar, boleh pecat dan lantik individu jadi Pengarah dan CEO 1MDB, lepas tu punya kuasa penuh dalam keputusan pelaburan yang dibuat oleh 1MDB.

Jadi analogi Johan mengenai kedua-dua jawatan tersebut adalah merapu tak tentu hala sahajalah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 1:06 PM

Saudara PitraKraken.

Agreed with your argument.
Sokong 100%.
Rakyat Malaysia sedang di perbodohksn oleh
KETUA LANUN DAN 40 ORANG PENYAMUN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 1:31 PM

Jadi apakejadahnya dari awal lagi najip dan menteri dan pemakan dedak lain cakap 1mdb ok? Bukan penipu besar ke namanya tu?

Oh btw...where is the money?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 1:52 PM

Penasihat petronas xde kuasa pm dan menteri kewangan..senang crita xde jwtn dlm kerajaan..so agak2 la kalo nak compare nasihat najib dlm 1mdb jang oii..

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2016 at 3:15 PM

Tu sebab Dr. Mahathir masa tu dah x de kuasa.. Beliau bukan PM, Menteri Kewangan..

Kamu x boleh samakan peranan najib sebagai penasihat 1mdb dengan Mahathir sebagai penasihat di petronas.

Harap pandai sikit lepas ni ya.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2016 at 4:01 PM

Sangat la cetek pelapuran PAC ini bagaikan melepaskan batuk ditangga. Data dan bukti tidak mencukupi, kajian dan penganalisaan maklumat tidak komprehensif jadi bagaimana bolih buat rekomendasi dan keputusan dengan tepat? Macam ni bolih jadi bahan sindiran atau jenaka lagi bagi kekawan kita diluar sana. Malu malu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 6:05 PM

bro, kalu ikut pandangan cai, mereka menerima tanpa berfikir dan menganalisis. betul kata dr tan dap, najib tak terlibat. tapi pengerusi lembaga penasihat tu sapa yer? bod yang bodoh pulak tu sekarang berada di th. nanti pengerusi th lanyak pulak bod th. memang bermasalah 1mdb ni. sebelum keluar laporan pac, menteri keluar dulu kata 1mdb ni bermasalah modal kecil hutang besar. ni kira nak memperakui laporan pac dan membodohkan najib la yang kata 1mdb ni idealistik dan tidak bermasalah. sebelum ni najib kata 1mdb baik untuk rakyat malaysia, rupanya sebaliknya. memang najib ni kaki kencing gila. tapi malangnya cai dah makan dedak, otak mereka tidak mempunyai ingatan lama dan malas untuk mencari fakta. yang ada hanya memburukkan tdm sahaja. otak cgpa 3.85, tapi tahap budak hidu gam ajer.
najib kata tak hilang rm42ribu juta. kenapa begitu kurang cerdik alasan tu. mungkin untuk ahli umno yang tak guna otak. bila dah dijual aset, tak ada la lagi duit tu. bayar hutang. aset tak ada duit tak nampak. hilang la tu. aset tu milik negara dahulu, sekarang dah jadi milik asing. memang bodoh nak mampus kalu berfikir sesingkat begitu kata rm42 ribu juta tu masih ada.
secara seluruhnya saya setuju bahawa pac membenarkan apa yang bro din dan beberapa rakan blogger serta tdm kata dan sebutkan berkenaan 1mdb. kita hanya kata hutang. duit masuk akaun peribadi dari duit yang pi ke luar negara tapi tak nampak kecuali air liur just unit. fakta begini mudah pun cai yang bergelar doktor dan wartawan hebat pun tak mampu berfikir dan menganalisis. mungkin cara berfikir yang berbeza.

Post a Comment