........... Segalanya Tentang 1MDB Adalah Menyusahkan ! ( Cepat Download Hansard Pac ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Segalanya Tentang 1MDB Adalah Menyusahkan ! ( Cepat Download Hansard Pac )

Sunday, April 10, 201615comments

KLiK

Mohon anda semua KLiK dulu ke laman PAC dan download kesemua file2 prosiding berkaitan 1MDB. Ia adalah transkrip temuramah Pac bersama saksi2 yang dipanggil untuk siasatan.

Donwload dulu sekarang !

Saja suka2 download .... manalah tahu kan ........

Banyak sangat yang perlu dibaca dan dihadam dalam waktu singkat ini makanya kita semua boleh bantu untuk mengesan dan highlite kan mana2 info yang menarik untuk dikongsi bersama.

Anda boleh hantar melalui komen atau emel kepada saya - dinturtle@hotmail.com

                                                 ***************************

Mkini  ada buat ulasan yang menarik yang di ambil dari sana -

'MOF diketepi, hanya tahu tentang operasi 1MDB melalui akhbar'


"Langsung operasinya (1MDB) kita tak tahu. Kita tak tahu. Semua kita baca dalam surat khabar," Irwan memberitahu PAC.

Sebaliknya, Mohamad Isa membawa perhatian kepada Perkara 117 M & A itu yang menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri dikehendaki bagi sebarang perubahan kepada M & A.

Perkara 117 juga menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri diperlukan bagi pelantikan dan penyingkiran pengarah.

Apabila ditekan mengenai kementerian itu yang kelihatan kurang kawalan ke atas 1MDB, Irwan berkata mereka diketepikan.


Lembaga penasihat 1MDB tidak pernah bertemu, dedah KSU Perbendaharaan

Lembaga penasihat 1MDB tidak pernah mengadakan mesyuarat, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Mohamad kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Tetapi setakat ini, mereka tidak pernah meminta nasihat kami," kata beliau pada 19 Mei 2015.


Kementerian Kewangan diketepikan terus dari apajua berkaitan 1MDB ? Dahlah kabinet pun tak tahu apa2 ..... nasihat dan arahan lembaga pengarah pun senang2 je dilanggar ....

Habis tu SIAPA yang jadi pengarah dalam semua kemelut 1MDB ini ?

Takkanlah CEO yang buat semua itu ? 

MUSTAHIL semua dealings dalam 1MDB itu berlaku dengan sendiri secara otomatik ! MESTI ADA TANGAN GHAIB yang menjadi pengarahnya.

Atau adakah semua itu contoh bagaimana sebuah syarikat milik penuh kerajaan diuruskan secara TOO IDEALISTIC ?

Giler ........


Yang ini pula Tony Pua mendedahkan bagaimana Arul Kanda bermain wayang dan cuba melengah2kan siasatan dengan buat2 bodoh seolah tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan BANK STATEMENT / PENYATA BANK yang diminta berulangkali oleh Pac !


1MDB must have lost 80pct of its marbles after PAC report out

Tony Pua: Bank statements?
Arul Kanda: I am speaking in general terms Yang Berhormat because...
Tony Pua: Bank statements surely it can be... they [JAN] have been asking for it since May.
Arul Kanda: As I said earlier...
Tony Pua: Cannot be taking six months to get from the bank, right?
Arul Kanda: Again, Yang Berhormat, I am not sure which statement or which document in particular.
Tony Pua: Every month. I think they have asked for every month’s [statements], right?
Arul Kanda: Again, Yang Berhormat, I think we have to be detailed in our questions.

Arul turut disoal oleh ahli Pac yang lain dan Arul masih buat2 tak faham apakah itu Penyata Bank !


When I repeated my question, “What is the difficulty of getting bank statements to the auditor-general?”

Arul Kanda’s response summed up his debating credentials, “So again, Yang Berhormat, saya rasa soalan tersebut terlalu broad. Kita perlu... lebih jelas apa yang diperlukan...” (I think the question is too broad. We have to be... more clear in what is needed).

Berlakon atau memang Arul pun BLUR macam bosnya ? Bila baca sekali lagi, terasa macam Arul ni menganjing ...

                                            *************************

Hansard Pac ini pastinya punya banyak lagi maklumat yang perlu rakyat tahu. Makanya, cepat2 download dan sama2 kita baca, hadamkan dan kongsi mana2 info yang menarik !

Jelas sekali isu 1MDB ini belum selesai hanya kerana Pac sudah bentangkan laporannya. Banyak lompang yang perlu diisi dan banyak persoalan yang masih tergantung tanpa jawapan.

