........... Akaun 1MDB Tangguh 6 Bulan Lagi. - Sikit Tak Heran .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Akaun 1MDB Tangguh 6 Bulan Lagi. - Sikit Tak Heran ....

Tuesday, April 5, 201616comments

Mkini

Akaun 1MDB berakhir  31 Mac 2015 di tunda lagi 6 bulan sehingga 30 September 2016.  Nak kata terkejut sangat ... tak juga sebab kalau bab 1MDB ni memang dah tak hairan dah kalau banyak perkara pelik dibiarkan berlaku.

"1MDB dengan sukacitanya mengumumkan bahawa TRX City Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd) bersama-sama dengan anak syarikatnya Edra Global Energy Berhad, telah mengadakan AGM untuk meluluskan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

"AGM telah diadakan dalam tempoh tarikh akhir yang diberikan sebelum ini iaitu pada 31 Mac 2016 dan penyata kewangan yang diaudit telah difailkan dengan SSM.

"Kedua-dua syarikat itu membentuk sebahagian besar aset dan mewakili semua aktiviti perniagaan yang beroperasi 1MDB," katanya.

Akaun pusatnya di mana keputusan2 utama di buat yang masih belum siap. Tak terkejut tapi mengecewakan ......  dan tidak membantu dalam menyelesaikan kemelut 1MDB dengan cepat.

Hmmmm ...... saya tak pasti sejauhmana impaknya kepada usaha memberi pencerahan kepada rakyat terutamanya bila PAC dikatakan akan cuba siapkan laporannya untuk dibentangkan di Parlimen pada hari Khamis ini. ( Malaymailonline )


Yang saya tahu, selagi akaun tidak diserahkan kepada SSM, rakyat tidak boleh akses atau lihat. 

Jadi apasaja laporan PAC atau Ketua Audit Negara berkaitan transaksi yang berlaku dari 1/4/2014 - 31/3/2015, kita tak boleh nak cek lah ? 

Pendek kata - Kita kena terima sajalah apasaja yang dibentangkan nanti ? Kita hanya boleh komen bersandarkan apa yang dilaporkan media setakat ini ..... 

Mungkin saya salah, harap sesiapa dapat berikan pandangan professional di sini.

Oya, kalau 1MDB buat keputusan nak tukar juruodit luarnya iaitu Delloitte sebelum tarikh baru berakhir, apakah ada penangguhan lagi ?  Dengan 1MDB segalanya mungkin ....

Apapun, kita tunggu jer bentangan PAC .....

                                **********************

Ni ada satu lagi berita mengenai 1MDB yang agak menarik ....

Mkini
Sebelum ini kita baca luahan dari Arul kanda yang berbunyi - 

"Antara pengajaran yang boleh dipelajari daripada pengalaman 1MDB ialah penggunaan hutang yang berlebihan harus dikurangkan."

... kali ini Menteri Abdul Wahid Omar juga keluarkan kenyataan yang hampir sama iaitu "Model yang mereka ambil adalah modal rendah dan pinjaman yang besar, dan saya fikir kerana mereka tahu, ia bukan satu model mampan."

Hai... musim 1MDB ber apologetik ? Kenapa baru sekarang berlumba2 keluarkan kenyataan yang 1MDB berhutang terlalu banyak ? Sebelum ni punyalah pertahankan apasaja berkaitan 1MDB ..... dan mereka yang sebut perkara hutang terlalu banyak itu yang kena serang konon tak fahamlah, pro pembangkanglah bla bla bla.

Something fishy la .....

Sejak tahun bila yang Wahid ni sedar model yang dilabelkan oleh Najib sebagai too idealistic ini sebenarnya hampeh ? Kalau dah tahu dari awal lagi, kenapa Wahid dan yang lain2 tidak menegur sebelum hutang 1MDB menggunung hingga tak mampu nak tanggung dah ?

Itu namanya tidak bertanggungjawab dalam memikul amanah rakyat ! Sepatutnya dari awal lagi bila dah nampak 1MDB ini akan terjerumus ke lembah hutang, Wahid kena tegur dan bertindak menyelamatkan keadaan.

Atau ........ sememangnya benar apa yang Muhyiddin katakan selama ini bahawa kabinet hanya tahu mengenai 1MDB awal tahun lepas, iaitu selepas nasi dah jadi bubur ! ?

Takper .... kita perhati jer perkembangan 1MDB ni. Semua kenyataan2 mereka kita ada rekodkan. Kita tidak mudah lupa.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 4:07 AM

Din..edra energy tu sure umtung...sbb dsh jual ipp kat comp china..kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 5:10 AM

Ini menunjukkan 1mdb itu amat bermasalah.

