........... Mematah Hujah Artikel Salleh Keruak - Finally The Truth Emerges | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mematah Hujah Artikel Salleh Keruak - Finally The Truth Emerges

Saturday, April 2, 201615comments

Sehari dua ini banyak kita dengar cai2 Najib tampil menyokong surat sokongan pak Arab yang didedahkan oleh ABC Australia sebagai bukti kononnya dana itu datang dari Arab dan secara otomatis, mahu kita terima ia juga bukti dana itu bukan dari 1MDB.

Hujah ini senang di balas iaitu hanya kerana dana itu datang dari tanah Arab tidak membuktikan ia tidak ada kaitan dengan 1MDB. Bukankah kerjasama 1MDB-Petrosaudi turut melibatkan seorang putera Arab, orang yang sama bercuti dikapal mewah bersama Najib sebelum semua kemelut ini bermula ?

Malahan isi surat itu sendiri menimbulkan keraguan apakah ia benar2 ditulis oleh seorang putera raja Arab. Ramai yang syak surat itu walaupun asli ( dalam konteks surat yang sama yang dikatakan diserahkan kepada badan penyiasat ) tapi palsu ( sengaja ditulis oleh pihak Najib kononnya bagi menunjukkan penderma atau putera raja Arab itu wujud padahal semuanya hanya rekaan semata2 )

Menariknya, hanya bahagian itu saja yang disebut oleh cai2 Najib. Bab2 lain seperti tarikh surat itu 1/11/2011, amaun US$375 juta, siapa penulisnya dan berapakah jumlah sumbangan yang telah diterima Najib, tidak pula mereka mahu komen.

Dan kenapa baru sekarang mereka pula yang beria2 sokong setelah sekian lama disimpan ? Adalah tu .... nak cover line !

Menteri multimedia, Salleh Keruak ada mengulas pendedahan terbaru WSJ di artikel terbaru ( KLiK ) beliau. Biasanya selepas Salleh tulis, akan adalah beberapa blogger yang copy paste. So adalah lebih baik kita komen terus dari sumbernya.

Pertamanya, Salleh kata Najib telah diserang hebat oleh media, dibicara dan didapati bersalah oleh media.... dan Najib pula yang terpaksa buktikan dirinya tidak bersalah

Sejarah membuktikan yang Najib segera menyalahkan Tun Mahathir sebagai dalang disebalik pendedahan WSJ tahun lepas, kemudian hanya sebut yang beliau tidak menggunakan duit awam untuk kepentingan peribadi. Seterusnya Najib DIAM MEMBISU  ..... tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan WSJ itu.

Rakyat pula seperti ditipu kononnya Najib mahu saman WSJ sebagai bukti beliau berani kerana benar tapi setelah berpuluh Selasa berlalu, habuk pun tadak !

Dalam Najib diam itu, cai2 beliau berusaha menafikan tuduhan WSJ itu dengan pelbagai alasan yang mereka sendiri fikirkan. Muhyiddin dilucutkan jawatan Timbalan PM sebab banyak bertanya tentang RM2.6 bilion. AG di lucutkan jawatan kerana dikatakan dalam proses membuat pendakwaan terhadap Najib dan digantikan dengan AG baru yang kemudiannya menetapkan tidak ada kes terhadap Najib.

Badan penyiasat dan PAC diganggu tugas mereka .... SEMUANYA kerana isu RM2.6 bilion !

Alih2 Najib mengaku ADA terima duit itu ...  mereka yang duk pertikaikan kesahihan dakwaan WSJ dulu tu dan bermatian mempertahankan kesucian Najib, tak terasa hancing ke ?

Standardlah mereka mana ada malu punya .... kalau musuh buat silap sikit, bersungguh2 mereka akan serang tapi kalau mereka dan Najib berulangkali buat silap .......?

Contoh kekantoian besar Najib :

- tidak mengaku akan dakwaan WSJ tapi kemudian akhirnya mengaku pula

- Menipu dalam Parlimen konon wang tunai ada di Singapura. 

