........... Mukhriz - Kenyataan Menteri Luar Arab - Takkanlah Kita Sebodoh Itu ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mukhriz - Kenyataan Menteri Luar Arab - Takkanlah Kita Sebodoh Itu ! ?

Monday, April 18, 20168comments


Berikut adalah temuramah khas dengan DS Mukhriz yang diadakan di Alor Star, Kedah pagi tadi.

1MDB - Kerajaan Diharap Ambil Serius Titah Majlis Raja2



KLiK untuk ke Youtube

Kita sebenarnya ingin tahu apa yang telah jadi dengan respon daripada kerajaan persekutuan mengenai Titah Majlis Raja2 yang telah dikeluarkan bulan Oktober 2015 menyentuh soal 1MDB  di mana titah tersebut menyatakan bahawa ada sembah aduan daripada rakyat.

- ... banyak keraguan mengenai maklumat2 yang disebarkan dalam pelbagai media termasuk kenyataan resmi dari pihak 1MDB sendiri dan daripada YAB Perdana Menteri.

Dan titah tersebut juga menyentuh soal ketelusan, soal peri pentingnya penjelasan diberikan sebaik mungkin kepada rakyat .. pada kadar yang segera, supaya kenyakinan rakyat terhadap kerajaan itu dapat dipulihkan.

.... tapi sehingga kini saya tidak nampak kerajaan serius di dalam mematuhi titah arahan daripada Majlis Raja2 itu. Dan ini satu yang sangat mengecewakan seolah2 kerajaan tidak ambil serius  dan tidak mengendahkan titah tersebut.

Sehingga kini sepertimana yang kita lihat,  laporan PAC dah didedahkan dan banyak perkara dibangkitkan. Tetapi laporan daripada Ketua Audit Negara masih di bawah OSA. Ini saya anggap sebagai suatu yang luarbiasa. Tak pernah lagi saya tahu bahawa laporan Ketua Audit Negara ini rahsia.

Biasanya setelah ianya dibentangkan di Parlimen, ianya boleh diperolehi oleh mana2 pihak yang lain. Jadi 1MDB ini seolah2 mendapat satu keistimewaan pulak.

Khazanah pun tak seperti itu. Pelaburan2 dari Khazanah Nasional tidak memberi kemudaratan kepada rakyat ataupun negara tetapi daripada laporan PAC jelas sekali ada sejumlah wang yang sebegitu besar mececah berbilion ringgit yang lesap, yang sekarang ini Arul Kanda kata mungkin mereka tertipu.

 Jadi inilah perkara2 yang telah dibangkitkan oleh Tansri Muhyiddin, saya sendiri, Tun Mahathir .. tetapi kami pula yang disuruh untuk memohon maaf.

Jadi saya harap titah majlis Raja2 ini diambil serius oleh kerajaan persekutuan dan diberi jawapan yang setulusnya.


Kenyataan Menteri Luar Arab - Takkanlah Kita Sebodoh itu  ?




KLiK untuk ke Youtube.


Kita di sini tidak boleh terima keputusan AG jadi apa kena mengenanya seorang Menteri dari negara asing menyatakan dia pun anggap kes ini tutup kerana AG di Malaysia buat keputusan tersebut.

Keduanya, kenyataan oleh Menteri Luar Arab Saudi itu tidak langsung menyentuh soal berapa angka yang dimaksudkan, siapa sebenarnya yang menderma ... dia tak sebut ini dari putera raja Arab Saudi, dan apa tujuannya. Dia juga tidak sebut mengenai apa yang telah disebut oleh AG Malaysia yang katakan bahawa 2.03 bilion ringgit telah dipulangkan.

Jadi ini semua sebenarnya menimbulkan banyak soalan lagi.

... kalau kita nak siasat, ia ada proses dan prosedur tertentu. Kita kena interview pihak yang terlibat, mendapatkan kenyataan bersumpah, kena tunjuk bukti2 contohnya akaun bagaimana wang ini bergerak daripada satu akaun di luarnegara masuk ke akaun PM sendiri ...

Kita tidak boleh terima hanya satu kenyataan secara spontan oleh seorang menteri di luar negara dan anggap kes ini tutup maka tak perlu lagi kita bangkitkan perkara ini.


I am aware sangat berbeza dengan I can Confirm ... kalau nak tengok syntax bahasanya, memang banyak lagi yang kita boleh pertikaikanlah,

Saya dulu di MITI, kalau saya ada sebarang urusan dengan counterpart saya di luar negara, saya boleh drafkan sedikit intipati surat yang saya nak hantar itu, tapi dia akan melalui satu proses di Kementerian, mungkin dapat pandangan dari Kementerian Luar, Wisma Putra .. kerana ada bahasa2 tertentu yang digunakan di dalam corespondence secara diplomatik. Ada istilah2 yang digunakan itu yang agak standard.

