........... PMO Terima Surat Pak Arab @ ABC Sebagai Bukti Dana Dari Pak Arab ! Biar Betul..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PMO Terima Surat Pak Arab @ ABC Sebagai Bukti Dana Dari Pak Arab ! Biar Betul.....

Wednesday, March 30, 201619comments

Mkini
Antara komen awal cai Najib terhadap pendedahan surat sokongan Pak Arab yang didedahkan oleh Four Corners ABC adalah - Surat itu bukti yang menyokong kenyataan Najib bahawa dana itu datangnya dari negara Arab dan bukannya dari 1MDB.

Mulanya saya tak nak layan hujah yang saya anggap sebegitu dangkal, macam hujah budak sekolah kerana ia jelas bersifat selektif, yakni hanya mengambil sebahagian dari dakwaan ABC asal ianya menyokong bos mereka, sementara dakwaan2 yang tidak menyokong Najib tidak pula mereka ambil.

Dan lagi, mereka tidak sedar akan implikasi keseluruhannya bila mereka nyatakan sokongan kepada dakwaan oleh pihak ABC !

Rupa2nya Sokongan secara Selektif itu turut disuarakan oleh Putrajaya / Pejabat Perdana Menteri (PMO) !  Biar betul ...... 

Adakah ini bermakna PMO akur dan setuju bahawa surat itu adalah surat yang asli yang dikirimkan oleh penderma ( kononnya ) kepada badan penyiasat untuk menyokong dana yang diterima Najib ?


"Seperti yang dinyatakan oleh surat yang bocor dari Arab Saudi, sumbangan itu adalah hadiah kepada perdana menteri untuk mempromosikan Islam moderat dan kepimpinan beliau dalam memerangi keganasan dan ekstremisme - seperti dengan melancarkan Pergerakan Global Iinisiatif Kesederhanaan.

"Surat itu menjelaskan hadiah berkenaan adalah untuk digunakan seperti mana perdana menteri fikirkan patut; akan dipindahkan secara langsung atau melalui syarikat-syarikat penderma; dan tanpa sebarang jangkaan untuk mendapatkan manfaat sebagai balasan," kata jurucakap itu.


JANGAN SALAH FAHAM ya. Persoalan samada surat itu adalah yang asli merupakan satu isu berbeza dengan pengesahan isi surat.

Kita perlu sahkan terlebih dahulu adakah itu surat yang sama dengan yang didakwa dikirimkan oleh penderma. Kita tak nak berdebat panjang tentang isi surat sebelum surat itu disahkan sebagai yang asli.

Kalau mengikut kenyataan PMO di atas, bolehlah kita anggap sebagai satu pengesahan yang surat itu asli. Kalau bukan asli, masakan PMO sokong kenyataan yang terkandung dalam surat itu .... kan..Jika PMO sudah sokong ia asli, maka dengan sendirinya kes deposit yang diterima Najib ini sudah berkembang menjadi BESAR ! 

Bukan lagi RM2.6 bilion tapi ditambah dengan deposit tambahan USD375 juta sebagaimana terkandung dalam surat yang bertarikh 1 November 2011 itu ! Surat itu bukan merujuk kepada kes RM2.6 bilion yang berlaku tahun 2013 tapi merujuk kepada deposit LAIN.

Seperti dinyatakan sebelum ini ( KLiK ), surat itu turut menyebut ayat " ... additional sum..." atau boleh diterjemahkan sebagai "tambahan kepada sumbangan sebelumnya" .

WOIT, BERAPA BANYAK JUMLAH WANG YANG NAJIB TERIMA MASUK AKAUN-AKAUN PERIBADINYA ? ? ?

Dan KESEMUANYA dilakukan secara SENYAP2 tanpa pengetahuan siapapun !


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menyebut berhubung pemberian AS$375 juta daripada seorang putera Arab Saudi sebelum ini. ( Mkini )

"Kita tidak tahu sama ada ia benar atau tidak. Ini boleh menjadi tuduhan liar oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan Najib,"


Itu kata Tajuddin.... TAPI PMO pula sahkan surat dan kandungannya . Apa nak dihairankan, bukannya Najib tak pernah terima deposit secara senyap2. Bukan saja Najib tak pernah nak beritahu sesiapa yang dia terima duit bilion2 dalam akaun peribadi, sampaikan siapa yang masukkan duit puluhan juta dalam akaunnya pun Najib tak peduli nak ambil tahu ( kes SRC ) !

So Tajuddin tak payah nak buat2 terkejut la ....


Pertanyaan kepada PMO lagi, apakah PMO juga akur dengan JUMLAH deposit yang diterima oleh Najib sepertimana rajah di bawah ?  Ia adalah jumlah dari kes2 yang kita tahu sebelum ini di campur dengan jumlah baru yang didedahkan oleh ABC -




Dan SIAPA Putera Saud Abdulaziz Majid AL Saud ?



