........... Muhyiddin - Jika Najib Ada Maruah ..... Hmmmm .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin - Jika Najib Ada Maruah ..... Hmmmm ....

Tuesday, April 12, 20169comments



Tak ramai pemimpin Melayu yang dapat bercerita dengan tepat tentang hal 1MDB ni,  baik di sebelah pro Tun apatah lagi yang pro Najib. Ramai yang lebih kepada retorik dan bercakap secara umum.

Membaca status FB Muhyiddin, saya angkat topi, sememangnya beliau uptodate dengan fakta2 tepat dan mampu menyampaikan mesej bersandarkan perkembangan semasa.

Bacalah luahan terbaru Muhyiddin yang saya copy dari FB beliau... semua ada - pembentangan PAC, kenyataan IPIC dan pemahaman beliau tentang apa yang sedang berlaku dalam bahasa yang mudah faham.

Yang paling mudah faham adalah baris terakhir -


17. Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tapi .... ayat itu ada syaratnya iaitu KALAU NAJIB ADA MARUAH .....



KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BERHUBUNG LAPORAN PAC MENGENAI 1MDB

1. Saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara. Saya juga telah menasihati Dato’ Seri Najib supaya beliau tidak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar. Saya menyatakan agak luar biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.

2. Saya juga pernah menzahirkan kebimbangan saya mengenai masalah aliran tunai syarikat yang amat teruk sehinggakan tidak mampu membayar hutang. Juga mengenai pelaburan yang mencurigakan tanpa dibuat due diligence sebelum perjanjian dimaterai.

3. Saya juga mempersoalkan pelan rasionalisasi 1MDB yang belum tentu dapat ditunaikan. Malah penjualan aset-aset 1MDB tidak menjamin boleh menyelesaikan hutang-piutangnya yang bukan semakin berkurang tetapi meningkat kepada RM50 bilion. Saya juga telah meminta seluruh ahli Lembaga Pengarah dipecat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Baru kini mereka meletak jawatan.

4. Laporan PAC mengesahkan segala pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib nampaknya bersedia menerima laporan PAC, tetapi malangnya dia telah menghukum saya apabila saya menyuarakan hal yang sama di dalam kabinet. Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanang bahawa nama Najib telah dibersihkan oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin? Berapa kali dalam laporan PAC disebut Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib.

5. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib daripada dakwaan penyelewangan. Sebaliknya laporan PAC mendedahkan mengikut Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan. Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut terletak di tangan Perdana Menteri. 

6. Antaranya ialah keputusan Lembaga Pengarah meluluskan pemindahan sebanyak USD1 billion ke dalam akaun bank syarikat usahasama 1MDB Petrosaudi Ltd. Pihak pengurusan hanya memindahkan sebanyak USD300 juta ke dalam akaun bank 1MDB Petrosaudi Ltd, manakala baki sebanyak USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited milik Taek Jho Low, iaitu kenalan rapat Najib.

7. Sepertimana yang dilapor dalam hansard prosiding PAC, mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral mengesahkan pemindahan wang berjumlah USD1 bilion untuk usahasama dengan PetroSaudi Ltd telah mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri. Saya percaya pihak pengurusan 1MDB juga menerima arahan daripada Perdana Menteri dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan berisiko tinggi yang tidak masuk akal. Antaranya ialah keputusan untuk melabur sejumlah USD2.318 bilion dalam Segregated Portfolio Company (SPC) melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC, iaitu sebuah syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. Begitu juga dengan dana berjumlah USD3 bilion yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan TRX tetapi telah dipindahkan kepada 1MDB sebanyak USD 1 bilion, kepada 1MDB Energy Ltd sebanyak USD 28.85 juta, kepada Brazen Sky Ltd sebanyak USD 1.5 juta dan pelaburan di luar negara sebanyak USD1.58 billion.

8. Penyelewengan dalam 1MDB telah menyebabkan syarikat ini gagal menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang. Malah 1MDB terpaksa meminjam wang untuk membayar hutang yang telah meningkat secara mendadak daripada RM5 bilion pada tahun 2009 kepada RM50 bilion pada tahun 2016. 1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung segala hutang syarikat. Saya amat bimbang beban onar 1MDB akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat.

9. Antara skop laporan PAC ialah untuk menentukan samada wang hasil pelaburan 1MDB di Cayman Islands berjumlah USD2.318 bilion sudah dibawa balik ke Malaysia. Malangnya, PAC gagal menyatakan perkara ini dengan jelas. Tidak dapat juga dipastikan ke mana perginya wang USD700 juta dan USD330 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low; USD3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited; USD940 juta dalam bentuk 'unit' yang dikatakan disimpan dalam Bank BSI di Singapura; dan USD1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investments Ltd. Kesemuanya berjumlah USD7 billion (RM28 billion).

