........... Kenyataan Menteri Luar Arab Tidak Beri Impak Pun .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenyataan Menteri Luar Arab Tidak Beri Impak Pun ....

Saturday, April 16, 201618comments

FMT

Hari ini cai2 Najib suka sangat sebab Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir kononnya telah mengesahkan RM2.6 bilion itu adalah derma yang tidak mengharapkan apa2 balasan.

Ini yang Adel cakap -

"We are aware of the donation and it is genuine with nothing expected in return. We are also fully aware that the Attorney-General of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing.

"So, as far as we are concerned, the matter is closed," he told Malaysian reporters here on Thursday.- Thestar.

Dan ini terjemahannya -

"Kami sedar tentang derma itu dan ia maemang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa peguam negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di Istanbul semalam.- mkini.


Orang yang sama telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang dana itu merupakan satu bentuk pelaburan dan bukannya satu derma.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia,”

Maknanya, Adel sudah tukar kenyataannya dari pelaburan kepada derma. Dan ditambah dengan ayat we are aware atau kami sedia maklum / kami tahu / kami sedar .

Siapa identiti penderma itu ? Tidak disebut....

Adakah penderma itu orang perseorangan atau kerajaan ? Tidak disebut .....

Apakah ada kaitan dengan 1MDB ? Tidak di sebut ...

Apakah kenyataan Adel itu bersifat pendirian resmi kerajaan Arab atau sekadar pandangan peribadi ? Tidak dapat dipastikan ....



Bukan apa, kita tak nak buang masa berdebat tapi kemudiannya jawapan bertukar lagi. So ... adakah ini jawapan yang akhir ? Anda yakin dengan jawapan ini ? 

Kenyataan yang awal oleh Adel kita padamkan dan terima yang ini saja ? Betul ? Tak nak ubah dah ?

Bagaimana dengan cai2 Najib pula ? Yang sebenar2nya yang muktamad adalah jawapan yang mana ? Derma peribadi atau derma politik ? Nak buat perang ISIS atau nak perang pengaruh Ikhwanul Muslimin  atau hanya nak pastikan Umno terus menang PRU13 ?

Dan Najib tidak guna pun duit derma itu untuk kegunaan peribadi ? Betul ?

Kita pun dah naik bosan dengan pindah2 goalpost ni !  Jadi buat sementara ini kita hold dulu komen sehingga pihak Najib tekan butang pilihan jawapannya. Yalah, yang bercakap semua orang lain, padahal Najib yang terima duit itu buat bodoh jer ...

Kemudian kita perhatikan reaksi dua brader ni -

Setiausaha akhbar Najib,  Sharifuddin Tg Ahmad berkata Tun Mahathir harus bertanggungjawab berhubung kerosakan reputasi Malaysia. Begitu dengan media2 asing ....

Tengku Sharifuddin berkata, kenyataan menteri Arab Saudi itu mengesahkan apa yang dipertahankan oleh Najib mengenai derma RM2.6 bilion dan penemuan pelbagai agensi sah yang menyiasatnya. - Mkini

Boleh namakan pelbagai agensi sah yang menyiasat yang telah membersihkan Najib itu ? Yang kita tahu cuma AG saja ....

Azalina pula kata kenyataan Adel itu membuktikan dana itu bukan datang dari 1MDB.

Beliau berkata sebelum ini, ramai yang mempertikaikan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa wang derma itu datang daripada Arab Saudi, bukannya daripada 1MDB.

Namun, katanya, kumpulan Deklarasi Rakyat terus mengelirukan rakyat dengan menuduh perdana menteri terlibat menyeleweng dana 1MDB.

"Terbaru, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut membuktikan yang perdana menteri tidak terlibat dalam apa-apa salah laku dalam urusan syarikat 1MDB. Jadi siapa yang berbohong selama ini?" - Mkini.
Sekali lagi kita nak tanya Azalina - Tang mana ayat Menteri Luar Arab itu kata dana itu bukan dari 1MDB ?

Kita tidak diberitahu SIAPA penderma itu,  Jadi bagaimana kita tahu yang dana itu tidak punya kaitan dengan 1MDB ? Bagaimana kalau penderma itu adalah salah seorang putera Arab yang pernah terlibat dengan 1MDB ? Tidakkah itu nanti bakal menimbulkan spekulasi wujudnya kaitan dana itu dengan dana 1MDB ? ( Perenggan ini kalau anda nak layan konon wujudnya penderma Arab itu )

Juga pertanyaan kepada Azalina - tang mana ayat dari laporan yang dibentangkan PAC ada membersihkan Najib dari salahlaku 1MDB ?

