........... Kalau Sendiri Sudah Tidak Punya Maruah Untuk DiPertahankan, Fikirkan Maruah Rakyat Pula ! Boleh tak ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalau Sendiri Sudah Tidak Punya Maruah Untuk DiPertahankan, Fikirkan Maruah Rakyat Pula ! Boleh tak ?

Wednesday, April 6, 201613comments

FMT
Tu dia .... abam kita dah marah ....

Bukan saja WSJ, tapi sesiapa saja yang ada menggunakan / menyebarkan laporan WSJ dalam isu RM2.6 bilion untuk mengkritik Najib, Azalina tuntut supaya memohon maaf !

“Those responsible for launching this investigation on the basis of false documents and reporting must set the record straight. They must apologise for damaging the reputation of the Prime Minister and Malaysia,”

Sebab kata Azalina, WSJ  sudah memperbetulkan/menukar kenyataan mereka yang asal mengenai RM2.6 bilion iaitu dari mendakwa ianya datang dari 1MDB kini menjadi derma dari Arab, yang mana menurut Azalina membuktikan WSJ melaporkan dokumen palsu sebelum ini.

She said that WSJ had corrected its initial version of saying the money found in Najib’s personal accounts had come from the nation’s sovereign fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB), to later saying it was donated by Saudi Arabian donors, which allegedly proved that it had published false documents.

Beberapa pemimpin lain turut berkata yang sama. 

Kalau rakyat berbohong atau membuat tuduhan yang kemudiannya didapati palsu, pastinya akan didakwa mengikut undang2. OK lah tu.

Bagaimana kalau pemimpin pula yang sengaja membuat dakwaan palsu dengan niat untuk mengaburi fikiran rakyat akan sesuatu situasi supaya memihak kepada Najib ?

Sebab kenyataan Azalina di atas jelas merupakan satu penipuan ! 

Bolehkah Azalina dan pemimpin2 yang senada dengannya buktikan di mana yang ada menunjukkan WSJ mengesahkan dana 2.6 bilion itu adalah derma dari Arab Saudi ?

Bolehkah Azalina dan pemimpin2 yang senada dengannya buktikan dokumen mana yang dikatakan sebagai palsu itu ?

Bang, kalau betul ada bukti yang menunjukkan dokumen yang digunakan oleh WSJ itu palsu, tolonglah kemukakan dan kita boleh dengan senang hati settlekan isu ini serta bersihkan nama Najib !

Yang buat isu ini panas dan berlanjutan sekian lama dan langsung tidak menunjukkan ia akan selesai malahan petunjuk yang ada mengatakan isu ini akan semakin hangat adalah cara Najib dan kerajaan menanganinya. Langsung tidak aktif apatah lagi proaktif. Dari hanya WSJ dan beberapa media lain yang memainkan isu ini tahun lepas, kini sekurang2nya 53 media antarabangsa sudah mula melaporkannya ! 

Kalau dibiarkan, tidak mustahil isu 2.6 bilion ini bakal memecah rekod dunia sebagai SATU-SATUNYA isu skandal penyalahgunaan kuasa yang diikuti perkembangannya dari awal hingga akhir oleh seluruh masyarakat dunia ! Macam drama sinetron dunia gitu yang disaksikan secara LIVE .....

Kes2 lain hanya dilaporkan selepas tertuduh ditangkap atau selepas mahkamah menjatuhkan hukuman. Tapi kes 2.6 ini, setiap perkembangannya dilapor dan dikuti oleh dunia !

Malulah wei .....

Cerita bagaimana Peguam Negara kita membebaskan Najib dari segala dakwaan turut diketahui semua dan semua orang di dunia yang mengikuti kes ini akan mempersoalkan, kalau dah bersih kenapa isu ini masih lagi dan semakin panas ?

Bukan saja Najib malahan sistem perundangan dan penguatkuasaan negara kita juga turut menjadi perhatian dunia ketika ini.

Yang pasti, apajua pendedahan selepas ini akan diberi liputan meluas oleh media2 antarabangsa.

So..... kalau benar Azalina boleh buktikan dokumen yang digunakan oleh WSJ itu palsu, tolonglah keluarkan segera ! 

Bagaimana dengan cerita Xavier Justo yang kononnya dapat membantu membuktikan asas cerita WSJ dan SR adalah palsu ? Keluarkanlah ...... 

Kita cuma nak tahu kebenaran saja. Kita juga mahu kes ini diselesaikan dengan kadar segera. Kita tidak mahu nama negara terus menjadi bahan ketawa masyarakat dunia. Kita malu .......

Kalau Najib tidak mahu saman WSJ pun, apa yang menghalang beliau dari berterus terang dan jelaskan pada semua apa yang sebenarnya berlaku ? 


Tunjukkan bukti yang 2.03 bilion itu sudah dipulangkan. Tampilkan siapa penderma itu. Buktikan yang baki yang telah dibelanjakan itu sebenarnya adala dana politik dan tidak disalahgunakan untuk tujuan peribadi.

