........... TAHNIAH 1MDB Berjaya Selesaikan Hutang RM700 Juta ! Siapa Kata 1MDB Tak Untung ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TAHNIAH 1MDB Berjaya Selesaikan Hutang RM700 Juta ! Siapa Kata 1MDB Tak Untung ?

Friday, March 25, 201639comments

Sinar

Anak syarikat 1Malaysia Development Bhd, Edra Energy (Langat) Sdn Bhd, membayar sepenuhnya kemudahan Pinjaman Bertempoh Bersindiket berjumlah RM700 juta kepada konsortium bank-bank domestik, mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.

WOW ! TAHNIAH 1MDB !  TAHNIAH ARUL KANDA !  TAHNIAH NAJIB !  TAHNIAH JHO LOW !

Macam tak percaya beb .... tapi itulah kenyataannya. 1MDB berjaya bayar balik sebahagian hutangnya. Nah, siapa kata 1MDB tak untung ? 

Bukan sikit tuh .... RM700 juta !  Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Juta  !  WOW ! 

Nampaknya 1MDB telah berjaya menepis segala persepsi negatif terhadap operasi perniagaannya yang dikatakan sebagai tidak menguntungkan, hampeh, buang duit, merugikan rakyat dan negara, tidak guna satu sen pun, dan pelbagai dakwaan negatif lain.


Pembayaran semula hutang dan pengurangan hutang keseluruhan itu merupakan hasil ketara kejayaan pelan rasionalisasi 1MDB, demikian menurut 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.


Tu dia ..... KEJAYAAN Pelan Rasionalisasi 1MDB sehingga berjaya melangsaikan salah satu hutang anak syarikat 1MDB. RM700 juta tuh ......

Sekali lagi, siapa kata 1MDB tak untung ? 

Rakyat turut berbangga atas KEJAYAAN Pelan Rasionalisasi 1MDB yang ternyata menguntungkan !

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 4:42 PM

Dari mana datang duit tu untuk bayar balik hutang?..tuu kene jelaskan..jgn pulak tutup lubang ni..bukak lubang lain pulak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 4:44 PM

kah..kah..kah..terbaik..bangga membayar hutang ratusan juta..untung tarak..puiihhh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 4:50 PM

tahniah tahniah.. hutang berjaya bayar dan berjaya juga merealisasikan aset negara.. kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 5:03 PM

Bukan ke Edra Energy dah kena jual? Apa pulak 1MDB yang canang dia bayar hutang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 5:14 PM

zaman org tue tu xde hutang ke???sume nye berjaya ke???xde skandal ke???pirahh mabuk...blog pengampu org kaye

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 5:22 PM

Hasil yg membanggakan dari 1MDB.. berjaya berhutang, berjaya bayar interest dan berjaya bayar hutang! Errr.. kenapa perlu berhutang in the first place? Apa hasil berhutang dan gadai harta negara? Errr.. tak tahu, tapi 1MDB masih berjaya dgn pelan rasionalisasi!

Daylight robbery yg terbaru Din. Bank Rakyat paksa ahli derma untuk their yayasan. Bukan sikit2, bila tapau dengan % siul. Senang2 je ambil dividen ahli RM2 juta. Takde mintak izin langsung. Tak segan silu lembaga pengarah dia men"derma"kan duit ahli. Memang pemurah sungguh!

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2016 at 5:49 PM

Bayar hutang dgn mencuri jual gadai tanah reserve Melayu. Reserve Melayu yg dah tinggal sekeciput dirembat untuk nafsu haloba pemimpin korup. Kerja macam ini aci estet bunting tua pun tau bikin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 5:57 PM

Apakah 1NDB membayar cukai koperat.
Berapah rattus juta rm cukai koperat telah dibayar oleh 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 5:58 PM

Apa yg nak dibanggakan?

Orang kata 1mdb tidak membayar gst dalam urusan jual belinya.

Tapi rakyat wajib byr gst...

Jadi nak bangga apa? Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 7:02 PM

ZAMAN orang tue ada jual tanah reserve melayu tak? takde

zaman orang tue ada akaun billion masuk akaun peribadi tak? takde

zaman orang tue ada gst tak? takde

orang tue dah takde kuasa skrg ni...orang tue dah banyak kali suruh saman. tapi si takde telo yang pegang kuasa takut..kenapa takut? kenapa diam? sebab ada si bangang macam ko dok sokong...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 7:24 PM

Senyap-senyap ttiba kata untung.. hahaa lawak.. sapa lak derma masuk kat akaun sane tlg bantu.. dah jenuh rakyat dok menyalak.. ley ttiba kata ley bayor.. giler ar.. napa x ckp awal2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 7:29 PM

Ingat kalau dah bayar semua segala benda selesai ke? Kita rakyat nak tahu detail kewangan. Dari mana duit 700 juta tu datang. Cam mana tetiba boleh macam magic pulak. Sekarang rakyat makin curiga, makin tak percaya jadinya. Makin banyak tanda soal dlm kepala kita. Kita bukan tak ada pelajaran punya org. Kita ada common sense dan ada pelajaran. Sekarang kita nak tengok bukti kukuh dari mana duit 700 juta tu datangnya. Setakat cakap2 ni sape pun boleh cakap. Sila kemukakan bukti2nya.

