........... Najib Guna Jakel Untuk Tujuan Derma ya ........ | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Guna Jakel Untuk Tujuan Derma ya ........

Tuesday, April 5, 20169comments



Semalam ramai yang memetik artikel dari Mykmu mengenai 'pencerahan' US$14 juta atau RM55 juta yang didakwa oleh WSJ sebagai telah dibelanjakan oleh pasangan Najib Rosmah antara 2011-2014. Suka sangat pro Najib bila akhirnya ada juga satu pihak yang berani tampil untuk menjawab bagi pihak tertuduh.

Antara lain yang ditulis Mykmu adalah -

Pembayaran bernilai berpuluh juta ringgit di Jakel antara tahun 2011-2014 oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan kepada pelbagai pihak dari Pertubuhan Bukan Kerajaan, mangsa bencana alam, pakaian hari raya anak yatim dan sayap-sayap politik.

Menurut sumber, Perdana Menteri akan meminta Jakel membekalkan pakaian, selimut dan lain-lain barangan untuk mangsa bencana alam dan membayar kepada syarikat terbabit. Selain itu, acara-acara membeli pakaian untuk anak yatim sempena hari raya yang dibiayai oleh Perdana Menteri juga dilakukan di gedung membeli belah Jakel.

Malah difahamkan sumbangan permaidani Masjid oleh Perdana Menteri juga dibayar kepada Jakel trading sebagai pembekal.


Saya mulanya malas nak layan jawapan bersifat TIDAK RESMI sebegini, Bila2 masa2 saja boleh ditarik balik kalau kantoi sebab ianya TIDAK RESMI. 

Kenapa pihak Najib Rosmah sendiri tidak mahu jawab ? Pembantu Rosmah yang sebelum ini aktif melayan media pun tidak nampak bayang dalam isu ini.

Satu lagi pihak yang lebih layak untuk menjawab adalah JAKEL sendiri ..... kenapa mereka juga senyap ?

OKlah, jika benar pembayaran sebanyak RM55 juta melalui Jakel itu bertujuan murni contohnya untuk amal maka baguslah. Tapi bile berdepan dengan satu pertuduhan spesifik sebegitu, kita mengharapkan jawapan yang juga spesifik, bukan secara UMUM sepertimana yang diberikan oleh Mykmu. Kita juga mahukan jawapan RESMI yang berbaloi kalau kita layan.

Makanya selain dari Najib Rosmah, PMO dan Pembantu Rosmah, pihak yang paling layak menjawab adalah JAKEL.  

Hanya kerana perniagaan Jakel berkait dengan kain dan pakaian, tidak semestinya kesemua RM55 juta itu juga dikaitkan dengan kain dan pakaian .... kan ?

                                                ***********************************

Actually yang buat saya tertarik untuk komen artikel Mykmu itu adalah Nota Kakinya yang menyebut tentang satu artikel dimana dilaporkan Najib memberi sumbangan peribadi bernilai Rp1 bilion ( atau RM347,000 ) kepada mangsa Gunung Merapi pada tahun 2010.



Saya tersenyum bila diingatkan kembali artikel itu ...... kerana saya masih teringat waktu berita itu disiarkan, rakyat sudah mula pertikaikan akan kekayaan Najib !

Derma peribadi RM374,000 ! Wow ! Berapa banyak harta yang Najib ada kalau boleh derma sebanyak itu ?

Saya juga ingat pada hari yang sama artikel itu keluar, pada sebelah petangnya Utusan @ Bernama segera keluarkan satu lagi artikel bagi membetulkan kesilapan artikel awal itu -

Utusan 12/11/2010

Derma itu sebenarnya bukan dari Najib tapi dari Umno.

Mungkin Mykmu cuma jadikan artikel itu sebagai CONTOH bagaimana Najib menderma melalui orang tengah seperti Jakel cuma contoh itu tak kena jer.

Lagipun dakwaan WSJ adalah bagi tempoh antara 2011-2014, apakah Mykmu cuba perbetulkan dakwaan WSJ itu yang Najib sebenarnya memiliki kekayaan melampau sebelum 2011 lagi ?


Dah alang2 terdapat usaha bagi menjelaskan segala perbelanjaan mewah Najib Rosmah, apakah itu menunjukkan yang dakwaan WSJ itu ternyata BENAR ?

Menarik ni ...... kita amat menantikan penjelasan mengenai perbelanjaan2 mewah lain terutama yang satu tu dimana Rosmah menghabiskan lebih setengah juta ringgit di kedai Chanel, Hawaii ketika rakyat begitu resah dan risau dengan malapetaka banjir yang melanda tanahair.

Mungkin Rosmah tengah beli barangan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa2 banjir ketika itu ..... di kedai Chanel, Hawaii. Cuba cek waktu Najib balik seorang diri selepas itu, ada tak Najib bawa balik barangan Chanel untuk mangsa banjir ?

Sekali lagi saya ulang - Kenapa tidak ada siapapun baik Najib atau Rosmah atau Pejabat Perdana Menteri atau Pembantu Rosmah atau pihak yang terlibat seperti Jakel yang mahu tampil menjelaskan dakwaan perbelanjaan mewah pasangan Najib Rosmah seperti yang didakwa WSJ itu ?  

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 8:29 PM

Jekel je ke tempat nak beli kain baju untuk sumbangan? Tempat lain takde? Pasti ke jekel tak mark up harga?

