........... Jika Deklarasi Rakyat Melanggar Undang2, Cuba Najib Nyatakan Apakah Cara Lain Untuk Rakyat Meminta Najib Lepaskan Jawatan PM ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jika Deklarasi Rakyat Melanggar Undang2, Cuba Najib Nyatakan Apakah Cara Lain Untuk Rakyat Meminta Najib Lepaskan Jawatan PM ?

Wednesday, April 27, 201614comments

Mkini

Saya tidak menonton ucapan Najib di TV tadi dan sekadar membaca sepintas lalu apa yang dilaporkan oleh media internet. Biasa jer .... Tapi saya agak terkejut baca lapuran Mkini di atas kerana apa yang dilapurkan itu tidak ada dalam mana2 lapuran media lain termasuk Bernama.

Kebetulan transkrip penuh ucapan Najib tadi ada di blog Najibrazak.com dan saya prinskrinkan di bawah -

149. Di persimpangan ini,… kita harus beringat-ingat bahawa, negara kita ini,… negara yang berdaulat, merdeka lagi berundang-undang. 

150. Maksudnya,… kita tidak boleh berbuat sesuka hati, dengan mengajak rakyat bertindak di luar batas-batas undang-undang, rule of law dan apa yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan. 

Termasuklah,… mengadakan deklarasi-deklarasi dan membuat referendum, dengan mengutip tandatangan orang ramai untuk tujuan-tujuan tidak baik yang tertentu. Ketahuilah, saudara dan saudari, semua ini adalah salah dan tidak betul di sisi undang-undang.


Najib tidak sebut secara spesifik Deklarasi Rakyat tapi Najib sepertinya merujuk kepada Deklarasi Rakyat yang kini sedang giat diusahakan oleh Tun Mahathir dan gang Selamatkan Malaysia.

Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib harus menjelaskan dengan tepat apakah yang beliau maksudkan dalam ucapan di atas merujuk kepada Deklarasi Rakyat. Kerana kenyataan itu merujuk kepada satu tindakan yang melanggar undang2.

Mengikut pemahaman saya, ia TIDAK merujuk kepada Deklarasi Rakyat sebab Najib hanya merujuk kepada mengutip tandatangan orang ramai untuk tujuan-tujuan tidak baik yang tertentu. Sedangkan apa yang kita buat ini - Deklarasi Rakyat, tujuannya saya yakin sepenuh hati adalah BAIK, YANG TERTENTU.

Cai2 Najib pastinya akan kata Najib merujuk kepada Deklarasi Rakyat.  

Jadi Najib tidak seharusnya membiarkan kenyataannya dalam keadaan tergantung. Kena JELAS, TEPAT DAN SPESIFIK.

Bila ia berkaitan dengan undang2, ia pastinya akan melibatkan pihak berkuasa. Kita tidak mahu berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Kita juga tidak mahu mewujudkan satu polemik baru dari segi terjemahan apa yang Najib ucap.  Cakap biar jelas !

Kita tidak mahu dengar pandangan atau tafsiran dari cai2 Najib, ia mesti datang dari Najib sendiri sebab dia yang tahu apa maksud ucapannya dan kepada siapa ditujukan ayat itu.

Jika benar Najib maksudkan Deklarasi Rakyat ini melanggar undang2, maka kemukakan undang2 mana dan Perlembagaan mana yang telah dilanggar ?

Saya percaya semua kita tidak akan melakukan sesuatu yang jelas melanggar undang2. Apa yang ratusan ribu rakyat sudah lakukan setakat ini dengan menandatangani Deklarasi Rakyat adalah dengan penuh kenyakinan ianya dibenarkan oleh Perlembagaan dan oleh sistem demokrasi yang negara kita amalkan.

Jangan dibiarkan rakyat dengan tafsiran masing2. Itu tidak bertanggungjawab namanya sebagai seorang PM.

Kenapa tidak Najib cakap saja berterus terang bahawa - Kedudukan saya sebagai Perdana Menteri tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun. Tidak ada ruang langsung dalam Perlembagaan untuk rakyat mencabar kuasa saya sebagai Perdana Menteri.

