........... PANASSS .... Bahagian Kedua Wawancara Bersama Tony Pua Berkaitan Siasatan PAC Ke Atas 1MDB | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PANASSS .... Bahagian Kedua Wawancara Bersama Tony Pua Berkaitan Siasatan PAC Ke Atas 1MDB

Tuesday, April 12, 201617comments



Semalam meletup isu 1MDB bila IPIC beri kenyataan resmi di London Stock Exchange bahawa Aabar Investments PJS Ltd ( Aabar BVI ) TIDAK ADA KENA MENGENA dengan IPIC atau Aabar. ( KLiK )

Menariknya ... TIDAK ADA SATU PUN blog cai Najib yang mahu komen atau sebut perkara ini. Kenapa ek ?

Kita tengok hari ni pula ..... pemimpin2 kerajaan pula bagaimana ? Apakah mereka langsung tidak risau akan nasib duit rakyat sebanyak USD3.5 bilion atau lebihkurang RM14 bilion yang sudah dibayar kepada sebuah syarikat palsu ?

Jika benar duit sebanyak itu sudah dibayar kepada IPIC dan kini IPIC kata mereka tidak terima, apakah 1MDB masih perlu bayar amaun yang sama kepada IPIC ?

Tapi kenapa IPIC buat tak kisah jer dengan duit yang sepatutnya mereka terima itu ? Betul ke IPIC sepatutnya terima RM14 bilion dari 1MDB ? ? ?

Cerita banyak tak nak .... paling cikai pun kita sebagai rakyat Malaysia harus tanya - Apa jadi dengan RM14 bilion itu ?

Takkan bertanya itu pun salah ? Kita cuma nak 1MDB buktikan yang wang RM14 bilion ( USD3.5 bil ) itu accountable dan 1MDB tidak kehilangan duit itu akibat sebarang skandal penipuan.

TUNJUKKAN BUKTI !

Malangnya ..... sepanjang siasatan Ketua Audit Negara hampir satu tahun lamanya dan sepanjang siasatan PAC dalam isu 1MDB ini, langsung tidak dikemukakan sebarang bukti apapun berkaitan pembayaran duit itu ataupun sebarang bukti berkaitan Aabar BVI. KENAPA ?

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih....

Apapun kita sambung dengan Bahagian Kedua wawancara bersama Tony Pua selaku salah seorang ahli PAC yang paling aktif sepanjang prosiding siasatan PAC ke atas 1MDB. ( Bahagian 1 semalam - KLiK )

Beliau banyak menyebut tentang isu BUKTI yang gagal diberikan oleh 1MDB. Selepas mendengar kenyataan IPIC semalam, nak tak nak kita terasa semakin jelas kenapa 1MDB sering berdolak dalih. Di khuatiri jika 1MDB berterusan mengelak dari memberikan bukti yang dipinta, rakyat akan mula menuduh penipuan berlaku dalam 1MDB !


Video 4 - Tidak Ada Satu Pun Bukti Berkaitan Aabar BVI




KLiK untuk ke Youtube


- Bukan saja PAC tapi Ketua Audit Negara juga menyatakan tidak ada sebarang bukti dikemukakan berkaitan pembayaran 1MDB kepada Aabar BVI dan siapa pemilik Aabar BVI

- Bon yang dijamin IPIC bernilai USD3.5 bil dan 1MDB juga bayar USD3.5 bil kepada Aabar, kenapa perlu jaminan dari IPIC/Aabar ?

- Setakat nak buktikan melalui penyata bank bukannya susah, 1MDB hanya perlu minta jer dari bank tapi itu pun tak boleh buat

-  Pembayaran dari akaun 1MDB di luar negeri

- Pihak Kementerian Kewangan selaku pemilik tunggal 1MDB pun tidak tahu apa2

- Hanya disebut saja dalam minit mesyuarat 1MDB tapi bukti tidak ada


Video 5 - 1MDB - Confirm Arul TIPU !





KLiK untuk ke Youtube


- Kita ( PAC ) mengesahkan Arul telah menipu bila mengatakan baki wang cayman telah ditebus

- Tebusan pertama wang Cayman dikatakan sudah dibayar kepada Aabar tapi pihak Ketua Audit tidak dapat sahkan. Ada kemungkinan pembayaran kepada Aabar itu PALSU.

- Tebusan kedua pula dikatakan sudah ditebus secara tunai dan ada di BSI Singapura, juga diulang oleh Najib. Kemudian ditarik balik dan disebut sebagai aset kemudian jadi Unit tanpa penjelasan lanjut.

