........... Minta Pihak Luar Siasat Dan Dedah Isu 1MDB dan Isu Peribadi Najib DiUmpama Gadai Kedaulatan Negara ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Minta Pihak Luar Siasat Dan Dedah Isu 1MDB dan Isu Peribadi Najib DiUmpama Gadai Kedaulatan Negara ?

Thursday, April 21, 201622comments


Campurtangan asing ? Gadai kedaulatan negara ? Fuuuuh.... berat tuduhan Najib ni. Mengikut lapuran media, Najib tujukan status FB itu kepada Tun Mahathir yang ketika ini berada di Dubai menghadiri satu Persidangan kerana telah meminta penyiasat antarabangsa mendedahkan penemuan mereka dalam siasatan ke atas 1MDB.

"Semua siasatan hendaklah akhirnya didedahkan kepada umum kerana soalan yang dirahsiakan adalah tidak berguna kepada sesiapa. Akhirnya kebenaran perlu didedahkan

"Menjaga diplomasi tidak akan membantu Malaysia atau sesiapa. Mereka perlu mengenal pasti tindakan yang perlu diambil dan apa yang mesti dilakukan,"


Mkini

Laaa..... itu yang Najib kata sebagai campurtangan asing dan gadai kedaulatan negara ? ! Pasal 1MDB dan isu akaun peribadinya ?

Bunyi macam Najib panik jer ....  yalah, baru keluar lapuran mengenai kenyataan Tun begitu dah balas dengan begitu keras sekali.

Kepada mereka yang tak berapa faham dengan apa yang disebut sebagai siasatan pihak berkuasa luar dalam isu 1MDB ini, apa yang mereka siasat adalah urusniaga 1MDB yang berlaku atau yang berkaitan dengan negara mereka saja.

Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh sekurang-kurangnya lima buah negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan UAE.

Contohnya Switzerland yang baru ni mengeluarkan kenyataan hasil siasatan mereka yang mendapati USD4 bilion wang 1MDB telah disonglap dan dimasukkan ke akaun dua bekas pegawai kerajaan Malaysia di SWITZERLAND ( KLiK ) ... nampak ? AG Swiss bukan siasat akaun bank di Malaysia atau di mana2 negara lain tapi mereka hanya siasat akaun yang ada dalam akaun di negara Swiss saja.

Dari pendedahan siasatan mereka melalui money trail di negara mereka sendiri, dapatlah kita tahu rupa2nya pembayaran kepada IPIC telah dibayar kepada syarikat palsu.

“The Swiss authorities have elements in hand allowing them to suspect that the amounts paid in connection with this guarantee were not (paid) to the Abu Dhabi sovereign fund that supported the commercial risk,”

Begitu juga dakwaan sebahagian wang itu telah disalurkan dalam industri filem ....

Pihak berkuasa negara lain juga sama, siasatan mereka terhad kepada transaksi yang berlaku dalam negara mereka saja. Dan jika perlu, mereka akan hubungi pihak berkuasa kita untuk dapatkan maklumat lanjut.

Pendedahan oleh media asing pula ..... well, mungkin ada elemen campurtangan tapi apa susah, kalau lapuran mereka salah - SAMAN jerlah ! Takpun hentam mereka balik di pentas dunia biar mereka malu.

TerimaKasih kepada Rahman Dahlan yang baru ni bersusah payah carikan satu artikel lama yang menunjukkan bagaimana Tun Mahathir satu ketika dulu dengan beraninya telah menempelak WSJ di New York ekoran pemberitaan yang tidak benar ( KLiK ). 

Itu baru betul ! Pemimpin kita jangan hanya jadi jaguh kampung saja tapi menikus di persada antarabangsa.

Satu soalan berangkai untuk rakyat Malaysia - 

- Kalau WSJ tidak dedahkan isu 2.6 bilion tahun lepas, agak2 bila Najib nak cerita ?

- Kalau WSJ dan SR tidak dedahkan isu2 1MDB yang akhirnya kita tahu semua transaksi harus mendapat kelulusan dari Najib sendiri, agak2 bila kita nak tahu yang 1MDB ini merupakan satu bala buat negara kita ?

- Kalau ABC tidak dedahkan perbelanjaan mewah Najib Rosmah, agak2 bila kita nak tahu yang Najib rupanya ada terima lebih banyak dari 2.6 bilion ?

