........... Dedahkan Laporan Ketua Audit Negara ! Nak Sorok Apa Lagi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dedahkan Laporan Ketua Audit Negara ! Nak Sorok Apa Lagi ?

Thursday, April 14, 201610comments

Mkini
Melihat kepada respon Arul dan Hafarizam ini, nampak gayanya usaha sudah dimulakan untuk menyelamatkan Najib daripada terpaksa bertanggungjawab daripada skandal 1MDB.

MMO
Amat memalukan bilamana kita terpaksa akur kepada dakwaan dan siasatan pihak luar sedangkan pihak berkuasa dalam negara menyatakan tidak ada masalah.

Tidakkah itu seperti menyatakan pihak berkuasa tempatan tidak mampu atau tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat isu2 seperti 1MDB ? Atau lebih teruk lagi, persepsi negatif terhadap kredibiliti dan integriti pihak berkuasa kita ?

Saya tidak menerima kedua persepsi negatif itu .... selama ini kita berbangga dengan keupayaan dan prestasi pihak berkuasa tempatan, tapi kenapa dalam isu yang melibatkan 1MDB dan Najib, mereka tampak lemah tidak bermaya dalam menyiasat ?

Semuanya kerana Najib, 1MDB dan ...... Jho Low. Habis rosak reputasi negara !

Tapi dalam keadaan yang semakin menekan, pihak 1MDB dan cai2 Najib masih cuba lagi mahu menepis. Kekadang tu jadi malas nak mengulangi hujah2 yang sama. Sebab kita semua sudah nampak dan faham apa sebenarnya yang berlaku. Bila kantoi satu perkara, mereka akan keluarkan alasan yang lain pula ....

Buat masa ini hanya satu perkara yang MUNGKIN dapat membantu beri maklumat sahih/bukti dalam pencerahan skandal 1MDB ini iaitu LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA.

Rakyat wajar bertanya kepada kerajaan kenapa laporan itu masih dirahsiakan di bawah OSA ?

Jika dulu ia di OSAkan atas alasan mahu mengelak sebarang kebocoran berpilih sementara menunggu laporan PAC dibentangkan, kini apa pula alasannya ia masih menjadi rahsia ?

Ke mana perginya laungan2 TUNGGU AUDIT! yang sering digunakan tiap kali kita bertanya mengenai 1MDB atau mempertikaikan kenyataan2 tidak logik mengenai 1MDB ?

APA YANG RAHSIA SANGAT TENTANG 1MDB ?

Adakah untuk menjaga kepentingan kerajaan atau menjaga kepentingan Najib ?

Apakah rahsia 1MDB yang bakal terungkai melalui laporan Ketua Audit Negara itu ?

Dari dulu lagi setiap kali kita pertikaikan apa2, kita diminta tunjukkan bukti tapi bagaimana mungkin kalau setiap perkara mengenai 1MDB dirahsiakan ?

Sebab itu mereka berani cabar minta bukti sebab mereka tahu bukti itu mereka yang simpan dan kini dijadikan satu kesalahan dibawah undang2 kalau didedahkan !

Makanya kita hanya mampu berharap pendedahan dibuat oleh pihak luar bukan kerana kita sengaja mahu percaya kepada pihak luar atau kerana kita galakkan campurtangan asing dalam hal ehwal kita .... tapi kerana pihak dalam negara yang tidak telus.

Tapi lambat laun akan bocor juga ..... transaksi bilion2 dan melibatkan pihak luar tidak mungkin dapat disorok selamanya. Semuanya ada jejak .... ( money trail ) 

Adalah lebih baik sebarang pendedahan dibuat oleh pihak kita sendiri daripada kita terus dimalukan dengan pendedahan oleh pihak luar.

Mulakan dengan Laporan Ketua Audit Negara ....

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 7:54 PM

Laporan Audit diOSAkan tu utk apa??
Kata TELUS, AMANAH, SUCI dan BERSIH.
Kalau telus tunjukkan BUKTI dgn TERANG dan JELAS.
Yg sorok-sorokkan dan diLEWAT-LEWATkan Audit tu kenapa??
Nak cari jln utk spin ke?
Kata panglima, pahlawan Islam sejagat, kurang sikit dari level Saidina Hamzah tapi lebih sikit dpd Khalid Al Walid.
Dah begitu sucinya apa yg DITUGGU-TUNGGUKAN lagi, BUKTIKANLAH.

Tak payah susah-susah nak perbodohkan rakyat sebab rakyat BUKAN BODOH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 8:03 PM

Dlm kes Altantuya kita tengok sirul jadi kambing hitam, dalam kes 1MDB ni tak lama lagi kita akan dapat tengok siapa yg jadi kambing hitamnya. Dan kita tengok pulak siapa yg cuci tangan terrlepasss.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 9:00 PM

Najib kata dulu tunggu laporan audit. Kita yang fok kritik 1mdb punya sabar menunggu. Bila dah siap, fiosakan laporan tu pulak. Hanya lsporan pac jer ada. Nak saman tunggu hari selasa, laporan as ufit diosakan. So, cai kata dengar dan percaya cakap najib sahaja. Cai guna fakta air liur. Tu yang susah pasal air liur cepat kering. Cai kata dengar najib, mula tu tak ada duit dalam bank. Bila muncul derma ada, tapikan cai, najib bohong salam parlimen. Orang cakap dalam parlimen tak boleh bohong kerana libat negara. Camna yer nak caya najib. Hulur dedak la baru boleh caya kat najib. Itu kata anuar, k. Penerangan umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2016 at 10:22 PM

Najip...hapakrizam...