Saya hanya boleh lepaskan jawatan Perdana Menteri sekiranya parti BN tewas dalam PRU atau sekiranya saya tewas jawatan Presiden dalam Pemilihan Umno.

Kan senang kalau begitu ... sebab kalau melalui usaha Deklarasi Rakyat ini dianggap sebagai melanggar undang2, cuba beritahu apa lagi cara yang ada yang dibenarkan undang2 untuk meminta seorang Perdana Menteri meletakkan jawatannya ?


PS - Mungkin Najib juga boleh jelaskan kenapa sebagai penjawat awam, beliau harus dilayan secara intimewa berbanding yang lain bila bab menerima wang ke dalam akaun peribadi dan senyap mengenainya selama lebih 2 tahun ? Atau menerima wang dari syarikat GLC ke dalam akaun peribadi tanpa penjelasan secara senyap kemudian belanja sakan bersama keluarga  juga secara senyap ... undang2 mana yang kata itu tidak bersalah ?

Itu belum cerita bab 1MDB lagi ...



Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 3:55 AM

By the same token it is CLEAR CUT DAYLIGHT ROBBERY that so much money gets into PM's private account BUT made WORST by him SPENDING via CREDIT CARD PAYMENTS amounting to MILLIONS which by far exceed his capacity judging by his annual salary.....which PM

1- Firstly SILENT
2- Then DENIED
3- But ADMITTED
4- Finally LIE
5- Continued LYING through his teeth....

Please, someone go tell this dud-head CHIEF-Bugis-PIRATE.....it is dead WRONG!!!

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 4:45 AM

Ada ke lg org nk dgr dia, iaitu najib self proclaim warrior berucap? Sy dgr suara pun terus tkr channel. Penipu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 6:59 AM

JAKARTA 26 April - Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin mencetuskan kontroversi apabila membuat kenya­taan bahawa suami di negara ini mengamalkan rasuah bagi meme­nuhi kemahuan isteri yang tamak.

lukman hakim saifuddin
Katanya, seseorang itu mengamalkan rasuah atas pelbagai sebab, namun permintaan melampau ahli keluarga terutamanya isteri, menjadi penyebab utama suami bertindak di luar batasan dan terpaksa me­nerima suapan.
“Saya menasihatkan ahli keluarga supaya jangan membuat permintaan melampau. Kebiasaannya, permin­taan luar biasa dibuat golongan wanita,” katanya seperti dilaporkan akhbar Kompas.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kehidupan mewah isteri golongan elit Indonesia yang gemarkan pakaian serta beg tangan berjenama.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/isteri-tamak-punca-lelaki-amal-rasuah-1.292749#sthash.ILinyTwC.dpuf

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 8:18 AM

Takpelah din, takde byk pun yg dengar sembang bodo najib dlm tv tu. Perembat dedak aje yg melopong mulut tengok tukang tabur dedak tu. Meluat aku!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 8:58 AM

Dia kata deklarasi rakyat untuk dia letak jawatan ialah legally wrong. Dia dan geng merompak, menyamun rakyat dan masa depan anak cucu rakyat tu illegally right kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 10:48 AM

Kalau kita tidak boleh menchabar Perdana Menteri, kita agaknya boleh mengadakan Mahkamah Rakyat untuk mendengar kes Najib dengan peranannya dalam 1MDB. Berita-berita dari luar negeri agaknya boleh dijadikan bukti bukti terhadap kes Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
April 27, 2016 at 11:10 AM

NAJIB!...SHUTTTTT YOUR MOUTH!....
DAMNED YOU!...

Kamu adalah seorang HIPOKRIT tulen...
Tak osah kamu cakap apa apa selagi kamu tak tidak berlaku jujur dan amanah kepada rakyat. Cakap kamu semua BOHONG...Kalau kamu bohong di Parlimen...apakah kamu pikir diluar Parlimen orang akan percaya kamu tidak bercakap bohong.

Kamu PEMBOHONG!...PEMBELIT!...HIPOKRIT!... dan RASUAH!...