Apa yang kita tahu laporan PAC langsung tidak sebut apa2pun tentang salahlaku Najib, baik ada atau tidak ada. Sebab PAC itu sendiri masih kekurangan banyak bukti yang tidak dikemukakan oleh 1MDB. Ini bermakna laporan itu masih tergantung. 

Pendek kata - Laporan Pac tidak bersihkan nama Najib dan ia juga tidak sabitkan kesalahan Najib secara muktamad.

Lagi menarik, laporan PAC langsung tidak menolak sebarang dakwaan oleh Sarawak Report selama ini malahan ia mengesahkan apa yang SR laporkan !


Dan yang terbaru sekali, kenyataan IPIC membuktikan bahawa berbilion ringgit duit 1MDB telah hilang .... di Tanah Arab. SIAPA yang songlap ?

Point artikel ini, kita boleh nak berdebat tentang kenyataan Menteri Luar Arab itu. Takkan ke mana juga. Sebab kenyataan itu terlalu umum dan tidak ada fakta langsung. Oya kenapa perlu Adel sebut Peguam Negara kita ?

Kalau dulu .... masa isu 2.6 itu baru timbul dan sebelum pendedahan oleh AG tentang dana2 lain yang masuk akaun Najib dan sebelum pendedahan oleh ABC dan WSJ tentang perbelanjaan peribadi mega mewah oleh Najib Rosmah, kalau dulu Menteri Luar Arab itu sebut mungkin ada juga impaknya. Tapi kini .....KALAUPUN kita tolak ketepi isu derma itu, masih banyak lagi isu yang Najib perlu jawab.

Dan kita juga masih menanti pendedahan lanjut dari penyiasat2 luarnegara berkenaan dana 1MDB yang didakwa haram. 

Jangan nanti timbul pula pendedahan baru tentang money trail dari syarikat palsu Aabar BVI ke mana2 akaun lain yang boleh dikaitkan dengan Najib yang mana jumlah amaunnya sebesar 2.6 bilion atau lebih !

Sebab itu malas nak debat kenyataan Menteri Luar Arab itu .... Isu2 Najib ni dah jadi semakin kompleks dan tidak semudah itu ( jawapan umum seperti yang disebut oleh Adel ) untuk bersihkan dana 2.6 bil itu. 

Tunggulah ... tak lama lagi akan ada pihak yang jawab kenyataan Adel itu ... tak perlu kita cepat melatah.

Oya, terfikir satu perkara .... Kenapa brader kita dua orang ni terpaksa menunggu 'bantuan' dari luar sedangkan Najib yang seharusnya punya LEBIH BANYAK BUKTI untuk bersihkan namanya, tidak pula bersuara ?

Penyata Bank kan ada ?

Bab belanja mewah itu pun Najib Rosmah, PMO dan cai2 semua langsung tak jawab ? Dari mana datangnya duit ? Deposit2 selain dari 2.6 bilion pula datang dari mana ?

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 1:49 AM

Din setakat cakap dgn air liur ni org mana yg nak percaya? Kalau dlm mahkamah, cakap2 dgn air liur je tak diterima sebagai bukti. Apa lagi yg bercakap tu org politik yg ada kepentingan.

Apa ingat ni tahun zaman merdeka ke?? Reti ke tak kira kita dah berapa tahun merdeka?? Belajar matematik ke tak?

Kalau nak sangat cakap, boleh cakap, tp sila sertakan bukti hitam putih yg sahih dan relevan.

Tunjukkan bank statement money trail yg berkaitan. Tolong kemukakan bank statement details.

Kita ni berada di tahun 2016, cakap2 dgn air liur ni tak laku lagi dah. Cakap mesti beserta dgn bukti hitam putih yg tulen (original), relevan, kukuh dan sahih.

Rakyat tak bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 7:21 AM

duit belanja tu duit rosmah..kan rosmah menabung dari kecik...