Sedangkan syarikat milik rakyat diberikan tarikh tutup tanpa extension. Jika tidak..pasti dikenakan denda dan surat tunjuk sebab. Pengarah akan di'ugut' dengan tindakan undang2.

So ssm..apa hukuman yg dikenakan terhadap 1mdb kerana tidak mematuhi akta syarikat dan mengapa boleh diberikan keistimewaan extension spt itu? Sila jawab!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 5:15 AM

Wahit tu spesies pemakan dedak jugak. Mana nak tegur. Yang penting perut kenyang...dulu dia ni jugak yang cakap semua ok.

Mana dia pencacai pemakan dedak najip yang lain? Selama ni korang dok backing kata 1mdeebee ini takde masalah kan? Tengoklah apa jadi. Penasihat tak guna tu bila nak pecat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 7:53 AM


Perlembagaan kita di wujudkan untuk sesuatu ummat yang beretika dan beragama. Ia sungguh sekali tidak sesuai untuk pemerintahan yang berlawan semangat demikian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 9:26 AM

Brapa kali mau tangguh terjangkit penyakit kes aljub kot asyik tangguh saja

Pac nak bentang apa benda kalau dah tangguh audit kalau pac bentang juga khamis ni tu namanya gila 1mdb ni sudah jadi telor busuk apa punya bangang tubuh kompeni sampai umno yang kena tanggung maki hamun rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 9:37 AM

semalam aku baru tegur pak din kerana tiada crita 1mdb ari ni dia masuk balik, itulah bila hati dah hitam pekat semua cerita tak elok bagi dia, ambil kenyataan siwahid dan manipulasi cerita itulah kepandaian pak din, semalam aku tegur pak din sal ambil cerita wsj kata rosmah belanja 55 juta di gedung jakel, aku cakap kalau dan ade 55 juta beli terus gedung jakel nak buat pe beli kain 55 juta, itu pun orang melayu percaya tulisan wsj, tapi bila aku cakap pak din bukan nak masuk komen aku, pak din pun dah jadi bengap blogger cari makan kata nya. 1mdb tak abih abih dah dekat 2 tahun ringgit pun dah strong rm 3.80 smlm. tapi cerita 1mdb tak abih, kalau lah benar najib songlap mengapa sampai 2 tahun tak selesai, 10 negara check account najib, negara yang hebat hebat lak tu, singapore, lah swiss lah, tak kan tak jumpa susah sangat ke nak check akaun, kemon 10 negara USA sekali beb, tapi orang melayu yang baca pun tak pernah heran sal ni, tak kan najib yang sekolah tak tinggi bidang sastera je hebat sangat. sampai leh tipu negara ekonomi dunia, najib pun bukan cam soros, yang bijak pandai ekonomi buat maoney laundering 3 bual dah kena cekup. ini dah hampir 2 tahun, ilmu ape najib pakai, hebat bangsa aku, yang menipu orang boleh percaya, yang tak menipu orang kata menipu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 10:24 AM

Jangan lupa print screen din ... kut2 mereja delete la pulok ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 10:39 AM

Sebenarnya 1MDB bukannya ada business model...Modelnya ialah bagaimana nak tubuhkan model menyerupai business tapi sebenarnya macamana nak pau kerajaan malaysia...kesnya macam dracula le..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 10:43 AM

Kalu ikut cai, kena highlight bab mampan, kurang dihilangkan. Agaknya dedak dah habis kot untuk mereka ni. Berani mereka mendustakan 1mdb. Kalu syarikat lain, tambah 6 bulan ok ke selepas 6 bulan dan dapat. Banyak betul duit nak kira sampai lajak setahun. Habis tu yang 2015 - 2016 berapa lama pulak yer kalu 2014-2015 lajak setahun. Memang bagus la 1mdb, tu yang cai dok pertahan sangat. Kalu dapat dividen, pakat melangut la dok tunggu tak dapat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 10:54 AM

Sy meminati tulisan2 blog ni byk fakta2 menarik hujah yg kuat menangkis serangan blogger bn tp xfhm pula ada komen2 yg kata anwar salah,elok najib dan anwar masuk penjara??? Apa slh anwar?Tun xda salah???

....................
Reply To This Comment ...................
April 5, 2016 at 11:01 AM

Salam Bro

Ari tu ada saya tanya pasal Audited Akaun 2014....
Dah kemas ke?..ada berita pasal Akaun 2014?..sape tau cerita?..boleh bagi pencerahan sikit...

