........... Sebagai Rakyat Terengganu Saya Harap DUN Di Bubarkan Dan PRN Di Adakan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sebagai Rakyat Terengganu Saya Harap DUN Di Bubarkan Dan PRN Di Adakan !

Monday, April 25, 201614comments

Mkini

Dalam Sarawak berdepan dengan PRN tetiba politik Terengganu pula mencuri tumpuan bila tersebar berita MB Razif berdepan masalah dengan pihak istana sehingga dikatakan semua gelaran yang dikurniakan Sultan sudah ditarik balik.

Terbaru, Najib akan turun mengadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat untuk menyelesaikan isu tersebut.

Saya malas nak komen isu ini sebab terlalu banyak spekulasi tersebar dan pihak yang terlibat pula memilih untuk mendiamkan diri.  Tindakan mendiamkan diri itu sendiri merupakan satu pengakuan bahawa ada yang tak kena.

Dan bila Najib pula kena turun mengadap, maknanya .... 

Bila dah diberi nasihat supaya jangan buat spekulasi, maka kita pun kena akurlah .... setakat yang kita mampu. Tapi kali ini saya bukan nak buat spekulasi cuma sekadar mahu meluahkan harapan saya selaku anak Terengganu.

Dan harapan saya adalah supaya DUN Terengganu dibubarkan untuk membuka jalan diadakan satu PRN untuk Terengganu ! YES  ! !

Serius beb ... rakyat Terengganu akan beroleh banyak manafaat sekiranya diadakan Pilihanraya Negeri .... macam Sarawak. Macam2 hadiah turun .... Korang tak nak ?

Rakyat Negeri untung woh kalau PRU dan PRN diadakan pada waktu yang berbeza, terutamanya bila kita punya PM yang kaya raya dan terkenal dengan sifat suka memberi !

Bagi saya kalau tukar MB sekalipun, dengan kedudukan 17-15 kerusi DUN, dan wujud ketidakpuasanhati dikalangan wakil rakyat BN terhadap pimpinan negeri, masalah mungkin saja bakal berulang lagi.

Boringlah ....sekejap meletup , lepas tu senyap. Kemudian meletup lagi, senyap balik ... meletup lagi ... paling senang bubar jer DUN dan seluruh rakyat Terengganu akan tersenyum lebar menyambut kedatangan pemimpin2 yang bakal datang dengan pelbagai hadiah dan janji.... tak gitu ?

Kalau di PRN Sarawak dikatakan poster pemimpin bukan Sarawak termasuk poster Najib tidak dibenarkan pamer, jangan risau, di Terengganu poster Najib akan dialu2kan. Malah muka Najib saja bakal menghiasi seluruh pelusuk negeri Terengganu kalau diadakan PRN. Mesti teruja rakyat Terengganu kan .... sukanya !

BN boleh perkenalkan kempen - Pilih Najib = Undi BN !  Barulah sesuai dengan hujah cai2 Najib selama ini supaya kedudukan Najib selaku PM ditentukan oleh rakyat melalui Pilihanraya.

Yalah, walaupun peringkat negeri dan bukan Parlimen tapi apa bezanya ? Najib juga yang berkuasa penuh dalam pemilihan calon MB, kan ?

Makanya saya ingin merayu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu supaya dapat mempertimbangkan usul supaya DUN Terengganu dibubarkan dan diadakan Pilihanraya Negeri bagi memberi peluang kepada rakyat Terengganu memilih kerajaan yang baru. 

Ia bakal menjadi satu hadiah paling bermakna kepada rakyat Terengganu dalam berdepan keadaan ekonomi yang menyesakkan ketika ini !


PS - Diharap sangat agar MatSaid dapat memainkan peranannya dalam soal ini..... demi rakyat Terengganu.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 4:53 PM

Tak setuju la pakdin,nt silap gaya terengganu jatuh ke tangan pembangkang pulak mcmna..