10. Terbaharu, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan syarikat tersebut atau unitnya Aabar Investment PJS telah menerima USD3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI sepertimana yang dilapor kepada PAC. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Ini suatu pendedahan yang amat memalukan. Ia suatu penipuan. Jika IPIC tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, ke mana perginya wang ini? Kegagalan untuk memastikan ke mana perginya wang ini mengukuhkan lagi pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB sejak dari awal lagi adalah satu skim untuk menipu. 

11. Jadi kepada menteri-menteri kabinet dan Najib sendiri yang menganggap penyelewengan 1MDB telah selesai dan namanya telah dibersihkan, seraya mengajak rakyat supaya bergerak ke hadapan, janganlah anda cuba bersandiwara atau mengalihkan isu. Rakyat tidak akan lupa puluhan bilion wang negara telah diseleweng. Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?

12. PAC telah memperakukan supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral, disiasat oleh pihak berkuasa. Saya menggesa supaya pihak berkuasa segera membuat siasatan dan Datuk Shahrol mestilah menyatakan perkara yang sebenar. Siasatan mengenai aliran keluar wang 1MDB yang masih belum terjawab juga perlu diteruskan.

13. Tanpa memperkecilkan laporan PAC, penyiasatan yang dijalankan ke atas 1MDB tidak konklusif. T maklumat-maklumat penting berkaitan pelaburan luar negara yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Apa lagi ia telah menyebabkan kerugian bernilai berbilion ringgit kepada IMDB seperti usahasama dengan Petrosaudi. Sebenarnya Najib bertanggungjawab sepenuhnya di atas penyelewengan 1MDB. Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat, dia tidak boleh mencuci tangan dengan meletakkan semua kesalahan ke atas Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat.

14. Gesaan saya selama ini supaya Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ternyata berasas. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi sebuah syarikat awam. Hal ini telah diakui oleh PAC dalam laporannya yang membuat perakuan supaya Lembaga Penasihat bersama Artikel 117 M&A syarikat dimansuhkan.

15. Namun, pemansuhan Lembaga Penasihat 1MDB sahaja tidak memadai. Najib ialah orang yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang RM20 bilion. Jangan pula nanti ada tindakan bail out oleh kerajaan. 

17. Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

FB MUHYIDDIN YASSIN
12 APRIL 2016


Kepada mereka yang berada sekitar Puchong, jangan lupa untuk hadir di Dewan Orang Ramai Taman Putra Perdana, Puchong jam 9:00 malam esok ( Rabu ). 

Dengar dari mulut Muhyiddin sendiri ! Turut sama adalah Shafie Apdal dan Cikgu Kamarulzaman ( GKCM )



Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2016 at 9:35 PM

Akibat skandal dan kemelut 1mbd tu..

Muhidin dan safie dilihat lebih bersih berbanding najip dan pemakan2 dedaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2016 at 10:00 PM

mana ada maruah, dah cicir dan hilang ke mana? kalu ada maruah, tak jumpa la kawan jika kita ada kes rasuah. mana mau letak muka bila dalam akaun peribadi ada rm2.6 ribu juta. jika sultan brunei orang percaya. mana mau taruk muka bila duit syarikat bawah jagaan kita ada dalam akaun kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 6:15 AM

Najib ? Maruah ? ..

Najib jangankan maruah.. Telor pon tak ada. Maruah. Dari awal kes 1mdb & 2.6 bni Najib tak pernah berdepan dengan pencabarnya. Dengan situa nyanyuk pun lari tak cukup tanah

Baling batu sembunyi tangan, gunakan haiwan2 ternakan sebagai perisai. Paling kesian Kambing Hitam

Malu la woi ada PM macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 6:47 AM

Saya rasa doa rakyat Malaysia untuk mendapat kebenaran diatas penipuan 1MDB ini termakbul.. Juga hasrat TDM dan TSM untuk melihat negara diselamatkan.

Terbaru Swiss AG meyempitkan lagi peluang lari diri kedua2 conman dari Abu Dhabi itu malah mempunyai maklumat pertalian wang gubahan 1MDB dengan pembikinan filem Wolf diHollywood. Ini adalah sorotan dan susulan dari laporan tawar PAC dan kenyataan keras Aabar/IPIC kpd LSE. Nampaknya, boomerang luar negara terus melayang berpusing2 kena kpd sasaran yg begitu liat didalam negara sendiri.