- LARI dari berdepan dengan Tun Mahathir semasa Nothing To Hide dan LARI dari berucap di forum antarabangsa mengenai rasuah ( IACC ) di mana kita adalah tuanrumah

- Masih tidak mengaku 1MDB itu RUGI dan tak mendatangkan untung satu sen pun kepada negara hingga terpaksa jual aset negara kepada pihak luar untuk bayar hutang

- Masih tidak jawab isu RM42 juta SRC yang dibuktikan oleh AG masuk ke dalam akaun peribadi Najib

- Dan yang terbaru adalah pendedahan WSJ tentang perbelanjaan super mewah oleh Najib Rosmah semasa bercuti di luar negara .... MANA DAPAT DUIT JUTA2 ITU ? 

- Bercuti shopping sakan dalam rakyat negara ini berdepan malapetaka banjir besar !

Bersandarkan semua di atas itu, Salleh Keruak masih boleh hairan kenapa rakyat tidak mempercayai Najib ? ? ?

Yang paling kuat hujah adalah bersandarkan undang2 sendiri -


“Suapan” ertinya –

wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan

Dan mereka yang melakukan perkara2 di atas adalah dianggap bersalah dan terpaksa membuktikan diri masing2 tidak bersalah !

 Seksyen 50 pula menyatakan -

Seksyen 50: Anggapan dalam kesalahan tertentu


50 (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima…., suapan itu hendaklah dianggap telah diterima…. secara rasuah melainkan jika akasnya dibuktikan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Datuk Mustafar Ali ada berkata tahun lepas -

"Kita kena lihat konteks secara keseluruhannya, siapa yang memberi, kepada siapa diberikan, apa kegunaannya, apa pengaruh digunakan dan sebagainya. Ia mempunyai favour dan disfavour.

"Jadi, semua ini bukan sahaja diperjelaskan dalam akta, tetapi juga diperjelaskan dalam lunas undang-undang sebab undang-undang itu kita perbincangkan di mahkamah termasuk apa bentuknya, niat dan perbuatannya,"
( KLiK )



Nak bincang di mahkamah ? Hahahaha ..... tanya AG kenapa dia tak mahu 'bincang' di mahkamah. 

OK Salleh Keruak ? Anda faham kenapa Najib diadili oleh rakyat di mahkamah rakyat ? Sebab utama, Najib sendiri yang tidak berusaha mahu membuktikan dirinya tidak bersalah !

                                ****************************************

Keduanya Salleh mempertikaikan dakwaan WSJ yang memperolehi maklumat dari badan penyiasat padahal badan penyiasat itu hanya ditubuhkan selepas pendedahan WSJ ..... so mana mungkin WSJ terima maklumat dari badan penyiasat ?


Salleh merujuk kenyataan WSJ yang ini -

“Malaysian investigators scrutinising a controversial government investment fund have traced nearly $700 million of deposits into what they believe are the personal bank accounts of Malaysia’s prime minister, Najib Razak, according to documents from a government probe.”

Well, dari apa yang saya fahami dari ayat di atas, WSJ merujuk kepada badan penyiasat 1MDB, yang telah mengesan duit itu masuk ke akaun Najib.

Lagipun kenapa Salleh cuba alih tumpuan kepada kesahihan dakwaan WSJ sedangkan Najib sendiri dah mengaku memang ada duit itu dalam akaun peribadinya !

Kalau WSJ bersalah dalam mendapatkan maklumat itu, maka saman jer lah WSJ ....... tapi jangan lupa membincangkan 'maklumat' yang dibocorkan itu jika ianya benar dan melibatkan salahlaku jenayah PM.

Salleh tulis lagi -

Now The Wall Street Journal says the money was not from 1MDB after all but was a donation from Middle Eastern sources. And that appears to also be the basis of the recent ABC special report. Even Dr Mahathir no longer talks about stolen money but a donation and he is shifting the issue from where the money came from to how the money was spent.


Boleh Salleh Keruak tunjukkan di mana yang WSJ ada berkata duit itu BUKAN dari 1MDB ? Begitu juga dengan laporan ABC, di mana yang mereka kata duit itu BUKAN dari 1MDB ?  Seperti yang saya tulis di awal tadi, hanya kerana duit itu dari Arab, tidak membuktikan ia tidak datang dari 1MDB !

Kuat spin betullah Salleh Keruak ni ..... 

Salleh berkata Tun Mahathir kini tidak lagi bercakap mengenai kecurian wang tapi sudah bertukar kepada tuduhan bagaimana cara wang itu dibelanjakan ....... 

