........... RM2.6 Bil - Shahrir Kata Ia Satu Isu Etika ..... RM1 Juta Bukan Isu Etika ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 Bil - Shahrir Kata Ia Satu Isu Etika ..... RM1 Juta Bukan Isu Etika ?

Thursday, March 17, 201616comments

TheStar
Mengikut laporan TheStar, Shahrir Samad kata bila Najib terima derma RM2.6 bilion itu, Najib telah menghasilkan satu ISU ETIKA.

"You are right in the sense it becomes an ethical issue.

"In the case of Najib, whether it is something bad for the integrity of a leader is subject to debate," he said.

However, Shahrir said that the donation was strictly for political purposes and that Najib had returned the money to his benefactor.

Senangnya nak lepaskan Najib, kan ..... kononnya duit itu adalah derma politik dan Najib dah kembalikan baki wang itu.....

Kenapa tidak disebut bab Najib SENYAP ketika menerima, berbelanja dan memulangkan wang itu ?

Apa buktinya yang wang itu merupakan DERMA POLITIK ? Ada sesiapa kemukakan walau secebis bukti untuk menunjukkan wang itu digunakan untuk politik @ kempen PRU13 ? Apa yang kita ada setakat ini cuma CAKAP-CAKAP saja.

Hanya kerana Najib dan cai2nya kata ia merupakan satu bentuk derma politik maka kita harus terima seadanya ? Anda percaya cakap Najib ? Anda percaya cakap cai2 Najib ?

Sebut hal perbelanjaan wang itu .... bukankah Shahrir sendiri pernah mengaku ada menerima RM1 juta dari Najib ?

Tidakkah Shahrir juga SENYAP waktu menerima wang itu, waktu membelanjakan wang itu dan beliau juga tidak menyalurkan wang itu kepada akaun Umno Johor .... kan ? Ada Shahrir tunjukkan bukti yang wang itu dibelanjakan untuk tujuan politik ?

Nah ..... tidakkah perbuatan itu juga menimbulkan satu isu ETIKA ?

Najib pulangkan baki derma itu ? Apa buktinya ? Tapi jangan lupa, Najib tidak pulangkan semuanya ! Bagaimana dengan RM600 juta yang SUDAH dibelanjakan ? 

Bukankah menurut undang2, selepas menerima 'derma' tersebut, Najib dianggap sebagai bersalah dan atas Najib yang kena buktikan dirinya tidak bersalah ? Itu cara yang terpakai untuk rakyat biasa tapi kenapa dalam kes Najib, rakyat pula yang kena buktikan ? ? ?

Itu pun satu bentuk ISU ETIKA .... kenapa tidak sama layanan undang2 antara Najib dengan rakyat biasa ?

Apa yang rakyat nampak - KESELURUHAN kes RM2.6 bilion ini nampak PELIK.  Jelas terdapat usaha untuk menyembunyikan sesuatu dari rakyat. Itu yang membuatkan isu RM2.6 bilion ini masih hangat dipertikaikan rakyat disebalik arahan AG supaya kes ditutup. Masih terlalu banyak persoalan dibiarkan tergantung tidak berjawab.


Kenyataan seterusnya dari Shahrir ini saya hanya mampu menggelengkan kepala -

Beliau juga percaya bahawa skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion itu tidak akan menjadi isu pada pilihan raya akan datang. ( Mkini )


                                                           **************************

Bagaimana pula dengan dakwaan Mukhriz yang Najib mengaku telah membelanjakan RM1.5 bilion untuk PRU13 dari duit derma itu ?

Mukhriz sekali lagi menanyakan soalan itu di Puchong dua hari lepas - KLiK.

Idris Haron ada berkata yang RM1.5 bilion itu adalah perbelanjaan untuk PRU13 tapi ia bukan dari derma RM2.6 bilion ....... well, cuba bayangkan senarionya sebagaimana yang diceritakan oleh Mukhriz .... ( KLiK atau KLiK )

Mereka dipanggil dalam satu meeting khas untuk penjelasan mengenai RM2.6 bilion selepas isu itu diletupkan oleh WSJ. Soalan ditimbulkan mengenai dana itu dan jawapan yang diberikan adalah RM1.5 telah dibelanjakan untuk PRU13 ..... tapi jawapan itu adalah secara umum dan bukan merujuk kepada RM2.6 bilion ! ? ? ?

Alasan Idris itu boleh diterima sekiranya kesemua ahli MT yang hadir mesyuarat itu turut mengakui yang Najib sememangnya BLUR ..... lain yang ditanya, lain yang dijawab !

Sudah2lah berbelit ....  rakyat dah fed up dengan lakonan Najib dan cai2nya. Apa masalahnya untuk Najib tampil berdepan dengan rakyat untuk beri penjelasan dan menjawab apajua persoalan mengenai derma itu ?

Bukankah AG sudah membersihkan nama Najib ? Anggap saja sesi itu sebagai satu sesi penjelasan bertujuan menyambung mana2 persoalan yang masih tergantung.

Bukankah itu yang terbaik ? Isu diperjelaskan, nama Najib, Umno dan kerajaan juga dapat dibersihkan dan kenyakinan rakyat dapat dikembalikan.

Nothing to lose but everything to gain  ...... unless you have Something To Hide ! .... else it becomes Everything To Lose With Nothing To Gain .... then it explains why it is sooooo very damn difficult for Najib to come forward.

PS- Baca juga JMD. ( KLiK )

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 10:59 AM

Dulu Dato Shahrir ada ikon umno johor, dia berani dn tegas tp dulu la, skrg dh jd terbalik, jgn la krana dendam pd TSMY prinsip pn digadai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 11:33 AM

"In the case of Najib, whether it is something bad for the integrity of a leader is subject to debate," he said. However, Shahrir said that the donation was strictly for political purposes and that Najib had returned the money to his benefactor."

