........... DiPentas Kampung Najib Bercakap Tentang Maruah, Di Pentas DUNIA .... Di Mana Maruah Anda ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

DiPentas Kampung Najib Bercakap Tentang Maruah, Di Pentas DUNIA .... Di Mana Maruah Anda ? ? ?

Friday, April 1, 201616comments

Tu dia ...... satu lagi majalah ekonomi berprestij dunia selepas Time turut komen mengenai PM Malaysia ! Kali ini Fortune, majalah yang sering menjadi rujukan untuk mendapatkan senarai Top Ten / Top 100  dll dalam pelbagai aspek dunia perniagaan, mempersendakan alasan yang sering diucapkan oleh Najib konon beliau tidak mengunakan segala derma2 yang diterimanya untuk kegunaan peribadi. 

Fortune merujuk kepada pendedahan WSJ tentang perbelanjaan mewah Najib Rosmah yang bersifat peribadi.


Seluruh dunia memperkatakan tentang SKANDAL KEWANGAN NAJIB ..... tanpa segan silu lagi dah. Mereka sudah berani menulis secara direct, langsung tidak takut kepada kemungkinan bakal disaman ..... kerana mereka juga yakin dengan segala dakwaan itu yang bersandarkan bukti2 jelas transaksi kad kredit dan pindahan wang.


Fortune

TIME yang baru ni menjadikan Malaysia sebagai contoh sebuah negara yang KORUP di dunia gara2 skandal 1MDB, semalam turut menyiarkan artikel Najib Berbelanja Mewah Sakan -


Time

Selain dari bukti2 sokongan yang menyakinkan, mungkin mereka juga sedar yang Najib TIDAK BERANI cabar dakwaan2 mereka di mahkamah.  Sebab apa TIDAK BERANI  ? Bukankah Berani Kerana Benar ?  Kalau Tidak Berani ?

Semua ini mengingatkan kita kepada cerita Presiden Marcos dan bininya bilamana media seluruh dunia tanpa segan silu dan dengan penuh kenyakinan telah menyiarkan cerita2 negatif tentang penyalahgunaan kuasa dan keborosan lakibini itu ...... apa bezanya dengan Najib Rosmah ?

Apakah langsung tidak ada perasaan malu di hati Najib tatkala satu dunia mencemuh beliau laki bini ? Apakah tidak ada sedikit pun perasaan bersalah kerana telah mencemarkan nama baik negara yang sekian lama di pupuk oleh pemimpin2 terdahulu ?

Apakah Najib masih punya maruah untuk dipertahankan ?


Sinar

Najib pandai bercakap tentang maruah bila mencemuh Tun Mahathir di pentas yang dihadiri oleh orang2 kampung. Langsung tidak disentuh satu pun dakwaan dalam Deklarasi Rakyat, yang disebut hanya kerjasama Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang.

Nah, di PENTAS DUNIA pula ...... DI MANA MARUAH NAJIB ? ?

Kenapa tidak mahu dipertahankan ?

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 2:53 PM

TAKDE MARUAH!!!

sampai adik sendiri pun sengaja kasi panas.

jika pemimpin takde maruah camtu, bayangkan pencacai dan pemakan dedaknya..

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 3:09 PM

Bro

Najib ni kena sampok...

Ko pernah tengok orang kena sampok atau kerasukan?...
Orang kena sampok ni kekuatan fisikal dia berlebihan....merapu, meracau...mana dia tau ape dia cakap...

Jangan ko cakap pasal maruah dan harga diri tentang si Najib ni...
Najib umpama "mannequin".... mana ade roh atau jiwa...
Najib tak dapat rasa ape yang manusia biasa macam kita ni rasa...
Toksah lah nak samakan Najib dengan kita...
Najib spesis yang amat berlainan dari kita semua...


MALAYSIA!....sampai bila kita jadi bahan cemuhan masyarakat dunia?...Apakah anda semua rela dan merelakan?...

AKU TAK RELA!...