- Kalau Washington Post dan WSJ tak dedahkan Najib sedang bergolof dengan Obama di Hawaii, agak2 bila rakyat yang sedang merana sengsara berdepan banjir besar nak tahu yang ketika sama Najib Rosmah sedang berholiday belanja shopping sakan di Hawaii ?

Adakah semua pendedahan itu palsu ? Kalau tidak dilapurkan media asing, rakyat Malaysia tidak akan tahu semua itu !

Oya, kalau tidak didedahkan New York Times, bagaimana rakyat Malaysia mahu berbangga dengan pencapaian anak tiri Rosmah yang berjaya menerbitkan sebuah filem semi lucah di Hollywood ? ( sebab filem itu diharamkan tayangannya di pawagam Malaysia ) Juga kejayaan Reza membeli hartanah beratus juta ringgit di Amerika .... wow ! Satu pencapaian membanggakan dari anak Malaysia.

Point yang paling penting di sini adalah - Apakah yang didedahkan itu semua PALSU ?

Jika tidak didedahkan pihak luar, apakah pihak berkenaan sendiri ( 1MDb dan Najib ) akan dedahkan kepada rakyat Malaysia ?

Satu perkara menarik yang mungkin anda tidak sedar, KESEMUA pendedahan itu ada kaitan dengan Najib !

Sebagai rakyat Malaysia saya tidak terasa walau sedikitpun yang 1MDB itu mewakili Malaysia. Memalukan saja !

Jadi kalau nak kaitkan 1MDB dan isu peribadi Najib dengan kedaulatan negara ..... piiiiiiiraaaahhhhh  !

Malahan berani saya katakan, tindakan merungkai permasalahan dan seterusnya menyelesaikan isu2 1MDB dan isu2 peribadi Najib adalah sebenarnya usaha mengekalkan kedaulatan negara !

Kerana kedua isu ini mendedahkan kedaulatan negara kepada kemungkinan diceroboh oleh kuasa asing. Maka mereka yang bersyubahat melindungi kebenaran kedua isu ini dari didedahkan kepada rakyat adalah pengkhianat negara.


                                  *******************

Kepada rakyat Kelantan, jangan lupa untuk sama2 meraikan kehadiran TS Muhyiddin dan DS Mukhriz pada esok hari... 

-Jumaat 22 April jam 4:30 petang di rumah Ketua Pemuda Cawangan Umno di Biah

- Jumaat 22 April jam 9 malam di Satay Kajang Tanah Merah

Dengar sendiri apa yang mereka berdua mahu katakan dan tanya mereka sendiri apa2 yang menjadi keraguan. Dapatkan kepastian dari empunya badan sendiri.




Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2016 at 10:03 PM

baru suruh dedah je pun. bukan suruh FBI datang malaysia tangkap ko wahai Najib. hehehe

TTPA apa cer ? .. tu lagi teruk sampai kena ubah undang2..
konsetan2 PMO ada sihat ? kah kah kah

bongok macai bongok lagi tuanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2016 at 10:06 PM

Harap sangat muncul seorang yang terlibat secara langsung dengan skandal 1MDB ini untuk memecah rahsia. Justeru itu segala yang jadi rahsia akan terungkai dan terobeklah tirai yang menutup kebusukan kelakuan seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan telah khianat kepada amanah yang diberi oleh negara tercinta ini. MOga Allah s.w.t akan ampunkan segala kesilapan kita kerana tersalah pilih pemimpin dan kembalikan negara Malaysia ke jalan yang benar, lurus dan sentiasa dirahmati. Aameen.

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2016 at 12:26 AM

Bila yang haq dapat kita wujud kan nescaya yang bathil akan musnah juga...!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2016 at 12:36 AM

Jangan haraplah.. Najib ada kuasa.. Polis pun dia pegang.. Hakim pun dia pegang.. Sapa berani?..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2016 at 6:19 AM

Saya dah berulangkali bertanya. InsyaAllah hari jumaat ini agar ada para mufti, cendiakaean agama dan mereka yang mengakui pakar hal2 agama tampil menyatakan pendirian mereka dengan kes 1MDB ini. Keluarkan fatwa macam mana anda keluarkan fatwa kes lgbt, vape dan lain2. Mintak tolong speak without fear or favour

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2016 at 7:13 AM


Si politikus tak dapat jadi diktator melalui "checks and balances"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2016 at 8:06 AM

Kuasa Allah tak boleh kita duga....kadang2 yg tak masuk akal pun boleh terjadi kalau Allah nak dia jadi. Kun fayakun.