Oleh kerana hutang sudah hampir selesai maka GST sepatutnya ditarik balik. Rakyat tak perlu dibebankan dgn GST sebab hutang negara dah kurang sangat2. Jadi apa perlunya kutip GST dari org2 kampung lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 7:40 PM

Audited Financial Statements bila nak siap oiii???

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2016 at 7:52 PM

Yg kaya raya puak2 yg bersekongkol dgn mdb tu,rakyat Malaysia tlg jamin je..dpt nama busuk,dpt tau juga manusia jenis apa najib ni..

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2016 at 8:09 PM

Cakap siapa pun boleh cakap ..!!! Buktinya mana???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 8:21 PM

Dlm era kepimpinan yg jujur, bersih dan telus ni banyak betul benda2 musyhkil dan misteri terjadi.....derma ikhlaslah....duit juta2 hilang pastu duit juta2 tiba2 berdebuk jatuh dari langit....Wow...macam2 adaaaa dlm 1MDB ni ye.....banyak tanda tanya, benda pelik2 dan kejadian2 aneh yg jadi kalau berkait dgn 1MDB ni.

Hehehe.....tetiba teringat cerita zaman kecik2 dulu....cerita pak pandir yg ingat semua org pandir macam dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 8:37 PM

Kalau jual rosmah settle hutang x boleh ke???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 8:49 PM

Pak kaduk moden nasib baik tak pakai baju dan seluar dari kertas kalau tak , tak tahu la apa nak jadi masa melompat2 kerana 1MDB dah bolih bayar hutang.
Nak buat macam mana mahkluk di 1MDB tu selalu berfikir guna kepala botak

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2016 at 9:21 PM

Tak sia-sia hntr askar ke arab saudi
Segala aset negara di gunakan utk dpt duit mudah.... utk bayar hutang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 9:45 PM

Aku xfhm bkn edra sudah dijual ke? Ke ni edra lain? Xfhn anyone tlg xplaim

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 10:23 PM

Salwah, setuju dgn awak. Buktinya mana?

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2016 at 10:42 PM

Anak Rosmah (si Reza) mana dapat dapat duit ratusan juta US$ bikin filem lucah & beli apartment mewah di kawasan elit Los Angeles. Dua penyangak SRC belaan Najib & Rosmah kenapa dilindungi & dibiarkan calibut luar negara? Si Jolok pula berpesta joli dgn duit 1mdb tapi rakyat menanggung beban gst & tanah pusaka reserve Melayu digadai jual buat langsai hutang riba haram tajaan yahudi Goldman Sachs. Terkutuklah kamu Najib laki bini......!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2016 at 11:02 PM

Itu mungkin duit dari penjualan tanah atau edra energy baru2 tu.....Mana ada business!!!.....

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2016 at 11:11 PM

Geram betul, kami sekeluarga ingat bolih dapat dividen macam biasa atau lebih tinggi tahun ni, turun pulak , mesti ada tangan ghaib kacau ,betul rupanya sepertimana kata anonymous 5.22 pm. Tabung haji dah kena hijack, bank rakyat pun dia orang nak tumpang.Hampas betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 1:04 AM

Duit gst la tu.rakyat yg bayar bukan 1mdb yg bayar tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 1:57 AM

Bila saya kenang balik kronologi hikayat 1mdb dan 'derma' RM2.6 billion ni, saya teringat kepada kes rompakan Maybank yg paling mirip filem Ocean 11.

Tentu ramai yg masih ingat bagaimana Negara dikejutkan pada satu pagi (selepas cuti hari raya) apabila pekerja Maybank menjumpai sebuah terowong telah digali dan dinding bilik kebal tempat peti keselamatan terbungkah... nilai rompakan dianggarkan ratusan juta (sebab Bank tidak ada catatan apa yg ada dlm peti keselamatan tu).

Hingga sekarang, perompak-perompak tu belum dapat ditangkap.

Begitu juga dengan kes rompakan mikrocip daripada treler yg dlm perjalanan utk membawanya ke pelabuhan. Nilai rompakan juga ratusan juta dan perompak2 jg belum dapat ditangkap.

