........... 1MDB Kencing IPIC ? Sudah2lah 1MDB Dan Najib oooi ... Cukup2lah Malukan Nama Negara ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Kencing IPIC ? Sudah2lah 1MDB Dan Najib oooi ... Cukup2lah Malukan Nama Negara !

Tuesday, April 19, 20168comments

Mkini

Banyak la pulak berita perkembangan 1MDB semalam .... kebetulan pula saya on the road beberapa hari ni, jadi agak terlewat nak kemaskini blog dengan perkembangan2 terkini yang panas semalam.

Yang paling panas sudah pastinya berita mengenai keputusan IPIC menamatkan perjanjian Asset Swap dengan 1MDB. Ini berita yang penting untuk kita ikuti kerana ia bakal merungkai beberapa isu penting mengenai urusniaga 1MDB yang selama ini cuba disorokkan oleh 1MDB dari pengetahuan umum.

Kenapa pula IPIC secara tetiba atau semudah itu mahu tamatkan salah satu ciri penting dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB iaitu Aset Swap dengan IPIC ?

Ia bukan saja berkaitan mengenai 1MDB tapi bakal memberi impak kepada hubungan antara kedua kerajaan kerana kedua IPIC dan 1MDB adalah mewakili syarikat milik penuh kerajaan masing2. Dan satu dunia sudah tahu 1MDB ini begitu sinonim dengan nama PM Najib.

Anda pasti biasa dengar ayat dari cai2 Najib yang berbunyi - kalau 1MDB hampeh, kalau 1MDB tak boleh dipercayai, kenapa IPIC masih mahu terus berurusan dengan 1MDB ?

Jawapan yang saya berikan pula - Kalau ia satu bentuk urusniaga yang menguntungkan IPIC, kenapa tidak ? Kita pun bukannya tahu secara terperinci mengenai perjanjian antara 1MDB dengan IPIC, jadi susahlah nak komen lebih lanjut.

Nah, kini IPIC sudah pun keluarkan kenyataan di London Stock Exchange mengenai penamatan perjanjian dengan 1MDB. Maknanya keputusan itu bukan satu gertakan atau fitnah atau main2 tapi satu keputusan muktamad.

Kalau menguntungkan, kenapa IPIC batalkan ? Sebab risiko terlalu tinggi kalau terus berurusan dengan kaki kencing !

Jangan lupa wang IPIC sudah banyak dipertaruhkan atas nama 1MDB sebelum ini, maknanya IPIC sudah tidak berani lagi untuk tambahkan risiko mereka. Kenapa saya katakan 1MDB kaki kencing ? Baca kenyataan IPIC itu - ( klik untuk besarkan imej )


KLiK
IPIC has performed all of its obligations to date under the Binding Term Sheet. 1MDB and MOF have failed to perform certain payment and other obligations owed by them to the IPIC group pursuant to the terms of the Binding Term Sheet, including the obligation to pay to IPIC U.S.$1,102,725,000 plus interest accruing under the terms of the Binding Term Sheet.

As a result, 1MDB and MOF are in default pursuant to the terms of the Binding Term Sheet and IPIC's and Aabar's obligations under the Binding Term Sheet have terminated. 

IPIC sudah tunaikan tanggungjawab mereka sebagaimana perjanjian tapi 1MDB dan Kementerian Kewangan kita pula yang gagal. Maknanya 1MDB dan kerajaan kita dituduh sudah kencing sama IPIC !

HAVE FAILED .... bermakna SUDAH GAGAL ....

Bab ini saya agak mushykil sikit .... bukankah tarikh akhirnya adalah pada penghujung Jun, kenapa pula 1MDB dikatakan SUDAH GAGAL ? 

Itu menunjukkan ada perkara yang kita tidak didedahkan mengenai perjanjian itu. Ni yang payah ni kalau jenia suka berahsia dengan rakyat sendiri  ! 

1MDB kena bayar IPIC US$1.102 bil .... kemungkinan besar itu adalah pinjaman Deustch Bank yang IPIC tolong jelaskan tahun lepas bagi pihak 1MDB selepas 1MDB dah sengkek tak boleh nak bayar. Tapi dari kenyataan di atas, disebut - including the obligation to pay to IPIC U.S.$1,102,725,000 plus interest accruing under the terms of the Binding Term Sheet.

