........... Isu Aabar BVI Adalah Isu Kehilangan Wang Rakyat RM14 Bilion ! Kenapa Pemimpin Senyap ? Tak Percaya Kepada IPIC ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Aabar BVI Adalah Isu Kehilangan Wang Rakyat RM14 Bilion ! Kenapa Pemimpin Senyap ? Tak Percaya Kepada IPIC ?

Wednesday, April 13, 201617comments


Sejak pengesahan dari IPIC bahawa 1MDB telah bayar sejumlah USD3.5 bilion kepada sebuah syarikat palsu yang mana IPIC tidak punya kaitan, TIDAK ADA langsung respon dari mana2 pemimpin kerajaan ! Kenapa ?

Tidakkah pemimpin2 kerajaan ini sedar akan impaknya kenyataan IPIC itu ?

Tolak ke tepi dulu soal sokong atau tidak sokong 1MDB, tolak ke tepi sentimen politik, isu ini juga adalah satu isu rakyat yang mana sebagai wakil kepada rakyat, pemimpin seharusnya menyuarakan suara hati rakyat.

Kenyataan IPIC itu mengundang satu persoalan utama - Ke mana perginya hampir RM14 bilion wang rakyat yang telah diamanahkan kepada 1MDB itu ?

Didakwa sebagai bayaran kepada IPIC tapi kini IPIC kata mereka tak terima. Jadi SIAPA yang terima ? SIAPA pemilik akaun bank syarikat palsu yang 1MDB telah bayar duit sebanyak itu ? 

Jika IPIC tidak terima pembayaran itu, adakah jumlah dana itu masih perlu dibayar kepada IPIC ? Sebab di pihak IPIC, 1MDB BELUM BAYAR lagi sebagaimana sepatutnya. Dalam akaun IPIC, 1MDB masih 'berhutang' sebanyak USD3.5 bilion ( RM14 bilion ). 

RM14 bilion telah HILANG, DICURI  dan sebanyak RM14 bilion itu terpaksa digantikan oleh 1MDB bagi memenuhi komitmen asalnya. Soal 1MDB telah ditipu dan dirompak wang, bukan masalah IPIC. Itu adalah masalah 1MDB.

Duit RM14 bilion hilang itu satu hal, apakah sekarang HUTANG 1MDB sudah bertambah sebab dalam akaun 1MDB sebelum ini telah dinyatakan RM14 bilion itu telah dibayar kepada IPIC, tapi kini IPIC kata jumlah itu masih belum diterima ?

Dikatakan sebahagian besar adalah sebagai bayaran deposit dan selebihnya bayaran bagi melupuskan option ( mencecah bilion2 ringgit juga ) tapi deposit itu juga dikatakan akan dijadikan sebahagian aset pertukaran dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB dengan IPIC.

Nah .... sekarang aset deposit itu sudah hilang ! 

Dimana lagi 1MDB nak cari RM14 bilion bagi menjelaskan hutang dan bagi menggantikan aset buat tukaran dalam Asset Swap dengan IPIC kelak ? Tinggal dua bulan jer lagi sebelum perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu dimuktamadkan.

Bukankah itu melibatkan duit rakyat juga ? Jangan lupa ..... perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu adalah antara IPIC dengan 1MDB  DAN  KEMENTERIAN KEWANGAN.

Jadi kenapa tidak ada respon langsung dari pemimpin2 kita ? Apakah anda menganggap ini satu isu kecil yang hanya melibatkan 1MDB saja ?

Terbaru, Bung Mokhtar merupakan pemimpin Umno yang pertama bersuara -


Mkini

Adalah juga SATU suara pemimpin kerajaan yang perihatin dengan isu ini. MANA YANG LAIN  ? Selain menyuarakan kebimbangannya akan kehilangan wang itu dan meminta PAC menyiasat semula perkara ini, Bung juga berkata - "Saya akan bangkitkan isu ini pada sidang Parlimen akan datang (bermula 16 Mei),"

Kenapa tunggu satu bulan lagi, suarakan desak melalui saluran dalam parti atau kerajaan kerana ketika itu hanya tinggal SATU BULAN saja lagi sebelum perjanjian Aset Swap 1MDB-IPIC dimuktamadkan. 

Bukan nak kata duit yang hilang itu boleh dijumpai semula tapi kita mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin ! Kita tidak mahu ada kejutan saat akhir.

Kita tidak nampak 'kerisauan' di pihak 1MDB dalam respon mereka kepada kenyataan IPIC itu. Langsung tidak ada keinginan mahu menyiasat perkara ini selain dari mengulangi kenyataan yang 1MDB sudah bayar kepada Aabar BVI.

KLiK

Nada sombong pun ada kalau di baca kenyataan itu ..... Sekarang bukan masanya nak menuding jari tapi seharusnya usaha dimulakan untuk menyiasat perkara ini, kalau boleh BERSAMA IPIC !

1MDB juga seharusnya telah buat lapuran Polis dan meminta pihak Interpol turut bantu dalam menyiasat dalang di belakang Aabar BVI.

