........... Laporan Pac Telah Buktikn Segalanya BENAR ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Laporan Pac Telah Buktikn Segalanya BENAR !

Friday, April 8, 201619comments

Sinar
Semalam PAC telah bentangkan laporan 1MDB di hari terakhir sesi Parlimen. Kalau nak berdebat tentang laporan itu boleh saja, tapi di sessi lain.

Yang paling awal memberi komen adalah Najib dan cai2nya ...... kesemua mereka mempunyai satu misi saja iaitu - Bersihkan Najib !

Malah komen Najib sendiri agak kelakar bagi seorang PM - Pac buktikan Tun Mahathir salah. 

Dan bergeraklah cai2 Najib menjelajah ke serata alam maya mendendangkan lagu Pac Kata Najib Tak Salah ! Tidak ada penyelewengan ! Tidak ada duit hilang ! Nah, amek ko .... hahaha...

Saya percaya ramai yang masih belum baca keseluruhan 106 mukasurat laporan Pac itu. Nasihat saya bacalah. Percayalah, anda akan punya konfiden level yang lebih tinggi selepas baca laporan itu. Kepada pembaca tetap blog ini, anda akan mudah faham dan mampu menghabiskan pembacaan dengan cepat kerana -

Laporan PAC telah MEMBUKTIKAN segalanya BENAR ! 

Pac telah mengesahkan setiap laporan dan dakwaan yang kita buat berkaitan 1MDB selama ini. Baik berkenaan cerita disebalik permeteraian kerjasama 1MDB-Pertrosaudi seperti yang didedahkan sebelum ini maupun minit2 mesyuarat yang menguatkan hujah2 kita.... dan Pac kasi cap jari.

Semuanya BENAR belaka .... kata Pac.

Anda boleh baca ringkasan isu2 yang selama ini kita ungkitkan dan kini telah disahkan oleh Pac di SINI dan SINI. ( kita akan sentuh dengan lebih terperinci di artikel lain )

Jadi kita akan merasa teramat hairan kenapa Najib dan cai2nya mengaku laporan Pac telah membersihkan nama Najib ?

Cuba minta mereka tunjukkan di mana dari banyak2 masalah 1MDB yang Pac kata semuanya OK ?

Di mana yang Pac ada kata tidak wujud sebarang isu penyalahgunaan kuasa atau tidak ada kes songlap wang 1MDB ?

Pac hanya menyiasat setakat ruang lingkup 1MDB saja, setakat menyatakan ADA masalah dengan sekian2 transaksi tanpa melangkah lebih jauh untuk merungkai permasalahan itu.

Contohnya dalam isu pembayaran US$700 juta kepada Goodstar dalam isu 1MDB-Petrosaudi. Pac berhenti setakat menyatakan transaksi itu wujud dan ia pelik. Selepas wang itu dibayar ke Goodstar, apa jadi ? Tidak ada jawapan ....

Begitu juga pembayaran deposit dalam isu Aabar Investment PJS Ltd - Transaksi itu wujud dan ia pelik. Benarkah IPIC yang terima ? Tidak ada jawapan .....

Pac tidak ada sekali pun nyatakan segala transaksi2 pelik yang selama ini kita duk bisingkan, adalah OK.  Jadi macamana cai2 Najib boleh kata wang itu semua tidak hilang ? Tidak di songlap oleh sesiapa pun ?  Sebab Pac tidak ada kata apapun dengan nasib wang itu ! Siasatan mereka terhenti setakat 'rumah' 1MDB. Mereka tidak melangkah keluar dari situ. Apa yang berlaku kepada wang sebaik keluar dari akaun 1MDB, mereka tidak siasat dan mereka tidak tahu.

Pendek kata, Pac telah mengesahkan segala isu2 1MDB yang kita bangkitkan selama ini adalah BENAR !

Tambah memedihkan jika dibaca sebagai - Pac juga sebenarnya telah mengesahkan segala dakwaan Sarawak Report ! ( dalam ruang lingkup 1MDB )

Kita menantikan laporan Pac untuk mengesahkan apakah cerita dan dakwaan oleh SR benar atau palsu dan kita juga mahu tahu maklumat mana yang telah diubahsuai sebagaimana didakwa cai2 najib ..... tapi Pac pula mengesahkannya sebagai BENAR/

Makanya saya lihat keterujaan Najib dan cai2nya mengeluarkan kenyataan semalam adalah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa Pac telah menyucikan Najib dan 1MDB dari sebarang dakwaan salahlaku.  Mereka sebenarnya panik !