Kewajipan untuk bayar kepada IPIC .... ? Bukankah semuanya bakal disettlekan melalui pertukaran aset sepertimana disebut oleh Arul dan juga Najib ?  Ini perlukan penjelasan dari 1MDB.

Kemudian IPIC juga sebut  -


Following such default, IPIC and Aabar have engaged with, and extended opportunities to, both 1MDB and MOF to remedy their defaults without success.  IPIC and Aabar have now reserved all of their rights under the Binding Term Sheet and are considering their options in relation to this dispute, including referring the matter to the appropriate dispute resolution forum.

IPIC dah cuba berunding dan bagi peluang kepada 1MDB dan Kementerian Kewangan untuk perbetulkan kegagalan tapi hampeh juga.  So IPIC sekarang nak buat tuntutan gantirugi .... termasuk merujuk kepada forum2 tertentu bagi menyelesaikan sebarang pertikaian.

Adeh ..... MALU NYA .......  anda perasan tak, bukan saja nama 1MDB yang disebut tapi juga MOF atau Kementerian Kewangan Malaysia ! 

Kerajaan kita juga terlibat sama .... bermakna nama negara juga turut sama diheret oleh 1MDB dalam isu ini.

Antara kesan awalnya adalah, kini 1MDB terpaksa bayar faedah bon yang sepatutnya dibayar oleh IPIC jika perjanjian masih terikat  - Laporan: 1MDB hadapi risiko gagal bayar faedah AS$50 juta

Kalau tak bayar, pemiutang2 1MDB yang lain juga akan turut melompat sama dan tuntut 1MDB settle hutang mereka segera !

Katanya hari ini, so kita tunggu perkembangannya ....

Sekali lagi, untuk kesekian kalinya, 1MDB HANYA MENYUSAHKAN !

                               **********************

Berita yang ini juga kena sebut ....Laporan 1MDB oleh WSJ mengenai skandal2 Najib dan 1MDB telah disenarai pendekkan sebagai finalis Hadiah Pulitzer kategori laporan antarabangsa !

Najib dan cai2 nya pasti bangga dengan pencapaian hebat Najib ini kan ...  

Apalah nasib negara punya pemimpin sedayus Najib  ....


Mkini
.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 3:55 PM

Memetik kata2 bodoh aziz kaprawi...najib seorang pahlawan islam,maka sbb itu dia banyak berahsia.....Ptuii.
Rupanya pahlawan selam duit rakyat dan harta negara. Itulah kenyataan sebenar.
Satu persatu pembongkaran ini menunjukkan rakyat bukan sekadar memikul biawak hidup lagi.....buaya tembaga bertatah intan! Segala jaminan hutang di tanggung oleh kerajaan. KERAJAAN TU SIAPA? Mereka yg di beri AMANAH utk mentadbir dan memajukan negara,bukan sebaliknya. Dan dari mana kerajaan itu datang? Dari RAKYAT....
Akhirnya siapa yg tanggung? Rakyat jugak....itu lah jenis manusia yg beria ia dipertahankan kononnya suci bersih murni merdu dan pelbagai lah. Dari mula dah berdolak dalik...akhirnya satu persatu masalah telah timbul. Apa mcm? Nak lari kemana,jawaban yg rakyat terima amat memalukan.
Nothing to hide konon.....ingat ni cerita bawang putih ke? Panik dah najib ni.....tapi siap la...stok duit gst ada utk dibelasah,berbillion jugak tu,kan? Cover hutang...kan?
Amacam pemimpin watasiah....ok semua?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 6:43 PM

Adalah lebih baik untuk memulihkan Najib. Dua mesti di mandikan dengan air tujuh lonngkang, air kumbahan Indah Water 7 kolam untuk menghilangkan sihir yang telah dikenakan oleh ROSMAH, Najib jantan Dayus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 7:01 PM

Pencacai dedak najip boleh jelaskan tak?

Apa kebaikan yang dibawa oleh 1mdb tu selain hutang...masalah...gst dan memalukan negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2016 at 7:46 PM

PADAN MUKA Rakyat..

Janji Tuhan itu BENAR - bahawa HISAB Nya adalah TUNAI..

Rakyat sokong PENIPU maka dgn TUNAI mereka kena TIPU!!!