Bayangkan satu surat daripada seorang putera raja Arab Saudi ... tentunya dari segi diplomasinya, dari segi bahasanya tinggi, penuh dengan diplomasi tetapi surat yang saya nampak itu macam di deraf oleh peguam dari Malaysia !

Ia menyatakan sumbangan ini bukan berunsur rasuah ... saya tak mengharapkan apa2 pulangan .... jadi macam agak pelik pulak.

Kalau di Amerika, dia dah siasat dan diambil tindakan.Ini pernah berlaku sebelum ini dalam Presidential Campaign, ada sumbangan daripada seorang jutawan daripada Indonesia ... disiasat dan didakwa terus.... apabila dia buat satu "derma" yang dianggap keterlaluan.

Angka itu US10 juta ... yang ini US681 juta setakat yang kita tahulah, tak tahulah kalau lebih daripada itu.

Selamba jer kita ni ... macam takde apa2...

Terima duit daripada Arab Saudi .... OK
Untuk Pilihanraya ..... OK no problem
Ditulis kat situ kita tidak mengharapkan sebarang pulangan ..... OK kita terima.. on face value

Takkanlah kita sebodoh itu !


Beli jam .....Grisogono 435 ribu euro, yang dicharge dalam kredit kad yang disediakan oleh SRC International... jadi ini sangat mengejutkanlah, kerana ni duit rakyat, dan rakyat sekarang ini dibebani dengan kos sara hidup yang meningkat akibat daripada GST dan lain2.. inilah antara sebabnya kita tidak boleh terima keadaan sekarang ni dan mengharapkan bahawa Najib lekaslah undur diri sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 12:00 AM

salam

esok 19-04-2016. tun buat hal lagi.

yang lebih besar, IPIC dah mula buat hal.
itu hari, pemakan dedak ada tanya. kalau betul 1MDB ada masalah, kenapa abu dhabi tenang je tak buat apa apa tindakan, sedangkan tun dok tuduh kata duit kena songlap.

pertama, diorang dah pecat arab mabuk dua ekor tu. itu tanda diorang sedang siasat.

berita terbaru hari ni. IPIC dah file untuk tamatkan kerjasama dengan 1MDB, dengan alasan, 1MDB default.

"Ipic was now considering options to remedy the alleged default, including referring the matter to the appropriate dispute resolution forum, it added in its regulatory filing."

maksudnya, kemungkinan besar 1MDB akan disaman untuk bayar balik cash bailout USD1b diorang bagi tahun lepas. since 1MDB dijamin kerajaan, maka, sapa tanggung? sendiri mau ingat lah.

dan diorang bagi USD1b. diorang minta balik USD1b + interest. kalau 1% je pun, dah USD10 juta. kalau 10%. USD100 juta. USD1 = RM3.91. kalau 10%, interest saja dah dekat RM0.5b. interest buta je. pokok, kos saman, belum masuk lagi.

tak payah lah tentera paglima orang islam nak bercakap tentang riba haram bagai. korang tu juak juak penyamun.

gila untung bisnes 1MDB. itu baru setahun punya loan. ada hati nak kutuk proton.

budak makan dedak ni bukan reti benda macam gini. janji dapat dedak. bodoh nak mampus.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2016 at 1:04 AM

Salam Bro

Apa jenama jam tu?...Grisogono?...aku google...masyaAllah....ini yang aku dapat:

DE GRISOGONO
OCCHIO S24D
Ref : OCCHIO S24D
CHRONO REF : 400239
435 809 €
670 475 €

Harga lepas discount 435,809 Euro X 4.4 = RM 1,917,559.60.
Harga sebelum discount 670,475 Euro X 4.4 = RM 2,950,090.00
Biar betul?....tak caya?...ni alamat webnya:

http://it.chronollection.com/de-grisogono-occhio-s24d-id400239.htm

Apa kejadah punya jam ni?....Sape yang pakai jam tu?...RM?...NR?...atau dia beli dua biji...sorang satu?...

DAMNED YOU NAJIB !!!

Jahanam ko Najib..tu je yang dapat aku cakap...tak mampu nak cakap apa lagi...

Ini semua pasti fitnah!...kan AG dah cakap Najib tak tau sape masuk duit dalam akaun dia...kredit kad?...macamana dia main belasah je...pastu...dia tak bayar pon...sape bayar?....SRC...Suri Rumah Company?...

Najib!...ko memang tak layak digelar manusia!...
Jasad kamu manusia...isi dalam kamu?...lebih dari iblis...
Iblis tak nampak...lagi pon dia dah buat perjanjian dengan Allah...Tapi kamu Najib...jasadmu nampak...ropa macam manusia...tapi bukan manusia...apakah kamu sebenarnya Najib?...