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 3:58 PM

Najib,Najib,Najib,ketahuilah bukan semua rakyat Malaysia yang bonggok..!!! Kita ada mata,kita ada telinga,kita ada naluri jadi seyogianya kami dah tahu tembelang busuk you dan kuncu-kuncu umno you..!!!! Kesabaran rakyat ada batasnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 4:48 PM

ada apa dgn maruah..yg penting duit masuk..dedak mari
aku hidup d bawah 6 PM..yg inilah yg plg teruk..tp kita tetap dok laung hidup melayu...melayu lain HIDUP susah..di je senang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 5:03 PM

Najib ngan Rosmahkan muka seposen, mana ada rasa malu atau bersalah memalukan Malaysia. Harapkan baju dan perhiasan je berjuta-juta.

Dia ingat dia kutuk Tun tu rakyat semakin suka pada dia ke? Lagi meluat adalah..

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 6:48 PM

Tun Mahathir punya zaman tak dengar pulak rasuah besar besaran macam Najib punya zaman macam macam hal buruk berlaku bermula dengan Altantuya lepas tu kapal selam scorpene lepas tu kes lembu lepas tu 1MBD lepas tu kementerian belia dan sukan hilang RM100juta dan akan ada lagi nonsense yang bakal berlaku tengok sajalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 7:51 PM

Bila le nak tamat sengketa ni. yg di sana kata di sini tak betul. Jawab di sini di sana yg tak betul. segala-galanya kerana 1MDB, di sana dan di sini STOP.......cari penyelesaian yg terbaik demi MALAYSIA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 9:03 PM

Tingkah laku Najib Razak, selagi dia tindak dengan kuasa PM Malaysia, akan dia hilangkan martabat bangsa Melayu di pentas dunia makin hari makin punuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 9:10 PM

Anom 7.15 ..kamu pun bangang juga selagi najib tak jawap sendiri soalan2 rakyat dan berani masuk mahkamah selagi tu tak kan selesai..kamu dah tekedu kot mcm nak hilang shoru aje!!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 10:21 PM

Kena baca blog ridhuan tee...beliau dpt derma sebab maruah beliau...

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 11:06 PM

@Anonymous

PENYELESAIAN....

1. Najib dan kabinet kayunya berserta AG Apandir dan KPN KBAB kena berhenti dulu...Itu perkara pokok...

2. Soal pengganti PM ikut konvensyen yang ada...asal bukan Hamid Pak Midi...dia sekongkol Najib...

3. Selesaikan penyiasatn SPRM dan bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan....biar mahkamah yang menentukan.... salah ke tak salah...ade kes ke tak ade kes....

4. Proses Institutional Reform perlu diambil untuk menghindar kemelut seperti ini berulang...Reformasi Urus Tadbir Negara...dan yang paling utama soal kebebasan sistem Perundangan dan Kehakiman...jangan terjadi seperti AG Apandir lagi.

Ape ape pun...NAJIB KENA UNDUR DULU!...

Najib punca segalanya dan Najib juga jalan penyelesaiannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 11:18 PM

Amat sedih kerana agung dan raja2 melayu hanya melihat tanpa berbuat sesuatu. Hanya agung shj yg boleh menghentikan kerakusan najib ini?

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2016 at 12:29 AM

Negara kita paling special didunia punyai begitu ramai raja raja, kita berharap pada saat critical mereka lah tempat rakyat berlindung, bolihkah institusi raja2 ini menjadi payung buat rakyat? Dengan penuh bangga kami rakyat menyokong dan mendaulatkan raja2 melayu sehingga kini. Nah sekarang lah waktunya wahai raja2 yang gah tampil mempamirkan kejaguhan mu kerana tiada jalan lain lagi untuk memberitau dunia bahawa malaysia masih ada maruah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 6:37 AM

Betul2 pondan..

Depan orang kampung..orang KEMAS..pung pang pung pang kononnya dia bersih suci.

Depan masyarakat dunia...diam membisu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2016 at 4:25 PM

Najib is full of nonsense activities out there

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2016 at 8:03 PM

Raja2 tolong tgk aje ke??? Makin teruk negara dikritik semua senyap je ke??? Mmg malu nk mngaku rakyat Malaysia. Makin lama makin teruk, sy xde masalah sgt pun tp stress bla tiap2 kali bce brite tentang Malaysia;PM & Sekutu-sekutunya. Semuanya menyakitkan hati. Mmg betul2 cri psal. Jgn himpit rakyat smpi rakyat trlalu mrah. Selesaikn hal 1mdb ni & najib mesti letak jawatan sebelum kesabaran rakyat memuncak.

Post a Comment