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2016 at 6:36 PM

Kalau diadakan pilihanraya negeri sememangnya Najib dan BN akan tungging dan itulah yang akan berlaku sebagai menghantar satu isyarat buat Najib dari rakyat Terenganu bahawasanya - "it is time for him to go" Tapi ada berani ke Najib untuk menghadapi pilihanraya negeri ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 7:05 PM

alahai bro din, lugi la kita yg bukan undi kat terengganu. memang berbaloi baloi kalau prn dibuat bagi menyelesaikan masalah. nampak sangat la timbalan perdana menteri pun tak mampu menonjolkan diri untuk selesaikan ketika berjumpa sultan. tengok apa yang mampu najib buat pulak bila jumpa sultan. tapi kalu prn memang gempak la rakyat ganu, melimpah ruah la segala janji air liur bulan dan bintang. sapa perintah tak penting kerana yang naik melayu juga, umno, pas sokong. pas umno sokong, pan dan pkr serta dap, pas sokong juga. so no hal. yang penting rakyat beroleh kemenangan. test market isu 1mdb, src dan derma 2.6 ribu juta. pas nak test pengaruh pan selepas nik ajis tak ada. umno pulak nak uji ahli umno dalam gantung poster, elaun naik berganda kata orang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 7:06 PM

nnt adi awang jd penyelamat sbb cash is hudud king..kerajaang perpaduang

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2016 at 7:11 PM

@Anonymouslaaa.... saudara tak yakin pada sokongan rakyat pada Najib/Umno/BN ? Saya YAKIN !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 7:39 PM

Satu unfi kepada barisan nasional adalah satu undi kepada Najib. Biar apa pun alasannya.

Satu undi kepada Najib adalah satu undi kepada keyakinan dan kepercayaan bahawa 1MDB adalah suci murni sesuci kapas di kertas putih bersih.

Juga kepada keyakinan bahawa 42 juta duit SRC yang disalahmasuk ke dalam akaun Najib bukanlah pecah amanah oleh CEO SRC yang kemudiannya bercuti dengan bergaji penuh. Percutian tanpa had masa dan tanpa diketahui lokasi percutiannya.

Bahawa segala perbelanjaan yang digunakan untuk membeli pelbagai kenewahan diri dengan termenggunakan duit SRC adalah satu kepercayaan bahawa perbelanjaan itu bukanlah untuk kepentingan peribadi tetapi sebagai perbelanjaan untuk melawan DAP, menentang ISIS, menentang exstrimist agama.

Bahawa perbelanjaan 42 juta RM dalam masa 3 hari untuk kegunaan bernewah diri itu adalah suatu doktrin wasatiyah yang dianjurkan oleh fahaman Najibisme.

Itulah antara keyakinan yang terpahat melalui undi barisab nasional untuk prn ataupun pru pada dejad ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 8:56 PM

Ambe sbg pengundi berdaftar di Tranung menyokong sentimen tuan din dan berharap Mat Said dpt memainkan peranan supaya DUN dpt dibubar dgn kadar segera. Diharap juga tuanku Sultan bertindak dgn wajar dlm hal ini apatah lg apabila berurusan dgn pemimpin pusat yg hampir mencagar harta redok negeri tranung dlm memuaskan nafsu diri. Jgn lupa siapa yg hampir mengheret Trganu dlm kancah skandal 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 9:00 PM

Apsal pulak? Bukan ke selama ni najib dan geng dia dapat sokongan rakyat? Apsal pulak takut?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 9:14 PM

Bro Din.....

Berburu kepadang datar
Dapar rusa belang kaki
Macamlah saya ni kepalang ajar
Jangankah Bro Din berteka teki.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2016 at 9:34 PM

Harap Tuanku Sultan suruh Bubar DUN..
Orang yg ditarik Balik Pingat Kebesaran tak payah Bertanding Dahh...
Sememangnya PM telah GAGAL utk Mentadbir krn Calon MB yg di Murkai oleh Tuanku Sultan adalah pilihan PM..

Sbb tu org Tua2 dah pesan, jgn buat ANIAYA kat org yg Menegur Kesalahan kita...

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2016 at 10:17 PM

@AnonymousBerakit2 ke kuala Sungai Pahang, Pantun tuan ambe dok pahang !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 12:23 AM

Pakdin..tuai padi antara masak,esok jgn layu layuan,intai kami antara nampak, esok jgn rindu rinduan..eh.pantun apa aku ni,aku pun dok pahangggg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 9:00 AM

Cash is king

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 28, 2016 at 12:03 AM

Lagu mana nak tuai padi,
Nak tanam air dah kering..
Sebab kemarau menjadi-jadi,
Pantun demo buat Abe Din peningggg..hihihi

Post a Comment