Untuk pengetahuan Salleh, saya ada rakam kenyataan Tun Mahathir dari tahun lepas lagi yang membuktikan Tun Mahathir konsisten mempertikaikan gaya hidup mewah keluarga Najib yang tidak mungkin ditampung oleh gaji Najib sebagai PM. Yang timbul sekarang adalah pendedahan secara detail/terperinci tentang perbelanjaan mewah itu. 

Pendedahan itu mengejutkan semua orang di dunia, maka logiklah kita pun bercakap mengenainya. 

Tapi apa jawapan Salleh tentang cara pembelanjaan mewah najib Rosmah itu ? Tak dijawabnya pulak ...... Betul ke ? Kalau betul, mana Najib dapat duit sebanyak itu ? Betul ke cerita tentang kredit kad Najib itu ? Siapa yang masukkan duit puluh2 juta supaya mereka berdua boleh berbelanja mewah sebegitu ?

Kenapa tak di jawab persoalan2 itu ? 

Salah pulak di mata Salleh kalau kita bertukar topik dari bertanyakan tentang punca duit kepada cara duit itu dibelanjakan .... dua-dua pun kita tetap tanya selagi tidak mendapat penjelasan yang boleh diterima akal dari Najib.


Akhir sekali Salleh kata pihak yang menfitnah Najib harus memohon maaf ....... 

SIAPA yang FITNAH Najib ? Tunjukkan yang mana fitnah ? Untuk buktikan dakwaan itu sebagai fitnah, kenalah tunjukkan yang sebenarnya bagaimana. Malangnya Najib PENAKUT untuk tampil beri penjelasan.

Rakyat berpeluang untuk dapatkan kepastian yang mana benar dan yang mana salah jika kes dibawa ke mahkamah tapi AG sudah menafikan peluang itu. 

AG dan kerajaan Najib hanya tahu MEMAKSA rakyat supaya terima keputusan Najib tidak bersalah tanpa memberi sebarang bukti atau penjelasan. 

Siapa yang TIDAK ADIL di sini ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 4:52 AM

Najib pun dah rekod rosak macam Anwar jugak dulu. Semuanya konspirasi. Semuanya salah Tun Mahathir. Cakap berjam2 mengaku diri tak bersalah, tapi mengelak menjawab soalan yg penting. In Anwar's case, mana jam Omega? In Najib's case, where is the money? Takkan US$1b dah habis belanja kot?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 6:03 AM

Toksah spin la saleh kruaks..

Najir rajak sendiri seolah olah akui itu ialah hasil money laundering.

Paling tak boleh blah ialah kononnya 'bukan untuk tujuan peribadi' tetapi belanja bukan main mewah. Jangan lupa anak kawin pun membazir giler.

Pasal surat tu..ingat tarikh dan tgk isi surat la saleh kruaks. Wsj atau sr cakap ada duit masuk akaun peribadi dan IA DATANG DARI 1MBODO tu..donations whatsoever itu HASIL DARIPADA MONEY LAUNDERING. itu yang akhbar tu cakap.

Ada sape2 tak boleh ajar si saleh kruaks dan konco2 najip pasal money laundering?

Nak 'bersih suci'kan duit yg disonglap..cukup jadikan ia sbg derma..sedekah...tanggungjawab korporat..waima non profit hasil jual spender pun...hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 7:28 AM

Bro....teman nak kongsi komen yg teman  post di blog lain baru2 ni....rasanya sesuai dgn tajuk ni.

Kalau diri dah kaya dapat duit free berjuta kenapa tak gunakan duit tu utk bayar hutang negara??  Kan duit tu BERLEBIH-LEBIH.

Kenapa rakyat DITEKAN suruh bayar GST, naikkan cukai, naik tambang pengangkutan awam, tarik sesetengah subsidi.......walhal pada masa yg sama pemimpin ada duit simpanan yg MAHA BANYAK...??

Apa salahnya duit tu digunakan dgn lebih BERTANGGUNGJAWAB utk kurangkan hutang negara supaya rakyat tak payah tanggung TEKANAN hutang tu.