Bagaimanakah lagi rakyat hendak menyuarakan isi hati mereka kalau kamu langsung tidak memperdulikan rakyat bahkan menyekat dan menindas mereka yang bersuara menegakkan kebenaran. Kamu tidak melihat sejarah...jatuhnya Malayan Union...Malaya merdeka...semua hasil tekanan RAKYAT...SUARA RAKYAT!...Kalau ko rasa ko cukup gagah...tak usahlah ko dengar suara rakyat...
TAPI JANGAN KO GANGGU APA YANG KAMI BUAT!...Ko buat apa yang ko suka dan kami buat apa yang kami suka...

Satu lagi....

Najib...jangan ko datang ke Sarawak nak menumpang sejahtera rakyat Sarawak konon membantu KM Adenan dalam PRN...Kamu tidak di sukai rakyat Sarawak. You are aliability to CM Adenan. Jangan ko sangka sebab BY kawan baik ko...ko ingat semua rakyat Sarawak macam BY...Bye!...Bye!...

Tahukah kenapa ada peraturan yang melarang poster yang mempamirkan gambar orang luar selain pemimpin tempatan?
Sebab gambar Najib akan memburukan imej BN Sarawak!...Kalau dulu muka PM akan terjentang bersama muka KM...Kini Najib memberi malu dan cemuhan rakyat. Semua pemimpin UMNO tak usah menyebok dalam PRN Sarawak kali ni...Kamu semua berbau bangkai...BN Sarawak dibawah pimpinan KM Adenan sedang mengecapi kemakmuran dan sokongan yang padu dari rakyat.

Jangan datang Sarawak semasa PRN lagi bagus...kami pun taklah menyampah dan menyumpah...

Apa sebabnya?....sebab

Kamu PEMBOHONG!...HIPOKRIT!...dan RASUAH! terang terangan.

KO PAHAM TAK?...

Sorry Bro...aku cukup marah dengan manusia bernama Najib dan juga UMNO...Pengkhianat!...

....................
Reply To This Comment ...................
April 27, 2016 at 12:48 PM

Mencuri .............sudah
Merompak..........sudah
Rasuah .............sudah
Cakap bohong .....sudah
Membunuh.........pun barangkali sudah
Fitnah..............sudah
Saudara/Saudari sekelian adakah jenis pemimpin sebegini yang kita harapkan dari PM,,sekarang kemana saja kita pergi malu sangat-sangat nak beritahu bahawa kita dari Malaysia....mana nak letak muka kita dalam keadaan sekarang....!!! Sebaiknya PM Najib berundur lah you dah gagal takbir Negara ini bahkan PM paling ter buruk prestasi dalam sejarah Malaysia...!! You Have To Go Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 1:40 PM

kalau tak ada deklarasi pun saya tetap nak najib letak jawatan. Itu hak saya sebagai rakyat malaysia. saya memang dah tak suka najib saya nak najib letak jawatan sekarang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 3:09 PM

Semakin melalut dah najib ni undang2 kerajaan langit mana yg dia pakai kata deklarasi rakyat salah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 4:02 PM

Saya pulak baru dengar nama dia kat dlm berita terus tukar chanel tak pun tutup tv terus. Tak de maruah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2016 at 8:29 PM

Dgr ucapannya semalam nak termuntah

....................
Reply To This Comment ...................
April 27, 2016 at 9:56 PM

Najib sudah semakin bingung dan merapu,, dalam tidur ter mimpi-mimpi apa agaknya akan berlaku dan apa langkah penipuan selanjutnya yang harus aku buat....!!!!!
Itulah sebelum buat hal fikir fikir dulu tentang risiko nya......!!!! Undur Najib & Rosmah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 28, 2016 at 1:40 AM

@Anonymous

Hahaha!

Kenyataan dari Menteri Hal Ehwal Agama Indoneia ni "seakan-akan" seperti menyindir "individu2 tertentu"..

Rasa2 nya Si Ajib musibat terasa tak?

Rasa nya tak (kot)..

Post a Comment