Kita ingat bagaimana Najib begitu gah sekali dalam temuramah TV3 mengumumkan penubuhan badan dwi-partisan PAC dan audit AG utk menyiasat samaada 1MDB biaya filem Hollywood dengan cara sindiran kpd TDM.

Nah, laporan PAC walaupun tawar dengan permainan Pengerusi dan ahli2 BN lain "cari makan" tapi membuka kotak pandora menjerat diri dan boleh memuktamad byk kekusutan rakyat dan pembayar cukai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 7:40 AM

Hanya ORANG TAKDE MARUAH saja yang takde rasa malu mengaku TAK TAHU wang juta2 masuk akaun peribadi dia..

Jika mereka rakyat biasa dan hidup mereka ala kadar..logiklah. mungkin benar2 tak tahu. Tapi ini ketua kerajaan..hidup pula bukan main mewah. Jawapan TAK TAHU dan TAK SEDAR itu jawapan ORANG TAK BERMARUAH!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 12:20 PM

Pahlawang tidak perlukan maruah, yang penting ada duit. Guna duit untuk beli maruah.
Selepas menipu kemudian membodohkan rakyat, guna duit utk beli lagi maruah.
Lari dari program (korang tau dah), upah macai terpekik terlolong kemudian lari. Guna duit gak tu, ingat free pe. Selamat sekejap maruah(kononnya).
Ulang alik ke tanah arab, minta duit yg di pulangkan balik, Dapat duit bayo hutang,ATM dipaksa jaga maruah dia.
Demi maruah(ada lagi ke?), seluruh pentadbiran di halakan ke seorang pesara kerajaan yang dh tua pun, yang dah xde power pun. Banyak duit digunakan nak layan orang tua ni. Duit rakyat, maruah dia.
Kesian kan ada duit berbillion, ada power, ada macai 1 malaya dan ada geng dalam Kabinet dapur tapi terpaksa membeli untuk ada maruah. Dah beli..pastu habis. Beli lagi...
Dah banyak hari selasa berlalu... takpe. Sebab maruah pn dah tak de.

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2016 at 3:27 PM

Salam Bro

MARUAH!...perkataan tu tak ada dalam kamus Najib.
HARAMJADAH!...BANGSAT!....itu laungan juang Najib.

Siapa yang haramjadah?
Siapa yang Bangsat?

Najib..dan Najib..dan Najib...
Tiada yang lain melainkan Najib...

Kita sedia maklum Najib tak dak Maruah...
Adakah semua menteri kabinet dan pengikut Najib juga tak dak Maruah?
Pemimpin dedak memang kita tau sama seperti Najib...tapi macamana yang lain-lain?...Tok Pa?...siapa lagi?...kenapa susah sangat saya nak sebut menteri-menteri dari UMNO yang lain...tak ada nama yang boleh kita sebut dari kalangan mereka yang boleh kita anggap masih ade maruah...Kemanakah integriti mereka yang digelar "pemimpin" negara ini?

Artikel 117....itu adalah kuasa mutlak Najib.
Sharol...kalau ko mau selamat ko luahkanlah segalanya...
ceritakan yang sebenarnya....jangan ko pikir Najib dapat melindungi ko lagi...Sekarang ni pon ko dah jadi kambing korban mereka. Everyone is saving their own butt!...You should do the same...just spill the beans...as simple as that...

Ko hanya bersalah kerana mengikut telunjuk kuasa Artikel 117 tu...ko cuma ikut perintah...taubatlah dan buat pembetulan sebelum terlambat...

USD 7 billion!...
Kemanakah ko menghilang?
Jejak mu pasti terungkai akhirnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 9:49 AM

Mungkin yg jd kambing hitam ni nak cakap yg sebenar tapi tak berani sebab diugut macam2. Mungkin ugutan yg melibatkan keselamatan keluarga ke, nak blacklist masa depan ke contoh dibuang keje nama diblacklistkan sampai tak de company yg berani ambik keje. Atau ugutan yg melibatkan myawa dan berbagai ugutan ala mafia. Sebab ugutan2 tu la agaknya org sanggup jadi kambing hitam selamanya.
Wallahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 3:51 PM

Semua fitnah Najib kepada Mahathir dan yang lain2 semua terbalik ke batang tubuh beliau. Dia kata dia takkan mahu jadi PM yang dinasinat-nasihat oleh lembanga penasihat seperti yang dipinta oleh Mahathir. Yang kelakar dia buat model perniagaan yang perlukan sebuah lembaga penasihat yang langsung tidak wajar bak kata Tan Sri Muhyiddin. Bodoh piang lagi bodoh bangang buat manusia yang cakap tak serupa bikin...

Post a Comment