........... Kalau 1MDB Tak Boleh DiPercayai, Kenapa IPIC Sain Juga Aset Swap Tahun Lepas ? Mungkin Ini Jawapannya .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalau 1MDB Tak Boleh DiPercayai, Kenapa IPIC Sain Juga Aset Swap Tahun Lepas ? Mungkin Ini Jawapannya ....

Monday, April 25, 201611comments

Ada perkembangan mengenai 1MDB@IPIC yang memerlukan sedikit penjelasan. Ada yang bertanya saya kenapa selepas baru ni IPIC gertak kata tak nak bayar dah hutang 1MDB kerana 1MDB gagal menunaikan bahagiannya dalam perjanjian Aset Swap, tetiba keluar pula kenyataan IPIC akan tetap bayar hutang 1MDB itu ? Adakah IPIC buat Uturn ? Adakah ini bermakna 1MDB tidak bersalah ?

Mkini

Hutang yang dimaksudkan adalah bayaran faedah USD50.3 juta dari bon pinjaman USD1.75 bil yang diuruskan oleh Goldman Sachs yang mana IPIC menjadi penjaminnya.

Nampak ? Kalau 1MDB tak mampu bayar, IPIC selaku penjamin harus bertanggungjawab jika tidak nama IPIC juga akan turut malu.

Perjanjian Aset Swap pula adalah antara IPIC dengan 1MDB dan MOF (kerajaan kita) jadi penjamin. Jadi di sini IPIC mungkin juga mahu menunjukkan satu contoh kepada kerajaan kita apakah tanggungjawab sebagai penjamin jika 1MDB kantoi tak mampu bayar hutang.

Jadi USD50.3 juta itu akan dituntut juga oleh IPIC daripada 1MDB dan kerajaan sebagai penjamin. 

Saya bagi contoh ya -

A beli kereta dengan pinjaman dari bank tapi bank tak percaya.kepada kemampuan A untuk bayar balik. So A buat perjanjian lain dengan B supaya B jadi penjamin pinjaman bank itu.  Standardlah kalau A kantoi, sebelum bank pi cari B dan memalukan B di mata jiran, lebih baik B tolong jelaskan hutang A pada bank.

A dah nak bangkrap, so A buat satu lagi perjanjian dengan B. A mengaku dah tak mampu nak bayar hutang bank. B kenalah bayar semua baki hutang2 A itu dan A janji akan berikan hartanya yang sama nilai kepada B. Kalau tak cukup juga, B boleh ambil bini A sekali buat jadi hamba abdi.

Jadi sekarang, jika anda jadi adik beradik A, apakah anda akan setuju A serahkan bininya kepada B sebagai sebahagian tukarganti hutang A kepada B setelah anda tahu bini A kaki boros, kuat kontrol laki ?

Ish, melalut la pulak ......  contoh last itu tidak ada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang sudah mati, ok.

Pendek kata - 1MDB telah memalukan nama negara Malaysia BIG TIME !

Memanglah sudah ada perjanjian Aset Swap dimana IPIC yang akan tolong bayarkan hutang USD50.3 juta itu tapi IPIC telah menghebahkan kepada satu dunia bahawa 1MDB telah kantoi bayar hutang kepada IPIC. 

Sudahlah menjadi mangsa kepada janji manis 1MDB, tapi IPIC juga terpaksa menanggung hutang 1MDB kerana mahu menjaga namanya. 


                                                    *****************************

Sebelum ini kerajaan melalui jurucakap MOF, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari ada berkata yang isu hutang USD50.3 juta itu hanyalah pertikaian perniagaan antara 1MDB - IPIC dan kerajaan tidak perlu campurtangan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berpendapat ia adalah hanya pertikaian perniagaan di antara dua syarikat berkenaan.

"Jadi, ia tidak akan melibatkan kerajaan, tetapi kerajaan mengambil perhatian terhadap isu itu. Pada tahap ini, saya fikir, kita tidak mahu campur tangan.

"Kami membenarkan 1MDB dan IPIC untuk menyelesaikannya di antara mereka," - Mkini.


Saya tidak pasti apakah pihak MOF atau kerajaan ada bersuara sebelum kenyataan di atas itu ? Maksud saya, apakah MOF ada komen apa2 mengenai pendedahan ekoran bentangan laporan PAC di parlimen ? 

MOF ada komen apa2 mengenai kes penipuan besar bilamana duit 1MDB sebanyak RM14 bilion telah lesap ? 

MOF ada komen apa2 tak bila IPIC umumkan perjanjian Aset Swap dibatalkan ? Bukankah MOF juga salah satu pihak yang terlibat dalam perjanjian itu ?

OK, yang ini PENTING untuk kita sama2 fikirkan -

Semasa 1MDB buat pinjaman USD1.75 x 2 dengan Goldman Sachs yang dijamin oleh IPIC dulu tu, apakah kerajaan terlibat sama ? Maksud saya sebagai penjamin ? Tidak dapat dipastikan, kan .... sebab dokumen perjanjian itu tidak diserahkan semasa siasatan.

Tapi dek sebab kepandaian Arul, sudah tidak timbul keraguan bahawasanya kesemua hutang2 itu bersama interestnya kini sudah dijamin oleh kerajaan !