- Jika dana itu dalam bentuk Unit Pelaburan, itu bermakna ia masih BELUM ditebus ! Penebusan tidak harus dalam bentuk unit.

- Jawapan paling akhir dari Kementerian Kewangan pula kata ia masih belum ditebus dari Cayman

- Jika di sorot kembali money trail dana itu kepada usahasama 1MDB-Petrosaudi, boleh dipertikaikan apakah keseluruhan USD2.318 bil itu benar2 wujud atau tidak !

- Deloitte pun kena tipu.


Video 6 - Kenapa Lapuran Ketua Audit Negara Masih di OSA kan ?




KLiK untuk ke Youtube

- kita ( PAC ) terkejut bila laporan ketua audit tidak dibentangkan bersama lapuran Pac

- Hasan ada sebut lapuran audit itu akan hilang OSA bila lapuran Pac dibentangkan.

- Apa yang nak disembunyikan ?

- Kenapa nak di rahsiakan lapuran mengenai sebuah syarikat milik kerajaan ? Adakah kerana melibatkan Najib ?


Video 7 - Rumusan / Jumlah Yang Hilang Adalah USD7 bil ( RM28 bil )




KLiK untuk ke Youtube


- Tun Mahathir mungkin silap bila sebut RM42 bil hilang tapi memang berbilion2 ringgit tidak tahu ada di mana ... maknanya hilang lah !

- Jumlah yang hilang - 1 bil yang diberi kepada Goodstar + 3.5 bil kepada Aabar BVI + 1 bil yang ada di BSI + 1.56 bil GIL  =  USD7 bilion ( 28 bilion ringgit ! ) yang tidak dapat dikesan atau dibuat pengesahan oleh Ketua Audit Negara
         

PS - Perlu disebut di sini, wawancara bersama Tony Pua dibuat atas dasar beliau sebagai salah seorang ahli PAC yang terlibat secara aktif ( boleh baca hansard untuk buktikan ). Tony berkata setiap kenyataan beliau dalam wawancara adalah bersandarkan apa yang dibincangkan dalam prosiding PAC.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2016 at 12:54 PM

Jawapan kpd semua persoalan ialah TAK TAHU dan NOTHING TO HIDE. Ada paham semua?

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2016 at 2:09 PM

Jahanam Negara ini lantaran manusia yang bernama Najib Razak......!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2016 at 2:44 PM

Najib kata ringgit dah pulih dan pm masih lagi najib. So apa peduli, pac kata nama najib tak adan yg ada penasihat dan menteri kewangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2016 at 2:52 PM

Etika itu bermaksud anda betul mengetahui perbezaan antara sesuatu yang anda ada hak untuk melakukan daripada sesuatu yang anda patut melakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2016 at 2:54 PM

Apa Saleh Keruak, Rahman Dahlan, Azalina, Nazri, Anuar Musa, Ku Nan tak nak komen ke apa yang Tony Pua dedah ni.

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2016 at 3:17 PM

Najib bertanggungjawap memalukan maruah dan nama baik allayarham Tun Razak.

Shame on you najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2016 at 4:26 PM

Boleh ker sesiapa mengambil tindakan mahkamah memaksa Auditor General mengemukakan report odit keatas 1MDB ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2016 at 4:32 PM

Nazir dan adek beradek serta Puan Rahah tak tahu ke Najib dan isteri dah jadi lanun? Najib memalukan keluarga Tun Razak!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
April 12, 2016 at 4:42 PM

@jamilAssalammualaikum Bro!
Macam mana mereka nak jawab. Kali ini apa yg didedahkan itu benar-benar menyedarkan mereka bahawa selama ini Najib/Rosmah benar-benar telah kelentong mereka hidup-hidup.

Lagipun apa yg didedahkan itu jelas 1MDB kena tipu atau perancangnya telah menipu PM Najib. Boss mereka dapat sekupang, siperancang dapat seringgit...... Itulah akibatnya bila duit jadi matlamat hidup. Cash is king konon.... Amek kau.....