Bagi seorang PEMIMPIN YG BERAGAMA ISLAM walaupun duit tu dikatakan duit DERMA.......seorang pemimpin tu TIDAK BOLEH guna wang tu utk diri dan keluarganya........sebab duit tu dapat atas sebab JAWATAN NEGARA yg DISANDANG.   Kalau tak jadi org politik, cuma jadi org biasa takkan ada org nak bagi duit berjuta-juta.   Jadi pemberian tu ialah ATAS SEBAB dia MENJAWAT jawatan negara.   Di situ sudah ada TANGGUNGJAWAB yg WAJIB digalas.

Pada PEMIMPIN yg MENGAKU PERJUANGANNYA ialah utk AGAMA, bangsa dan tanahair..........SILA BACA KISAH TAULADAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB tentang HADIAH kalung yg isterinya dapat:-

Pernah pada suatu masa Khalifah Umar Al-Khattab melihat isterinya memakai seutas kalung, sedangkan Khalifah Umar tidak pernah membelikan isterinya kalung seperti itu.

Kemudian Umar bertanya isterinya, "Dari mana kalung itu kamu PEROLEHI? Isteri Umar menjawab, "kalung ini saya peroleh dari isteri Raja Romawi yang memberi HADIAH semasa datang berkunjung ke mari tempoh hari".    Lalu Umar perintahkan isterinya MENANGGALKAN kalung itu utk dihantarkan ke BAITUL MAL.

Umar berkata, "kalung itu adalah HAK NEGARA".   Lalu jawab isterinya, "saya kira bukanlah hak negara kerana ia adalah satu HADIAH kepadaku."

Kemudian Khalifah Umar menegaskan kpd isterinya,  "ketahuilah bahawa kamu menerima hadiah itu KERANA kamu ISTERI KHALIFAH.   Kalau kamu bukan isteriku tentu TIDAK AKAN DAPAT hadiah tersebut.   Lihatlah berapa ramainya wanita Arab di Madinah ini, namun tak seorang pun yang dapat hadiah semacam itu, bukan?"    "Isteriku, jika kamu berkeras, kamu putuskanlah sama ada kamu pilih Umar bin Khattab atau pilih kalung itu."

Akhirnya isteri Khalifah Umar ra. menyerahkan hadiah kalung tersebut dan dihantar ke BAITUL MAL kerana Umar telah memutuskan bahawa ianya adalah HAK NEGARA.

Siapa yg berani nak SANGGAH  kisah Khalifah Umar ni??

Janganlah PILIH utk MENGIKUT AGAMA pada MASA2 TERTENTU saja.  Memang manusia tak sempurna, hal2 yg melibatkan keluarga tu lantaklah.......itu sendiri yg tanggung.........tapi dlm hal yg melibatkan KEWANGAN NEGARA wajiblah AMANAH dan JUJUR sebab ini melibatkan RAKYAT.

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2016 at 8:23 AM

Kalau itu lah yang menjadi hujah baruah baruah Najib, kenapakah Apandi dobi menyebut derma itu datang dari salah seorang anak Raja Abdullah tanpa menyebut nama nya. Adakah Abdul Aziz Al Saud anak Raja Abdullah?.
2. Kenapakah baruah baruah Najib tidak tunjukkan surat dari pihak Najib yang menyatakan terima kasih dan baki derma telah dipulangkan kepada keluarga diraja tersebut.
3. Kalau betul lah 1MDB bersih dsaperti sehelai kan putih, kenapakah pegawai pegawai kanan bank BSI dan GOLDMAN SACH di pecat termasuk juga AMBANK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 10:57 AM

Excuse me Mr. Keruak, as you were saying? Can you spin that one more time around? The UK, USA, HK, Sing., and Lux. are too busy investigating into the truth of the matter - than to entertain sycophantic spinoffs.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 11:03 AM

Saleh keruak ni ayam najib siapa yang makan dedak automatik akan jadi ayam peliharaan najib kalau dah berstatus ayam tu paham2 aja lah aku bukan nak hina tapi fakta nya sudah macam tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 11:53 AM

Din,

My son, a law graduate from Adelaide, Australia asked me were salleh, azalina and nazri real lawyers who have received legal training? I asked why....he answered that reading their respective statements on validity of letter from a saudi prince exonerating najib, RM2.6 bil donation could not be discussed due to subjudice and homing on mahathir and the gang (AWSJ, ABC, Lim Kit Siang etc etc) in the fall out of najib pointed to a glaring fact that they did not understand basic law which were supposed to be understood by legally trained individuals.