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 1:38 PM

Itulah yang pelik tu..

Blongang2 najip nampaknya saja je nak bermain persepsi kononnya najip tak salah...tun m yang salah. Apakah blongang2 najip tu dah terlalu banyak makan dedak haram sampai terlupa bahawa semua kenyataan pac itu TELAH MEMBUKTIKAN SEGALA PENDEDAHAN DAN DAKWAAN OLEH SR..WSJ DAN TUN M ITU ADALAH BENAR BELAKA.

blongang2 najip bolehla tipu golongan bangang mcm depa..tapi rakyat bukan calang2 skrg ni..ramai yang cerdik dan tahu menilai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 1:43 PM

Dan laporan PAC juga telah membuktikan bahawa najeeb, arool dan semua pemakan dedak yang lain adalah PENIPU BESAR sebab dari awal dulu mereka mengatakan 1mbd ok sahaja. Padahal laporan PAC menunjukkan sebaliknya. Betul tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 3:16 PM

Seperti saya nyatakan dahulu lapuran pac adalah untuk mensucikan najib sebelum PRN Serawak. PAC telah menyempurnakan misi itu. Ianya tepat sebagai mana didiga iaitu sebelum PRN Serawak. Kini Najib boleh gunakan pencucian pac untuk kempen PRN. Tidak semua orang akan membaca dan mampu menghadam 106 mukasurat lapuran pac tersebut. Apatah lagi seekor kambing hitam yang enggan bersekongkol dengan ternakan najib telah ditemui dan mampu dijadikan korban untuk dipersalahkan di atas semua kes salah tadbir urus itu. Maka kejalahlh najib sebagai manusia paling suci di abad ini walaupun dunia mentertawakannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 3:16 PM

Nasibnya Ahjibgor dia seorang yg menteri kewangan, dia pun penganjur 1MDB, lagipun perdana menteri. Mama dia nak tolak tanggung jawab kesalahan dan penyelewengan kepada siapa pula? Mungkin cikgu tadika nya dulu yang kurang ajar kepada dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 3:18 PM

Laporan PAC boleh dapatkan disini
http://www.parlimen.gov.my/pac/laporan-mesyuarat-pac.html?

Hansard Laporan PAC boleh dapatkan disini
http://www.parlimen.gov.my/pac/hansard-pac-list.html?

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2016 at 3:33 PM

Hanya Suruhanjaya DiRaja saja yang mungkin dapat merungkai segala persoaalan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 4:25 PM

Mengapa laporan audit diOSAkan?

Jika nak tahu kebenaran..mesti rujuk laporan audit itu. Jangan lupa...dua firma audit ernst and young dan kpmg telah ditamatkan perkhidmatan sebab mereka tidak mahu bersetongkol..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2016 at 4:33 PM

Salam Bro

Jenuh juga baca laporan PAC tu....

Tapi pandangan saya...

1. Laporan tak terperinci...takde forensic audit terutama berhubung keluar masuk wang. Siapa "Authorised Signatories" setiap akaun bank sama ada 1MDB atau JV co. Ini adalah standarad dalam pengurusan syarikat.

2. BOD dipersalahkan dan CEO Sharol pemain utama. Mengikut semakan saya BOD telah melaksanakan tugas mengikut apa yang sepatutnya...tapi ada kuasa yang "Overide" BOD...Sharol adalah dibawah telunjuk "Kuasa" ni...contoh

Page 32 :
"Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral
memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset
syarikat usaha sama tersebut kerana Pengerusi Lembaga Penasihat
tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga
Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai
pemilikan syarikat usaha sama."

3. Sharol memang salah sebab ikut telunjuk "Kuasa" diatas...dan BOD juga di persalah kerana mereka memang bertanggung jawab dalam urus tadbir syarikat.

4. Kenapa tak disentuh peranan Lembaga Penasihat?...hanya menyalahkan BOD kerana tak buat laporan bertulis kepada Lembaga Penasihat...Nak tulis apa kalau BOD udah di overide....