Dan kepada dakwaan bahawa surat itu mengesahkan dana adalah dari Arab dan bukannya dari 1MDB ....... well, seperti yang saya katakan, pengesahan surat itu sebagai yang asli yang diterima oleh badan penyiasat adalah satu isu yang berbeza dengan pengesahan kandungan isi surat.

Apa jua kandungannya perlu disahkan kebenarannya. Dan kita juga tidak menolak kemungkinan surat itu dipalsukan oleh cai Najib. Maknakata, dakwaan konon surat itu berasal dari Arab pun boleh kita pertikaikan, begitu juga kewujudan penderma itu sendiri !

Hanya kerana ada surat, maka kita harus terima semuanya sebagai benar ? Bagaimana kalau surat itu direka hanya selepas isu RM2.6 bilion meletup dan ditulis semata2 untuk dijadikan alasan dana itu adalah derma ? 

Makanya perlu pengesahan dalam pelbagai bentuk contohnya, pengesahan dari si penderma itu sendiri dan juga bukti2 pemindahan dana.


                                           ***********************************


Sebelum ini cai2 Najib turut menyokong kenyataan Menteri Luar Arab kononnya ia bukti dana itu dari Arab dan bukannya dari 1MDB ...... apakah itu juga satu bentuk SOKONGAN SELEKTIF ?

Sebab Menteri Arab itu turut menyatakan yang dana itu mustahil satu bentuk derma tapi kemungkinan besar satu pelaburan .... adakah kenyataan itu juga disokong oleh cai Najib ?

Hanya kerana kesemua dana2 itu dipercayai berasal dari Arab TIDAK MENOLAK kemungkinan semuanya berasal dari 1MDB. Jangan lupa, kerjasama 1MDB-Petrosaudi turut melibatkan putera raja Arab. Dan semua masih ingat gambar percutian keluarga Najib bersama putera raja Arab di atas kapal mewah Tatooish sambil ditemani wakil keluarga diraja Arab Saudi - Jho Low. 



Percutian boleh disifatkan sebagai permulaan segalanya ..... kerana selepas dari itu bermulalah kaitan 1MDB dengan pak Arab.

Makanya pembuktian seterusnya diperlukan sebelum kita boleh terima apajua alasan dangkal yang diberikan. Bukan semua rakyat akan terima buta jer seperti kebanyakan ahli Umno. Kita masih punya akal untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara itu boleh diterima akal atau tidak.

Mungkin secara kebetulan jer yang KEDUA-DUA isu derma dan kewujudan 1MDB berlaku pada waktu yang sama .... Derma2 ini hanya timbul selepas 1MDB ditubuhkan..... Kebetulan.

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 8:18 PM

Coba baca blog outsyed the box.

1. Jelas palsu..baca kecelaruan fakta yang didapati

2. Baca komen yb tajuddin dari umno....keraguan yang sangat nyata

3. Komen PMO yang standard of reasoning budak ambil upsr.

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
March 30, 2016 at 8:44 PM

Surat palsu.

Saudiembassy sahkan najib merayu uyuk surat ini di kluarkan sbb nk cober salah dia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 8:58 PM

Tak kan Najib tak ada Surat yg original....mengapa perlu pendedahan daripada ABC Baru tahu derma drp tok Arab. ?.Kenapa pihak PMO tak dedahkan Surat asal?

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2016 at 9:33 PM

Confirm Surat Palsu yang di reka oleh pihak pihak ber kepentingan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 9:40 PM

Bab berbincang memang tak boleh lawan pak lah dan najib. Mereka boleh berbincang di padang golf, kapal mewah tanpa rasmi. Dan keputusan dibuat sendirian. Mereka ni bila berbincang fikir tak tentang malaysia secara serius dan mendalam setiap keputusan yg diambil. Sebabnya lepas main golf pak lah kata masalah dgn singapura selesai. Najib main golf dgn obama selesai apa yer? Najib bincang dgn wakil raja arab atas kapal mewah, petrosaudi dpt buat hutang.
Cai memang dah berjuang untuk cash is king. Mana nak peduli hal negara, bangsa dan agama. Lakon layar macam bro din cakap la, selektif terpilih. Kalu caya abc tu, betul duit derma tu najib buat joli. Tapi yg pi masuk duit src ke skaun sendiri kenapa,? Dah ada duit derma pun, songlap lagi duit src. Duit hutang petrosaudi tu kenapa tak bawa balik mesia lagi. Sampai bnm kena ambil tindakan. Kesian kat zeti, nak berhenti pun tak dapat nak selesai kes 1mdb yg tipu bnm. Kalu syarikat lain, dah lama dah tutup kedai. Tapi cai tak masuk sini bro, kurang ilmu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 10:38 PM

Mungkin lepas ni anuar musa atau saleh keruak boleh bertukar jadi tok Arab dan mengaku derma tu dari dia.
Dimalaysia sekarang segalanya berkemungkinan jadi jangan terkejut.
Ular saw a yang makan dedak akan bertukar jadi naga yang akan telan kilang dedak.
BERTUKAR........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 2:41 AM

Setuju dgn anon 8.58.