Baca apa yang jelas ditulis dalam perjanjian Aset Swap 1MDB-IPIC :

1MDB and MOF have agreed to perform the obligations contemplated in the binding term sheet and to indemnify IPIC and Aabar for any non-performance, and vice versa. ( KLiK )


Bijak kan Arul Kanda ..... kepentingan IPIC sudah dijamin oleh kerajaan kita.

Mungkin itu sebabnya kenapa IPIC tetap juga mahu menolong 1MDB tahun lepas, bukan sebab Just Unit itu punya nilai atau sebab IPIC masih percaya kepada 1MDB, tapi kerana perjanjian Aset Swap itu sebenarnya adalah satu jaminan dari kerajaan kepada semua hutang2 1MDB.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2016 at 10:46 PM

by 30 June 2016, IPIC is to have received a transfer of assets with an aggregate value of an amount which represents the sum of the Cash Payment, the Assumption of Debt and the Debt Forgiveness.

Nampaknya Malaysia dah mula nak kena penjajahan ekonomi. Terima kasih Mohd Najib dan 1MDB. Bagus jugak tu. Ekonomi kita berkembang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 12:32 AM

aku baca Ganesh kat OSTB tadi & itu le die yang aku faham tapi tak berani bersuara. berkali kali aku baca sebab tulis omputih kan..maklumle tak sekolah tinggi

johari ni pun takkan tak faham MoF tu kerajaan Malaysia la & 1mdb ni syarikat MoF. kalau tak boleh jadi garam jangan jadi langau.

kot lagu mana pun 1mdb & MoF dah default interest payment dan satu dunia dah tahu.

kok ye pun dibiarkan jadi bsngkai apasal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 2:20 AM

Kenapa Husni Hanadzlah kebelakangan ni senyap je...dah kena jahit mulut ke atau dia memang tak bersetuju dgn FM satu DLM menangani 1mdb

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 7:24 AM

Kalau bini macam tu...bagi je la kat B tu..dengan si A bangang tu sekali. Bagi jadi hamba abdi si B.

Supaya saudara mara sepupu sepapat dan jiran2 hidup tenang tak menanggung angkara si A laki bini..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 7:29 AM

Ipic..ko toksah risau la.

Aku ada sumber la nak bayar hutang tu. Ko fikir aku cikai sangat ke? Ko tau tak gst yang aku dapat bilion2 setiap bulan? Nasib baik kat Malaysia ni ramai lagi lembu yang pilih aku jadi gembala depa..hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 7:40 AM

Din, boleh tak misal kata.....kalau A ambik loan, kemudian dia ambik B jadi guarantor, pastu A saja2 tak nak bayar sebab A tahu kalau dia tak bayar, hutang tu akan dibayarkan oleh B. Walaupun A ada duit tapi dia fikir baik dia guna duit tu utk diri sendiri dari dibayar pada bank.....jadi A biar je B yg tolong galas beban hutang tu.

Boleh ke terjadi cam tu Din....??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 9:23 AM

Arul cakap pada The Edge bahawa 1MDB dah default sejak Disember 2015 lagi berkaitan pembayaran balik hutang IPIC sebanyak USD1 bilion. Dia tanya kenapa IPIC tak kecoh time tu lagi?
Saya hairan dan kecewa mengapa 1MDB dengan selambanya tak bayar balik hutang IPIC pada bulan Disember seperti yang dijanjikan? Atau dibayar, tapi kepada Aabar ciplak?
Kedua, mana datangnya duit 1MDB berbilion-bilion semenjak dua menjak ni? Selagi penjualan Edra dan Bandar Malaysia belum selesai dan mencapai financial close, duit pendahuluan tak boleh usik. Gomen ada bagi pinjam lagi ka?
Ketiga, aset yang mana yang 1MDB boleh bagi kat IPIC untuk melangsaikan hutang?
Akhir sekali, Arul dan lembaga pengarah dah buat lapuran polis ke jika syak ada salah-laku berkenaan pembayaran kepada IPIC sebelum ini?

Kembang setaman

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 3:29 PM

Sampai laa ni, setiap kali media perdana melaporkan "menurut 1MDB...." atau " 1MDB menyatakan..."

Hantu mana yang dok beri kenyataan tu?

Nak kata BOD, kita dah tahu sekarang yang BOD sentiasa dibelakangkan dalam segala hal berkaitan urusan 1MDB. Ahli BOD dibayar untuk mengisi jawatan jer agaknya?

Nak kata yang bagi statement tu si Arul, kenyataan yang Arul bagi dalam interview dgn The Edge (eh..eh... bukan ke paper ni yg dituduh menfitnah 1mdb?), jelas menunjukkan Arul terasa dirinya tertipu dengan jawatan CEO tu = This is not what I signed up for... ayat ni jelas menunjukkan perasaan kecewa dia.

Mungkin ke yg buat kenyataan ni ialah sidekicks You-Know-Who?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 7:18 PM

kepada otak lembs yg masih x fahm sila hafal satu benda je "1Malaysia Development Berhad=Kerajaan Malaysia"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 7:19 PM

Bukan Husni je yg senyap, ahmad maslan pun dah membisu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2016 at 7:23 PM

donkey CEO appointed by his shepherd.

Post a Comment