Takbir!!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2016 at 8:22 PM

Inilah Pahlawan haprak tu....!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2016 at 10:23 AM

Salam Bro

"1MDB tak pakai duit rakyat!...pinjam dengan bank!...apa yang korang sibuk?"...
Itu kata kata bongkak Najib satu ketika dulu....

Bongok!...Bahalol!...
MOF tu sape...Bank bapak ko punya?...
Ko tu apa hubungan dengan MOF?
1MDB tak dapat bayar "BUNGA" pinjaman...
Belum bayar pokok lagi...
Setakat bunga pon dah tak larat nak bayar...
MAMPOS jawabnya.
Aset yang menjana pendapatan dah dijual...
So mana lagi asset yang ada hasil?...

TARAK!...LIAU!...ILEK!...NADAI!...

Parai !...abis reta menua kitai tergadai...
Kini kita terpaksa tanggung hutang 1MDB (1 Malaysia Dah Bangsat)

Najib...ko memang bangsat!...
Arul Kandar....bukan main lagi ko bangga dengan pelan rasionalisasi ko...habuk pun tarak....
Setelah IPP di jual untuk bayar hutang...Hutang tak juga menyusut...tapi semakin meningkat (dari RM 42 bil kepada RM 50 bil)
Bunga je RM 3.0 bil setahun...
Belum lagi bon dan sukuk yang matang 30 tahun yang akan datang!...
Harta dah jual...Tanah dah tergadai....kini Najib nak gadai MOF...
Najib adalah punca segalanya!...

UMNO…
Inikah manusia yang kamu sanjung?
Inikah manusia yang kamu junjung kesana kemari?
Inikah manusai yang kamu sucikan?
Inikah manusia yang kamu kata pahlawan Islam?
Inikah manusia yang kamu kata pembela agama, bangsa dan tanahair?
UMNO...terkubur lah kamu bersama manusia bernama Najib ini
Jangan kau raih simpati dari kami...

Keparat!...
Memang keparat....habisan keparat si Najib ni...
Penipu!...Perompak!....Perasuah!....Pengecut!...Pembelit!...
Dosa kamu kepada rakyat terlalu besar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2016 at 12:24 PM

Waaaahhhh.....!!! Hadiah Pullitzer you...!!

Patutlaa editor WSJ berani cabar suruh najib saman. Mereka memang dah buat investigative journalism yang solid! Mereka memang ada bukti solid!

Bukan senang nak dapat pencalonan tu.
#Watergate Malaysia .... adooiiii.... malunyaaaa....

Patutlah Nazir dengan yakin ambik cuti dan arahkan CIMB buat siasatan jika ada perkaitan USD7 juta tu dengan penggubahan wang haram. Saya yakin, dengan personal networking beliau, beliau tahu sekarang yg USD7 juta memang ada unsur2 money laundering.

Agaknya dulu, semasa mula2 terima wang tu dari najib, dia dah pun dalam dilemma. Pasti hati kecil dia (sebagai seorang banker veteran) dah syak tapi hubungan darah membuat dia memilih untuk ketepikan rasa syak dan terima arahan abang tanpa soal.

Mungkin Nazir memiliki sifat jujur Tun Razak. Dia tak perlu dedahkan pasal USD7 juta tu. WSJ atau SR pun tak pernah sebut. Saya yakin dia dedahkan atas rasa sayangkan Malaysia lebih dr sayangkan abang sendiri yang dah dimalukan di seluruh dunia.

Agaknya Nazir pun dah tak sanggup terima malu setiap kali dia menghadiri persidangan bankers di seluruh dunia, rakan2 sejawatan dia di seluruh dunia duk asyik Tanya dia pasal "What's wrong with your brother?"

So.... wahai Rakyat Malaysia!

Hari ini telah matang bon yg dikeluarkan oleh 1MDB bernilai USD3.5 Bilion (yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan).

Di mana Najib and the gang nak korek duit untuk bayar para pemegang Bon?

(sebenarnya oleh kerana 1mdb adalah asalnya TIA yg ditubuhkan mengikut syariah, Bon tu sepatutnya disebut Sukuk.... UNLESS... Najib dah tukar perlembagaan 1mdb dan menjadikannya non-syariah compliant ?)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2016 at 7:15 PM

malas nak komen panjang...just minat nak dengar explanation hebat dr Dedakman.... rasa2 bila ierk??

Post a Comment