Lagipun bukan semua kain di jekel tu harga murah sampai perlu gedung...ada yg berharga puluh2 ribu. Takkan blongang umno tak tahu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 8:34 PM

Penjelasan Mykmu tu...bolehlah dia kelentong dekat orang kampung....Mengapa perlunya duit itu di uruskan melalui akaun peribadi najib.. Sepatutnya duit perbelanjaan sebegini perlu disalurkan melalui akaun Yayasan tajaan Najib atau trust akaun di mana bila hujung tahun akaun ini perlu di failkan atau kemukan pada jabatan pendaftaran atau suruhan jaya tertentu..nampaklah perjalanan duit dan tujuan digunakan....barulah nampak transpirasi...penjelasan mykmu... tangkap muat saja...asal logik cukup...hampeh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 9:05 PM

Sedang cari kondom untuk dipakai. Najib kan playsafe, pemakai kondom tegar. Najib tunggu semua diam dan sunyi sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 10:15 PM

Betul la bro din. Mana pegi rizal mansor? Bini dia pun tak nak tolong defend ke? Dulu bukan main kutuk Fazley Yaacob sbb konon tak hormat mertua.

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2016 at 6:06 AM

Bro Din..
Almaklumlah gerombolan pemakan dedak dalam mood berlumba lumba nak menonjolkan diri bahawa dialah penjilat PM yang paling terbersih hingga berkilat kilat yang sepatutnya mendapat lebih perhatian dan lebih bekalan dedak dari PM. Maka abam Azalina tu pun terasa amat marahlah pasal Tun M hanya sebut nama Shahrir & Ahmad Maslan saja dalam ucapan Tun baru2 ni. Sebelum ni Rahman Dahlan, Said Keruak, Din Todi & Jazelan Tok Mat pun dah buat yang sama, serang Tun tak henti2 pasal Tun tak sebut nama dia orang. Kecewa dia org, bila Tun tak sebut nama dia org mungkin PM tak perasan dan tak hargai pulak peranan jilatan dan ampuan dia org selama ni. Bekalan dedak dulu dah nak habis ni.... Dedak o dedak..

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2016 at 9:50 AM

Semua alasan yg dibg mcm haramjadah je.

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2016 at 11:17 AM

Salam Bro

Kenapa persoalan berkisar pada "tujuan perbelanjaan tersebut"?...segala alasan adalah perkara selepasnya (after the facts). Ko bagilah apa jua alasan untuk mencantikkan segala perlakuan...ianya sekadar alasan...tambahan pulak yang cakap tu bukan yang punya badan...so ianya hanya dongeng penglipur lara..

SOAL POKOK ADALAH : DARI MANA NAJIB DAPAT DUIT SEBANYAK TU?

Kalau kira gaji PM campur elaun tambahan dan +++++ dari punca jawatan sebagai PM paling-paling pon RM100,000.00 sebulan.. @ RM 1,200,000.00 setahun. Kalau Najib langsung tak belanjakan duit tu, 6 tahun jadi PM baru RM 7.2 juta!...

Berapa banyak dia belanja yang dia bayar dengan kad kredit dan akaun peribadi beliau?...Gedung Jakel je dah RM55juta...yang lain lain.....ratusan juta!...

Itu semua pembayaran melalaui kad kredit dan akaun "Peribadi". Setahu saya kerajaan tak ade keluarkan "Government Expense Credit Card" macam yang biasa diamalkan oleh pihak swasta...Ade ke?..

Cai Najib memang tak pakai otak bila bercakap...otak dah beku dek dedak...
Ini bukan lagi soal moral atau maruah...yang sememangnya Najib langsung takde...

Kalau orang ade maruah....PM Iceland resign cuma disebabkan beliau dikaitkan dalam "Panama Papers"...belum orang tuduh dia lagi...tak de ape ape...tapi beliau resign kerana menjaga maruah diri dan negara.

Ini buka kesah Robin Hood!...
Robin Hood merompak warlord yang zalim memeras rakyat...pastu beliau agihkan kepada rakyat!...

Najib...ko rompak duit sape?...Pemerintah yang zalim?...
Pas tu ko beramal jariah dengan hasil rompakan tersebut...baik punya akal!...Wahai si penerima derma....korang jangan lupa asal usul duit tu...Duit dari hasil kena jackpot toto/magnum lagi baik (walaupon haram jugak) dari hasil rompakan Najib yang mengkhianati rakyat dan negara. Duit menang jackpot tak de khianat rakyat!...tak gitu?...

Najib..apa ko buat?...makan lagi?...

School High High Stupid Never Finish!..

Paloi!... Tuyuk!...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2016 at 1:21 AM

Kesilapan Najib n Rosmah yg paling ketara adalah menggaji sibengap/sibodoh sebagai chai2 beliau untuk counter semua dakwaan2 liar trhadap beliau. lihatlah makin lama makin byk rahsia trbongkar. sbb makin lama chai yg bebal makin jd bebal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2016 at 4:08 AM

Mykmu portal milik individu bukan sebuah syarikat bukan media berlesen malah bukan milik kerajaan juga bukan milik parti umno yang aku heran kenapa lah orang rujuk pada sebuah portal picisan yang tak berlesen yang bukan lidah rasmi parti @ kerajaan mykmu ni portal seronok seronok tulis saja.

Post a Comment