Dan jangan lupa siasatan dalaman 1MDB sendiri ..... bagaimana perkara ini boleh berlaku. Siapa yang harus bertanggungjawab ? Siapa yang SAIN ?

IPIC bukan syarikat kecil yang boleh dipermainkan. IPIC syarikat bertaraf global yang berdaftar dalam London Stock Exchange. Kenyataan di LSE itu tidak akan dibuat begitu saja oleh IPIC tanpa siasatan dalaman yang rapi.

London Stock Exhange dan pelabur2 di sana tidak akan menerima alasan2 atau jawapan2 putar belit sebagaimana yang diberikan oleh pihak 1MDB ketika di soal oleh PAC ! 

Dari segi kredibiliti, jauh sangat bezanya antara kenyataan oleh IPIC dengan kenyataan oleh 1MDB.

Bila yang lain2 ini mahu bersuara ?



PS - Duit RM14 bilion hilang dan RM14 bilion perlu dicari untuk ganti .... Tidakkah ini bermakna Isu ini sebenarnya bernilai RM28 Bilion !! ?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 4:42 PM

Serigala bugis berbulu biri
Warisan negeri kian tanggungan ngeri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 4:52 PM

Mintak Menteri komunikasi kalau boleh tolong jawap

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
April 13, 2016 at 5:14 PM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Pada penmdapat saya:
1. Para penyokong Najib dan Pak-Pak Menteri kini sedang terkedu yg amat sangat. Mungkin ramai antara mereka mula sedar bahawa selama ini mereka 'kena tipu' dgn Najib/Rosmah/PMO. Tapi apa nak buat? Nak ngaku, malu dan mungkin akan jadi TSMY - hilang jawatan. Nak diam, makin sebak dada dan mungkin boleh stroke dibuatnya. Mungkin juga mereka kini sedang tunggu 'mandrum baru' dari Tok Moh hebat yg selama ini menjamin bahawa isu 1MDB ni boleh diselesaikan tanpa Najib hilang kuasa.... nantikan ajer lerrrrr.....

2. Dalam ramai-ramai penyokong Najib, nampaknya Bung Mokhtar agak cekap main politik. Dia cuba selamatkan diri dari terpalit sebagai pemimpin UMNO/BN yg harus dicampak ke laut pada PRU14 nanti gara-gara bersekongkol dgn tipu daya Najib/Rosmah yg selama ini sangat mereka yakini. Tak mustahil sehari dua ni akan ada pemimpin yg cuba ikut macam Bung..... Nampak macam 'langit dah nak runtuh'...... cabuttttttttt!

3. Rakyat jelata amat menantikan komen bernas dan pedas dari makhluk penyokong setia Najib yg sebelum ini sangat garang dan tunjuk pandai, seperi Nazri Aziz, Azalina Osman Said, Rahman Dahalan, Salleh Said Keruak, Anuar Musa, Tajuddin Rahman dan mereka yg seangkatan dgn pengampu-pengampu bebal berkenaan.

Cash is king..... Mana mau lari haaaa?

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2016 at 5:17 PM

Salam Bro

Aku dok tengok gambar-gambar menteri tu....muka je nampak...
Tapi bila aku baca "Niat inson moto kaji...semar ngiseng"...
Wow bro!...aku nampak semua tak dak teloq!.. (yang lelakilah..yang pompuan tak masuk ayat tu kat dia orang...nampak muka je) lagi bro...aku nampak mereka semua tengah makan...bukan nasi..sebab tak nampak lauk pauk pon...dah tu dalam mangkok pulak tu ..macam dedak je nampaknya...banyak yang dah abbis makan...dah tu mintak tambah lagi...Heh!..tak macam manusia pulak...ade ke makan benda camtu...

Niat inson moto kaji...sopo seng ngiseng!...dah...hilang semuanya. Nasib dapat hilang dari pandangan...kalu tak tak dapat tido dibuatnya.

Bro..sape bro?...ko tolong bagitau mana satu pemimpin dalam kabinet Najib yang ada teloq?...mau pon dalam UMNO?...Tak payah menteri...pemimpin bahagian pon jadilah...Mana hang punya telog semua?...

Ini duit rakyat yang hilang ni!...nama je 1MDB tapi semua berkenaan 1MDB rakyat kena tanggung penghujungnya!...tak kan tak sayang duit kot?...Kalau dah kena rompak..kena tipu...Siapa Perompak?...Siapa Penipu?....Kalau curi susu anak nilai USD 0.70 dari supermarket pon didakwa di mahkamah......ini pulak USD 7 billion!...nak diam je?....

Tak kan semua banggang?...
Tak kan semua bahalol?....
Tak kan semua tak de maruah?
Tak kan semua tak de otak?

Hoi!...hutang 1MDB tu bukan setakat zaman kita ni kena bayar...
Nun...30..40 tahun akan datang...sukuk baru matang...
Sape bayar?....kita dah mati dah...Najib pon tak kan masih idup lagi...
ANAK CUCU KITA yang kena tanggung oi!...Adakah itu legasi korang semua...Korang dapat dedak boleh hidup senang...rakyat yang kesempitan ni nak kena bayar jugak?....Dedak ko makan taik ko bagi kami...Cantik!....
Kalau ayam makan dedak tak pe...ayam kita makan...taik dia buat baja...