Setakat cakap saja tak cukup ........ apalagi bila WSJ sudah mula menyenaraikan perbelanjaan2 mewah yang bersifat peribadi sambil mendakwa punya cukup bukti bagi menyokong dakwaan itu.

Nah.... kenapa Najib tidak cabar saja WSJ supaya keluarkan bukti2 itu kalau beliau sendiri tidak sanggup untuk berbuat demikian ?

Rakyat tak kisah siapapun yang keluarkan bukti. Rakyat cuma mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin !

Kalau benar Najib bersalah dan akhirnya berundur ..... rakyat tak kisah pun, asalkan isu selesai.

Kalau benar Najib tidak bersalah dan terus memerintah ..... rakyat tak kisah pun, asalkan nama negara bersih dan kita tidak lagi ditertawakan.

Kenapa masih nak bermain tarik tali ? Pihak media memanglah tarik tali ini permainan mereka. Mereka tidak rugi apapun jika kes berlanjutan lama kerana mereka mengaut untung dari laporan2 mereka TAPI kerajaan yang ikut sama main tarik tali ni APA UNTUNGNYA ?


Bercakap tentang pendedahan terbaru oleh ABC mengenai deposit BARU ke dalam akaun Najib dan pendedahan baru oleh WSJ tentang perbelanjaan mewah Najib Rosmah, kenapa kerajaan masih DIAM ?

Pemimpin2 kerajaan ni faham atau tidak yang RAKYAT SUDAH MULA FED UP ! ? Fed up dengan cara Najib dan kerajaan Najib menangani isu2 ini.

Saya bagi satu contoh betapa bangangnya cai2 Najib ni  ..... Bila saya minta supaya Najib segera tampil jawab segala dakwaan itu, seorang cai Najib boleh kata - Mana buktinya ?

Adoyai ...... Adakah itu bermakna Najib dan kerajaan akan buat bodoh jer dan biarkan saja media antarabangsa berterusan memainkan isu ini dan jadikan negara kita sebagai bahan ketawa dunia ?

Mana buktinya ?  TUNTUTLAH  MEDIA2  ITU  TUNJUKKAN  BUKTI  MEREKA ! Tak payah saman kalau rasa malu. Tapi takkan nak minta mereka kemukakan bukti pun malu ?

Ini bukan permainan politik dalaman negara seperti contohnya pemimpin Dap tuduh pemimpin Umno rasuah, atau pemimpin Pkr tuduh pemimpin Umno songlap duit atau pemimpin Umno tuduh pemimpin Pas jual balak dan sebagainya. Yang dituduh boleh buat tak tahu jer, buat bodoh jer dan jawab - mana buktinya ?

Ini sudah peringkat WORLD ! 

Kalau cai2 Najib sudah tidak punya maruah lagi yang perlu dipertahankan, tapi ramai lagi rakyat Malaysia yang masih punya perasaan malu dan rasa tercabar dengan segala penghinaan ini. So tolonglah fikirkan maruah orang lain kalau sendiri sudah tidak punya maruah !

Hentikan permainan tarik tali dengan WSJ atau dengan ABC atau dengan SR atau dengan Tun Mahathir .... Juga hentikan usaha mengalih tumpuan rakyat dengan isu2 lain.  Kalau nak main isu2 lain pun.... teruskanlah TAPI tangani isu Najib ini SEGERA.

PS - Dengan cara Najib dan kerajaan Najib menangani isu 2.6 bilion setakat ini, terusterang saya katakan, rakyat dah mula syak ada sesuatu yang mahu disorokkan. Lagak mereka seperti lagak orang yang bersalah.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2016 at 3:01 AM

Bangga saya malaysia terkenal di seluruh dunia kerana skandal Dsn.Dan mempunyai Pm yg amat sbr kerana tidak menyaman media asing yg mefitnah beliau.Terror btul la Dsn ni..

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2016 at 7:03 AM

Hujah hujah begini menambahkan kemarahan rakyat yang peka. Ditambah pula kemarahan dan kebencian 33,000 pemandu teksi di lembah Klang yang marah dan benci kerajaan kerana kegagalan kerajaan menanangi masaalah UBER. Angka ini mungkin bertambah kalau dicammpor ahli keluarga mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2016 at 7:15 AM

Memang salah pun. Sebab tu isu ini tak habis2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2016 at 8:31 AM

Din..nak tanya lagi..boleh tak kita saman WSJ bagi pihak PM yang disayangi...PM kita kan bz...sian dia..kita saman WSJ demi mempertahankan maruah PM yang disayangi..possible x Din? hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2016 at 8:48 AM

Sebenarnya isu ini bukan hanya melibatkan soal siapa SALAH atau siapa BENAR..Tapi isu ini telah Tanpa disedari (BERKEMUNGKINAN) melibatkan tentang Hukum ALLAH SWT...

Nampak gayanya sekarang Kepimpinan umat Melayu Islam yg pro kpd PM bukan sekadar ingin MENGUBAH Hukum Manusia tapi mereka sebenarnya sedang MENGUBAH HUKUM daripada Allah swt..Ingatlah, HARAM tetap HARAM..Dalam kes PM ini tiada ruang utk mengaitkan keadaan DARURAT yg boleh MENGUBAH HUKUM Allah swt itu...