Din common sensela kalau betul najib ada surat yg mengesahkan duit tu duit derma.....dah lama dia tunjukkan dlm tv...dlm suratkhabar sebagai bukti dia bersih. Tak payah nak tunggu org lain keluarkan surat tu....betul tak? Tp apa pulak cam tu punya lama tunggu sampai ABC keluarkan baru dia org nak sahkan surat tu. Nape tunggu sampai ABC tunjuk surat tu baru nak cakap...?? Rakyat sekarang dah matangla Din....kita ada common sense.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 5:11 AM

Pada mulanya cai najib dan putrajaya kata ABC report itu RUBBISH, IGP Khalid kata kes balas dendam journalists Four Corners...dsbnya.

Namun.....heboh kata SURAT dari putera saudi JELAS membuktikan najib berkata benar.....

Mana logiknya?
Sapa yang berdusta?
Mana IQnya?

UNTUK MACAI NAJIB ONLY SAHAJA (UMNO)......pleade wake up from your deep slumber

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 8:40 AM

Haiiii....bila nak abis daa cinetron nie..... tak climax2....Apa2 pun sure boleh menang kategori The Billion Time Best Film Of The Century nie....Box Office beb....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 10:01 AM

Kalau betul surat itu ada dari awal...itu tetap tidak boleh menunjukkan duit derma 2.6billion...2.6b itu 2013..sedangkan derma dlm surat tu pada 2011.

Kalau betul surat tu benar...confirm apandee dah tunjukkan dalam pc dia hari tu..

Kalau betul surat itu benar..awal2 lagi akhbar utusan dah publish.

Kalau betul surat itu benar...pasti tpm waktu itu tahu...cuba tanya muhidin....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 10:39 AM

Bayangkan jika surat tu kantoi sbg palsu. Habislah kamu semua. Dari najip sampai ke macai pemakan dedak.

Bayangkan jika surat tu sengaja direka oleh abc 4 penjuru...habislah kamu semua. Bukan ke dengan surat tu kamu katakan sbg bukti wujudnya derma?

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2016 at 11:19 AM

Aikk????? Turun naik...turun naik ke Arab Saudi sbb kan nak dapat approval dari Saudi's jea.
"Aku hantar askar....engkau kata Ya aja apa yang akan aku buat nanti"
Hina tul status PM Malaysia sekarang ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 11:40 AM

Semakin lama menjadi semakin bodoh kem najib sehingga sanggup reka cipta bermacam perkara semata2 mau menghalalkan cara, najib pun nampak sudah semakin meracau entah apa2 sampai keluar dalam tv3 mengutuk mengherdik Tun M dengan bermacam2 perkataan kesat jelas sudah terlampau terdesak selama ini mendabik dada pahlawan bugis kenapa nak takut pada Tun orang tua pencen bukan kah baling gelas pun tak pecah, sifat seorang perdana menteri yang memalukan rakyat jelata sungguh memalukan sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2016 at 1:44 PM

Sebenar nye abc dah trap pmo dgn keluarkan dan mengesahkan 'surat' arab tu...korang fikir abc sebagai sebuah institusi yang dah lama dalam industri berita tak tau mana surat asli atau fake? Saya rasa abc pasang jerat dan pmo kena getah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 2:53 PM

Din,

seorang dah kena house arrest in abu dhabi waiting to be extradited to US on 1MDB scandal.....arab yang bernama al hussainy

yahooooooooo

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
March 31, 2016 at 6:44 PM

Menurut staff Saudi Embassy, Najib ke Jeddah tepohari utk nerayu agar pihak pejabat putera raja utk mengeluarjan surat back date bagi bersih nama najib di malaysia.

Ini surat tipu. Period

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 9:54 PM

Dengar je al husseiny kena tahan..dengan serta merta kanda arul terus nak berhenti. Kononnya kerja dia dah siap. Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 11:27 AM

Baca surat pun rasa nak tergelak susunan bukan cara arab banyak cara melayu ulas pulak pasal 1mdb ni surat pembersih najib rekaan pmo semata tapi buat macam mana pun kentut takan berbau wangi tak apa pmo boleh cuba lagi hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2016 at 1:22 AM

Itu bukan Surat tetapi toilet paper

Post a Comment