The prince's letter could only be accepted as documentary evidence if the writer could attest and testify this in court. On subjudice issue, was the case currently be heard in the court? On mahathir taking the lead is common and only natural. There is no malice but his right to voice out his frustrations.

Smart son

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2016 at 2:34 PM

Wahai setongkol Najib sekalian....Janganlah kamu jadi bangang, bahalol, pekak dan tuli....

Sudahlah pemimpin kamu tu tak dak teloq...tak tau malu...tak dak maruah....kamu tambah tambah lagi dengan skrip tolol tak tentu hala pulak...

Manusia "Normal" dapat membezakan antara fakta dan auta.

1. Sah dan terbukti Najib terima wang masuk dalam "Akaun Peribadi". Ini perkara pokok!...

2. Najib tak pernah berterus terang malahan mengeluarkan kenyataan "tidak benar" dalam Parlimen. Rakyat berhak untuk diberitahu yang sebenarnya....kalau tak mau bagitau...jangan mendabik dada mengaku sebagai "Perdana Menteri Rakyat".

3. 1MDB memang hancus...dari awal hingga kini...soal bayar hutang itu memang tak boleh lari...tapi bukan bermakna hutang selesai segala salah tadbir urus juga selesai...tutup buku...TAK BOLEH!...Hakikatnya "HARTA NEGARA" tergadai untuk melangsaikan hutang 1MDB. Siapa bertanggung jawab?

4. Najib diadili oleh mahkamah "Public Opinion"...Salah siapa?...Kalau Najib membisu...dan kamu kamu pembodek pula yang mengeluarkan kenyataan yang berputar belit...itu bukan jawapan!...

Kalau najib ingin bersih...Ayuh!...silakan ke Mahkamah...Samanlah WSJ, Sarawak Report, ABC,The Edge malahan Tun Mahathir pun boleh disaman kerana "memfitnah".
Silakan!....anak jantan...

Kalau Najib tak mau saman...apa salahnya kamu kamu pelindung, penjilat dan pembodek memulakan saman....apa takut...demi membela dan mensucikan bos kesayangan kan!...

5. Segala "Tuduhan dan Pendedahan" oleh agensi berita dan penyiasat luar negara bukan mengaibkan Najib sorang...

MALAYSIA DAN SELURUH RAKYATNYA TURUT SAMA MENANGGUNG AIB.

SIAPA TAK MARAH?...
Dahlah dilaknat pemimpin sendiri sebagai haramjadah dan bangsat...ini kena pulak sama menanggung bau busuk dan aib.

KAMI PUNYA MARUAH!...
Bukan seperti Najib dan kamu kamu penjilat dan pembodek.

SADAR LAH!... jangan jadi tolol, bangang, bongok, bahalol, goblok, paloi...

Mana AKAL kamu?...

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2016 at 4:21 PM

Kalau nak di bandingkan Tun M lebih genius daripada Najib Razak kemana mana dari segi memberi hujah-hujah,jawapan Najib dari awal semua merapu dan tak logik sama sekali,,tak ada standard dengan Tun M,, hidup Tun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 5:20 PM

Itulah..dari awal lagi kitaorang semua dah cakap...KENAPA PULANGKAN WANG DERMA TU? KENAPA TAK LANGSAIKAN HUTANG JE?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 5:22 PM

Mari c&p kisah umar r.a ni dan biar pemakan dedak najip jawab...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 9:54 PM

@Anonymous Eloknya Najib & Anwar ni di kurung dalam 1 sel je. Dua-duanya menyusahkan rakyat je. Mereka punya masalah, rakyat yang jadi mangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 10:50 PM

Diorg tu mmg lawyer... loyar buruk. Ckp besar mcm samseng. Menyampah

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2016 at 1:14 AM

Tahu takpe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 2:23 PM

Buat Maluuu org Sabah jer Menteri KKMM nihh....Rakyat Malaysia tak akan Percaya sampai bila2 selagi Najib tak TURUNNNN....NOKTAHHHHH

Post a Comment