5. External Auditors - PAC kata semua Laporan Audit luar lulus tanpa "qualification"....iaitu lulus cemerlang (Page 65)

Tapi sebaliknya banyak persoalan kritikal yang dibangkit oleh juruodit (EY & KPMG - lihat page 65 -71) tidak dijawab. Pertikaian juruodit ni dijadikan alasan untuk menukar Auditor. Sekarang Deloitte meluluskan akaun 1MDB tanpa ragu...maklum dalam Deloitte tu kan anak tuan punahsihat!...

5. Kenapa Laporan Ketua Audit Negara (KAN) tidak dibentang bersama laporan PAC ni?...Masih di OSA lagi...disitu munkin ada butiran terperinci yang tak boleh dikeluarkan...munkin ini akan menjejas penyiasatan lanjut pihak penguasa...harap-harap begitulah...there might be some cases of wrongdoing yang boleh disabitkan di Mahkamah...

Perkara pokok:

a) Najib terima duit dalam akaun peribadi.
b) Sharol dan BOD jadi kambing hitam
c) AG tetap membisu

Tunggu laporan agensi antarabangsa yang pasti meletop dengan butiran....selama ini agensi agensi luarnegara cuma buat fitnah je...tapi PAC confirm fitnah tersebut...yang jadi kambing...si Sharol....

Paloi...Tuyuk....
School High High Stupid Never Finish.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 4:38 PM

Salam Bro Din.
Kalau benar Laporan PAC boleh dipercayai -
DUA PERKARA INI MESTILAH DISERTAKAN?

1) Laporan Akauntan General yang diketuai oleh Tan Sri Ambrin Buang mestilah disertakan sebagai rujukan. KENAPA MESTI KLASS KAN DIBAWAH AKTA RAHSIA RASMI. Bukankah 1MDB milik kerajaan kenapa setiap perbelanjaan kerajaan mesti dirahsiakan.

2) Adakah Laporan Akauntan General telah merangkumi siasatan hingga lepas sempadan? Kalau belum siasatan mestilah menyeluruh hingga melangkaui lepas sempadan. Sebagai contoh macamana wang USD100 juta boleh sampai kepada REZA AZIZ untuk membiayai pembuatan filem porno.

So Najib and the geng. The game is not over yet.

Mohon pencerahan dan ulasan in your next article Bro Din.

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2016 at 4:55 PM

Bro Din....cover najib dan cai-cai dia ni sebenarnya versi untuk orang kampung yang kurang baca internet, cuma dok terbiasanya baca BH, Utusan dan Kosmo, tengok berita TV3 dan RTM...depa ingat orang kampung semua bodo dan bangang macam pemakan dedak bercampur kencing PM.. yang tak tau menilai...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 5:02 PM

dgn laporan PAC maka jibby dan 1mdb kini di istiharkan suci murni..tapi duit 42b eh bukan 50b hangus..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 6:24 PM

Memalukan boleh pulak najib kata dia tak bersalah tun yang bersalah bodoh tahap tertinggi pm ni ayam najib jadi terlebih bangang ikut angguk.

Sudah banyak tahun ayam2 najib pertahankan 1mdb bersih & tun pendengki sekarang terbukti 1mdb tidak bersih ayam najib mau swing apa lagi bodoh ker apa akai ada taruk kat mana? sampai bila ayam2 najib mau jadi dunggu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 7:13 PM

Salam Bro Din dan semua pembahas
Setelah meneliti laporan berkenaan, saya merumuskan seperti berikut: Sebelum PAC bersidang pihak pengurusan sudah merasakan telah berlku salah urus 1MDB, jadi saya berpandangan mereka telah bersepakat untuk menjuruskan pada seseorang untuk mengambil tanggung jawab terhadap salah urus tersebut bagi melindungi semua yang lain kerana adalah lebih mudah untuk meletakkan salah laku pengurusan pada seorang individu dari meletakannya pada ramai orang. Orang yang seorang ini akan dijadikan kambing hitam untuk melepaskan ramai yang lain.
Sama seperti kes Altantuya, yang menjadi kambing hitam adalah dua orang anggota polis berkenaan sedangkan yang lain terlepas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2016 at 9:33 PM

Eh? Masih ada yang percaya dengan PAC cari makan tu?

