........... PANAZZZZ ! Surat Putera Saud .... Dan Dakwaan Baru Deposit Bilion2 Dari ABC | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PANAZZZZ ! Surat Putera Saud .... Dan Dakwaan Baru Deposit Bilion2 Dari ABC

Tuesday, March 29, 201627comments


Hangat hari ini adalah apa yang dikatakan sebagai surat sokongan dari siPenderma dari Arab. Laporan Mkini -


Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.

Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.

Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.

“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.

Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.

Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka.


Banyak persoalan yang kita nak tanya jika benarlah surat itu adalah surat sokongan yang ori sepertimana yang ada pada SPRM. 

Apakah Najib tahu dan boleh sahkan surat itu ? Duit masuk akaun sendiri pun dia tak tahu dari siapa, apalagi surat sokongan ....... so mungkin Pejabat Perdana Menteri atau Bank Negara boleh sahkan.

Surat itu bertarikh 1 November 2011 bukan 2013 ! Dan disebut -

... I hereby grant you an additional sum of up to United States Dollars Three Hundred and Seventy Five Million ( USD375,000,000 ) Only ( "Gift" ) .......

Juga disebut nama syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners Limited sebagai salah satu syarikat milik putera raja Arab itu dan kemungkinan dana itu akan disalurkan melaluinya.


2011 ! ?  US$375 juta atau RM1.3 Bilion ( kalau kali 3.5 ) ! ? Itu BUKAN surat berkaitan RM2.6 bilion .... bermakna, stesen TV ABC Australia membuat tuduhan bahawa ADA LAGI BILION2 yang masuk akaun Najib selain dari RM2.6 bilion dan ia berlaku dari tahun 2011 lagi !

Dalam surat itu juga sebut ...... an additional sum ... atau terjemahannya - TAMBAHAN SUMBANGAN.   Wooooooh .... serius giler nih.

Dan soalan cepumas adalah - Siapa Prince Saud Abdulaziz Majid AL Saud ?

Adakah orang di bawah ini yang baru tahun lepas dituduh sepertimana laporan dailymail UK sebagai pemabuk, penagih dadah kokain dan pengamal seks bebas biseksual ?


dailymail.co.uk

Apakah komen cai2 Najib ? Apakah dan Bilakah nak saman ABC Australia ? ABC adalah stesen TV rasmi Australia macam RTM kita. Ni berita terbaru dari laman ABC -


KLiK

Selamba jer main tuduh2 PM kita ..... Takkan nak dibiarkan ? Satu dunia baca tuh .

                                   ****************

Dalam masa pemimpin2 @ cai2 parti Najib duk serang kem Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat, suka saya nak beritahu anda, musuh utama bukanlah Tun Mahathir atau mana2 pemimpin di belakang Deklarasi Rakyat tapi musuh utama cai2 Najib adalah KEBENARAN CERITA disebalik deposit bilion2 yang diterima oleh bos anda.

Anda boleh saja terus mencaci negarawan kita tapi cuba tanya diri anda sendiri - sejauhmana yang anda tahu mengenai deposit bilion2 itu untuk anda terus pertahankan bos anda ?

Tun Mahathir dan yang lain2 sekadar menyuarakan isu ...... yang utama perlukan perhatian anda adalah ISU nya bukan yang menyuarakan isu.

Kerana jika ISU itu meletup dan sekiranya terbukti segala dakwaan itu adalah BENAR, apakah kesannya pada parti Umno dan kerajaan ?

Yang bakal menjatuhkan Umno dan kerajaan bukannya Tun Mahathir tapi ISU DEPOSIT BILION2 NAJIB.

Makanya, adalah lebih baik anda sendiri ( cai2 Najib ) dapatkan kepastian dan Kebenaran disebalik semua dakwaan ini secepat mungkin. Mana lebih penting - Najib atau Umno ?

JANGAN JADI LEMBU !

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 11:50 PM

Itu baru 375juta usd...mana lagi bakinya?

Lebih separuh drpd 2.6bil kononnya dah dipulangkan. Bakinya mana? Dah jadi just unit jugak ke?

