........... SRC Tidak Ada Maklumat Isu RM42juta - Kenyataan Najib Yang Langsung Tidak Masuk Akal ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SRC Tidak Ada Maklumat Isu RM42juta - Kenyataan Najib Yang Langsung Tidak Masuk Akal !

Thursday, March 10, 201612comments



Kenyataan bertulis parlimen Menteri Kewangan yang menyatakan SRC tidak mempunyai maklumat mengenai RM42 juta yang dipindah masuk ke akaun peribadi Najib adalah satu berita yang ...... PELIK dan TIDAK MASUK AKAL !

Dari SINAR -

KUALA LUMPUR - Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa SRC International tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu skandal dana RM42 juta ‎mengejutkan Parlimen.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, jawapan Najib itu juga bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara,Mohamad Apandi Ali berkaitan isu SRC tersebut.

"Jawapan Najib mengenai isu ini amat mengejutkan kerana ia merupakan penyangkalan menyeluruh mengenai kewujudan pemindahan wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi PM.

"Penyangkalan ini juga bercanggah dengan kenyataan Mohamad Apandi berkaitan isu SRC dimana beliau mengaku bahawa penyaluran wang ini wujud tetapi perdana menteri tidak perlu didakwa.

"Apandi juga telah membentangkan satu 'flowchart' yang telah menunjukkan penyaluran wang SRC tersebut," katanya dalam kenyataan media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen memaklumkan bahawa SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta.

"Isu ini adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesasihan sumber beritanya.

"Sehubungan dengan itu dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (I), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan bertulis Najib mengenai pertanyaan tentang isu penyaluran dana RM42 juta tersebut.



Selain dari flowchart yang ditunjukkan oleh AG  ( KLiK ), rakyat tertanya2 apakebendanya yang SPRM duk siasat selama berbulan lamanya berkaitan ISU SRC kalau semuanya hanya khabar angin sebuah portal ?

Kalau SRC tidak punya apa2 maklumat pun tentang isu ini, kenapa SPRM dari awal lagi tidak keluarkan kenyataan bahawa isu SRC sebenarnya TIDAK WUJUD ?

SPRM ingin memaklumkan sekali lagi bahawa kes SRC International masih lagi berjalan.


Itu adakah kenyataan akhbar Dato' Azam Baki, Pengarah Siasatan SPRM pada 22 Oktober 2015 ketika menempelak SRC yang yang memandai2 mengeluarkan kenyataan palsu kononnya SPRM sudah mengesahkan bahawa flowchart yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah palsu. ( KLiK )


Apa yang SPRM siasat jika kes itu tidak wujud ?

Juga dalam kenyataan sama, Dato' Azam meminta kerjasama SRC untuk mengarahkan Nik Faisal Kamil dan Suboh Md Yassin tampil hadir di SPRM untuk beri keterangan.

Untuk beri keterangan tentang apa kalau kes hanya mainan sebuah portal ? Dan kenapa mereka berdua LARI ?


SPRM melalui Dato' Azam sekali lagi mengeluarkan kenyataan pada 5 November ( KLiK )

Oleh itu, siasatan SPRM ke atas SRC International tetap akan diteruskan walaupun terdapat siasatan yang khusus berkaitan dengan isu kebocoran maklumat yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. Isu kebocoran maklumat tiada kaitan dengan siasatan ke atas SRC International. Isu kebocoran maklumat adalah perkara yang berbeza.


Huh ? Macamana Najib boleh kata SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta. ?



Apa yang SPRM duk siasat selama ni ? Dan kenapa kertas siasatan SPRM dikembalikan oleh AG ?

Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM.


Jika benar lah SPRM tidak mendapati sebarang kesalahan baik dalam isu RM2.6 bilion dan SRC RM42 juta, kenapa AG perlukan penjelasan daripada SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM ?

Apakah benar SPRM ada mengesyorkan TIDAK ADA KES sepertimana didakwa oleh AG dan kerajaan Najib ? 

Mengikut logik, dalam laporan awalnya yang dikembalikan oleh AG, beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM adalah TUTUP KES! dan itu diminta penjelasan oleh AG ?

TIDAK MASUK AKAL LANGSUNG ! !