....................
Reply To This Comment ...................
April 16, 2016 at 8:08 AM

Senang cerita, saman saja Sarawak Report, Wall Street Journal, Washington Post, ABC 4corners baru rakyat yakin. Kalau tak berani nak saman yang diluar negara tu saman la TDM, TSMY, Tian Chua dan Mukhriz yang membuat pelbagai kenyataan tentang derma 2,600juta dan 1MDB

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 8:49 AM

Hikayat 1001 jawapan.Itulah yang layak diberi tajuk pada drama yang sedang dilakonkan oleh pm dan kuncu2nya.
Setiap hari saya amat berharap semua ini hanya mimpi
Saya Cuba menipu diri sendiri yang pm kita tak akan buat pekara tak senonoh ini.Tapi sayang ini semua bukan mimpi .
Sekiranya perbuatan tak senonoh yang dibuat pm tak dihentikan dengan kadar segera makfa pakat2lah kita menghitung hari menunggu saat kemampuihan

....................
Reply To This Comment ...................
April 16, 2016 at 11:27 AM

NAJIB...DAMNED YOU !!!...
DAMNED YOU ALL MACAI !!!...

Kepada macai Najib...Boleh tak korang cakap pakai otak?...
Korang semua tak de otak ke?...jangan tunjuk korang punya banggang...bahalol...dikhalayak ramai...
Cakap macam budak budak...budak tadika lagi pandai!...

Terutama yang bergelar menteri tu...korang sendiri memang tak dak maruah...jangan ko musnahkan "Institusi Menteri" Malaysia...Ko paham tak?...Macam ni je cakap..biar ko paham.

"BAPAK dan EMAK" adalah sebuah institusi....Tapi kalau "Bapak dan Emak" tu macam "Bapak Ayam dan Ibu Ayam"...apa jadi?...adakah anak anak akan hormat dengan "Bapak dan Emak" tu?...Tapi hakikatnya "Bapak dan Emak" tetap jadi tonggak sesebuah keluarga!..."Bapak dan Emak" yang baik akan mendidik anak anak menjadi manusia berguna...dan anak anak akan menghormati dan menghargai jasa kedua "Bapak dan Emak"...dan bila mereka dewasa mereka akan mencontohi dan menjadi "Bapak dan Emak" mendidik anak anak mereka....dan seterunya...
Itu adalah institusi"Bapak dan Emak"...ko paham tak?...

Sama jugak dengan institusi "Kerajaan". Kalau Menteri dah jadi macam "Bapak Ayam dan Ibu Ayam"....sape nak hormat dengan korang?....Cakap ikut sedap mulut....mana bukti?...Si Adel Al-Jobori tu pon main cakap je...apa motif dan kejadian disebaliknya kita tak tau...sebab Najib ada bersama dia di Istanbul waktu tu...Najib kan tersohor dengan persengkongkolan dengan pak Arab...si Khadeem...si Tarek...si Husainny...bahkan si arab ciplak mata sepet tu kerabat dia...

Satu soalan yang cukup simple....Korang percaya ke?
Korang percaya cakap Najib?...itu pon kalau dia bercakap...yang pastinya Najib membisu je...tup tup duit masuk akaun...diam je...anjing anjing dia menyalak....

Dah tu WSJ, SR, ABC dll...keluar kenyataan menuduh beliau....Najib cakap "tak de..tak de..itu semua fitnah..." Cakap macam tu je...tanpa bukti....lepas tu pecat sana pecat sini...tukar tu tukar ini...sekat sana sekat sini....
Last last...AG Apandir mulut dia cakap tak de kes...tapi tangan dia tunjuk bukti ade kes!....PAC pulak...yang dipengerusi manusia "Cari Makan"...buat laporan yang juga mensucikan Najib....walhal sebenarnya laporan PAC membuktikan banyak salah laku Najib...tapi Sharol seorang jadi mangsa....

So...Korang percaya tak?...

Si Adel Al-Jobori tu berdolak dalik...
Si Najib tetap membisu...
Si Macai tetap menyalak...
Si PDRM, AG Apandir lagi tidur...
Si Hassan PAC tengah makan....
Si Menteri Menteri...cari teloq yang hilang
Si MT UMNO tersedak dedak

Si FBI, DOJ, Swiss AG dll...sedang siasat...ada bukti!!!

Sorry Bro... marah aku ni tak pandai reda...pemimpin kerajaan kita ni makin sehari makin banggag...stupid never finish...negara dan rakyat diabai...asyik agenda Najib je!...

Ada mata... pandang
Ada telinga... dengar
Ada akal...pakai
Ada mulut...cakap pakai akal

Paloi!...Tuyuk!...