Bila nak saman ni? Pak pandir dah sahkan awak bersih lagi suci. Tu media luar negara tak habis2 malukan awak dan negara ini...takkan nak diam je. Mengaku suci tapi penakut mengalahkan pondan memang amat memalukan!

Macai2 pemakan dedak ooooi...boleh tak korang suruh pemberi dedak korang tu bertelor sikit...sikit pun jadi lah...itu pun kalau ada telo lah...kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 11:52 PM

Ini surat "pakat" nak halal kan wang yang masuk dalam akaun bugis. Statusnya sama macam "surat cuti sakit" dari doktor yang di bayar RM5 satu helai. Sama juga dengan bil "invoice fake" nak claim dari company.

Sikap bugis yang lari dari menjawab berbulan bulan lamanya menampakkan dia sedang berputar fikiran macam mana nak kelentong rakyat. Maka terhasil lah surat ini. Trik ini orang lama dah tau lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 11:58 PM

Wow....!!!

Double WOW!!!...

Kalau saya jadi najib dan rosmah, pasang aircond sepuluh biji sekali gus pun takkan hilang peluh ni.

Rasanya Ku Nan dah patut mula cari lorong tikus utk couple tu menghilangkan diri. Nak buat ala-ala MH370 tak boleh, tragis sangat. Kut mana-mana pun.... Ku Nan kena cari jalan juga.

Lagipun, nampak gaya Ku Nan dah macam sangat bersedia untuk naik jadi pemimpin utama Malaysia (baru2 ni bila tengok Ku Nan yg sampaikan hadiah kepada pemenang tilawah Al-quran peringkat kebangsaan, terkejut besar saya).

Can't wait to hear responses from those clowns: Salleh, Rahman and Ku Nan... oh yes, lately kena include jg Nur jazlan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 12:09 AM

Derma kononnya atas dasar mentadbir negara berdasarkan prinsip2 Islam? Jadi apakejadahnya wang derma digunakan berbelanja mewah?

Lagipun semua dah belanja ke? Atau itu yg dipulangkan?

Errrr...berkat ke wang derma tu...kononnya si penderma tu...errr tak betul sikit..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 12:22 AM

Ada lanun yang mencapai kegemilangan melalui amalan kejam dan keji. Lain lanun pula mencapai kegemilangan dengan mengumpulkan harta karun. Tapi kepten kita berputus untuk mencapai kegemilangan bermati-matian dengan amalan bangang dan sikap jemuan.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
March 30, 2016 at 7:04 AM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Baik dan pemurah sungguh anak Raja Arab tu yer? Bagi duit sebanyak tu kpd PM Malaysia - Najib, kerana perjuangan Islam Najib?

Peliknya, keluarga mangsa 'kren tumbang di Masjidil Haram' dulu hingga kini masih tak dapat apa ganjaran yg dijanjikan. Kalau anak Raja Arab Saudi tu baik dan pemurah sangat kenapa tak dermakan wang sebanyak tu kpd keluarga mangsa kren tumbang berkenaan? Kenapa? Kan itu lebih gah dan lebih menunjukkan prihatinnya keluarga di Raja Arab Saudi?
Hampehhhhh!

Kalau nak menipu pun biarlah masuk akal....
Mungkin inilah hasil lawatan Najib/Rosmah ke Arab Saudi baru-baru ini. Lawatan terdesak nak selamatkan diri.

Najib/Rosmah ingat dgn surat tu rakyat boleh percaya.... makin tambah tak percaya ada lerrrr!

Maknanya, Najib/Rosmah dan para penasihatnya semakin hari semakin mengelabah. Buat itu tak kena, buat ini pun tak menjadi.