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2016 at 8:25 AM

Kuasa adalah hak mutlak Allah hu Rabbul Jalil,,kita manusia tiada kuasa kecuali dengan izin Allah saja,, Najib hanya manusia biasa dan tak terdaya dan akhirnya akan mati juga nanti....!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2016 at 11:36 AM

Mufti perlis yg nmpk agak berani.lain2 smua dah kena dedak..

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2016 at 12:25 PM

Saya dah baca The Guardian yang terdapat kat link diatas. Dalam kenyatan berkenaan USD 4 bilion yang di songlap di Switzerland ada 2 public officals yang mendapat habuan
Agak agak nya siaps yang sorang lagi tu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2016 at 2:18 PM

Salam Bro

Siapa sebenarnya menggadai "Kedaulatan Negara"?

Tun Mahathir hanya meminta pihak luar yang sedang menyiasat 1MDB mendedahkan hasil siasatan mereka. Adakah ini dikira "menggadai kedaulatan negara"?...Kita tidak memanggil mereka untuk buat siasatan dalam negara kita...mereka menyiasat perkara yang berhubung kait dengan sistem dan perundangan negara mereka sendiri yang melibatkan transaksi 1MDB.

Nak harap siasatan dalam negara?...Tanya dengan Si AG Pandir tu!..ptuiihhh!...

Bahalol!...Bongok!...
Najib...kamu sendiri ynag meng"antarabangsakan" 1MDB ni. Jadi jangan pulak ko kalut bila pihak antarabangsa ambil tahu dan mengawasi tindakan antarabangsa 1MDB. Kamu bawa 1MDB dalam gelanggang pro antarabangsa tapi malangnya kamu cuma jagoan kampong...dam pemain kamu semuanya penipu...serupa kamu jugak...

Malaysia dizaman Tun Mahathir terkenal sebagai pemain pro antarabangsa....Semua orang tabik...dan kami rakyat Malaysia begitu bangga dan dihormati di arena antarabangsa....Pasukan kita. Petronas, Telekom, MAS, Guthrie, Sime Darby dll adalah pemain pro yang disegani. Tun sendiri begitu disanjung kerana kepimpinannya...ingat ko dengan Bosnia, Palestin, Afrika Selatan, Somalia, Iraq....kita bangga dengan peranan Malaysia dikala itu.

Najib...apa ko bikin sekarang?...Segalanya musnah!...Hancur berkecai....1MDB mengheret negara kelembah "KEHINAAN"...

Mana "Kedaulatan Malaysia" wahai Najib?...
Kita berdaulat kalau kita bermaruah...
Ko gadaikan maruah negara dengan "Cash is King" anutan ko sendiri.
Najib!...ko RASUAH!...
Kalau ko tak suka aku cakap ko rasuah...Samanlah!...
Saman Tun Mahathir...
Saman WSJ...
Saman Sarawak Report...
Mereka juga kata ko RASUAH!....

Apa tunggu lagi!...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2016 at 3:23 PM

@Salwah Abdat kau pun menusia biasa juga bila2 masa shja nyawa tercabut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2016 at 5:38 PM

Kalau setakat menggadai aja boleh tebus balik .Kalau dah menjual hartabenda negara pun boleh tahan lagi nak buat macam mana dah terdesak nak bayar hutang.Tapi kalau tanah pun dijual kepada negara luar ni kita nak panggil apa?Menjual tanah seperti menjual negara.

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2016 at 8:09 PM

Setiap yang bernyawa pasti mati,, semua orang pun tahu tapi aku tidak munafik seperti kau membela orang yang rasuah dan gila kuasa sehingga Negara hancur begini..!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2016 at 10:21 PM

barang palsu laris di pasaran cuma rambut palsu dan gigi palsu ja pak din

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2016 at 12:03 AM

Alooo pi em sudah gelabah dengan orang pencen tu lah kalau awal2 dulu letak jawatankan senang sekarang baru tau langit tinggi atau rendah seluruh dunia sudah gelegak pakat gelak kat pi em ikutlah lagi cakap bini kan sekarang sudah susah lebih baik engkau berhenti saja sebelum engkau diberhentikan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2016 at 1:48 AM

Anak itik berenang-renang,
Sambil berenang minum air..
Bukankah orang tua2 selalu Berpesan,
AMANAH Rakyat jgn dibuat Main2???