Ini cerita pulak Akaun 2015...belum sampai seminggu tahun kewangan berakhir...dah mintak tanggoh!...

Memang bangang 1MDB ni...
Eh!...lupa aku...dari awal lagi memang pon bangang....pertama-tama pengasasnya merangkap penasihat numero uno...sah bangang....The bangang leading the bongok!...itulah 1MDB...

Usah ko kesah 1MDB ngok ni...cakap ape pon tak guna punya.
Kalo ikut ati...mau ku tangkap semua kelompok bongok dan bangang ni...lepaskan mereka dalam kandang komodo dragon yang kelaparan...

Bangang, bongok, bahalol, tolol, paloi, tuyuk...apa lagi?

School high high stupid never finish !!!...


....................
Reply To This Comment ...................
April 5, 2016 at 12:51 PM

@AnonymousOK saya jawap -
1- pastikan tidak ada perkataan yang biadab dalam komen. Biadab dalam kamus blog ini. Hati2 dengan nama atau ejaan untuk Tun Mahathir

2- Komen yang bersifat peribadi penulis tak perlu saya siarkan. Itu anda boleh emel jer dinturtle@hotmail.com

3 - saya komen apa yang keluar dalam media. kalau lama takde cerita 1MDB maka lamalah saya tak komen. Bila ada cerita, maka adalah artikel.

4 - Cerita 55 juta Jakel - bila yang saya tulis ? Perkara itu tersenarai dalam list perbelanjaan mewah yang saya copypaste dari mkini. saya lebih tumpu pada perbelanjaan di Hawaii !

Tapi kalau nak saya komen, boleh saja. Hanya kerana dikatakan dibayar kepada Jakel, tak semestinya berkaitan dengan kain ! Pelbagai tujuan boleh dikaitkan dengan satu2 pembayaran.

semalam heboh dengan jawapan oleh pihak mykmu bagi menjelaskan hal jakel ni. saya nak tanya satu - mykmu punya jawapan itu jawapan resmi PMO/Najib ke ? Kalau iya, baru saya layan.

5 - Kenapa najib tak kena cekup lagi kalau dia menipu ? nak cekup macamana kalau orang yang ditugaskan bab penguatkuasaan dan pengadilan tak nak buat kerja mereka !

Lagi pun siapa kata Najib yang punya idea buat semua songlap itu ? Tak tercapai akal Najib nak buat semua tu. Tapi Najib bertanggungjawab atas semua perkara itu.

6 - cerita wahid .... well, saya menulis ikut tafsiran saya hehehe. Wahid kata 1mdb bermasalah sebab pakai model yang suka berhutang banyak. Tafsiran saudara apa dari apa yang dilaporkan media ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 1:04 PM

Menyirap betol darah setiap kali baca hal politik negara.... tapi di pihak sinun boleh buat derrkkkkk jeaaaaaa..... As if nothing is happenning....you see I can still flying to the mooooonnnn! Siap boleh gi rasmi sana sini lagii... Fuuhhhh kelasss bebb.... sorang jea dlm ber billion manusia boleh maintainnn gitew..... Betol2 beliau insan terpilih....Sbgai rakyat kita patut berbangga krn manusia itu lahir di bumi Msia...Berpeloh2 aku nak nulis ni...

....................
Reply To This Comment ...................
April 5, 2016 at 1:54 PM

Din
Kalau nasi dah jadi bubur masih lagi bolih dimakan dan tidak mendatangkan mudarat.
Saya rasa lebih tepat tapai dah jadi tuak. Siapa saja yang makan atau minum jadi mabok dan cakap merapu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 4:11 PM

Anwar salah sbb meliwat. Ketinggalan jauh sangat ni. Tun tak ada yg bawa pi mahkamah. Kalu pi mahkamah tahu la salah atau tidak. Najib la ni irang kata dia rasuah, dia diam ajer. Salah la kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2016 at 6:19 PM

Sebenarnya kerajaan menetapkan 2 standard jawapan untuk isu 1 ndb ....
Pada peringkat antara bangsa diperakui yang 1 mdb bermasalah dan totaly gagal.
Diperingkat tempatan dikatakan yang 2 mdb adalah sebuah projek kerajaan yang berdaya maju dan mampu berjembang dengan lebih cemerlang, untuk itu najib perlu dikejalkan dan diberi peluang lagi.

Kerajaan sedang giat menabur dedak untuk mendapat sokongan agar 1 mdb diteruskan dan najib dikekalkan.

Kini umno adalah najib
Dan 1mdb adalah najib.
Maka umno mesti kekal mempertahankan 1 mdb.

Post a Comment