........... Mukhriz @ Selamatkan Malaysia Tanah Merah ( Video ) - Ketua2 Bahagian Kelantan Kuat Dedak Sebab Tu Tak Menang2 ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mukhriz @ Selamatkan Malaysia Tanah Merah ( Video ) - Ketua2 Bahagian Kelantan Kuat Dedak Sebab Tu Tak Menang2 !

Saturday, April 23, 20161comments


Semalam program Selamatkan Malaysia pertama kali menjejakkan kaki di Kelantan anjuran GKCM Kelantan. Sebelah petangnya diadakan di Ketereh di perkarangan rumah Ketua Pemuda Cawangan Kg Biah saudara Uzair yang dihadiri sekitar 350 rakyat setempat dan pada malamnya pula di Restoran Satay Kajang Tanah Merah yang dihadiri lebih 2500 orang.

Jarang saya nak sebut bab2 bilangan hadirin ni sebab apa yang penting bagi saya adalah berapa ramai yang dapat menerima mesej yang disampaikan dan dalam konteks penyebaran melalui internet ini, bilangan itu tiada had.

Kali ni saya layan jugalah sebab cai2 Najib sering melemparkan fitnah mengenai jumlah kehadiran yang didakwa mereka tidak mendapat sambutan padahal bagi saya yang sering mengikuti program2 Selamatkan Malaysia dan Bicara Negarawan, hampir kesemuanya dipenuhi hadirin dan sering melimpah premis.

Contohnya program GKCM Kelantan semalam .... kedua2 angka itu diberikan oleh pihak yang boleh dipercayai dan direkodkan somewhere.

Di bawah sedutan pendek rakaman ceramah Mukhriz di Tanah Merah semalam -


1 - Pihak Jasa Suka Menipu Jumlah Kehadiran



KLiK untuk ke Youtube.


 2 - Menjawab Fitnah SUA Najib



KLiK untuk ke Youtube


3 -  Tanah Merah Tok Seh Doh Najib !



KLiK untuk ke Youtube


4 - 50 Bilion Dalam Not RM100 Panjangnya Satu Setengah Kali Keliling Dunia !



KLiK untuk ke Youtube


5 - Kenapa Umno Tak Menang2 Kelantan ? KB2 Kuat Makan Dedak !



KLiK untuk ke Youtube


PS - Esok saya akan siarkan video Muhyiddin pula

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2016 at 1:19 AM

KB umno paling kaya semua nya dari kelantan tak percaya boleh selidik sejak dari dulu lagi mereka aktif dalam parti bukan mau umno menang di kelantan jika umno menang peruntukan terus kepada kerajaan yang hanya dikuasai mb seorang sahaja oleh itu mereka berpendirian lebih baik umno kalah di kelantan kerana peruntukan dari pusat khususnya dari pejabat pm akan disalur terus ke setiap bahagian itu yang berlaku dan di zaman najib sebagai pm lagi banyak dana turun ke bahagian, walaupun kalah wakil kelantan tetap juga dapat jadi menteri penuh dalam kabinet habis nak menang buat apa?. Bukan kah lagi baik kalah

Post a Comment