Samalah tidak masuk langsung bila Najib kata dana cayman dimasukkan di BSI Singapura kerana peraturan Bank Negara yang menyusahkan.... akhirnya memang tidak ada pun duit itu di sana.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2016 at 9:22 AM

Najib perlu diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana dia telah membohong parlimen, bukan pertama kali, sebelum ni pun Najib dah bohong pasal isu USD 1.103 bilion yang kononnya disimpan dalam BSI Singapore Limited, mula-mula tunai, lepas tu tukar jadi aset pula, kemudian tukar lagi jadi unit.

Maka sewajarnya pembohongan Najib ini tak boleh dibiarkan, dia perlu diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan dalam jawapan bertulis pasal isu wang RM 42 juta milik SRC International itu yang sama sekali bercanggah dengan kenyataan oleh Apandi Ali masa buang kes itu sebelum ini.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2016 at 10:39 AM

Tak sudah2 YAB Najib ini terus menipu-menipok. Apakah YAB tak takut mati atau pun sekurang-kurangnya takut kepada hukum syurga dan neraka yang telah dijanjikan Allah buat kita semua. Sudah.... Cukup.....Cukup.....Cukup.... Sudah...... kalau YAB tak Mahu merebut peluang yang masih ada untuk bertaubat, kasihanlah kepada kami, Rakyat didahulukan, kemaksiatan dihinggarkan. Janganlah bawa kami ke lembah kehancuran. Tidak siapa yang untung pun nanti..... Kasihanlah kami wahai Najib Anak Razak. Janganlah biarkan keturunan kita semua juga keturunan Bugis menyumpah seranah kita atas segala kejahatan yang telah dibuat dan juga kepada yang membiarkan kejahatan terus berleluasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2016 at 11:14 AM

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama-lama mencuri

Gelama ikan duri
Siakap senohong
Bila dah mencuri
Nak cover kenalah bohong

Memalukan betul PM kita ni. Jenis macam ni kita nak respect? In your dreams!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2016 at 12:32 PM

Is this the sanctity of the Parliament in Malaysia or a dispute of kacang putih business over a board game of Monopoly???? WTF???

A one person stupid ideas from 1MDB, KWAP, SRC & wanting to be everything from PM, FM, Chairman & President dragging the whole country and system into disrepute....how bloody low this man has become and bringing all to sink with him!

....................
Reply To This Comment ...................
March 10, 2016 at 3:01 PM

Yang menghairankan kenapa semua ahli parlimen hanya ternganga dan melopong saja bila mendapat jawapan sedemikian. Kenapa tidak seorang pon meminta penjelasan lanjut berdasarkan pernyataan Apandi dan kertas siasatan SPRM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2016 at 3:16 PM

Saya spin ya tuan speaker buat rakyat tambah pening ya Wang besar Wang besar wow 42 juta

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2016 at 3:47 PM

Sdra Din,

Tidak adakah rancangan atau tindakan pihak Citizens' Declaration untuk buat lapuran polis ke atau pada SPR berkenaan dengan salahguna had wang yang dibenarkan untuk satu2 pilihanaraya.....yg jelas PRU13??

Ramai pemimpin UMNO dah kata wang sebanyak RM1.6 bil telah dibelanjakan,,,,,,jauh lebih banyak dari dibenarkan oleh SPR

....................
Reply To This Comment ...................
March 10, 2016 at 11:25 PM

Speaker Apandi is a useless idiot! Just like all the rest of the ministers!! Wont be surprise if they all claim to be under the spell of a BOMOH!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2016 at 11:56 PM

Masalah berbohong untuk tutup lobang kedustaan buat sendiri adalah diperlukan terlebih besar pembohongan setiap kali dia cuba tutup lobang dusta dulu yang makin luas dan dalam. Hingga dia sendiri akan lupa apa ia pernah mengemukakan ke pentas rakyat pada awalnya. Keadaan ini mirip dengan kehilangan akal ... dan penjelmaan sifat toyol yang seringkali mengkhianati bangsa manusia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2016 at 12:21 AM

Agaknya pada masa ini, Apandi pun dah geleng2 kepala .... "macamana lagi saya nak tolong Datok Seri kalau you asyik duk merapu macam ni... adoiii.... what have I got myself into..???!!!.... aiyooo...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2016 at 6:33 AM

Waste of time je semua ini. Rakyat pun diam. Tun diperlekehkan. menipu di parlimen diangap biasa. Malaysia ke arah kehancuran

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2016 at 5:28 PM

Dalam palimen pun bole temberang, low klas pun negara.

Post a Comment