Yg pasti, rakyat semakin menyampah....
Dunia menggelakkan kita rakyat Malaysia yg dianggap 'bongok' oleh Najib dan Rosmah.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 7:46 AM

Dgn Najib aku tak berapa menyampah yg paling aku menyampah cai cai dia yg sanggup isap Berlebih lebihan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 8:16 AM

Prinsip2 Islam? Takabbur pun dia, tamak haloba pun dia, ujub dan riak pun dia. Maka macam mana diorang mahu lepas dari dengki khianat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 8:57 AM

Ada surat laaa pulak....temberang pak awang betol laa puak dedak nie....surat baru turun dari langit kot.... klu memang benar laa surat nie ada lama dahhh....ngape dari dulu lagi tak tunjuk sbg bukti....pigidahhhh!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 9:08 AM

Syarikat Black Stone Asia Real Estate Partner Limited telah dibuat permohonan pembubaran pada 09 May 2013. Mengapakah perlu dibubarkan syarikat itu? Apakah syarikat itu hanyalah alat untuk mengambil wang dari 1MDB kemudian dijadikan wang itu kononnya derma dari anak raja Arab untuk di masukkan ke akaun Najib dan kemudian syarikat itu ditutup bila dah selesai pusing duit hutang 1MDB untuk masuk ke akaun peribadi Najib, macam itu ke?

Kini rakyat punya maklumat, boleh semak di Sarawak Report http://www.sarawakreport.org/2016/03/170m-went-out-of-1mdb-and-170m-went-into-najibs-account-all-in-late-2011-exclusive/ malahan kalau nak lebih puas hati lagi silalah semak dengan Registry of Corporate Affairs British Virgin Island sendiri.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 9:15 AM

RAMAI yang suspect itu ialah backdated letter..

jika surat itu benar2 wujud dari awal lagi, sudah pasti apandee dah tunjuk dalam PC dia tempoh hari..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 9:15 AM

Saya tengok berita pagi tungku dapur adnan kata umno parti yang berstruktur.Struktur alauto kalau gajah depan mata pun tak nampak.
Woi tungku dapur ni ada bangkai baru yang terdedah umno berstruktur nak buat tak tau aja ka.Atau lebih banyak bangkai baru terdedah lebih baik kerana perut tungku dapur akan lebih buncit hasil upah tolong tutup bangkai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 10:08 AM

Cai kata itu semua tak penting. Yang penting ialah cash us king. Mereka mana ada hati pd kebenaran. Kebenaran mereka ialah cash is king. Mereka tak dapat berfikir kerana cash is king. Yang menyumbang kewangan mereka sekarang ialah membela najib, bukan kebenaran yg dikatakan fitnah. Jawapan tetapi bukan kepada soalan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 10:12 AM

Kalau betul wang itu adalah wang derma dari Arab, pasal apa sampai Najib begitu gelabah sampai pecat Tan Sri Muhyiddin dari jawatan TPM, sampaikan pecat Datuk Seri Shafie Apdal dari jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sampaikan pecat Datuk Seri Mukhriz dari jawatan Menteri Besar Kedah, sampaikan pecat Pn. Anina dan Datuk Hamidah Osman dari UMNO, sampaikan gantung keahlian 9 orang Ketua Cawangan UMNO di Bahagian Telok Kemang, pasal apa sampai perlu buat semua itu, pasal apa tak tunjukkan surat itu kepada mereka yang dipecat dan digantung jawatan itu?

Malahan pasal apa Najib tak saman lagi WSJ yang menuduh USD 681 juta itu adalah wang hutang 1MDB yang disonglap masuk ke akaun peribadi Najib, pasal apa Najib takut nak saman WSJ hinggakan semalam pun hari Selasa, sampai ke jam 11:59:59 malam Najib tak saman WSJ juga, pasal apa?

Apa yang ditakutkan oleh Najib? Yang membuat dakwaan adalah WSJ, yang Najib takut sangat tu pasal apa? Sebab orang yang takut ni, orang yang buat salah, sebab takut kegiatan salahnya terbongkar.

Oleh itu, jika Najib di pihak benar, sila saman WSJ itu, jadikan surat itu sebagai bukti di mahkamah, bawa putera arab tu sebagai saksi, itu pun kalau Najib yakin dia dipihak yang benarlah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 10:46 AM

Dah makan dedak , mestilah nak berlebih2han.
Kalau tidak hanya makan abu sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 11:08 AM

Jika surat ni dah lama wujud,kenapa tak tunjuk awal awal....dok peram lamakah?.....tidak percaya lansung....surat baru buat ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 11:32 AM

Setuju sgt memang umno berstruktur..... struktur utk kenyangkan puak2 dedak....aku menyesal sokong umno dari dulu.....mujur tersedar dari khayalan dari terus dikencingkan puak2 penyamun tarbus ni.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 11:50 AM