....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 11:28 AM

Dalam konteks 2.6bilion...sprm dah cakap ada kes. Tp habis dibakulsampahkan oleh ag.

Mmg ada elemen rasuah dalam kes itu..najip ada jawatan..digunakan untuk belanja mewah keluarga dan peribadi..

Itu semua termasuk dlm konteks rasuah.

Yang peliknya mengapa cai najip syok sangat? Dah la cakap tok arab tu pakai air liur je...kitorang nak bukti yang detail. Selagi cakap guna air liur je...takde maknanya.

....................
Reply To This Comment ...................
April 16, 2016 at 12:22 PM

Cerita dongeng zaman purba kala.....!!!!!!
Tipu salah tak tipu lagi salah,,jadi semua serba salah..!!!!
Tipah Tertipu
Rakyat Malaysia pun Tertipu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 1:00 PM

1.Bila kita beli emas, ketulinan emas tersebut akan dibuktikan dgn certificate atau document..

2.Bila kita membeli berlian ketulinan berlian tersebut akan dibuktikan dgn "certificate of authentication" dan document ownership..

3.Bila "Utusan Malaysia" dgn yakin menggunakan tajuk berita tentang "Sah Derma Tulin!"..Tanpa memperincikan apa yang "di jamin tulin"..timbul di hati rakyat mungkin tajuk berita sebenarnya membawa maksud.."SAH DERMA TU...LAIN?"..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 1:18 PM

Terrrbaekkk bro...!!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
April 16, 2016 at 1:45 PM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Kepada saya, apa yg disebutkan oleh Pak Menteri Arab Saudi itu adalah 'apa yg dijelaskan PM Najib kepadanya'. Bukankah kenyataan itu juga menyebutkan bahawa Pak Menteri Arab tu buat kenyataan selepas bertemu dgn Najib? Kerana nak jaga hati Najib, beliau pun sebutkan bukti derma itu adalah berdasarkan siasatan AG Malaysia, bukan hasil siasatan dia atau kerajaan Arab Saudi.

Saya boleh bayangkan bagaimana Najib/Rosmah merayu menteri berkenaan menolongnya.... kah... kahh... kahhh.... Biarkahlah si Luncai terjun dgn labu-labunya....
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 4:53 PM

Dari seorang Pahlawan Bugis sudah menjadi Pahlawan Islam.
Dari tinai sudah menjadi unit.
dari derma jadi pelaburan jadi semula derma .
dari pemimpin jadi penipu.
dari Arab sampai ke Tanah Melayu .. jadi gilaaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 5:24 PM

salam

menteri luar arab saudi buat 'text book diplomatic statement'.

boleh rujuk youtube tentang statement dia. Anifah Aman ada sengih sengih kat belakang. reporter tanya. are you aware bla bla bla donation bla bla bla?

Anifah Aman dah brief dia kata AG Malaysia dah siasat dan kata duit tu donation dan case tutup.

so, dia nak cakap AG Malaysia menipu? Anifah Aman menipu?

mesti lah dia cakap, I am aware of the donation with no string attached. (sebijik macam surat 'pengesahan' yang di sain tak tahu oleh Saud Abdul Azeez Majeed As Saud atau Saud Abdul Aziz As Saud).

dia juga cakap, AG Malaysia dah siasat dan kes tutup.

macam biasa, cai najib spin berpusing pusing. macam kenyataan a pandir dulu yang kata kes tutup. cai najib dok bangga akhbar luar negara kata kes tutup. baca tajuk pun salah. diorang cakap AG Malaysia yang cakap. bukan diorang setuju pun.

ini lagi sekali cai najib spin berpusing. Malay Mail online siap tulis tajuk "Memang derma dari kami kata menteri luar arab saudi"

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/derma-kepada-najib-memang-dari-kami-kata-menteri-luar-saudi

dia tak cakap pun dari Raja Arab Saudi. ada dia cakap kat mana mana? takde kan? dia tak cakap pun dari arab saudi.

dia cakap dia sedar (disedarkan/difahamkan), berdasarkan siasatan AG Malaysia, duit RM2.6b tu adalah 'derma' dan kes ditutup.

maksud dia jelas. apa yang dia cakap tu, adalah apa yang Anifah Aman cakap kat dia. bukan kerja dia nak siasat 'derma' tu.

cai najib memang suka spin. rahman dahlan (konon konon kecewa debat batal, orang dah tau game kau le. takde telur mengaku je), dulu pernah tweet, cabar orang kata ada statement bank negara kata ada salah laku? bila ada orang tweet screen capture statement bank negara, spin, tanya screen capture statement AG takde ke?

wei dolmat! tanya AG sama macam tanya kau. baik kau suruh orang tanya rosmah. bodoh nak mampus.

