........... Sayang Umno Adalah Membuat Supaya Umno DiHormati Orang ! - TS Sanusi Junid ( video ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sayang Umno Adalah Membuat Supaya Umno DiHormati Orang ! - TS Sanusi Junid ( video )

Friday, March 11, 20169comments


Semalam saya berkesempatan berbual dengan Tan Sri Sanusi Junid dan banyaklah isu2 semasa yang dibincangkan. Dengan izinnya, saya rakamkan dan saya upload dalam youtube sebahagian dari temubual itu yang berkaitan dengan isu Deklarasi Rakyat yang ketika ini cuba di alihkan perhatian oleh macai2 Najib sebagai satu persekongkolan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang untuk menjatuhkan kerajaan Melayu.

Sama2lah kita sebarkan video di bawah ini .... menarik untuk menimbulkan kesedaran di kalangan orang2 Melayu khususnya ahli2 Umno.



KLiK untuk ke Youtube.

- Itu bukan menjatuhkan kerajaan. Kerajaan itu bukan Perdana Menteri seorang. Kerajaan itu adalah Parti yang memerintah.

- Deklarasi Rakyat hanya minta PM turun, kerajaan tak runtuh. Kita dah banyak kali saksikan PM turun ....

- Ramai lagi dalam Umno yang layak jadi PM.

- Mungkin syarat pertama kalau nak jadi PM adalah - jika nak berhutang duit negara kenalah bawa berunding dan bawa berbincang dengan kabinet. Janganlah berahsia. Milik rakyat ni kita tak boleh buat rahsia. Kita kena buat cara terbuka. Kena ada musyawarah ...

- Kalau ada pertanyaan daripada orang, kita tak boleh upah orang suruh jawab. Kita kena jawab sendiri !

- Janganlah orang2 di atas ni duk menipu orang2 kampung dengan menakut2kan orang kampung supaya takut kat cina ni.

- Hebat sangatkah Lim Kit Siang tu ? Saya tak pernah nampak Lim Kit Siang tu hebat. Saya pun heran macamana satu parti Melayu takut kat seorang manusia cina !

- Dan manusia cina ini yang menjadi pembangkang dah berpuluh tahun ... tak pernah boleh duduk dalam kerajaan. Dia tak pernah bagi susah kita. Tak pernah dia suruh cadang supaya kenakan GST. Tak pernah dia cadangkan dalam parlimen supaya berhutang tak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam parlimen  buat yang bukan2.

- Tapi cina yang patut kita meluat ni, cina macam Jho Low tu ... dan penyangak2 dan kawan2 dia yang lain itu, yang itu kita patut benci ( tapi ) yang itu pulak jadi macam orang baik. Kalau dia kena datang ke PAC, hak dia bercakap tu kena rahsia. Tak boleh beritahu kat orang, takut nampak buruk dia.

- Perkara PM turun ni, kalau dia nak turun, turun dalam pilihanraya.. Maknanya kena kalah Barisan Nasional, barulah PM ni nak turun. Kita tak mahu macam itu ! Kita tak mahu BN kalah !

- Malahan kita rasa akan kalah BN, Umno ni akan kalah kalau PM tak turun. Itu sebab kita minta dia turun .... kerana kita sayang kepada Umno. Nak pecat, pecatlah. ... hati kita tetap ada dalam Umno.

- Bukan duduk dalam Umno tapi mengkhianati Umno. Yang itu kita kata Sayang pada Umno ?

- Sayang Pada Umno adalah membuat supaya Umno ini dihormati oleh orang ! Negara ini dihormati oleh orang. Itu makna Sayang Pada Umno !

- Sayang Pada Umno ni bukan bermakna semua pemimpin yang dah berjasa kita maki... pasal menegur kesalahan kita.

- Yang baik hanya yang memuji kita ? Kemudian kalau yang nak puji kita tu pulak, kena diupah. Sedangkan orang lain tak payah upah pun dia boleh puji orang kalau dia nampak jasa.

- Kalau orang itu bercakap, kita kena selidiklah sedikit sebanyak latar belakang. Kadang2 yang bercakap tu kerana gaji dia, kerana jawatan dia, kadang2 kerana dapat untung daripada bercakap macam tu ... sedangkan yang penting sekali bagi kita ialah - Umno, negara dan orang Melayu ni selamat.

- Kalau kita kena bekerjasama dengan siapapun lah, untuk jaga supaya negara ini jangan jadi rosak .... maka kita bekerjasamalah.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2016 at 12:40 PM

Salaam cik din;
Kesemua menteri dlm kabinet kayu ini telah bankrap! Minda dan pemikiran yg kosong. Umno yg berjuang demi org2 melayu telah terhapus dan tiada maruah serta jatidiri lagi....demi bersekongkol dgn pemimpin yg korup.
Parti yg tinggal kini adalah parti najib....segala2nya dlm negara ni adalah najib yg telah di suci kan oleh apandi ali serta di beri perlindungan mutlak oleh ketua2 pihak berkuasa...
MASIH KAH MELAYU BUTA?
Mengenali dan menghalusi perjalanan TDM mentadbir negara....amat membanggakan....percayalah!