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2016 at 10:27 PM

Jangan kan rakyat,,Syaithan pun tak percaya dengan PAC,semua laporan palsu dan tak lengkap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 12:34 AM

Pac lapor 1mdb memang salah dalam tadbir urus sehingga berhutang lebih rm42 billion. Hutang yang dibuat tu untung atau rugi? Selalunya bila tak mampu bayar hutang rugi. Ceo kata dia tak salah dalam tadbir urus 1mdb. Kalu ikut najib, air liur dah boleh jadi fakta dan dipercayai terutama cai. So salahnya tdm la. Tdm bertanggungjawab sepenuhnya. Salah apa tdm tu? Salah beri sokongan kpd najib utk jadi tpm dan pm. Maka terwujudlah 1mdb, apco, konsetan, makmal dan pelbagai si basi. Tu kira yang mudah untuk cari kambing golek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 4:01 AM

Jika syarikat ditubuhkan utk menjalankan akitiviti yg salah maka dari A sampai Z semuanya mepakukan kesalahan dan tahu yg dilakukan itu salah. sehabuk pun xda yg betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 7:16 AM

Din....dari awal lagi kita dah tengok bermacam2 alasan dan tindakan dikenakan bila berkait dgn 1MDB ni.

Kalau semua bersih dan maha suci perlu apa nak pecat org, tukar org sana sini, block SR dab blog2 yg mengkritik 1MDB, tangkap reporter 4 Corners dan bermacam kejadian yg pelik2 yg masih jadi tanda soal dlm kepala org2 yg WARAS. Itu belum lagi mengambil kira kata2 dari Nazir Razak sendiri.

Kalau dari mula lagi dah memang maha bersih tentulah semua tindakan di atas tak perlu dibuat sebab semuanya TELUS, LURUS dan tentunya tak ada apa yg nak ditakutkan.

Tentunya dari awal lagi segala bukti2 sahih yg dapat membuktikan semuanya BERSIH dari kemungkaran akan dibentangkan tanpa alasan dan tagguhan.

Bagi rakyat yg WARAS mereka akan kaitkan semua tindakan2 negatif mengguna logik akal (common sense) dgn kesimpulan jawapan terakhir.

Din.....mereka yg luas fikiran dan pengetahuan memang susah sangat nak terima kesimpulan yg dibuat. Tak kena dgn common sense dan perkiraan org yg waras.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2016 at 1:48 PM

Ya paling lucu dari Laporan PAC ni ialah:

All references made to the PM SHOULD BE CHANGED TO FINANCE MINISTRY...

(Semua rujukan kepada PM hendaklah ditukar sebagai "merujuk kepada Kementerian Kewangan"... )

hahahahaaaa...... dari Najib kepada Najib lah ya..? hahahaha .. pandai betul PAC berusaha utk 'mensucikan' Najib. So, kalau rujukan kepada PM tu dah bersamaan dengan Kementerian Kewangan, sapa yg PAC mahu bertanggungjawab bagi pihak PM? KSU MOF ke? Aduhai.... berapa banyak kambing hitam yg mereka harap utk jadi pak sanggup ni?

Si Shahrol pulak tetap bertegas "there's no wrongdoing under my watch".

Abis tu... buat transaksi yg pelik dan tanpa kebenaran BOD tu tak salah ke?

Kenyataan Najib cukup best! hahahaaaa

"...the report has identified weaknesses in 1MDB's capital structure and management. We must ensure that lessons are learned and action will be taken IF any wrongdoing is found.."

Masih nak guna perkataan 'IF' ?????

Kalau WSJ tak pecahkan perkara ni tahun lepas, agak2 adakah kita semua akan tahu tentang onar 1MDB ni?

Kalau SR tak buat bising, tak berusaha dapatkan maklumat drp Justo... agak2nya berapa banyak lagi harta/khazanah Negara yg akan dijual demi nak bayar hutang 1MDB?

"Hutang bermula pada RM5 Bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42 Bilion berbanding asset yang bernilai RM51 Bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2014 apabila 1MDB membelanjakan RM2.4 Bilion untuk membayar faedah bagi hutang-hutangnya. Pada Januari tahun ini, hutang 1MDB telah mencapai RM50 Bilion berbanding asset yang bernilai RM53 Bilion, apabila 1MDB membelanjakan RM3.3 Bilion untuk membayar faedah hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit). Adalah jelas paras hutang dan faedah terlalu tinggi berbanding dengan aliran tunai syarikat."
Laporan PAC.

So Najib.... masih nak guna perkataan 'IF' ke ???

Post a Comment