- jiwa kacau-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 6:59 PM

Maaf tanya
Apakah utusan malaysia tu?
Jenama biskut
Produk kecantikan
Papan Iklan
Kertas pembungjus belacan
Jenama tisu tandas ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 7:42 PM

pada saya pun sama ...

berdasarkan fakta yang ada, mmg ada kes untuk siasat najib.Peguam negara diminta jalankan tanggungjawab

Sama ada duit iut dari arab atau mana mana pun. Kita nak pengesahan dari mulut najib serta bukti. Kalau boleh biar dia jawab dimahkamah dan diadili secara bijaksana oleh para hakim.

ini penting sebab majoriti kita sekarang dalam keadaan dimana kepercayaan rakyat terhadap najib PM sudah tiada. Jadi selapas diadli oleh para hakim maka kita boleh buat keputusan sama ada Najib masih layak memerintah negara.

Jika tidak, kita dan negara dalam bahaya kerana diperitah oelh seorang yang bodoh dan tak tahu apa kebenda pun dia buat. Malah setiap perjanjian negara mesti dikaji balik termasuk TPPA.

Anda semua yang sokong najib tak takut ke ada PM macam ni ? Dia tak tahu langsung apa yang dia buat. MENAKUTKAN woi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 8:54 PM

Salaam kalian yg budiman,

BANGUN BANGSA KU MELAYU
BANGUNLAH MELAYU BERSATU
BANGUN LAH MELAYU BERILMU
BANGUNLAH DEMI AGAMA MU.....

Bangsa ku
Ingatlah bahawa lena yg panjang itu amat meletihkan.
Perjuangan MESTI diteruskan malah wajib di tingkatkan. Kita menentang apa yg SALAH demi negara tercinta...demi masa depan anak cucu kita.
Dan ingatlah....
JIKA KITA BERTELINGKAH MAKA KEMBALILAH KPD ALQURAN DAN HADITH....
Dan ingat jugalah
BAHAWA KEBENARAN PASTI MENGATASI KEMUNGKARAN

Kpd saudara najib....
Anda bukan manusia pilihan. Anda telah terpalit dgn segala tohmahan(kononnya). Mengapa tidak bangun menentang? Jika segala laporan2 luar negara adalah fitnah,maka samanlah. Mana maruah anda? Sikap anda itu menunjukkan anda TIDAK LAYAK menjadi pemimpin...kerana seorang pemimpin MESTI BERANI,AMANAH DAN BERSIH dari segala2nya. Anda fikir anda layak? BULLSHIT kata org melayu!
Yg menyalak mewakili diri anda adalah org2 yg anda upah walau pun dgn pernyataan jijik dan bodoh,anda mesti dipertahankan. Kenapa anda begitu bodoh?
SAYA MENENTANG ANDA DAN SEKUTU ANDA...DEMI ALLAH DEMI RASUL DAN DEMI AGAMA

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2016 at 9:24 PM

Setelah difahamkan oleh Najib maka Pok Arab ini pun buat skrip baru. BAgi kami rakyat Malaysia yang kami faham ialah, segala duit dalam Akaun peribadi si Perawan Bugis itu merupakan hasil songlap duit 1MDebek. Yang dikatakan oleh Pandir Ali wang derma dikembalikan merupakan wang rasuah kepada POk Arab agar bersubahat lepaskan Perawan Bugis daripada tindakan undang2. Lagipun segala gerak kerja penipuan telah dibantu oleh syarikat2 palsu POk Arab juga. Mereka ini bersaudara bukan kerana ikatan seagama tetapi seanutan ajaran Cash Is King.. Hebat sungguh kejahatan pasangan NaRos JIbmah ini. Busuk sungguh nama Malaysia di persada antarabangsa jadinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2016 at 2:37 AM

Semua yg di atas.....

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2016 at 12:14 PM

Cakap semua orang pun boleh cakap,, kami mahukan bukti bukti jelas....!!!

Post a Comment