........... Peguam Negara Malaysia POWER GILER ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Peguam Negara Malaysia POWER GILER ! ? ?

Friday, March 18, 201612comments

Themalaymailonline

Agak mengejutkan bila baca kenyataan peguam kanan TS Shafee Abdullah yang menempelak Majlis Peguam sebagai busybody atau menyibuk dalam hal yang tidak ada kaitan dengan mereka bila merujuk kepada tindakan Majlis Peguam menfailkan semakan kehakiman ke atas keputusan AG membersihkan Najib isu RM2.6 bilion.

SINAR juga melaporkan perkara ini - KLiK. Alasan yang diberikan :

1 - Majlis Peguam tidak ada hak ( locus standi ) untuk berbuat demikian. Mereka bukan mangsa.

2 - Majlis Peguam tidak punya fakta penuh kes kerana laporan SPRM hanya diberikan kepada AG


"Mahkamah boleh mengatakan apa sahaja permohonan yang mereka mahu, mangsa mesti memulakan, di mahkamah mestilah mangsa. Majlis Peguam bukan mangsa, jadi mereka tiada locus standi,"

"Jika mereka tidak mempunyai fakta penuh, bagaimana mereka akan memujuk mahkamah menyemak semula keputusan Peguam Negara? Ia hanya mustahil.


Kita bukan nak pertahankan Majlis Peguam tapi kalau Majlis Peguam sendiri dinafikan hak untuk melakukan sesuatu, apa lagi rakyat biasa. Jadi kita berbicara dalam konteks rakyat.

Apakah rakyat langsung tidak punya kuasa apapun terhadap apajua keputusan AG ? Dalam kes RM2.6 bilion, bukankah rakyat punya hak untuk memastikan PM merupakan seorang yang punya integriti, telus dan amanah ? 

Bukankah rakyat punya hak untuk melihat ketelusan dalam keputusan AG mengadili laporan yang membabitkan isu integriti PM ?

Rakyat cuma mahu ketelusan. Kalau AG mampu berikan penjelasan yang tuntas kenapa beliau merasakan Najib tidak bersalah, rakyat boleh terima dengan senang hati. 

Tapi kalau penjelasan itu longgar, dangkal serta memperlekehkan pemikiran, apakah rakyat TERPAKSA terima buta saja dan langsung tidak punya ruang untuk bertanya meminta penjelasan lanjut ?

This is outrageous ! POWER GILER AG kita ....

Point 2 - Jika tidak punya fakta penuh dijadikan alasan, maknanya, TIDAK ADA SESIAPA PUN boleh cabar keputusan AG !

WOW ! Memang POWER GILER AG kita !

Saya malas nak berdebat panjang, cuma satu soalan yang bermain di fikiran ketika ini - Apakah tidak ada KUASA lain mengikut Perlembagaan yang boleh cabar keputusan AG ?


Ini satu pelajaran baru buat saya ..... AG adalah orang PALING BERKUASA DI MALAYSIA !

Hakim hanya adili kes yang dibawa ke mahkamah, tapi jika AG kata tidak ada kes, hakim tidak ada kes untuk diadili.

Hmmm ......  bagaimana ya ... kalau BN kalah dan parti lain jadi kerajaan ? Apakah AG tetap memiliki POWER GILER yang sama ? 

Fikir2kan lah .....

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
samad
March 18, 2016 at 1:06 AM

sebab tu kita perlukan RCI. dengan kuasa RCI, kes siasatan akan berpindah dari tangan AG ke jawatankuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 3:10 AM

"'1 - Majlis Peguam tidak ada hak ( locus standi ) untuk berbuat demikian. Mereka bukan mangsa.

2 - Majlis Peguam tidak punya fakta penuh kes kerana laporan SPRM hanya diberikan kepada AG"'

Ok fair enough ,this so called lawyer also said this

"'Shafee said that under British common law that also serves as the basis of the Malaysian legal system, a party may only seek judicial review if he is directly affected by the matter"'

So is it safe to say that Ali , Chong or Sami or the millions of rakyat who have the details from the horses mouth that 2.6 bil was banked into the bank account and therefore seek judicial review on the basis that whatever monies received was not taxed by the government.Ali, Chong ,Sami and the million others do pay taxes ,why was it not taxed?

Maybe instead of the Bar Council , the people/rakyat should be the ones seeking a judicial review.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 7:54 AM

Apa masalahnya jika rakyat ingin mengetahui perkataan sebenarnya?

Alasan Tan Sri Shafie lebih merupakan alasan teknikal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 8:32 AM

Din, ni negara apa ni, negara mafia ke?? Inikah keadilan kehakiman negara? Sesuatu yg diragui tak boleh dibicarakan dgn telus, terang dan tak boleh diadili dgn adil?? Adakah kehakiman negara ni "one man show" diputuskan oleh seorang saja?? Bagaimana kiranya "seorang" tu tersilap? Apakah keputusannya itu tak boleh dicabar dan kita hanya wajib terima saja keputusan yg tesilap tu bulat-bulat??

Macam nilah Din, kita doakan moga Allah swt jatuhkan pemimpin yg korup kerana Allah saja yg maha mengetahui dn adil. Janji Allah itu pasti pemimpin2 yg korup beserta kuncu-kuncunya yg bersubahat pasti akan dibakar dlm neraka Allah. Mati itu pasti. Dunia ni hanya bersifat sementara saja. Tapi bagi yg dikuasai iblis dan bertuhankan wang tentunya tak takut dgn janji Allah. Muhasabah diri anda adakah wang ringgit bole dibawa ke liang lahad?? Umur pun makin hari makin ke penghujung. Apa kuasa yg nak diguna utk sekat malaikat maut datang?? Tempoh telepas di dunia ni kejap je. Tp tempoh menanggung di akhirat sangat azab.