Shahrir, your thread of reasoning has raised an IQ issue. Should men with poor critical thinking skills be appointed to top political posts? FYI, Najib's "donation" issue is not a subject for debate anymore. Voluminous proofs have been forwarded from many legal fronts to demonstrate that a resident PM cannot accept funding from any source whatsoever, into his personal bank account!

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2016 at 11:58 AM

Bila BN jatuh,shahrir harus d dakwa menerima rasuah.

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2016 at 12:47 PM

Sifat-sifat orang munafik?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 1:07 PM

Melayu dan umno dah dibangsatkan oleh pemimpin rasuah melayu tertinggi iaitu Presiden Umno sendiri.

Sebagai melayu yang bukan umno, sangat berharap agar siasatan fbi, swiss, brits, hkongese, singaporean and french akan menyelamat melayu lain dalam negaraku ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 2:43 PM

Datuk cakap dah nak tutup buku jadi tak payah la cakap lagi ikut cara kontraktor cina walaupun diawal kerja hingga ketengah kerja penuh tipu muslihat tapi finishingnya cantik sehingga tak ada yang perasan apa yang berlaku diawal dan tengah biarlah luncai terjun dengan labu2nya datuk jangan peduli lagi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 3:19 PM

Things doesn't look good to all my friends......Coutts, Falcon, BSI, JP Morgan, ANZ etc etc that these Banks and/or Financial Houses seem to be doing a spring cleaning jobs, and all these banks and financial institutions have all but entangled one way or another in the sprawling web of money movements. Whether its 1MDB, SRC International or even the 'DONATION?' that made its magical ways into Najib's personal accounts.

That said, the bugis-pirate having buddy in high places do really help, otherwise he won't be stoned-cold face very adamant to stick his head firmly on the PM's mantle despite being egged all the time and everytime!

People, sign the CD-Citizen's Declaration and quick, make the numbers move really fast so that the power establishment realised that the rakyat were really pissed!

If even Parliament is not seen to be effective to unseat a chronic-lying PM then rakyat must take the legal initiative provided to them to push for the removals and reform the whole heavily corrupted system!

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 3:49 PM

rasa macam aku nak maki saja org tua ni...salah etika maksudnya apa? bebas rasuah ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 4:03 PM

Jangan syok sendiri lah. Tunggu PRU 14. Melayu sekarang dah pandai bertindak dalam diam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 4:20 PM

HALAL ke rm1 juta yang awak terima tu????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 5:07 PM

Salaam bro,
Pertamanya.....shahrir ni Mmg tak berguna langsung. Dapat 1juta...diam menikus. Jika semuanya BENAR ceritalah...sejuta...bukan sepuluh sen! Mengaku pun selepas terbongkar,apa gunanya.
Kedua....baru2 ni saya,berbual dgn org yg pernah rapat dan baik dgn Tun Razak. Dgn TR lah,dia menikmati hidup senang hingga ke usia skrg,lebih 70 tahun umurnya. Kata beliau yg mengenali najib ni dari kecil lagi...najib ni mmg ada satu perangai pelik. Contohnya skrg....satu malaysia ni mmg marah dan menyampah kat dia....apa dia buat? Dia cuma buat BODOH je...mcm takde apa2. Kita boleh buat mcm tu? Tapi dgn rosmah....entahlah....pasal cara rosmah dapat kan najib ni pun PELIK jugak!
Sbb tu segala2nya skrg tunggang langgang,cacamerba dan tak bermaruah. Sebenarnya najib tak peduli tu semua...mmg dia betul2 TAK PEDULI...janji kuasa, duit dan kedudukan ada padanya.....dan akan menggunakan secara maksimum walau pun dia tahu ianya SALAH!
Cuba tengok tindakan dan jawabannya kpd rakyat? Selamba je MENIPU,PUTAR BELIT DAN BERMCM2 lagi utk di senaraikan.
Beliau bukan pemimpin,malah tidak layak langsung! Cuma Tun beriya2 nak balas jasa TR....tu je. Najib bukan BODOH....tapi DUNGU..tu je sebenarnya sbb tu semua berharap kat org lain,termasuk menjawab masalah dia. Jadi puak2 dedak ni lah yg bodoh di pergunakan oleh najib.FAKTA

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 5:46 PM

Dungu apa satu Malaysia ditipunya terlebih pandai sampai benda yang manusia biasa tak terfikir nak buat dia bolih dan mampu buat kalau buat benda betul alhamdulillah kalau buat benda salah dia bolih menipu otak pembelit kata bangsawan acheh asli allahyarham teuku nyak zakaria bin teuku nyak putih PS.bukan tengku macam dipakai dia tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 7:09 PM

Dia sama macam Najib. Dia tahu sebenarnya duit 2.6 b duit apa. Being a senior politician, very long in the political scene, he knew, otherwise he is a bloody stupid politician for not knowing to differentiate. He also have many informants to get to know the truth about the money. If otherwise he must be a bloody dumb idiot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 7:35 PM

DUNGU...kerana MENIPU.Tak tahu ke kau yg menipu ni BERDOSA? Sbb DUNGU maka hukum ALLAH di lupakan demi kelangsungan hidup di dunia.....kononnya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2016 at 7:37 PM

SOKONG!

....................
Reply To This Comment ...................
samad
March 18, 2016 at 1:10 AM

toksah dok dalih la. hangpa ingat rakyat Malaysia ni tak mampu nak fikir ke mana betul mana salah?

Sharir, jangan ditegakkan benang yang basah. Benang tak naik, malu je dapat.

Oh ya, jom kita tanya dia balik, duit sejuta yang dia mengaku terima tu dia ada declare x dekat lhdn?

Post a Comment