Sape tak marah bro?.....

Jahanam!...
Paloi!...Tuyuk!...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 5:42 PM

Semua pak2 menteri dah kena virus BISU kot??? Mintak pak2 menteri pakat Tong-Tong Duit sebanyak RM 28 Billion utk bayar kat IPIC...Depaa SEMUA MESTI Bertanggung jawab dalam MASALAH ini...
Sebelum ni, pakat semua nak jadi JAGUH dlm mempertahankan 1MDB..Sekarang ni, apa citer???? Takan nak suruh Rakyat Malaysia BAYAR...BAIK LETAK JAWATAN Beramai-ramai lah...Semuanya pentingkan diri masing2...PRU14 nanti, tak payah masuk bertanding lagi BAGUS...Buat Malu kat budak2 kalau masih bernafsu nak jadi CALON lagi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 5:43 PM

Kes LGE and Rafizi, sepantas kilat tindakan diambil.

Tuan harus menyeru supaya rakyat Malaysia beramai2 buat repot polis Dan SPRM mengenai kecurian berbillion ini kpd syarikat bogus BVI dan adakah sipenandatangan bayaran yang berkuasa dipihak 1MDB bersengkongkol dengan bogus2 ni. Juga laporan boleh dibuat oleh rakyat Malaysia mengenai kehilangan duit ini kpd Interpol utk menambah tekanan antarabangsa jika tiada tindakan atau NFA diambil disini.

Ini baru kes pertama kecurian yg jelas ada bukti bayaran dibuat kpd syarikat bogus belum lagi bayaran kpd Good star dari bayaran JV plasal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 6:28 PM

Salam Din,
Sekarang ni CASH IS KING dah jadi CASH IS KONG....tunggu masa je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 7:39 PM

Haram dia x akan jawab...tp klu nak bodek dia yg duluan...puuuih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 7:42 PM

Sat la..dok tengah pikiaq ni..pas ni nak klentong apa pulak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 8:09 PM

nak cakap macam mana, suara tersekat dedak. mereka hanya dengar apa yang najib cakap sahaja. najib kata tdm bohong, mereka angguk-angguk, jadi burung belatuk. baca laporan pac ikut fahaman apa yang najib cakap, 1mdb dah clear all the money, tak baca ikut fahaman sendiri, tapi ikut dedak yang ditabur. banyak tu bro, kali ikut apa yang parpu tulis, patut la berkelahi sebab dedak sedap. kita pun jeles. tabik spring la kalu orang offer bro tak terima. memang betul-betul berjuang untuk agama, bangsa dan negara. dedakman punya tulisan pun dah tak baca , mereka cuba naikkan pembaca dengan pelbagai isu luar politik najib. nak baca yang puji najib pun dah tak nampak tajuk. kalu ada tajuk tu mungkin menjunam persinggahan bacaan.
sekarang ni nak tengok mesyuarat cawangan. apa yang ahli akar umbi buat dengan laporan pac, dan isu semasa. dapat atau tidak mereka membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat atau suara mereka tersekat dengan dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2016 at 8:23 PM

WAJAH2 'WAKIL RAKYAT' yang tak boleh diharap.

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2016 at 9:54 PM

Bukankah bapak penyamun sudah awal awal lagi memberitahu pada anak anak penyamun bahawa PAC sudah mengesahkan tiada wang yg hilang atau diselewengkan and let closed the case and move forward !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 2:54 AM

Buat dek je nanti rakyat msti lupa punya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 7:22 AM

Nak bersuara camana dedak yang depa semua mentedarah tu mungkin dari duit tu.Kalau nak korek kemana duit tu pi terpaksa kena korek perut sendiri la.
Sanggup ka depa semua buat macam tu..Tepuk Dada tanya selera

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 8:34 AM

Setuju rakyat Msia patut pakat ramai2 buat repot. Bia dia org bukak siasatan baru.

Siasatan PAC baru ni memang saja dia org nak tutup cepat sebab konon nak move on. Dgn harapan lama kelamaan rakyat lupala cerita duit hilang tu. Jadi selamatla dalangnya.

Betul kata Tun Mahathir ada duit hilang. Tapi sampai sekarang pendedak duk kata Tun buat fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 8:49 AM

PRU14 akan datang tolongla beringat.
Kalau tak, muka2 di atas akan masuk poster kabinet kayu utk sepenggal lagi.
Tepok dada tanya hati, sanggup ke nak tengok poster yg sama sepenggal lagi??
Terutama Kementerian Kewangan tentu takkan bertukar org. Tu platform penting mana boleh nak bagi org lain pegang.
Jadi di PRU14 tolongla semua pakat kaleh.
Janganla pikul beban kesilapan kita utk sepenggal lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 2:25 PM

Kabinet kayu.haxxtuy

Post a Comment