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2016 at 2:36 PM

Its a matter of time najib akan rebah, macai2 dia mula dah buat perancangan selamatkan diri. Lagi cepat najib pergi lagi cepat masaalah negara diselesaikan.Kita mahu kerajaan yang kuat, yang ada integriti dan kredibiliti demi masa depan bangsa dan negara...siapa selepas najib?

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2016 at 2:39 PM

Najib mesti turun samaada rela sendiri ataupun dipaksa nanti.Tidak ada atas diri najib lagi yang bolih membanggakan ibunda dan ayahdanya, cuma parasit2 pasti beruntung atas penyelewengan kuasa.Sudah2 la, tak tahu malu langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2016 at 2:51 PM

Pak Din,

Jika scenario sekarang berterusan, UMNO akan mmenjadi shortform untuk United Mohd Najib Organization....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2016 at 3:40 PM

Tu diaa...nie baru btl..ckp org veteren nie mmg tajam n mengena..lembut, berlapik tapi penuh sinis n sindiran..org pengalaman..bukan membabi buta memaki hamun..sokong 100% pendapat Tan Sri..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2016 at 5:13 PM

Setiap warganegara yang waras akan berdetik didalam hati mereka walaupun sedikit akan hasrat untuk membela nasib agama bangsa dan negara selagi mereka ada khudrat dan selagi mereka ada kesempatan perjuangan ini akan diteruskan dengan apa cara sekalipun (yang halal disisi perlembagaan) biar putih tulang jangan putih mata

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2016 at 7:22 PM

Salam bro

Punca malapetaka ini adalah seorang pemimpin yang korup...bodoh dan angkuh...disokong oleh mereka yang sama perangai dan citarasa...

Najib dan sekongkolnya (setongkol kata Azalina) tak akan turun kerana mereka takut menghadapi keadilan yang dituntut oleh rakyat...yang ini memang pasti...Dia bukan tak tau apa yang di buat selama ni salah...dia terlalu berani kerana dia fikir orang lain tak akan tau...makan senyap-senyap. Segalanya berpunca dari nafsu tamak...dan tak pernah marasakan kesempitan hidup...beliau adalah anak seorang perdana menteri yang tak pernah rasa susah...sekolah pun di England...mana tau kesusahan hidup rakyat. Beliau naik kerana nama bapanya yang banyak berjasa kepada rakyat.

Kepercayaan kepada UMNO dan Kerajaan terhapus sama sekali di mata rakyat... Rakyat dilanda kesusahan tanpa pembelaan...kerana Najib tiada keupayaan menangani kemerosotan ekonomi negara. Beliau sentiasa memikirkan bagaimana melepaskan dirinya dari malapetaka ciptaannya...Pergi jahanam dengan rakyat...yang penting "I must survive and get what I have taken...It's mine." gitu pikirnya.

Tak ada satu pun cakap Najib dapat diterima lagi...Tiada jalan penyelesaian...Najib mesti diturunkan dan dihadap ke muka pengadilan.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2016 at 11:25 PM

Mr din turtle..saya harap mr din selongkar kisah pembelian tanah di air itam farlim pulau pinang..ada dua transaksi tanah bernilai rm1.38 billion yg mana tanah tersebut di beli melebihi kos sebenar dan tanah tersebut bermasalah dgn setinggan. Kos pampasan saja dianggar mencecah lebih kurang RM 180 juta..tanah tersebut milik dua tan sri berbangsa cina yg mempunyai kaitan dgn jho low..harap Mr Din dapat siasat.Org melayu UMNO suka menghina Tun Mahathir tapi dalam masa yg sama tidak ingin mengambil tahu penipuan terancang jho low.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2016 at 10:06 AM

UMNO tak sepatutnya terlibat dalam skandal ini. Parti UMNO tak bersalah. Ahli2 UMNO pun tak bersalah.

Yang bersalah ialah Najib. Najib telah melakukan kesalahan jenayah besar dalam kapasiti tertentu di dalam 1MDB dan SRC. Kedua2 entiti tersebut hanyalah digunakan oleh Najib dan mastermindnya Jo Lhowkang untuk menipu dan mencuri wang yang asalnya dari berbagai pinjaman yang dijamin kerajaan.

Yang bersalah ialah Najib sebagai perdana menteri dan kerajaan Malaysia. Sepatutnya Najib dan pegawai kerajaan tertentu yang patut dipersalahkan dan dihukum kerana kecuaian menjalankan tugas.

UMNO tidak mempunyai apa2 saham dan aktiviti2 yang boleh dikaitkan dengan salahlaku 1MDB dan SRC. Tapi Najiblah orangnya yang telah membawa kedua jenayah ini ke dalam UMNO. Tak pasal2 UMNO terikut sekali menerima padah dan menguatkan persepsi rakyat bahawa UMNO ada kaitan dengan salahlaku 1MDB dan SRC. Tak pasal2 keutuhan UMNO menjadi retak sehingga mencetuskan berbagai perselisihan yang tak masuk akal. Tak pasal2 pergaduhan tak siuman di antara ahli berlaku dan pemecatan tergesa2 diterima oleh berbagai ahli yang tak berdosa.

Yang paling berdosa ialah Najib selaku presiden! Turunlah wahai Najib jika kamu sayangkan UMNO.

Post a Comment