Lebih payah lagi apa yg didedahkan itu tidak mampu dikaitkan dgn tuduhan terhadap bekas PM-Tun M. Mereka terkedu dan jilat-pelat macam cicak termakan kapor.
Kah... kahh... kahhh.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2016 at 6:18 PM

Memandangkan depa xnak cereta berapa modai. boleh x kita minta depa abaq mai ikut laporan audit berapa RM 1MDB untung.
ops lupa ...audit 2 tahun lepaih pun x selesai lagi.
Dalam hal mcm ni PM buat tak kisah ja. Apa dia ingat jadi PM boleh duk buat main ja ka. Kalau malaih keja... suma nak suruh org lain selesaikan. Xpayah la jadi PM. Kalau depa x boleh selesai masalah, PM kata bukan tanggungjawab dia. Abis tu duit dgn aset negara tu nak bagi tanggungjawab kat sapa?
Kalau dah sampai pelaburan berbilion duit jaminan negara, x kira lah bisnes kepok leko ka, bisnes air oren ka ....tetap tanggungjawab tu ada kat PM sebagai pemegang amanah negara. Ada ka org lain yg boleh bagi kata putus utk belanja mcm ni? Kalau bilionair yg ada kat negara ni pun kuasa dia ada duk kat atas duit depa sendiri ja. Duit negara tu biaq dia jalan sendiri ja ka? penjelasan ni x perlu teknikal sangat pun. Report aliran wang keluar masuk ikut laporan bank negara pun PM sepatutnya dah boleh bertindak. Tp dia mcm suruh BNM btindak sendiri dgn sekatan yg macam2. Lepaih tu BNM kata kuasa depa setakat buat keja syok sendiri ja. Trpaksa harap kat org lain pulak. Mcm tu lah sampai la ni. Tau2 Arul kandaq kata semua dah ok. Makna kata kerajaan kita x mampu nak buat apa2 dan PM kita xnak buat apa2. cantekk.

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2016 at 7:39 PM

Saya cuma nak jelaskan di sini bahawa Tun M memang betul dari awal. Beliau memang pernah mendakwa RM27B dah hilang manakala hutang 1mdb Rm42B. Memang Tun constant dari mula lagi. Para cai je yg suka spin. Rujuk semula posting lama Tun di blog beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2016 at 8:01 PM

salam

Pejabat Peguam Negara Switzerland pulak buat hal.

kenyataan rasmi AG Swiss. Mereka sedang menyiasat dibawah proceeding jenayah, 2 pegawai emirates (arab mabuk dua ekor tu).

"To the contrary, these funds would have benefited others, particularly two public officials concerned as well as a company related to the motion picture industry"

mengikut AG Swiss. duit tu masuk akaun diorang dan syarikat pembuat pilem.

syarikat pembuat pilem ini anak tiri Mr 117 punya. dan pilem glamer diorang R-rated aka hampir level pilem lucah. sebab tu tak masuk Malaysia. Finas cadang 90 scene kena potong, baru boleh lulus. gila banyak.

kalau Mr 117 dan mem dia rasa diorang boleh selamat atas dasar diplomatik, anak tiri Mr 117 aka anak mem Mr 117 dengan laki dolu, boleh kena kutip kat New York.

aku quote direct dari sumber rasmi AG Swiss. kalau tak nanti pemakan dedak bising kata ambik dari sumber tak sahih dan fitnah.

nah ambik kau!
ini laman rasmi AG Swiss
http://www.bundesanwaltschaft.ch/index.html?lang=en

AG Swiss buat kerja. AG kita main telur. nama pun A Pandir.

jiwa semakin kacau.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2016 at 8:51 PM

Pelik ye....org tua nyanyuk, gila pulak yg lebih tajam penelitiannya dari org2 yg maha amanah, bijak dan suci.
Yg suci dan bijak tu bolehkan tak nampak duit dah kena rembat.
Dah tu tak reti nak kira pulak tu.....Mukhriz pulak yg tolong kira duit derma kilat masuk tolak duit yg dipulangkan balik....last2 jumlah tak sama dgn yg dicanangkan.
Darjah 3 cikgu math dia org meninggal agaknya.
Masya-Allah tipah tak tertipu lagi tapi dia org yg nampak menipu.
Tak gitu??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 12:39 AM

Bukan keluarga Tun Razak sahaja, malah Bangsa Melayu baik di Malaysia mahupun di merata dunia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 2:59 AM

Saleh karuak x comment apa2 ke? Knp la malaysian insider xde time2 mcni ssh nk tau perkembanggan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 9:58 AM

Din esok tony pua ni pulak yg kena tangkap.....tunggu pasal jer tu. Sok ada jer pasal siapla. Kalau cari pasal dgn 1MDB nanti ada banyak benda ganjil2 pelik2 jadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 3:06 PM

Kesian Allahyarham Tun Razak

Semoga roh didalam ketenangan dan dicucuri rahmat... Amiiinnnn...

Post a Comment