Tidak ada dalam sejarah syarikat sebegini TERUK baik dari segi pengurusan, perniagaan, ketelusan, hubungan awam, dan sumbangan kepada negara !

SEGALA-GALANYA TENTANG 1MDB ADALAH MENYUSAHKAN !
 
Dan kita diminta lupakan begitu saja .... ?


Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2016 at 5:13 AM

Tapi najip dan kuncu2nya dari awal lagi cakap semua ok..takde masalah...1mdb di landasan yang betul..

Tup tup hutang jadi 50bil...?? Mana semua wang itu?

Najip ni dah beberapa kali jantoi menipu. Memang tak boleh dipercayai lagi.

Kami semua tetap yakin bahawa GST dilaksanakan secara terburu2 adalah disebabkan hutang 1mbd tu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2016 at 9:05 AM

"Shahrol Azral admitted that he had meeting with the Board of Advisor that was chaired by the Prime Minister. However, he did not recall exactly how many times'." Sila rujuk :-

Najib signs to approve PetroSaudi JV deal :-

http://www.theedgemarkets.com/en/article/najib-signs-approve-petrosaudi-jv-deal

Tapi KSU Perbendaharaan kata Lembaga penasihat 1MDB tidak pernah bertemu. Jadi, siapa yang menipu sekarang ini? Atau lebih sesuai "Who is the BIGGER liar now?"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2016 at 9:23 AM

Jika kita imbas balik sebelum ini Datuk Seri Ahmad Said telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Terangganu menarik diri dari TIA yang kemudiannya diubah menjadi 1MDB itu adalah kerana Najib hendak mencagarkan telaga minyak @ petroleum di Terengganu.

Juak-juak Najib menuduh Datuk Seri Ahmad Said sebagai penipu dan mengada-ngadakan cerita.

Tetapi jika kita baca Laporan dari PAC, lihat pada perkara 4 Latar Belakang Syarikat, baca dan fahamai pada perkara 4.2 yang menyatakan perkara seperti berikut:

"Tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk mewujudkan dana kekayaan negara (Sovereign Wealth Fund) dengan dana permulaan sebanyak RM 11 bilion. Dana berkenaan akan diperolehi daripada pendapatan royalti tertunggak sebanyak RM 6 bilion dan dana daripada terbitan bon di pasaran kewangan tempatan sera (serta) luar negara dengan CADANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENYEDIAKAN SEJUMLAH RM 5 BILION BERSANDARKAN PENDAPATAN MASA DEPAN MINYAK TERENGGANU."

Sila lihat dan teliti perkara 4.2 dalam laporan PAC itu yang saya tulis dengan huruf besar di mana berdasarkan perkataan dan ayat tersebut jelas menunjukkan Najib menggunakan Kerajaan Persekutuan untuk MENCAGARKAN MINYAK DI PERAIRAN TERENGGANU.

Perkataan BERSANDARKAN PENDAPATAN MASA DEPAN MINYAK TERENGGANU itu menunjukkan pendapatan masa depan minyak Terengganu itulah yang hendak dicagarkan oleh Najib.

Maka dengan perkara ini, adalah sangat jelas Datuk Seri Ahmad Said tidak menipu apabila beliau menyatakan bahawa Najib hendak mencagarkan telaga minyak di Terengganu, kerana perkara 4.2 dalam laporan PAC itu telah menyatakan dengan jelas perkara itu.

Kepada sesiapa yang nak dapatkan dokumen PAC mengenai 1MDB itu bolah layari laman web parlimen / PAC seperti berikut: http://www.parlimen.gov.my/pac/hansard-pac-list.html atau lebih cepat dengan link ini: http://www.parlimen.gov.my/pac/laporan-mesyuarat-pac.html?

Sila download dan baca dengan teliti perkara di dalam laporan itu.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2016 at 10:01 AM

Sudah terang lagi bersuluh. Memalukan betul. Tapi PM kita dan isteri buat muka seposen je pergi event sana sini. Takde pulak yg berani nak boo kan dia ye? Ramai betul kaki bodek kat Msia ni. Shameless.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2016 at 10:05 AM

@Anonymousisu ini sedang menunggu giliran untuk disiarkan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2016 at 10:13 AM

I have read all the proceedings in the Hansard and I have simple conclusions to make:

1. Najib is guilty beyond reasonable doubts. His actions and or inactions and signatures are all over

2. Shahrol is the fall guy, with and or without his consent, concious and or unconcious

3. The Board of Advisors chaired by Najib is just a fake or facade, in name only to pull wools over our eyes

4. The Board of 1MDB is proven ineffective with no clear direction...only their concience will haunt then and their families