Amat tidak logik seorang ketua kerajaan merangkap menteri kewangan sekaligus chairman syarikat 1takguna hanya suka2 sign tanpa meneliti apa yang dia sign tu..hanya orang yang BODOH, CUAI LAGI PEMALA$ je yang buat camtu...

Plea$e la. Cukup2 lah kamu je yang bodoh nak mampu$. Jangan cuba bodohkan rakyat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2016 at 12:33 AM

Salaam.
Kurang sangat menteri separuh akal buat komen sehari dua ni....kenapa la agaknya tu ye? Nak lagi bukti ke? Ada...tapi dari luar negeri pulak ye...mintak sabar sikit...bongkar habis2an!
Sampai peguam pun terpaksa beri alasan bodoh,mcm mana ni jib? Peguam ni tak malu ke kat anak2 cakap tak bijak langsung?
Satu pesan saya buat semua pro jibby...sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna. Hampir seluruh negara bertuah ini menolak kamu,mencaci serta menghina kamu maka BENAR LAH kamu tiada BERMARUAH!
ALLAH MAHA MENGETAHUI...DAN YG CUBA ANDA TIPU ADALAH ALLAH...maka anda terimalah secara cash pulak! Doa mustajab rakyat yg teraniaya

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2016 at 1:40 AM

Salam Bro

1MDB...scam depan mata
Najib...Punca segala bencana
Menteri Kabinet...haprak semuanya
Hoi menteri menteri!....apa jenis manusia kamu semua ni?...
Kami langsung tak hormat dengan kamu lagi...Kamu semua adalah pengkhianat!...Kenapa kamu semua bisu? Najib buat salah depan mata kamu semua...Korang paham tak?

Adakah kamu semua tunggu rakyat bangkit membrontak?...jangan korang cabar kami sampai begitu...Kesabaran kami ada hadnya.

Wakil Rakyat....bukan lagi mewakili rakyat...hanya segelintir masih ada jiwa...mereka ini semua dah disingkir oleh Najib...Selainnya pengkhianat rakyat yang mengundi mereka atas janji "Rakyat didahulukan"...Apa dah jadi dengan janji?...Rakyat ko bangsatkan!...Kamu juga sama seperti menteri menteri Najib...Pengkhianat!

Kepada semua ketua jabatan dan penjawat awam...terutama PDRM, SPRM, BNM, Attorney General, Auditor General...kamu semua adalah penjawat awam...bukan ahli politik....dimana sumpah setia kamu?...bukan kepada Najib?...Jalankanlah tanggung jawab kamu dan ingat akan sumpah setia dan ikrar jawatan kamu!...

Rakyat bukan minta banyak...
Ketelusan dan Kebenaran dalam skandal ini yang kami pinta.
Kami dah tak tahan dengan isu ini...seluruh dunia mentelanjangkan Malaysia...Kamu yang ada kuasa untuk meleraikan masaalah ini diam membisu je ke?....

Setakat ini rakyat hanya berupaya meluahkan perasaan je...paling paling pon menyumpah kamu semua.... Awas!!!... sumpahan tu umpama doa...dan Tuhan akan memakbolkan doa mereka yang teranaiya!...

WE WANT THE TRUTH, NOTHING BUT THE TRUTH!...
Dan...yang salah pasti menerima padah!...

Bangkit rakyat Malaysia!...Our enemy is Najib!...
The damage that he did is beyond sanity...Our children have to pay for it!...

Sape tak marah bro?...orang gila je yang masih tersenyum!...

Paloi!...Tuyuk!...semua...



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2016 at 5:20 AM

Adakah orang main sign sahaja tanpa baca apa yang dia sign? Oh..ada. Sebuah kumpulan lawak sudah kena.

En.najib, anda ialah PM dan tandatangan anda amat penting. Setiap satu dokumen mesti diteliti sebelum diapprovekan dengan tandatangan anda. Anda bukan penjaga tandas..anda bukan juga ahli kumpulan lawak..melainkan anda memang dot dot dot

Whatever it is..i believe it is only a lie from a lawyer. No such thing as formality in this case.

Sebelum ini bukan main penyokong en.Najib gegak gempita mengatakan en.Najib tidak terlibat. Tetapi apabila semakin jelas bahawa tandatangan beliau all over the documents...maka alasan FORMALITIES pula digunakan? Kalau begitu, maka terbuktilah en.Najib memang terlibat secara langsung dalam kes tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2016 at 5:34 PM

Pak Lah diminta turun Takhta PM&Presiden UMNO sbb TIDOQQ...
Najib diminta & didesak utk turun sbb TAK TAU APA2...
Memang PUTARAN RODA HIDUP UMNO semakin MENURUNI LEMBAH..Salah & Silap Haribulan, PASTI menitipkan NOKTAH yg PENYUDAH....UMNO akan Menjadi SEJARAH buat selama-lamanya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2016 at 9:09 PM

Bahaya!

Ini dah benar benar BAHAYA!!!

Rups-rupanya selama najib jadi PM ni, kita telah meletakkan nasib Negara kita di tangan seseorang yang mempunyai begitu banyak kuasa eksekutif TETAPI.... beliau adalah seseorang yg berani turunkan tanda tangan TANPA membaca atau meneliti dokumen yang beliau tanda tangani.

Setahu saya, jika seseorang Ketua Jabatan kerajaan, tak kira peringkat mana sekalipun, hatta Ketua Kampung sekalipun, beliau mesti dan akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa dokumen yang beliau tandatangani.

Bukankah sifat najib nih mendedahkan beliau kepada orang-orang yang ingin mengkhianati Negara?

Kenapa cai2 najib TIDAK NAMPAK betapa bahayanya kenyataan Hafarizam tersebut???

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2016 at 11:59 PM

Setuju bro....

Post a Comment