Anak ayam belajar mengais,
Lepas mengais mematuk pula..
Orang yg salah selalu Menepis,
Orang yg Benar Allah pelihara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2016 at 12:16 PM

Betul tu mmg kuasa penentu drp Allah tp Allah suruh umat nya berusaha,"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya "...sama mcm malaysia kalau kita dok tgk je tgu perubahan bdoa je mintak perubahan mmg xkan jadi apapun...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2016 at 12:17 PM

Betui tu ramai pemakan dedak kata tun m xdpt sambutan la,xrelevan dsb tp knp takut lawan saman
Kahkahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2016 at 1:59 PM

Bila Hasan mula tugas PAC kata dia cari makan. Natijahnya laporan PAC yg dia ubah secara sulit pun dan kenyataan PC beri sijil halal pun langkah2 cari makan.

BNM telah merumuskan secara bebas Goodstar Jho Loh yalah syarikat perseorangan yang tiada kaitan dengan Petrosaudi. Fakta BNM itu dikeluarkan dari deraf Laporan PAC yg dipersetujui ahli2.

Hasan telah misled secara serious Parlimen dan rakyat Malaysia kerana Goodstar menerima sebahagian besar bayaran pelaburan 1MDB JV dgn Petrosaudi. Jelas kredibiliti Laporan telah diprejudiskan dan semua masa dan kos rakyat tanggung bazir sahaja.

So macam mana Hasan? Misled yalah tipu secara sengaja utk mendapat faedah, keunrungan politik dsb dari perbuatan itu.. Kalau kena pembangkang dulu kes2 membawa persepsi negatif rakyat.. DSAI, LKS, KS dan anaknya semua kena gantung bila kena rujuk kononnya misled parlimen.

Ini lagi berat kerana mgkin asesori melindung jenayah kriminal mengsonglap duit kerajaan Malaysia..duit pembayar cukai dari rakyat Malaysia semua yg bersusah payah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2016 at 2:52 PM

InsyaAllah Najib dan yang bersubahat akan menerima pembalasan akibat kecuaian serta perbuatan sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2016 at 3:51 PM

Semua pendedahan datang dari media luar negara sedang di Msia MENIKUS diam tak berbunyi. Umpama tikus jatuh dlm guni beras.

Pasal duit yg dibayar kpd company tak sah yg nama seakan2 Aabar tu pun dah tak bunyi2 lagi.....dgn harapan moga rakyat Msia akan LUPA. Maklumlah memang Melayu mudah lupa pun....tah manala lesapnya duit RAKYAT tu.

Kalau tak media asing yg menyalak kita pasti semua kepincangan DIDIAMKAN. Pandai betul mereka MAIN peranan.

Sekarang sume berlagak BERSIH lagi SUCI.....seolah-olah sume perkara berjalan dgn penuh amanah dan jujur.

Setiap yg bermula pasti akan ada akhirnya. Masa berjalan dan Allah akan menentukan. Semakin lama perasuah itu berjalan semakin hampir dia dgn tebing NERAKA.

Cuba ambil iktibar kesah Dajjal yg berkuasa dari timur ke barat. Begitulah besarnya kuasa Dajjal laknatullah tapi akhirnya akan TUMPAS ditangan Nabi Isa. Begitulah pengakhiran cerita makhluk Allah yg MELAMPAU dan zalim. Ini satu contoh cerita yg belum terjadi tapi sudah Allah beritahu kpd hambaNya yg mahu menjadikan kisah Dajjal sbg panduan (hanya bagi mereka yg mahu BERINGAT).

Sama2 kita lihat apa penyudah cerita wang RAKYAT yg lesap ni. KEBENARAN pasti akan terserlah. Kita tunggu dan lihat SANDIWARA seterusnya. Ingatlah...setiap yg bermula pasti ada AKHIRNYA.

Post a Comment