Kenapa belum dapat ditangkap?

Bagi saya, sbb mereka berdisiplin. Mereka bahagikan hasil rompakan dan bawa hal masing2 dan hidup secara low profile.

Silap Najib sbb dia gunakan budak mentah Jho Low yg tayang kemewahannya dengan ketara. Beli kondo di kws yg paling mewah di New York. Beli lukisan dilelong paling mahal (dan kemudian terpaksa jual lukisan2 tu baru-baru ni below market price... macam tergesa-gesa nak duit jerr...hmm... mungkin ke ini duit yg 1mdb guna utk bayar hutang?)

Silap Najib juga kerana benarkan isteri dia bershopping sakan. Beli beg tangan yg limited edition. Buat 'private exhibition' utk cincin harga jutaan ringgit... semuanya drawing people's attention.

Kalau lah si Jho Low, si Reza dan rosmah tak tayang kemewahan melampau mereka, agaknya sampai sekarang pun takde sapa tahu tentang hikayat 1mdb dan 'derma' nih...kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 3:08 AM

Rakyat berhak mendapat penjelasan duit bayar hutang tu datangnya dari mana.

....................
Reply To This Comment ...................
bijan jr
March 26, 2016 at 6:45 AM

imdb ni buat bisnes mcm mana. buat hutang pandai la, bila x larat bayaq semua digadainya. aku x paham bisnes mcm ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 7:19 AM

Saudara, cara dia perbodohkan kita macamkan kita ni tak tahu satu apa. Macam kita ni tak pernah sekolah. Tak ada logik akal, tak membaca, buta IT, tak reti nak pikir, tak reti nak buat pertimbangan. Dia ingat kita rakyat ni bodoh. Kalau macam tu buat apa tubuhkan universiti banyak2 to educate the people but then u treat them like stupid fools?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 8:38 AM

Nasib baik WSJ pecah lobang, kalau tak sampai sekarang kita tak tahu pasal duit billion2 tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 9:34 AM

Anon 7:19am
Belajor tinggi-tinggi pun masih stupid fools. Apa tidaknyer, dah berbulan dah 1MDB ni meletop, sampaei sekarang si najib tu masih PM. Tak dapat langsung pulak nak ditarik turun. Apesal? Sebab stupid fools semua mengharapkan orang lain yang buat, terutamanya Tun M yg dah tua tu. Dia dah tua, keupayaan dia dah kurang....tapi sebab stupid fools semua tak bergerak, terpaksalah juga dia galas benda berat sangat ni. Dan apa stupid fools semua buat? Dok tengok ajelah. Jadi penonton. Kalau stupid fools semua dok jadi penonton je, sampai bila pun najib akan terus berkuasa!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 12:52 PM

Org kita nak sign citizen declaration tu pun takut. Takut maklumat diri org tahu. Nanti kena sekat itu ini. Nilah kelemahan kita, sumenya TAKUT. Org yg salah pun tak takut tp kita yg betul ni pulak takut. Nilah susahnya org kita itu ini sume takut. Harapkan org lain buat utk kita. Benda macam ni kena bersatu hati bergerak dlm satu kumpulan.

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2016 at 8:48 PM

Tak ada apa apa yang perlu ditakutkan, suara rakyat ialah suara keramat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 11:12 PM

@Anonymous

tak ramai yang macam Tun M. kan ada 3 kategori iman bila kita nampak kesalahan atau kemungkaran depan mata

kalau tak sokong secara terang terang share info kat facebook pun dah kira berjuang.

pendapat aku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 3:20 AM

Woww juga kepada Najib yang berkata menjual harta milik rakyat Dan negara.


Woww juga tujuan 1mdb adalah untuk membantu rakyat Dan negara menjana pendapatan.

Faham ker?

1mdb bayar hutang hasil Dari menjual aset negara!

Aset negara tu apa dia? Milik Najib Dan rosmah ker?

Faham ke tak pembaca sekalian?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 6:45 AM

Mudah betul depa pinjam duit juta2.aku nak pinjam sekupang dua nk beli ubat nyamuk huhh payoh sunggoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 6:49 AM

1MDB baru tunjuk contoh terpuji yg perlu menjadi ikutan. hutang wajib dibayar.lihat 1MDB berjaya selesaikan hutangnya.ahhah Arul Arul.Islam or others?herd he said InshaAllah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2016 at 10:44 AM

Ada statement dulu dlm TV..tp sy tak ingat siapa yg cakap..Arul Kanda adalah muslim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 8:36 AM

Mana "untungnya"..... rakyat malaysia dapat apa?

Post a Comment