This is what we counsels called AN AFTERTHOUGHT DOCUMENT, to provide soem form of documentary trail as evidence.....hahaha

Siapa najib nak tipu? oh ok////Apandi Ali percaya

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2016 at 11:59 AM

Berapakah nilai kekayaan Putera Majid ini disamping surat yang sangat sangat meragukan
Mungkin ini hanya skrip yang di olah olih Jho Low semasa berada dalam kapal mewah yang disewa bersama Najib dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 12:54 PM

Abang,
si penghulu bogeys tu RUBBISH, macai2nya TRASH. Jadi jumlah mereka itu SAMPAH!

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2016 at 1:08 PM

Bro

BERAPA BANYAK DAH!....
Macam ni aku pon nak iklankan akaun bank aku...mana tau ada yang tersesat masuk....

2011 USD 375 juta
2013 USD 681 juta
2014 RM 42 juta

Itu semua masuk akaun peribadi ke?....
Apa yang Najib jual sampai dapat duit banyak tu?...
Jual teloq dia ke?...

Sepatutnya Najib dah termasuk Forbes 500...bangganya ada orang melayu disenarai dalam Forbes 500!...Sebab tu dia dapat dedak kan Ku Li....Ku Li pon keluarga diraja jugak kan?...dekat dengan Arab Saudi pulak tu....Kelantan...serambi Mekah...kan dekat tu...ye tak?....

Memang kaya raya keluarga Al Saud ni....tapi sekarang Arab Saudi mengalami defisit benjawan USD 100 billion....Heran jugak ye...sedekah dengan orang...tapi negara tak dak duit!....

Heh!...pecah palak mikir....
Paloi!..
Mengong!
OTC-Otak Tak Center
Apa lagik?....Palau...Taik Palat!...

Cukup-cukuplah tu....

....................
Reply To This Comment ...................
fikir
March 30, 2016 at 1:37 PM

Hmm... persoalan seterusnya. Dikatakan najib dah pulangkan sebahagian besar dari `derma' 2.6Billion. Kemanakah duit itu dipulangkan? sebab kalau ikut surat ini, gift tu mungkin disalurkan dari akaun peribadi dan akaun Blackstone. Bila dipulangkan, akaun manapulak dimasukkan?

Jom tunggu surat lain dari najib pulak untuk buktikan dia dah pulangkan duit tu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 1:49 PM

@Anonymous

pecat memecat ni selaras ke dengan 'dasar mentadbir negara berdasarkan prinsip2 Islam'?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 1:51 PM

kahkahkahkah...

siap cakap lagi "gift ini bukan rasuah.."

sapa yang coba ngko perbodohkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 3:38 PM

Dear Din,

What has now come into the picture is mainly concerned with 1MDB and related companies locally and overseas. Surely for having been involved in politics for 40 years, there were other companies and perhaps billions more coming to one's bank accounts and the bank accounts of those close to him?

Also, surely as far as we are concerned, Malaysia has been taken advantage of by not just this one person in powerful position? So, what are we talking about here? Malaysia and the rest of Malaysians have in fact been bled for tens if not hundreds of billion of ringgit over the years?

And to find that on the other side of the fence there are so many struggling to bring food to the table for their love ones, students at local university starving from time to time, office workers skimping and saving whenever possible, etc.!

Is this the land that for hundreds of years so many had fought for its freedom from the cruel hands of the foreigners? With tears, sweat and blood oozed out freely? What has become of us? When will it all end? And how would that come to take place?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2016 at 4:02 PM

Dokumentari menarik tentang PM Najib dari Australian Broadcasting Corporation (ABC) "State of Fear" - http://www.abc.net.au/4corners/stories/2016/03/28/4431284.htm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2016 at 8:23 AM

kata derma politik untuk BN kekal kuasa sebelum tu kata sebab lawan IS,sebelum tu kata sebab malaysia berfahaman ASWJ,pastu kata sebab nk sekat pengaruh ikhwanul muslimun,sekarang ni plak sebab mempromosikan fahaman kesederhanaan islam..pasni apa plak?

Post a Comment