You can fool some of the people, some of the time...but
You can't fool all the people all the time.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 7:17 AM

Terlampau nak bodohkan rakyat maka diri sendiri yg nampak bodoh.

Ni bala sebab tamak haloba....yg binasanya negara dan rakyat sebab terpaksa menanggung hutang yg sepatutnya sebelum ni tak wujud......pembekal dedak, pemakan dedak sume dah kaya raya, bekepok-kepok duit dlm bank, 7 keturunan pun makan tak habis. Apa2 hal jadi, bila2 masa je dia org boleh lari tinggalkan Malaysia ni.

Yg duduk di Malaysia sampai kojol ni kita. Kita yg susah kena tanggung beban hutang negara. Esok tah cukai apa pulak dikenakan atau dinaikkan....tah subsidi apa pulak ditatik pulak utk tampung faedah hutang yg berbilion bilion.

Lagi satu hal, nilah akibat rasuah, menipu, membelit....Allah bayar cash sebab dah melampau sangat munafik berpura-puranya. Munafik dgn manusia satu hal....dgn Allah pun dia munafik jugak.

Kita tunggu sikit hari lagi Insya Allah, hukum Allah akan sampai sebab mereka macam tak takut dgn Allah. Dia ingat Allah nak pandang aje kemungkaran rasuah yg berlaku. Dia ingat dia yg boleh tentukan jalan macam yg dia nak.....tak tau Allah yg maha penentu.

Kita tunggu dan lihat episod seterusnya. Yg hak tetap hak.....yg batil akan jatuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 7:40 AM

Sebab dia anak beranak nak bermewah-mewahan, habis satu negara ditarik ikut susah.
Kerana dia anak beranak nak bersenang-lenang habis berjuta rakyat tanggung beban.
Dgn nama Allah aku tak halalkan perbuatan seorg pemimpin yg sepatutnya jaga kebajikan rakyat.
Tangan kanan memberi tapi tangan kiri tarik balik.
Satu tangan memberi tapi 2 tangan mengaut balik.
Tah apa yg akan jadi dgn negara ni.
Tah aset apa pulak yg dia nak gadaikan utk tampal lubang yg dikorek.
Bekukan duit-ringgit, harta benda dialah buat bayar hutang yg bertepek-tepek tu.
Tentang harta dia sendiri pandai dia tak nak usik, tak nak luak.
Tapi negara dan rakyat habis kering digondolkannya.
Adil ke macam tu??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 7:55 AM

TRANFORMASI yg dilakukan oleh najib utk membodohkan rakyat:
1. Derma bukan rasuah
2. Melantik menteri2 bangang utk terus mencengkam kuasa.
3. Menteri2 bangang pula menepis pandangan rakyat.
4. Parlimen tempat menipu.
5. Harta negara utk dilelong
6. Urusan di OSA kan.
7. Penguasa undang2 dilumpuhkan
8. Siasatan adalah utk suka2.
9. Segala bentuk komen dlm dan luar negara semuanya FITNAH.
10. Rakyat biar sengsara namun beliau sekeluarga biar bermewah2.
11. Bangsat dan haramjadah bahasa utama utk rakyat.
12. Miskin rakyat msia dinilai mengikut jumlah br1m....lagi ramai lagi bagus!
13. Maruah tidak lagi bernilai......yg penting dunia dan kuasa!
14. Berbohong dan menipu adalah WAJIB.
15. Ulama tak perlu bersuara,walaupun sebuah negara Islam....

HEBAT SANGATKAH NAJIB INI?
Sedarlah kau najib....kau akan MATI jua akhirnya. Jadi mengapa tidak kau bekerja dgn penuh AMANAH?

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 7:57 AM

Pak Din, putera-puteri keluarga Raja Saudi memang beribu-ribu bilangan mereka. Dan diorang sedang dalam keadaan malang saling merebut kuasa kerajaan ... Ah Jib Gor dan Jho Low melibatkan diri mereka dalam pelaburan wang dengan putera Saud itu jelas membawa mudarat kepada negara Malaysia.

http://www.ibtimes.com/saudi-arabia-kidnapping-royal-defectors-another-prince-critical-king-has-allegedly-2345017

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 1:42 PM

Disedekah secara rahsia pemberi sedekah pun rahsia dan Wang dibelanja pun rahsia juga.
Sebabnya tempat Wang itu dibelanja tak mau heboh2 kerana mereka menjual barang yang dibeli najib dan rosmah secara ikhlas tidak mengharapkan sekarang pulangan

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
April 20, 2016 at 8:02 AM

Fitnahhh.. fitnahhhhh... semua ni fitnahhhhh...

Fitnah kepala napak Najib.

Tun Razak gagal utk ajar anak utk jgn jadi pencuri.

Cuma Nazir ada sikit otak utk fikir

Najib rosakkk

Post a Comment