5. All the others especially from MOF, EPU, Deloitte and others are conduits for the theft

6. EY and KPMG did the right thing though being sacked for talking the truth.

7. Arul was solely recruited to plan an escape route thru his rationaoisation programme. That is why he kept on lying

8. Most disappointing the PAC members was not thorough in their questioning as well as failed to call all key 'actors' to testify namely najib himself, jho low, nik, subuh, loo and cassy who would complete the whole inquiry

9. Regardless of how najib's men tried to portray him as innocent, if this case goes to the court of law, it is 100% game for najib and his accessories

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2016 at 10:45 AM

PAC tidak berterus terang dan bersikap menutup kebenaran. Mengapa kita Melayu tidak bersatu dan menuntut AGONG dan Majlis Raja Raja ( kalau maseh berdaulat ) menubuhkan Royal Commission untuk menyiasat secara menyeluruh dan buat terakhir!

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2016 at 10:49 AM

Bila lagi KHALID TWITTER nak mula siasatan saperti disarankan PAC. Dalam kes Rafiizi tak sempat orang tu balik rumah salepas parlimen bersidang. Begitu juga dalam kes Andre Xavier Justo. Tak sabar sabar nak pergi siasat di Bangkok tapi sampai hari ini tak seorang pon didakwa memalsukan email Petro Saudi. Serta juga dalam kes Khairudin dan Mathias Chang. Jadi sah lah saperti yang yang saya dengar - Polis RAJA di Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2016 at 10:49 AM

Mereka munkin bermesyuarat antara Najib dan Shahrol saja, tanpa yg lain. Kan KSU perbendaharaan kata mereka diketepikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2016 at 11:40 AM

@dinturtle

Terima kasih tuan Din, harap dapat dikupas dengan terperinci.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2016 at 11:47 AM

@dinturtle
Tuan Din, berdasarkan perkara 4.4. Latar Belakang Syarikat dalam laporan oleh PAC itu, dinyatakan kenyataan seperti berikut:

"Berikutan itu, pada 15 Mei 2009, satu perjanjian program ditandatangani antara TIA dan AmInvestment Bank Berhad untuk urusan terbitan IMTN (Islamic Medium Term Notes)berjumlah RM 5 bilion. Walaubagaimana pun, pernajian ini mendapat bantahan daripada MBI Terengganu."

Sekiranya dapat Tuan Din mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai MBI Terengganu pada waktu itu untuk mengesahkan tindakan Najib yang cuba mencagar telaga minyak Terengganu itu.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2016 at 12:08 PM

Beb,,kita bukan di lahir kan bonggok untuk bulat-bulat percaya Najib Razak....!!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2016 at 1:01 PM

Salam Bro

Bila kita baca Laporan PAC tu...rasa pelik ianya dikeluarkan oleh PAC yang selama ni kita hormatinya kerana ketegasan dan ketelusan dalam menangani isu isu pembaziran dan salah urus agensi kerajaan. Bila Hassan cari makan jadi nakhoda PAC jadi longlai dan hilang belang dan taringnya!...

Seperti yang saya sebut terdahulu...Lembaga Penasihat yang berkuasa mutlak seperti yang termaktub dalam Artikel 117 tidak disentuh langsung. Artikel 117 is the key to all the happenings in 1MDB!...

Kalau tiada tangan ghaib...pastinya Sharol memang pahlawan sejati...bertindak membelakangkan BOD dan begitu sembrono...
Saya tabik manusia bernama Sharol ni...berani sampaikan BOD dan Lembaga Penasihat pon beliau sampahkan!...Tak gitu?...

Dapatkah anda menerima kenyataan diatas?...Percaya?...
Hassan...Hassan...kalau ia pon kau cari makan janganlah sampai begitu jelek....

Saya akan teliti lagi hansard 1MDB untuk menyingkap segala wayang disebalik tabir!...teruskan membaca...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2016 at 1:29 PM

Dana kekayaan negara dah jadi Dana hutang negara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2016 at 10:01 AM

Terima kasih kepada rakan-rakan blog dan admin yg berkongsi semua maklumat ni dengan kami yg ilmu tak seberapa nih. Saya seorang suri rumah, berpendidikan bidang sains dan Bahasa. Bab perniagaan korporat nih memang tak mahir tapi perkongsian sahabat2 blog memudahkan orang macam saya utk faham isu 1MDB nih.

Sebagai ibu, saya bimbang akan masa depan anak2 saya yg akan meneruskan hidup di Malaysia yg sedang sarat menanggung hutang nih. Dah laa kos sara hidup dan inflasi semakin tinggi.

Teruskan perjuangan anda semua. If all of us play our part, no matter how small it is, something positive will surface eventually.... in shaa Allah...

Post a Comment