Bagi semua rakyat Malaysia, ingatlah di PRU akan datang gunakan kuasa dan peluang anda dgn sebaik mungkin. Di tangan andalah letaknya kuasa rakyat. Jangan lagi tersilap langkah. Ini sajalah keadilan yg ada bagi kita rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
March 18, 2016 at 8:44 AM

Kami rakyat ingin tahu jika ada kesalahan terhadap PM negara kami! Bukan dgn apa yg dia bagitahu, tetapi melalui keluhuran Undang-undang!

....................
Reply To This Comment ...................
March 18, 2016 at 9:25 AM

Lama juga suara orang ni hilang, Tetiba muncul dengan segala teknikal perundangan mempertahankan sesuatu... Bila AG Pandi pencen...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 9:43 AM

Aku tengok makin hari makin nampak permainan dia orang ni. Ni lebih macam ada benda yg nak diselindungkan jer. Nampak benar nak lindungkan the 'billion dollar man'.

Cam macam alasan putar belit tapi bukti black n white tak ditunjukkan pada rakyat. Bila tak nampak bukti sahih rakyat mula buat spekulasi. Marah bila org cakap macam2. Tapi bukti sahih disorok. Tak nak pulak ditunjukkan. Ape kebenda ni? Ni sume cerita karut. Ni lebih kpd bagi excuses jer. Sume main cakap2 dgn air liur je tp black n white tak ada. Ingat ni zaman tok kadok ke org pecaya je dgn cakap2. Tunjukla bukti.

Jawapan dlm buku berjilid tebal panjang bejela pun kena ada buktinya sekali. Bukan tulisan je tapi tak ada bukti black n white document.

Nak telus bawak ke court. Bia dibahaskan oleh peguam2 dan hakim. Bia sume org di mahkamah dengar dan tengok buktinya. Kalau tak salah nak takut apa kalau kes dibawak ke mahkamah? Biarlah dibahas kat court, dah tak salah apa nak risau kalau sume bukti akan tunjukkan 'tidak bersalah'.

Rakyat dan dunia akan pecaya kalau dibicarakan dlm court je. Baru ada KETELUSAN (TRANSPARENCY). Cakap dlm tv, dlm buku, dlm suratkhabar ni tak cukup.

Pelik betul, putar sana putar sini, tepis depan tepis belakang ni nak mengelak dari apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 10:55 AM

Long live the Rakyat! God bless the Sultans!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 10:59 AM

Din, Shafee Abdullah ni frust sb dia tak dpt jadi AG, ganti Ghani Patail. Tu sb dia kena tunjuk hero skrg dan lebih sudu dari kuah dgn isu bar council ni. He's securing his post to replace Apandi.

....................
Reply To This Comment ...................
March 18, 2016 at 12:19 PM

Salam Bro

Orang Sarawak kata...Pecah palak mikir!...makin ari makin paloi...

Bro...nampaknya semakin hari semakin kalut...bagi saya apa yang susah sangat?....fakta berikut memang SAH dan tak di sanggkal baik oleh Najib sendiri atau pencacai:

1. RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib.
2. RM42 juta juga masuk dalam akaun peribadi Najib.
3. 1MDB memang parah akibat kegagalan tadbir urusannya.

Ada sape sape yang menyanggkal 3 fakta diatas?...apa jua alasan hanyalah "after the facts" tapi fakta tetap fakta...bukan begitu?...

Najib walau pun tak mengaku pada mulanya tapi bila terbukti beliau tak juga menyangkal fakta tersebut...buat dek je...sebaliknya alasan dan cerita yang berubah-ubah...Semuanya tidak menyanggkal Fakta yang Duit masuk dalam akaun peribadi beliau!.....BETUL?....jawabnya ...MEMANG BETUL!!!!.....

Soal salah ke tak salah kenalah dibentang di muka pengadilan...betul tak?...Kita ada undang-undang...pelbagai akta boleh kita sabitkan dalam isu ini...Akta SPRM, Akta BNM dan juga Akta Lembaga Hasil...

Yang menjadikannya lebih kalut ialah AG....AG bertindak sebagai Peguambela, Pendakwa Raya dan Hakim sekali gus...segala laporan BNM dan SPRM tidak diambil kira walaupun memang ada walau sekelumit bukti yang boleh mensabitkan kesalahan dalam isu ini.

Disaluran mana lagi kita dapat menuntut keadilah kalau bukan di Mahkamah...tapi jalan menuju kesitu dikawal oleh manusia yang punya kuasa melebihi undang-undang Negara....

So?....pecah palak mikir!......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 2:55 PM

Power gila babi wa cakap lu jangan ada sapa2 yang gatai mulut nak tegur AG ni kalau tak mau disumpah seranah hingga tujuh keturunan kita kalau tegur anak atau kawan2 yang buat salah supaya jadi baik jadi si AG ni dah terlalu baik hingga tak ada apa yang perlu ditegur kalau mulut dah gatai sangat cakap saja yang mulok2 yang indah2 kalau ditakdirkan terserempak siAG ni bergaya fesyen menjolok mata kepejabat puji saja sebab rakyat tak bolih ambil tau apa yang AG buat PS.ini teguran atau nasihat bukan mempertikai pun tak bolih ka oh Malaysia tanah tumpah darah ku telah dihujani hujan batu sekarang lebih baik hujan emas dinegeri orang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 3:50 PM

bukan itu saja bro..

4. RM juta2 masuk akaun bini Najip.

seorang surirumah dapat wang juta2 dari mana? mungkinkah itu sebahagian dari 2.6bil yang tak dikembalikan?

Post a Comment