Selesaikan isu ini secepat mungkin sebelum BALA yg lebih Besar lagi yg akan Allah swt turunkan, baru kamu semua akan TERFIKIR dan Bertaubat????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2016 at 10:10 AM

Tujuan sebenar cai2 bukan pun nak menjaga maruah rakyat.Abam tahu orang kampung kebanyakannya tidak tahu apa yang sedang viral sekarang .Kebanyakkan mereka hanya tahu apa yang diberitakan ditv dan Surat khabar.Jadi abam tampil dengan gagah beraninya menggertak supaya tidak berbunyi sok sek sok sek takut nanti terdengar orang kampung.
Jadi senang la nak menipu bila ada orang kampung bertanya lebih2 lagi tentang isu terbaru seperti isu najib berbelanja juta2 sedangkan orang kampung bersengkang mata cari rezeki.
Abam sekilas ikan diair susah Ku tahu jantan betinanya.
Sekilas abam buka mulut masih Ku tak tahu jantan betinanya jadi cari jatidiri dulu .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2016 at 10:46 AM

Pada pandangan saya Wisma Putra sudah lama patut campur tangan. Kementerian Luar harus/wajib pertahanankan maruah negara. Banyak agensi berita negara luar yang "mengfitnah" Perdana Menteri Malaysia, sepatutnya negara-negara itu ditegur supaya mengawal agensi media mereka.Kenapa Wisma Putra berdiam?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2016 at 11:01 AM

Puan Azalina ini, dia guna benak kiri ke atau benak kanan bila dia melancarkan lidahnya? Takut-takut dia melontar atas nafsu amarah jua, yang dibela habuan dedak !

....................
Reply To This Comment ...................
Josef
April 6, 2016 at 11:39 AM

Penangguhan 6 bulan utk audit 1MDB mungkin kerana mereka sdg menunggu apakah dakwaan yg akan diambil oleh pihak2 luar terhadap kes ini oleh itu rasanya pihak luar juga sdg menunggu laporan audit dari 1MDB ini kerana jika tiada persamaan dlm laporan audit ini maknanya memang benar ada penyelewengan dalam isu ini jadi dlm masa enam bulan ini kita saksikan apa helah dan cerita baru berkenaan 1MDB dan 2.6 billion ini.Semoga rakyat terhibur dgn kebodohan menteri2 Najib ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2016 at 12:44 PM

Bro din, dah banyak bukti diberikan. Masih bro din tercari2. Semua bukti menunjukkan derma itu pak arab kasi dan wsj itu fitnah dengan bukti air liur dan lidah tak bertulang. Itulah bukti yang mampu cai dedak kasi.

....................
Reply To This Comment ...................
praha2
April 6, 2016 at 2:26 PM

Macam mano tak banggan? Malaysia terkonal. Tapi eden malu lah nak tunjuk paspot den sobab dek scandak ni. Dulu zaman TDM kalo keluar negaro punyo lah mogah tunjuk paspot Malaysia. Malaysia terkonal olih sobab TDM. Eden di Mekkah dan Madinah orang Bangla disano mogah bilo eden cakap dari Malaysia. Jawab dio Dr M bagus. Sebagai saorang insan beragamo Islam TDM dipuji tapi sekarang apo daj jadi kito dikeji olih sobab scandal.@Anonymous

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2016 at 12:59 AM

ini lah contoh mengapa sekolah perlu laksanakan PPSMI n DLP. English Fail! To menteri Jika xtahu maksud perkataan kamus kan ada. Semak apa maksud dia.ini tidak nmpak perkataan Arab je dlm article tu trus buat huraian sndiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2016 at 4:41 PM

Kalau tak salah dah lama meka tunjukkan bukti2 sahih hitam putih utk bersihkan nama. Dah lama meletop bukti2 benar tu macam PETIR. Terutama nak sanggah kenyataan dari WSJ, Sarawak Reprt, Time, Fortune dll yg heboh mengatakan Malaiysia ni penuh dgn kurap RASUAH. Tapi tak ada pon dia org tunjuk bukti hitam putih yg SAHIH tapi cuma tunjuk bukti yg SAMAR2 yg DIRAGUI KESAHIHANNYA.

Takkanlah tak nak turunkan Msia dari senarai no. 2 tertinghi rasuah. Kalau betul ada bukti2 sahih dah lama meka bentangkan dah. Tapi yg banyak kita tengok penangguhan demi penangguhan.....alasan demi alasan.

Cara meka spin dlm tv dan suratkhabar dgn mengambil SEKERAT2 cakap atau kenyataan dari satu2 pihak (tak ambil habis) tu pun nampak sangat menipu.

Kita rakyat ni sedar kita kena tipu, hanya golongan yg ambil bulat2 cakap tv dan akhbar je yg pecaya dgn meka ni.

Post a Comment